kategori-akhlak

Sabtu, 23 Januari 2016


Bergaul Dengan Baik

Imam al-Bukhārī dan Muslim meriwayatkan:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ وَتُدَفِّفَانِ وَتَضْرِبَانِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَغَشٍّ بِثَوْبِهِ فَانْتَهَرَهُمَا أَبُو بَكْرٍ فَكَشَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَإِنَّهَا أَيَّامُ عِيدٍ
Maksudnya: “Diriwayatkan dari ‘Ā’isyah bahwa pada suatu hari, Abū Bakar menemui ‘Ā’isyah, ketika itu ia bersamadua hamba sahaya perempuan yang sedang bernyanyi sambil memukul rebana, padahal waktu itu Rasulullah s.a.w.  sedang tiduran denganl menutup tubuhnya. Abū Bakar membentak kedua hamba sahaya perempuan tersebut, kemudian Rasulullah s.a.w. membuka kain yang menutup muka Beliau dan berkata: “Biarkan mereka berdua wahai Abū Bakar, kerana hari ini adalah hari raya”” (Muttafaq ‘Alaih).
Bergaul dengan baik merupakan bersikap baik kepada orang lain, sikap ini memerlukan seorang Muslim yang memiliki akhlak Islami. Kerana orang yang mampu memiliki sikap bergaul dengan baik terhadap orang lain, bererti ia merupakan orang yang sabar, lembut, murah hati, gemar memaafkan, jujur, memiliki sifat ‘Iffah (menjaga kehormatan diri), dapat dipercaya, zuhud dan tawādu‘. Sifat-sifat tersebut dan juga sifat yang lain dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Dalam hal ini, Beliau telah menunjukkan teladan kepada kita semua dengan sikap yang Beliau praktikkan dalam memperlakukan dan mempergauli para sahabat, isteri-isteri, saudara maranya dan juga seluruh umat Islam dengan baik.
Rasulullah s.a.w.  adalah sosok yang mampu menguasai hati dan jiwa para sahabat, sehingga kecintaan mereka terhadap Beliau jauh melebihi kecintaan mereka kepada sesuatu yang lain. Ungkapan yang selalu mereka gunakan dan selalu mereka sebutkan ketika sedang berbicara dengan Beliau adalah: “Bi abī anta wa ummī yā Rasūlallāh”, yang ertinya: “Saya menebus anda dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah.”
Sikap memperlakukan dan mempergauli dengan baik yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. tidak hanya terbatas pada para sahabat Beliau sahaja. Akan tetapi mencakup semua kaum perempuan, saudara mara, orang lain dan juga budak-budak kecil, baik itu dilakukan ketika berada dalam perjalanan ataupun tidak. Semoga Salawat dan salam selalu tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w..
Terhadap para sahabat, Beliau memperlakukan dan mempergauli mereka dengan baik dan lembut. Beliau memanggil mereka dengan sebutan nama kunyah mereka (nama julukan yang diawali dengan kata Abū atau Umm). Hal itu dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka dan juga untuk membahagiakan hati mereka. Jika terdapat seseorang di antara mereka yang belum memiliki nama kunyah, maka Beliau akan memberinya, sehingga untuk selanjutnya ia dikenal dan dipangil dengan nama kunyah tersebut. Beliau memberi nama kunyah kepada Suhaib bin Mālik dengan sebutan Abū Yahyā, kepada ‘Abdullāh bin Mas‘ūd dengan sebutan Abū ‘Abd al-Rahmān, padahal ia tidak memiliki anak. Memberi nama kunyah kepada Anas bin Mālik dengan sebutan Baqlah dan memberi kunyah  kepada dan Abū Bakrah dengan namanya sendiri (dimaksudkan dengan sebutan Abū Bakrah).
Rasulullah s.a.w. juga memberi nama kunyah terhadap budak-budak kecil, seperti nama kunyah Abū ‘Umair yang Beliau berikan kepada saudara Anas bin Mālik. Kisahnya adalah seperti berikut: Anas bin Mālik memiliki saudara lelaki yang bernama ‘Umair, ia memiliki teman bermain berupa seekor burung kecil yang dikenal dengan nama al-Naghru. Pada suatu ketika burung tersebut mati, hati ‘Umair pun bersedih. Melihat ‘Umair nampak bersedih, Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Apa yang sedang terjadi pada diri ‘Umair?” Dikatakan kepadanya: “Burung kecil yang menjadi teman bermain telah mati.” Kemudian Beliau berkata kepada ‘Umair: “Wahai Abū ‘Umair, apa yang telah terjadi pada al-Nughair?”[1]
Beliau juga memberi nama kunyah terhadap kaum perempuan yang telah memiliki anak. Seperti halnya Beliau juga yang memulai memberikan nama kunyah terhadap kaum perempuan yang belum memiliki anak. Sebagai contoh, nama kunyah Umm ‘Abdillāh yang Beliau berikan kepada ‘Ā’isyah r.a (yang dimaksudkan dengan ‘Abdullāh di sini adalah anak lelaki saudara perempuan ‘Ā’isyah, iaitu ‘Abdullāh bin Zubair). Beliau juga memberikan sebuah nama kunyah Umm Khalīd kepada seorang perempuan, padahal pada waktu itu perempuan tersebut masih kecil.
Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat mencintakan Rasulullah s.a.w.  adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith tersebut adalah seperti berikut:
  1. Setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.
  2. Pada suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba sahaya perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.
  3. Setiap ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan pergi terlebih dahulu.
  4. Rasulullah s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.
  5. Setiap baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan penuh persaudaraan.[2]
  6. Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.
Rasulullah s.a.w. adalah sosok yang terkenal sangat ramah dan mulia, ia selalu memuliakan setiap orang yang datang untuk bertemu dengan Beliau. Bahkan kadang-kadang Beliau membentangkan rida’ untuk para tetamu dan mempersilahkan mereka duduk di atas bantal yang sebelumnya Beliau duduk di atasnya. Jika mereka menolak, maka Beliau akan memaksanya sampai mau. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada salah seorang dari kelompok Bajīlat al-Abtāl (ia adalah Jarīr bin ‘Abdullāh al Bajalī)[3] datang ke majlis Rasulullah s.a.w. yang penuh sesak oleh para sahabat. Ia berusaha mencari tempat duduk, namun tidak menemukannya, akhirnya ia duduk di pintu. Kemudian Rasulullah s.a.w. melipat rida’ Beliau dan melemparkan ke arah Jarīr dengan berkata: “Duduklah di atas rida’ ini.”  Jarīr mengambil rida’ tersebut, namun tidak ia gunakan untuk duduk akan tetapi ia tempelkan ke muka dan menciumnya sambil menangis. Kemudian ia kembalikan rida’ tersebut kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: “Saya tidak akan duduk di atas rida’ Rasulullah s.a.w. ini, semoga Allah s.w.t memuliakanmu seperti halnya kamu telah memuliakan saya.” Rasulullah s.a.w. menoleh ke kiri dan ke kanan dan berkata: “Jika datang kepada kalian seseorang yang mulia di antara kaumnya, maka muliakanlah dirinya.”[4]
Di antara adab atau akhlak Rasulullah s.a.w. yang sangat mulia adalah Beliau tidak pernah menjulurkan kedua kaki Beliau saat sedang duduk bersama para sahabat. Jika ada seseorang yang berbisik kepada Beliau, maka Beliau tidak menolehkan atau menjauhkan kepala Beliau sampai orang yang berbisik tersebut menjauhkan kepalanya dari Beliau. Beliau juga selalu memberi nasihat agar selalu menjaga sikap lemah lembut. Nabi bersabda:
إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ وَلَا يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya sifat lemah lembut tidak terdapat pada sesuatu kecuali akan menjadikannya baik dan indah. Dan sifat lemah lembut tidak akan dihilangkan dari sesuatu kecuali ia akan menjadi jelek.”
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berkata kepada seseorang tentang perihal yang terdapat pada dirinya yang tidak Beliau sukakan. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada seseorang yang datang menemui baginda Rasulullah s.a.w., pada waktu itu terdapat warna kuning dari sisa minyak za‘faran pada diri orang tersebut. Sebenarnya Beliau tidak menyukakan hal ini, akan tetapi Beliau tidak berkata apapun kepada orang tersebut. Ketika orang itu telah pergi, Beliau berkata kepada sebahagian orang yang sedang duduk bersama Beliau: “Andai kata kalian menegurnya, apakah dengan begitu ia akan menghilangkan warna kuning tersebut?”[5]
Beliau juga tidak segan-segan untuk meminta izin kepada budak kecil. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ditawarkan kepada Beliau segelas air, kemudian Beliau meminumnya. Waktu itu terdapat seorang budak kecil yang sedang duduk di samping kanan Beliau, manakala di samping kiri Beliau telah duduk orang-orang yang sudah tua. Beliau berkata kepada budak kecil tersebut: “Wahai budak kecil, apakah kamu mengizinkan kepadaku untuk memberikan gelas ini kepada para orang tua tersebut?” Budak kecill tersebut menjawab: “Wahai Rasulullah, saya tidak akan memberikan kelebihan air yang baginda minum kepada orang lain.” Beliau pun menyerahkan gelas tersebut kepada budak kecil tersebut.
Jika Rasulullah s.a.w. tidak melihat salah satu sahabatnya selama tiga hari, maka Beliau akan menanyakannya. Jika ia memang sedang tiada, maka Beliau akan mendoakannya, dan jika ia berada di rumah, Beliau akan mengunjungi dan jika ia sakit, Beliau akan menziarahinya.[6]
Rasulullah s.a.w. selalu memberikan maaf kepada orang yang berhak mendapatkannya. Diriwayatkan bahawa suatu ketika ada seorang Arab Baduwī kencing di dalam masjid. Para sahabat secara langsung mencegah dan menghardik orang tersebut. Beliau berkata:
لَا تَزْرِمُوْهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ
Maksdunya: “Biarkan (ia kencing) jangan kalian ganggu, siramlah kencingnya dengan setimba air, kerana kalian diutus hanya untuk memberikan kemudahan dan kalian diutus bukan untuk mempersulit.”
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْئٍ مِنَ الْقَذَرِ وَالْبَوْلِ وَالْخَلَاءِ
Maksudnya: “Sesungguhnya masjid-masjid tidak layak untuk sesuatu berupa kotoran, kencing dan tempat buang hajat.”
Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan teladan kepada setiap suami Muslim untuk mempergauli isteri mereka dengan baik dan lembut. Ketika ‘Ā’isyah r.a. cemburu, Beliau merasa maklum atas hal tersebut, Beliau menghormati fitrah dan sifat perempuannya. Dalam hal ini ada sebuah riwayat dari Anas bin Mālik bahawa pada suatu hari sebahagian para sahabat sedang berada bersama baginda Rasulullah s.a.w. di rumah ‘Ā’isyah r.a.. Kemudian datang satu nampan makanan yang dikirim oleh Umm Salamah r.a. dan di letakkan di hadapan Beliau. Beliau berkata kepada kami: “Mari, sila makan” sambil meletakkan tangan Beliau di atas makanan dan kami juga melakukan hal yang sama sehingga kita makan bersama.
Padahal saat itu ‘Ā’isyah sedang membuat makanan, ketika ia melihat makanan yang dikirim oleh Umm Salamah, ia pun mempercepat masaknya. Ketika selesai masak, ia langsung membawanya dan meletakkan di hadapan para sahabat serta mengambil nampan Umm Salamah kemudian memecahkannya. Rasulullah s.a.w. berkata: “Makanlah dengan menyebut nama Allah s.w.t. dari nampan ‘Ā’isyah, ibu kalian sedang cemburu.” Setelah itu Beliau memberikan nampan ‘Ā’isyah kepada Umm Salamah sebagai ganti, dan Beliau berkata: “Makanan diganti dengan makanan dan pinggan diganti dengan pinggan.”[7]
Ketika Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama ‘Ā’isyah r.a., Beliau kadang-kadang bercanda dengan mengajaknya berlomba dengan berlali cepat.  Kadang-kadang ‘Ā’isyah yang menang dan terkadang Rasulullah s.a.w. yang menang, kemudian Beliau berkata: “Semalam kamu yang menang sekarang berganti saya yang menang.”[8]
‘Ā’isyah r.a. meriwayatkan: “Pada suatu hari, saya mendengar suara beberapa orang Habsyī dan yang lain sedang bermain pada hari ‘Āsyurā’. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada saya: “Apakah kamu ingin melihat mereka bermain?” Saya menjawab: “Benar.” Maka Beliau mengutus seseorang kepada mereka untuk pergi ke masjid, setelah itu Beliau berdiri di antara dua pintu dan meletakkan tangan di atas pintu dengan menjulurkannya. sedangkan saya meletakkan dagu di atas tangan Beliau dan melihat mereka bermain. Setelah beberapa saat Beliau berkata kepada saya: “Apakah kamu sudah puas?” saya menjawab: “Sudah.” Beliau pun memberikan isyarat kepada mereka untuk menyelesaikan (permainan) dan pergi meninggalkan tempat itu.”
‘Ā’isyah r.a. juga meriwayatkan bahawa pada suatu hari, ia melihat orang-orang Habsyī bermain dengan belati mereka di dalam masjid. Ketika ‘Umar r.a. membentak mereka, maka Beliau berkata kepadanya: “Wahai Umar! Biarkan Banī Arfidah bermain.”[9]
Di antara bukti bahawa baginda Rasulullah s.a.w. begitu memperhatikan tentang hal mempergauli isteri dan keluarga dengan baik dan lembut adalah riwayat yang mengatakan bahawa Beliau tidak pernah marahkan isteri-isteri Beliau ketika mereka mengoreksi ucapan Beliau, dan juga ada di antara mereka yang menjauhi Beliau selama satu hari satu malam. Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepada ‘Ā’isyah r.a.: “Sesungguhnya aku mengetahui perbezaan kamu, apakah kamu sedang marah atau tidak.” ‘Ā’isyah r.a. berkata: “Bagaimana cara baginda mengetahuinya?” Beliau berkata: “Jika kamu sedang tidak marah, maka kamu akan berkata: “Tidak, demi Tuhan Muhammad.” Dan jika kamu sedang marah, maka kamu akan berkata: “Tidak, demi Tuhan Ibrāhīm.” ‘Ā’isyah r.a. menjawab: “Baginda benar, ketika saya marah, maka saya tidak akan menggunakan namamu.”[10]
Rasulullah s.a.w. selalu memberikan wasiat kepada umatnya untuk berlaku baik kepada para isteri. Pada waktu haji Wadā‘, Beliau bersabda:
أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّ لَكُمْ عَلَى نِسَائِكُمْ حَقًّا وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ حَقًّا, لَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ, وَعَلَيْهِنَّ أَن لَا يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ فَإِنْ فَعَلْنَ فَإِنَّ اللهَ قَدْ أَذِنَ لَكُمْ أَنْ تَهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَتَضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ فَإِنْ انْتَهَيْنَ فَلَهُنَّ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ, وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ عِنْدَكُمْ عَوَانٌ لَا يَمْلِكْنَ لِأَنْفُسِهِنَّ شَيْئًا  وَإِنَّمَا أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Wahai orang-orang, sesungguhnya bagi kalian terdapat hak yang wajib atas isteri-isteri kalian, dan begitu juga sebaliknya, bagi isteri-isteri kalian hak yang wajib atas kalian. Hak kalian atas isteri-isteri kalian adalah mereka tidak memasukkan orang yang kamu benci ke dalam rumah kalian, mereka tidak boleh melakukan hal-hal yang keji lagi nyata, jika mereka melakukannya, maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi izin kepada kalian untuk meninggalkan mereka di tempat tidur (maksudnya tidak menemaninya tidur) dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan. Jika mereka telah berhenti dan tidak melakukannya lagi, maka wajib bagi kalian memberi mereka sandang dan pangan dengan cara yang baik. Aku berwasiat kepada kalian agar memperlakuakn isteri-isteri kalian dengan baik, kerana sesungguhnya mereka adalah bagaikan tawanan yang tidak memiliki apa-apa bagi diri mereka, sesungguhnya kalian mengambil mereka berdasarkan amanah Allah s.w.t. dan kalian meminta dihalalkan kemaluan mereka berdasarkan kalimat-kalimat Allah (syariah, perintah dan hukum-Nya).”[11]
Rasulullah s.a.w. selalu memberi wasiat agar mempergauli para isteri dengan baik, Beliau menjelaskan bahawa sikap mengajak bercanda dan bermain kepada seorang isteri merupakan sikap yang dianjurkan, dan bukan merupakan sebuah sikap yang tercela. Beliau bersabda:
اللَّهْوُ فِي ثَلَاثٍ تَأْدِيبِ فَرَسِكَ وَرَمْيِكَ عَنْ قَوْسِكَ وَمُلَاعَبَتِكَ أَهْلَكَ
Maksudnya: “Tiada hiburan dan permainan (yang diperbolehkan) kecuali dalam tiga hal, melatih kuda, memanah dan mengajak bercanda isteri.”[12]
Rasulullah s.a.w. juga melarang suami memukul isterinya, kecuali pada khutbah wadā‘ Beliau yang telah saya sebutkan di atas. Pada suatu ketika dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya mereka (para isteri) telah rosak.” Beliau berkata: “Pukullah mereka, tidak akan memukul mereka kecuali orang-orang yang jelek di antara kalian.”[13]
Rasulullah s.a.w. juga memberlakukan para hamba sahaya dan pembantunya dengan baik dan lembut, kerana akhlak Beliau adalah al-Qur’an. Beliau juga sosok yang membawakan risalah atau misi menyebarkan sikap tolerans dan persamaan kepada umat manusia, Beliau bersabda:
أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى
Maksudnya: “Ingatlah bahawa tiada keutamaan bagi orang Arab atas orang selain Arab, begitu juga tiada keutamaan bagi orang selain Arab atas orang Arab, tiada keutamaan bagi orang yang berkulit merah atas orang yang berkulit hitam dan tidak ada keutamaan bagi orang yang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali dengan ketakwaan.”
Di antara bukti yang menguatkan akan hakekat apa yang saya ungkapkan ini adalah kejadian yang dialami oleh Zaid bin Haritsah, sahaya baginda Rasulullah s.a.w.  kisahnya seperti berikut,
Pada suatu ketika, Sa‘dī binti Tha‘labah pergi mengunjungi kaumnya, iaitu Banī Mu‘īin. Pada waktu itu ia bersama puteranya yang bernama Zaid bin Hārithah al Ka‘bī. Setelah sampai pada kaumnya, tiba-tiba Banī al-Qain menyerang Banī Mu‘īn. Mereka merampas harta benda, unta dan menawan budak-budak kecil, dan di antara budak-budak kecil yang tertawan adalah Zaid bin Hārithah, sedangkan Zaid bin Hārithah adalah budak kesil yang berumur delapan tahun. Kaum al-Qain pun membawa Zaid ke pasar Ukaz untuk dijual, dan ia dibeli oleh seorang pemimpin kaum Quraisy yang kaya raya, iaitu yang bernama Hakīm bin Hizām bin Khuwailid dengan harga empat ratus dirham.
Selain membeli Zaid, ia juga membeli beberapa budak yang lain dan mereka dibawa pulang ke Makkah. Ketika bibinya yang bernama Khadījah binti Khuwailid mengetahui jika dirinya telah kembali, maka Khadījah bergegas pergi menemui untuk mengucapkan salam dan selamat datang kepadanya. Kemudian Hakīm bin Hizām berkata kepada Khadījah: “Wahai bibi, saya telah membeli beberapa budak kecil dari pasar Ukaz, bibi boleh memilih di antara mereka yang bibi suka. Budak tersebut sebagai hadiah untuk bibi.” Khadījah pun memeriksa satu persatu, dan pilihanya jatuh pada Zaid bin Hārithah, kerana ia melihat pada mukanya tanda-tanda keutamaan dan keluhuran nasabnya, dan ia langsung membawa Zaid pulang.
Tidak lama setelah itu, Khadījah berkahwin dengan Muhammad bin ‘Abdullāh dan ia ingin memberi suatu kejutan dan hadiah kepada suaminya Muhammad. Ia tidak menemukan sesuatu yang lebih baik daripada hamba sahaya yang dimilikinya yang bernama Zaid bin Hārithah. Maka Khadījah menghadiahkan Zaid bin Hārithah kepada Muhammad.
Ketika Zaid bin Hārithah, budak kecil yang sangat beruntung itu bahagia hidup bersama Muhammad dan mendapatkan keberuntungan kerana selalu bersama Beliau serta dapat mengeenalnya. Namun di tempat yang lain terdapat ibu Zaid yang bernama Sa‘dā selalu diliputi duka yang mendalam dan rasa sedih kerana telah kehilangan putera tercintanya. Air matanya selalu mengalir, hatinya selalu bersedih dan tidak dapat tenang kerana selalu memikirkan putera tercinta, Zaid bin Hārithah. Kesedihan ia tersebut semakin bertambah berat dan mendalam karena ia tidak mengetahui tentang khabar puteranya. Apakah Zaid masih hidup, sehingga ia masih ada harapan untuk bertemu kembali ataukah ia sudah mati, sehingga taida harapka untuk kembali semula.
Manakala bapaknya, iaitu Hārithah, tidak pernah berhenti untuk mencari di seluruh kawasan dan selalu bertanya kepada setiap kafilah. Ia ungkapkan kesedihan tersebut melalui bait-bait sya‘ir kesedihan yang begitu menyayat hati:
بَكَيْتُ عَلَى زَيْدٍ وَلَا أَدْرِي مَا فَعَل   #   أَحَيٌّ فَيُرْجَى أَمْ أَتَى دُوْنَهُ الْأَجَلُ
“Aku selalu menangis untuk puteraku yang bernama Zaid, dan aku tidak mengetahui khabarnya sekarang, apakah ia masih hidup, sehingga masih terdapat harapan untuk bertemu ataukah ia telah dijemput oleh ajal?”

فَوَ اللهِ مَا أَدْرِي وَإِنِّي لَسَائِلٌ   #   أَغَالَكَ بَعْدِي السَّهْلُ أَمْ غَالَكَ الْجَبَلُ
“Demi Allah, aku tidak mengetahui dan aku bertanya, apakah kamu telah diculik oleh hamparan tanah atau kamu telah diculik oleh gunung (wahai anakku)?”
تُذَكِّرُنِيْهِ الشَّمْسُ عِنْدَ طُلُوْعِهَا   #   وَتَعْرِضُ ذِكْرَاهُ إِذَا غَرْبُهَا أَفَل
“Setiap matahari terbit, maka hal itu mengingatkanku padanya dan setiap kali matahari mulai terbenam, maka kenangan-kenangan bersamanya selalu muncul.”
سَأُعْمِلُ نَصَّ الْعِيْسِ فِي الْأَرْضِ جَاهِدًا   #   وَلَا أَسْأَمُ التَّطْوَافَ أَوْ تَسْأَمُ الْإِبِلُ
“Aku akan memaksa diriku untuk berjalan di atas bumi dan aku tidak akan merasa letih, walaupun unta merasa letih.”
حَيَاتِي أَوْ تَأْتِيْنِي عَلَى مَنِيَّتِي  #  فَكُلُّ امْرِئٍ فَانٍ وَإِنْ غَرَّهُ الْأَمَلُ
“Oh hidupku (maksudnya puteranya yang bernama Zaid), aku rela mengorbankan nyawaku demi kamu, kerana setiap orang pasti akan mati, meskipun ia terbuai dengan angan-angan.”
Pada musim haji, sekelompok orang dari kaum Zaid bin Hārithah pergi menunaikan haji. Ketika sedang tawaf di sekitar Ka‘bah, mereka bertatapan muka dengan Zaid. Mereka pun saling kenal dan saling bertukar pertanyaan. Tatkala mereka telah selesai melaksanakan ibadah haji, maka mereka bergegas kembali pulang dan menyampaikan berita gembira tersebut kepada ayah Zaid yang bernama Hārithah dan menceritakan kepadanya tentang apa yang telah mereka dengar tentang anaknya.
Hārithah pun bergegas menyiapkan segala keperluan untuk melakukan perjalanan ke Makkah, tidak lupa juga ia menyiapkan sejumlah uang untuk membayar tebusan bagi putera tercinta. Dalam perjalanan ini, Haritsah mengajak serta saudara maranya yang bernama Ka‘b. Mereka langsung memulakan perjalanan menuju kota Makkah. Setelah sampai di Makkah, mereka berdua menemui Muhamad bin ‘Abdullāh dan berkata kepadanya: “Wahai Ibn ‘Abd al-Muttalib, kalian adalah  jiran Ka‘bah, kalian membebaskan orang yang tertawan, memberi makan kepada orang yang lapar dan menolong orang yang sedang tertimpa musibah. Kami datang kepada kalian tidak lain untuk membicarakan tentang anak kami yang berada bersamamu, kami membawa sejumlah uang sebagai tebusan bagi anak kami tersebut, maka bermurah hatilah kepada kami dan mintalah tebusan berapapun yang kamu inginkan.”
Muhammad s.a.w. bertanya: “Siapa anak lelaki kalian yang kamu maksudkan?” Mereka berdua menjawab: “Hamba sahayamu yang bernama Zaid bin Hārithah.” Beliau berkata: “Apakah kamu inginkan sesuatu yang lebih baik dari uang tebusan?” Mereka berdua bertanya: “Apa itu?” Beliau berkata: “Aku akan memanggilnya untuk kalian, dan kita memberikan pilihan kepadanya. Jika ia memilih kalian, maka bawalah ia tanpa wang tebusan, namun jika ia memilih aku, maka sungguh demi Allah, aku bukanlah sosok yang membenci seseorang yang telah memilih diriku.” Mereka berdua berkata: “Anda sungguh-sungguh telah berlaku adil.”
Beliau pun memanggil Zaid bin Hārithah dan bertanya kepadanya: “Siapakah kedua orang ini?” Zaid berkata: “Ini adalah bapakku, ia bernama: Hārithah bin Syurahbil, dan yang ini adalah pamanku, ia bernama: Ka‘b.” Kemudian Beliau berkata: “Kami telah bersepakat mempersilahkan kepadamu untuk memilih antara pergi bersama mereka berdua atau tetap tingal bersamaku.” Tanpa ragu-ragu Zaid menjawab: “Aku memilih tetap tinggal bersamamu.”
Mendengar jawaban Zaid tersebut, ayahnya langsung berkata: “Celakalah kamu wahai Zaid, apakah kamu lebih memilih menjadi hamba sahaya daripada pulang kembali kepada kedua orang tuamu?!” Zaid menjawab: “Kerana sesungguhnya saya melihat sesuatu pada diri lelaki ini (yang dimaksudkan adalah Muhammad), dan saya tidak ingin brpisah dengannya selamanya.”
Ketika menyaksikan dan mendengar jawaban Zaid tersebut, Muhammad langsung memegang tangan Zaid dan membawanya keluar menuju Ka‘bah. Beliau berdiri bersama Zaid di Hijr Ismā’īl di tengah-tengah kerumunan kaum Quraisy, kemudian Muhammad berkata: “Wahai kaum Quraisy, saksikanlah bahawa ia (Zaid) adalah anakku, ia akan mewarisiku dan aku juga akan mewarisinya.”
Mendengar ucapan Muhammad tersebut, hati Hārithah dan Ka‘b pun bergembira. Mereka merelakan puteranya tetap tinggal bersama nabi Muhamad s.a.w.  dan mereka pun kembali pulang dengan hati bahagia, tenang dan puas. Sejak saat itu, Zaid bin Hārithah dipanggil dengan nama Zaid bin Muhammad sampai Muhammad diangkat menjadi seorang Rasul dan Islam menghapuskan sistem pengangkatan anak. Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Ahzāb, 33: 5, yang ertinya: “Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah.” Setelah  itu, Zaid pun dipanggil dengan nama asalnya, iaitu Zaid bin Hārithah.
Lihatlah bagaimana Zaid bin Hārithah lebih memilih tetap bersama Rasulullah s.a.w. sebagai hamba sahaya daripada pulang bersama ayahnya menjadi orang yang merdeka, mulia, memiliki jabatan tinggi serta dapat membahagiakan hati ayahnya?
Hal ini tidak mungkin dilakukan oleh Zaid jika tidak kerana ia telah tertawan oleh sikap Rasulullah s.a.w. yang sangat baik dan bersifat kebapakan terhadap dirinya, tertawan oleh perasaan kasih sayang yang begitu mendalam yang ia peroleh dari sosok Muhammad s.a.w.. Hal ini membuat Beliau semakin memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap diri Zaid. Rasulullah s.a.w. pun membalas sikap Zaid tersebut dengan cara memerdekakannya, menjadikannya orang yang mulia dan terhormat. Tidak hanya itu, Beliau pun mengkahwinkan Zaid dengan Zainab binti Jahsy, anak perempuan paman Beliau dan termasuk wanita mulia dan terhormat di kalangan kaum Quraisy.
Hari pun berlalu, kemudian baginda Rasulullah s.a.w. mengangkat Zaid bin Hārithah menjadi panglima tentera perang yang diutus kepada kaumnya sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jika Zaid terbunuh, maka ia digantikan oleh Ja‘far bin Abū Tālib dan jika Ja‘far terbunuh, maka ia digantikan oleh ‘Abdullāh bin Rawāhah.” Dan di antara tentera yang dipimpin oleh Zaid terdapat Khālid bin Walīd, Ja‘far dan Ibn Rawāhah. Zaid bin Hārithah yang sebelumnya adalah seorang hamba sahaya berubah menjadi orang yang merdeka sekaligus menjadi seorang panglima tentera perang.
Ketika Zaid bin Hārithah terbunuh dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w.  memuliakannya dengan cara mengangkat puteranya yang bernama Usāmah bin Zaid menjadi panglima tentera perang yang diutus ke negeri Syam. Dan di antara tentara yang dipimpin Usāmah terdapat dua sosok mulia dan yang nantinya akan menjadi khalifah bagi umat Islam, orang tersebut adalah Abū Bakar r.a. dan ‘Umar bin Khattab r.a.. Rasulullah s.a.w. selalu berkata tentang Usāmah: “Orang yang dicintakan, anak orang yang dicintakan.”
Ini adalah salah satu contoh sikap Beliau yang baik dan lembut terhadap salah seorang sahabat yang Beliau berikan selama dua puluh tahun. Iaitu Beliau berikan mulai sejak masih budak kecil, waktu muda sampai ia berkahwin. Setelah itu, apa yang Beliau berikan kepada Zaid, selanjutnya diberikan kepada anaknya yang bernama Usāmah bin Zaid. Rasulullah s.a.w. benar-benar telah memberikan contoh teladan di dalam hal memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik dan ramah.
Rasulullah s.a.w. juga memperlakukan para hamba sahaya dengan sangat baik dan lembut pada zaman di mana sikap bangga dengan nasab dan keturunan merupakan salah satu sikap yang memiliki tempat khusus di dalam kehidupan masyarakat. Beliau bersabda:
لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ عَبْدِي وَأَمَتِي كُلُّكُمْ عَبِيدُ اللَّهِ وَكُلُّ نِسَائِكُمْ إِمَاءُ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَقُلْ غُلَامِي وَجَارِيَتِي وَفَتَايَ وَفَتَاتِي
Maksdunya: “Janganlah salah satu di antara kalian berkata: Abdī (budak lelakiku) dan Amatī (budak perempuanku). Kerana kalian semua adalah‘Abīd (hamba-hamba lelaki) Allah s.w.t. dan para wanita kalian semuanya adalah hamba-hamba perempuan-Nya. Akan tetapi hendaknya ia berkata: Ghulāmī (anak lelaki kecilku), Jāriyatī (anak perempuan kecilku), Fatāyā dan Fatātī (anak-anak mudaku).”
Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa para hamba sahaya adalah hamba-hamba Allah s.w.t. bukan hamba-hamba manusia. Beliau bersabda:
وَلَا يَقُولَنَّ الْمَمْلُوكُ رَبِّي وَرَبَّتِي وَلْيَقُلْ الْمَمْلُوكُ سَيِّدِي وَسَيِّدَتِي فَكُلُّكُمْ عَبِيْدُ اللهِ وَالرِّقُّ لِلَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Seorang hamba sahaya hendaknya jangan sampai berkata: Rabbī (tuanku lelaki) dan Rabbatī (tuanku perempuan). Akan tetapi hendaknya ia berkata: Sayyidī dan Sayyidatī. Kerana kalian semua adalah hamba-hamba Allah s.w.t, sedangkan penghambaan hanya kepada Allah s.w.t..”[14]
Tentang sikap baginda Rasulullah s.a.w. yang memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik, sahabat Anas bin Mālik r.a. (orang yang pernah menjadi pembantu Rasulullah s.a.w.) bercerita: “Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w.  mengutusku untuk suatu keperluan, namun saya menyibukkan diri dengan budak-budak kecil yang sedang bermain di pasar. Tiba-tiba Beliau telah memegang pakaianku dari belakang, dan saya menoleh kepadanya, Beliau pun tersenyum dan berkata: “Wahai Unais, pergilah seperti yang aku perintahkan kepadamu.”
Anas bin Mālik menambahkan: “Saya menjadi pembantu Rasulullah s.a.w.  selama dua puluh tahun, Beliau tidak pernah sekalipun berkata kepadaku: “Ah.” Jika saya melakukan atau meninggalkan sesuatu, Beliau juga tidak pernah berkata: “Kenapa kamu lakukan,” atau “mengapa kamu tinggalkan.” Beliau juga tidak pernah mencela aku, jika Beliau memerintahkan sesuatu kepadaku sedangkan saya bermalas-malasan dalam melakukannya. Jika ada salah seorang anggota keluarga Beliau yang mencelaku, maka Beliau akan berkata: “Biarkan sahaja, sesuatu jika telah ditakdirkan, maka pasti akan terjadi.”[15]
Sikap memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik dan ramah tidak akan dapat dilakukan kecuali oleh orang yang memiliki akhlak dan perilaku yang baik serta lurus. Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga memiliki adab atau akhlak yang agung di dalam hal makan, minum dan kebersihan. Semua ini merupakan aktiviti kehidupan sehari-hari Beliau. Sebagai contoh, jika Rasulullah s.a.w. hendak makan roti dan daging, maka Beliau akan mencuci kedua tangannya dengan baik. Jika sedang duduk untuk makan, maka Beliau akan memakan makanan yang ada didekatnya sahaja. Beliau juga memerintahkan seorang budak kecil yang saat itu sedang makan bersama Beliau untuk mempraktikkan adab tersebut. Beliau berkata kepadanya: “Wahai budak kecil, bacalah Basmalah dan makanlah dengan tangan kanan serta ambillah makanan yang berada didekatmu.”
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. benar-benar memiliki akhlak yang sangat agung. Bagaimana tidak, Beliau tidak pernah bernafas di dalam gelas ketika sedang minum, akan tetapi jika Beliau ingin bernafas ketika sedang minum, maka Beliau akan mengangkat gelas terlebih dahulu dari mulutnya. Beliau melarang seseorang yang sedang minum dengan bernafas di dalam gelas. Jika ia ingin bernafas, maka hendaknya ia menjauhkan gelas terlebih dahulu dari mulutnya, setelah itu baru bernafas.
Rasulullah s.a.w. juga tidak sukakan memakan bawang putih, bawang merah dan bawang bakung atau bawang perai. Ini kerana Beliau selalu berbicara dengan malaikat Jibrīl. Bau tidak sedap yang ditimbulkan sebab memakan bawang tidak layak bagi seorang utusan seperti Rasulullah s.a.w..
Di antara adab atau akhlak Rasululah s.a.w. dalam hal makanan adalah: Beliau tidak pernah mencela satu macam makanan sekalipun. Jika Beliau berselera terhadap salah satu makanan, maka ia memakannya, apabila tidak, maka Beliau akan meninggalkannya. Namun ketika ada bermacam menu makanan yang tidak biasa Beliau makan dan Beliau tidak menyukakannya, maka Beliau meninggalkan. Akan tetapi pada waktu yang sama Beliau juga tidak melarang orang lain yang telah terbiasa memakan dan yang berselera untuk mencicipinya.
Pada suatu ketika, Beliau dijamu dengan Dabb (haiwan melata sejenis kadal) yang dibakar, namun Beliau tidak mencicipinya dan ia juga tidak mengharamkannya. Beliau memberikan alasan kenapa Beliau tidak mau mencicipinya dengan alasan kerana Dabb tidak terdapat di tempat tinggal Beliau dan tidak merupakan makanan mereka.[16]
Jika baginda Rasulullah s.a.w. bersin, maka Beliau akan menahan suaranya agar tidak terlalu keras. Beliau menutup dengan pakaian atau tangannya atau Beliau menutup wajah dan mulut secara bersamaan.[17]
Jika Beliau tidak menyukakan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang, maka Beliau tidak langsung mengkritiknya dengan menyebutkan nama secara khusus, akan tetapi Beliau menggunakan ungkapan: “Mā bālu aqwāmin yaf‘alūna kadhā wa kadhā?” (bagaimana keadaan kaum yang melakukan begini dan begini).
Sering sekali Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita untuk selalu ramah dan tersenyum. Beliau bersabda:
كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَمِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَائِهِ
Maksudnya: “Setiap kebaikan adalah sedekah, dan di antara kebaikan adalah memasang wajahmu dengan penuh senyum dan ceria ketika bertemu dengan saudaramu, dan mengisikan air yang berada di timbamu (ember) ke dalam wadah air milik saudaramu.”[18]
‘Alī bin Abū Tālib k.w. menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah sosok manusia yang selalu bermuka ceria, ramah, lemah lembut akhlaknya, halus dan selalu tersenyum. Beliau adalah sosok yang paling banyak tersenyum setiap bertemu dengan para sahabatnya, selalu serius, nampak tertarik dan memperhatikan dengan serius terhadap setiap pembicaraan mereka. Kadang-kadang Beliau tertawa sampai kelihatan gigi gerahamnya. Disebutkan juga bahawa baginda Rasulullah s.a.w. adalah sosok manusia yang paling sukakan tersenyum dan tertawa, menyenangkan dan berlaku ringan tangan.
Sayidah ‘Ā’isyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. jika sedang berada di rumah bersama keluarga, maka Beliau selalu ceria, tersenyum dan tertawa. Keceriaan dan kemurahan senyumnya tidak hanya terbatas ketika berada di dalam rumah bersama keluarga sahaja, akan tetapi juga ketika sedang berada di luar rumah. Dengan setiap orang, Beliau selalu menampakkan muka yang ceria dan selalu dihias dengan senyuman. Beliau bersabda:
رَوِّحُوْا عَنِ الْقُلُوْبِ سَاعَةً بَعْدَ سَاعَةٍ, فَإِنَّ الْقُلُوْبَ إِذَا كَلَّتْ عَمِيَتْ
Maksudnya: ‘Segarkan dan hiburlah hati serta pikiran anda secara berkala, kerana hati dan pikiran jika telah lelah, maka akan buta, tidak mampu untuk digunakan berpikir.”[19]
Rasulullah s.a.w. juga sosok yang paling sukakan bermain dan bercanda ria dengan anak-anak. Beliau adalah sosok orang yang paling sukakan bercanda dan melucu ketika sedang berada di rumah bersama keluarga.[20]
Canda dan lelucuannya adalah yang sesuai dengan kedudukan Beliau yang tinggi dan sosok yang mulia dan luhur. Beliau memang gemar bercanda, akan tetapi ketika bercanda, ia tidak pernah mengatakan sesuatu kecuali yang hak. Oleh kerana itu lelucon dan canda yang diriwayatkan dari Beliau semuanya dalam bentuk bahasa kināyah (menggunakan kata-kata yang tidak terang atau metonimi) dan tauriyah (menggunakan sebuah kata yang memiliki dua erti, pertama erti yang dekat dan kedua erti yang jauh. Yang diinginkan adalah erti yang jauh). Beliau bersabda:
إِنِّي لَأَمْزَحُ, وَلَا أَقُوْلُ إِلَّا الْحَقَّ
Maksudnya: “Aku bercanda, akan tetapi aku tidak mengucapkan kecuali yang hak.”[21]
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. kemudian ia berkata: “Wahai Rasulullah, naikkan saya ke atas punggung unta.” Beliau menjawab: “Tidak (aku tidak akan menaikkan mu ke atas punggung unta), tetapi aku akan menaikkan kamu ke atas punggung anak unta.” Wanita tesebut berkata: “Apa yang dapat saya lakukan dengan anak unta? Kerana anak unta tidak kuat menahan berat badanku.” Beliau berkata: “Setiap unta pasti anak unta juga.”
Jika seseorang dipuji kerana ia merupakan sosok yang selalu tersenyum, humoris, ramah, selalu menghormati tetamu dan kerana mempunyai sifat-sifat terpuji yang lain maka semua itu sebenarnya telah terkumpul di dalam diri Rasulullah s.a.w..  Jika anda berbicara tentang sikap dan perilaku baik pada diri Rasulullah s.a.w., maka hendaknya anda memperhatikan faktor-faktor utamanya. Oleh yang demikian, maka anda akan menemukan di dalam sikap toleransi dan kelapangan dada Beliau, hatinya yang suci dan bersih, kesabaran Beliau yang luar biasa, kearifan dan kebijaksaan Beliau yang benar-benar kokoh, suka memaafkan, kezuhudan dan ke-tawādu‘-an Beliau yang sangat luar biasa serta ramah dan kasih sayang Beliau yang selalu menyelimuti semua orang. Jika semua ini telah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. bagaimana mungkin Beliau tidak memiliki sikap dan perilaku yang sangat baik kepada orang lain?
Jiwa Beliau yang bersih dan suci sangat nampak ketika bermuamalah dengan para sahabat dan kekasihnya. Di antara para sahabat yang memiliki kedudukan khusus di hati Rasulullah s.a.w. adalah sahabat Imrān bin Husain r.a.. Marilah kita lihat bersama apa yang dikatakan Imrān bin Husain tentang sikap dan perilaku Rasulullah s.a.w. yang sangat baik. Ia berkata: “Saya adalah orang yang memiliki kedudukan khusus di hati Rasulullah s.a.w., pada suatu ketika Beliau berkata kepada saya: ‘Wahai Imrān, sesungguhnya kamu memiliki kedudukan dan kehormatan di hatiku, apakah kamu bersedia menjenguk Fatimah binti Rasulillah?” Saya menjawab: “Dengan penuh senang hati wahai Rasulullah.” Kemudian Beliau berdiri dan aku pun ikut berdiri. Ketika kami berdua telah sampai di depan pintu rumah Fatimah, Beliau mengetuk pintu sambil mengucapkan: “Assalamu‘alaikum, bolehkah aku masuk?” Fatimah menjawab: “Silahkan masuk wahai Rasulullah.” Setelah itu Beliau berkata: “Aku dan orang yang bersamaku?” Fatimah menjawab: “Benar, juga orang yang bersamamu wahai Rasulullah.”[22]
Agar pergaulan dan hubungan antar sesama Muslim menjadi baik, maka Rasulullah s.a.w. selalu menyerukan untuk melakukan hal-hal yang dapat membahagiakan hati dan dapat semakin mempererat persaudaraan dan ukhuwah. Beliau menghubungkan keimanan dengan hal-hal tersebut, seperti dalam sabdanya:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka jangan sampai menyakiti tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka ia harus memuliakan tetamu. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata yang baik, atau jika tidak bisa, maka hendaknya ia diam.”
Pada sabda di atas, Beliau selalu mengulang-ulang kalimat: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir.”
Pada hadith lain, Rasulullah s.a.w. menegaskan akan keharusan menjaga keharmonisan hubungan dan sikap saling tolong menolong antar jiran. Beliau bersabda:
وَمَا زَالَ جِبْرِيل يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Maksudnya: “Jibril selalu berwasiat kepadaku tentang perihal jiran, sehingga aku menyangka bahawa ia akan menjadikan jiran sebagai salah satu pihak yang berhak mendapatkan bahagian warisan.”[23]
Baginda Rasulullah s.a.w. melarang dengan keras sikap saling bermusuhan antara Muslim dengan saudara Muslim yang lain. Kerana jika sikap saling bermusuhan muncul di antara mereka, maka tidak akan mungkin ditemukan sikap dan perilaku baik di antara mereka. Beliau bersabda:
إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. adalah orang yang sukakan berselisih dan bergaduh.”[24]
Bahkan Beliau juga melarang sebuah pandangan mata yang dapat menyinggung dan menyakitkan hati orang lain, Beliau bersabda:
لَا يَحِلُّ لِمُؤْمِنٍ أَنْ ُيِشْيَر إِلَى أَخِيْهِ بِنَظْرَةٍ تُؤْذِيْهِ
Maksudnya: “Tidak diperbolehkan seorang Mukmin memandang sinis kepada saudaranya, sehingga dapat menyakitkan dan menyinggung hatinya.”[25]
Agar keharmonisan dan sikap saling memperlakukan antara sesama dengan baik dapat berlaku dalam masyarakat, maka Rasulullah s.a.w. memiliki metod khusus yang moden seperti yang diceritakan oleh ‘Ā’isyah r.a., ia meriwayatkan:
مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلَّا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كَانَ إِثْمًا كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. tidak akan memilihan antara dua hal, kecuali Beliau memilih hal yang paling mudah di antara dua hal tersebut. Hal ini dilakukan selama tidak teramsuk dalam batas perbuatan dosa. Jika hal itu termasuk ke dalam perbuatan dosa, maka Beliau adalah orang yang paling jauh dari hal tersebut.”[26]
Hanzalah menceritakan tentang sikap dan perilaku Rasulullah s.a.w. yang sangat baik: “Pada suatu hari, kami berada bersama Rasulullah s.a.w., kemudian Beliau memberi kami mau‘izah atau nasihat yang sangat menyentuh hati, sehingga membuat mata menangis dan dapat membuat kita memahami diri kita sendiri. Kami kembali pulang, isteriku mendekat kepadaku dan terjadi perbincangan di antara kita tentang masalah dunia. Kami pun lupa tentang apa yang kami rasakan tatkala bersama baginda Rasulullah s.a.w. tadi, kami disibukkan dengan masalah dunia, kemudian kami ingat kembali apa yang kami rasakan ketika bersama Beliau. Setelah itu aku berkata kepada diri sendiri: “Saya telah munafik!! Kerana perasaan takut dan hati yang luluh yang pernah saya rasakan ketika bersama Beliau telah hilang dari diriku. Saya pun keluar sambil berteriakl: “Hanzalah telah bersikap munafik.’
Rasulullah s.a.w. mendengar hal itu dan berkata: “Tidak, Hanzalah tidaklah munafik.” Saya berkata kepada Beliau: “Wahai Rasulullah, ketika kami bersamamu dan kamu memberikan nasihat kepada kami, hati kami sangat tersentuh, mata kami menangis dan kami pun dapat mengetahui siapa diri kami yang sebenar. Namun ketika kami telah kembali dan berkumpul dengan keluarga, kami mulai berbicara tentang perihal dunia, sehingga kami lupa akan apa yang pernah kami rasakan ketika bersamamu.” Beliau berkata: “Wahai Hanzalah, seandainya kamu dapat selalu dalam keadaan seperti ketika kamu berada bersamaku tersebut, maka sungguh para malaikat akan menyalami kamu, baik tatkala kamu sedang berada di jalan maupun di rumah. Akan tetapi kamu kadang-kadang ingat dan terkadang tidak (ingat).”
[1] Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[2] Ibid,
[3] Ia adalah salah satu sahabat yang mulia dan termasuk di antara pahlawan pembebasan negeri Irak yang ikut bertempur dalam peperangan Qadisiyah. Lihat Ayyām al-‘Arab fi al-Islaam (al-Qādisiyyah).
[4] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[5] Al-Mawāhib al-Ladunniyyah, (hal. 200 dan setelahnya).
[6] Taisīr al-Wusūl, (4/30).
[7] Syarh al-Zarqānī, (4/270).
[8] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[9] Arfidah adalah atuk tertua daripada kaum Habsyī.
[10] Op. Cit., (3/112).
[11] Sebahagian dari khutbah wadā‘, lihat Sīrah Ibn Hisyām, (4/604), cetakan: Dār Ibn Kathīr.
[12] Lihat ‘Uyūn al-Akhbār karya Ibn Qutaibah, (4/81).
[13] Tabaqāt Ibn Sa‘d, (8/147).
[14] Ihyā’ Ulūm al-Dīnn, (4/141).
[15] Ibid,
[16] Ibid, (2/329).
[17] Insān al-‘Uyūn karya Burhān al-Halabī, (3/377).
[18] Lihat al-Muntakhab min al-Sunnah, (7/297) dari Musnad imam Ahmad dan sunan al-Tirmidhī.
[19] Lihat Nihāyah al-Irbī, (4/1).
[20] Lihat Lisān al-Arab pada kalimat “faqiha”.
[21] Lihat Nihāyah al-Irbī, (4/2)
[22] Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (juz. 4).
[23] Fath al-Mubdī, (2/237).
[24] Ibid,
[25] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/60).
[26] Ibid,
Dipublikasi di Bergaul dengan baik | Tag , , , | Meninggalkan komentar

Kasih Sayang

Imam al-Bukhārī menjelaskan banyak hadith yang menceritakan tentang sifat kasih sayang yang dimiliki oleh Rasul dan juga memaparkan sabda-sabda Rasul yang berhubungan dengan hal ini.
Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ā’isyah yang mengisahkan tentang datangnya seorang Arab kampung yang menghadap Nabi s.a.w. dan merasa hairan melihat Nabi mencium anak kecil. Dengan nada hairan dia berkata: “Kamu mencium anak-anak? Kami tidak pernah mencium mereka.” Dengan nada hairan dan ingkar, Nabi bertanya kepadanya: “Apakah Allah telah mencabut sifat kasih sayang dari hatimu?”[1]
Sahabat Anas bin Mālik r.a. menceritakan bahawa dia pernah bersama Rasulullah untuk mengunjungi rumah Abū Saif al-Qain[2] yang mengasuh putera Rasul yang bernama Ibrāhīm. (Waktu itu Ibrāhīm sedang sakit keras) dan ketika Rasul melihat puteranya itu, Beliau langsung menggendong, mencium dan memeluknya. Kemudian Rasulullah membawanya masuk rumah dan Ibrāhīm sudah mendekati ajalnya.
Melihat keadaan puteranya ini, kedua mata Rasul berkaca-kaca (mengeluarkan air mata). ‘Abdl al-Rahmān bin Auf yang waktu itu juga bersama kami, merasa hairan melihat Rasul menangis dan bertanya: “Mengapa kamu menangis wahai Rasul (di saat kematian puteramu?” Rasul menjawab: “Ini adalah tangisan kasih sayang wahai Ibn Auf,” Rasul melanjutkan pembicaraannya: “Sungguh mata ini berlinang, hati ini sedih, namun kami tidak mengucapkan kata-kata kecuali yang diredai oleh Allah. Sungguh kami sangat sedih berpisah dengan kamu wahai Ibrāhīm.”[3]
Sahabat Abū Hurairah r.a. menceritakan bahawa suatu hari, Rasulullah s.a.w. mencium al-Hasan bin ‘Alī. Di saat itu al-Aqrā’ bin Habis al-Tamimī sedang duduk dan merasa hairan melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Dia pun berkata: “Saya mempunyai sepuluh anak, dan saya sama sekali tidak pernah mencium satupun anakku.” Mendengar ucapan al-Aqrā’ ini, Rasul memandangnya sambil berkata: “Sesiapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”[4]
Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Jarīr bin ‘Abdullāh r.a., Rasul juga menyampaikan sabda yang sama: “Sesiapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”[5]
Kata al-Rahmah (kasih sayang) yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas berasal dari kata al-Ruhm atau al-Rahim yang ertinya adalah kedekatan dan hal-hal yang dapat menyebabkan timbulnya kedekatan. Ketiga kata itu merupakan mustāq dari kata al-Rahīm yang bererti kandungan tempat tumbuh bayi. Sehingga dapat dikatakan bahawa erti kata al-Rahmah adalah halus, lembut, kasih sayang dan lunak yang semua itu menggarah pada satu erti iaitu “sangat dekat”.
Lawan daripada sifat al-Rahmah adalah sikap kasar, keras hati dan kaku. Selain itu kata al-Rahmah merupakan salah satu daripada sifat Allah s.w.t.. Rasul juga terkenal dengan sifat al-Rahmah ini.
Berkaitan dengan sifat kasih sayang Allah s.w.t., Al-Qur’an telah menegaskan dalam beberapa ayatnya diantaranya: “Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (al-A‘rāf, 7: 56).
“Tiada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat.” (al-Hijr, 15: 56)
“Kalau tiada karunia Allah dan rahmat-Nya atasmu, niscaya kamu tergolong orang yang rugi.” (al-Baqarah, 2: 54).
“Dan Tuhanmulah Yang Maha Pengampun.” (al-Kahfi, 18: 58).
Kata al-Rahīm sendiri merupakan salah satu daripada beberapa asma Allah yang mulia (al-Asmā’ al-Husna). Kata ini sering kita ucapkan dalam sehari-hari, iaitu ketika kita membaca Basmalah.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah, 2: 37, yang ertinya: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhan-nya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.
Dalam ayat lain, Allah juga menjelaskan: “Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.” (al-Baqarah, 2: 143).
Selain itu, Allah s.w.t. juga berfirman dalam surah al-Mā’idah, 5: 98, yang ertinya: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Adapun keterangan yang menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai sifat kasih sayang adalah firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah, 9: 128, yang ertinya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.”
Dan juga firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anbiyā’, 21: 107, yang ertinya: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Meskipun Nabi adalah manusia utama yang selalu dijaga gerak dan langkahnya oleh sang Pencipta, namun Allah tetap memerintahkan Nabi-Nya itu untuk berendah hati dan menyebarkan kasih sayang. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hijr, 15: 88, yang ertinya: “Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman.”
Berikut ini akan diuraikan beberapa kisah yang menunjukkan betapa besar kasih sayang Nabi s.a.w..
Suatu hari, di saat Nabi sedang berbincang-bincang dengan wanita Quraisy, tiba-tiba ‘Umar r.a. datang. Melihat kedatangan ‘Umar ini, para wanita tersebut langsung lari dan bersembunyi di balik tirai.  Dan sesampainya ‘Umar di hadapan Rasul, Rasul pun tertawa. ‘Umar hairan dan bertanya: “Mengapa kamu tertawa wahai Rasul?” Rasul menjawab: “Saya hairan dengan wanita-wanita itu, ketika mereka mendengar suaramu, mereka bergegas-gegas lari dan bersembunyi di balik tirai.”
‘Umar berkata: “Sebenarnya engkau lebih berhak untuk ditakuti wahai Rasul?” Kemudian ‘Umar mendekati wanita Quraisy itu dan berkata kepada mereka: “Wahai wanita-wanita yang menjadi musuh nafsunya masing-masing, mengapa kalian takut kepadaku dan tidak takut kepada Rasulullah s.a.w.” Mereka menjawab: “Betul. Kamu lebih keras dan kasar daripada Rasulullah s.a.w.”  
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar: “Wahai Umar Ibn al-Khttab. Demi Zat yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya. Setiap waktu syaitan melihatmu sedang melalui suatu jalan  maka ia akan lewat jalan lain selain jalan yang kamu lewati.”
Sebenarnya, kasih sayang Rasulullah terangkum dalam banyak riwayat. Namun di sini kita hanya menyampaikan sebahagiannya sahaja, supaya kita dapat menyaksikan lebih dekat bagaimana Rasulullah s.a.w. mencurahkan rasa kasih sayangnya dan supaya kisah-kisah itu dapat menjadi teladan bagi kita.
Pada suatu hari ada seorang pemuda datang menghadap Rasul untuk memohon kepadanya supaya diizinkan ikut berjihad. Rasul bertanya kepada pemuda itu: “Apakah kamu mempunyai ibu?” Dia menjawab: “Ya, saya masih mempunyai ibu.” Kemudian Rasul berpesan kepadanya: “Jagalah ibumu sahaja. Kerana sesungguhnya surga berada di bawah kedua telapak kakinya.”
Pada suatu kesempatan, Rasul mendapatkan tawanan perang. Melihat hal itu, Fatimah (puteri Rasul) mengeluh kepada ayahnya berkaitan dengan kerja rumah yang sangat berat. Dia meminta ayahnya supaya mengangkat tawanan itu sebagai pembantu rumah sehingga kerja rumah dapat lebih ringan. Namun Rasulullah s.a.w. menolak dan memintanya untuk memperbanyak membaca tasbih, takbir dan tahmid. Rasul kemudian berkata kepadanya: “Saya tidak memberimu pembantu. Apakah saya akan membiarkan Ahl al-Suffah kelaparan, di saat aku tidak mempunyai harta untuk memberi nafkah kepada mereka. Saya akan menjual tawanan itu dan hasilnya akan saya gunakan untuk memberi nafkah kepada Ahl al-Suffah.”
Dalam kisah di atas, kita melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. mengasihi orang-orang Muhajirin dan Ansar yang sibuk beribadah kepada Allah dan berkumpul di salah satu bilik masjid Madinah. Mereka adalah orang-orang fakir yang jumlahnya sekitar empat ratus orang. Mereka selalu turut serta dalam setiap pasukan yang diutus Rasul untuk melaksanakan satu tugas tertentu.
Rasulullah s.a.w. lebih mengutamakan mereka daripada puteri kesayangannya sendiri. Padahal Fatimah adalah permata dan buah hati Beliau. Meskipun demikian Beliau tetap tidak mau memenuhi permintaan puterinya supaya tawanan tersebut dijadikan pembantu rumah yang akan meringangkan kerja rumahnya. Beliau bahkan menegaskan bahawa menjual satu tawanan yang wangnya digunakan untuk membiayai kehidupan Ahl al-Suffah jauh lebih baik daripada tawanan itu diberikan kepada Fatimah untuk menjadi pembantu rumah tangga. Dan Beliau menyuruh puterinya itu, untuk memperbanyak membaca takbir, tasbih dan tahmid supaya diberi kekuatan untuk menyelesaikan kerja rumah dengan baik.
Pada suatu hari ada seseorang datang menghadap Rasul, ingin menyampaikan keinginannya untuk ikut berhijrah bersama Beliau. Orang itu berkata: “Wahai Rasul, saya datang ke sini setelah membuat kedua orang tuaku menangis.” Rasul pun berkata kepada orang tersebut: “Kembalilah kepada kedua orang tuamu, dan buatlah mereka tersenyum sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis.” (H. R. Ahmad).
Dalam hadith ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan betapa besarnya penghargaan Islam terhadap kedua orang tua, sehingga mereka harus diutamakan dalam segala hal termasuk dalam hal mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Dalam hadith tersebut Rasulullah s.a.w. tidak mau memberi izin kepada orang yang hendak berjihad fi sabīlillah sebelum mereka mendapatkan restu dari kedua orang tuanya. Ini kerana jihad yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah jihad yang hukumnya fardu kifāyah, namun apabila jihad tersebut untuk mempertahan keberadaan dan langgengnya ajaran Islam maka hukumnya fardu ‘ain dan wajib bagi setiap Muslim untuk melakukannya dan tidak perlu restu dari kedua orang tua. Rasulullah s.a.w. tidak mau membaiah seorang yang ingin hijrah bersamanya, kerana orang tersebut tidak mendapat restu dari kedua orang tuanya sehingga keduanya menangis. Bahkan Rasul memerintahkan orang itu untuk kembali bertemu kedua orang tuanya dan menyuruhnya untuk membuat kedua orang tua kembali tersenyum.
Dalam hal ibadah, Rasul juga menganjurkan umatnya untuk melaksanakan dengan penuh ketenangan, kelembutan dan kasih sayang. Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketika aku sedang salat, aku ingin berlama-lama (menikmati salatku). Namun saya mendengar ada anak kecil yang menangis, sehingga saya berubah fikiran untuk mempercepat salatku, kerana khawatir ibunya merasa kerepotan.”
Pada masa Rasul ada seseorang yang sering terlambat melakukan salat Subuh dengan berjamaah. Setelah Rasulullah s.a.w. mencari keterangan, orang tersebut mengeluh kerana imam salatnya terlalu lama dalam memimpin berjamaah. Rasulullah s.a.w. pun marah dan berkata: “Sungguh di antara kalian ada orang yang membuat orang lain tidak senang. Siapapun di antara kalian yang memimpin salat berjamaah hendaknya meringankan salatnya (jangan lama-lama) kerana di antara orang yang berjamaah terdapat orang yang lemah, orang tua dan orang yang mempunyai keperluan.”[6]
Banyak contoh lain yang menunjukkan kasih sayang Rasulullah s.a.w., terutama terhadap para sahabat wanita. Berikut ini akan diuraikan kisah Rasul s.a.w. dengan Umm Salim dan kisah lain antara Beliau dengan Barakah binti Tha‘labah (Umm Aimān) yang pernah merawat Beliau pada waktu kecil.
Barakah binti Tha‘labah (Umm Aimān) adalah hamba sahaya milik ‘Abdullāh bin ‘Abd al-Muttalib, ayah Rasulullah s.a.w.. Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa Umm Aimān adalah hamba sahaya milik ibu Rasulullah, Aminah binti Wahab. Pada waktu Aminah melakukan perjalanan sehingga dia meninggal dunia di daerah Abwā’, Umm Aimān turut bersamanya dan pada waktu itu Muhammad masih kecil, umurnya belum melewati enam tahun. Selanjutnya Muhammad diasuh oleh Umm Aimān ini.
Kisah selanjutnya, Rasulullah s.a.w. membebaskan Umm Aimān daripada perbudakan. Setelah merdeka ia ditunang oleh ‘Abīd al-Habsyī. Dari perkahwinannya ini, ia dikaruniai seorang anak dan diberi nama Aimān. Setelah ‘Abīd meninggal dunia, Umm Aimān berkahwin dengan Zaid bin Hārithah dan dikaruniakan seorang anak yang diberi nama Usāmah.
Rasulullah s.a.w. sering mengunjungi Umm Aimān, begitu juga Abū Bakar dan ‘Umar. Rasulullah s.a.w. pernah berkata: “Umm Aimān adalah ibuku (kedua) setelah ibuku (yang pertama).”[7]
Ketika suami pertamanya, ‘Abīd meninggal dunia, Rasulullah berkata di hadapan para sahabatnya: “Siapa yang ingin berkahwin dengan wanita penduduk surga?” Waktu itu Zaid bin Hārithah memenuhi anjuran Rasul itu, dan akhirnya dia berkahwin dengan Umm Aimān.

Adapun Umm Salim r.a. adalah seorang wanita Madinah yang rumahnya sering dikunjungi oleh Rasulullah s.a.w.. Pada suatu kesempatan Rasulullah s.a.w. ditanya oleh salah seorang sahabat: “Mengapa kamu suka mendatangi rumah Umm Salim?” Rasul menjawab: “Saya kasihan kepadanya. Saudaranya meninggal ketika membelaku.”

Umm Salim adalah bibi sesusuan Rasulullah s.a.w.. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Umm Salim adalah bibi nasab Rasulullah s.a.w.. Saudaranya yang disebut dalam hadith di atas bernama Harām bin Malhan, saudaranya ini terbunuh ketika terjadi perang di sumur Ma‘ūnah. Pada perang tersebut Rasulullah s.a.w. tidak turut serta, Beliau hanya mengutus pasukan dan di antaranya adalah Harām bin Malhan ini.
Rasulullah s.a.w. memang mempunyai sifat kasih sayang, namun hal ini sama sekali tidak menghalanginya untuk menegakkan hukum Allah s.w.t. ‘Abdullāh Ibn Mas‘ūd r.a. berkata: “Saya masih ingat orang pertama yang tangannya dipotong oleh nabi Muhammad s.a.w.: Suatu hari ada seorang pencuri yang dihadapkan kepada Rasul, dan Beliau memutuskan hukuman potong tangan kepadanya. Namun wajah Beliau nampak berubah (seakan-akan tidak senang hal ini terjadi).”
Para sahabat berkata kepada Nabi: “Ya Rasulullah. Kelihatannya kamu kurang berkenan memotong tangannya.” Rasul menjawab, “Apa yang menghalangiku (melaksanakan hukuman itu). Janganlah kalian membantu syaitan mencelakakan saudaramu.” Para sahabat berkata, “Lebih baik kamu memaafkannya, wahai Rasul?” Rasul pun menjawab: “Jika hukuman had sudah diputuskan di hadapan sultan (penguasa) maka harus dilaksanakan. (Allah lah yang akan mengampuninya) Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan suka terhadap pengampunan.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah s.w.t.: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Nūr, 24: 22).
Kasih sayang Rasulullah s.w.t. tidak hanya terbatas untuk kalangan umat Islam atau saudara mara sahaja. Orang-orang musyrik juga dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.. Pada waktu perang Badar, sebelum pertempuran berkecamuk, Rasulullah s.a.w. berkata: “Saya mengetahui bahawa orang-orang Banī Hāsyim dan beberapa yang lainnya ikut perang kerana terpaksa. Mereka sebenarnya tidak ingin memerangi kita. Sesiapa (dalam pertempuran nanti) ada di antara kalian yang bertemu dengan salah seorang dari Banī Hāsyim, janganlah ia dibunuh. Sesiapa ada di antara kalian yang bertemu dengan Abū al-Bahtarī bin Hisyām bin al-Hārith bin Asad, janganlah ia dibunuh. Sesiapa ada di antara kalian yang bertemu dengan al-‘Abbās bin ‘Abd al-Muttalib, janganlah ia dibunuh. Mereka semua ikut perang kerana terpaksa.”
Dalam kitab al-Sīrah al-Nabawiyyah, Ibn Hisyām meriwayatkan sebuah hadith dari Ibn Ishāq yang berisikan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang sahabat-sahabatnya membunuh Abū al-Bahtarī al-‘Ās bin Hisyām kerana dia tidak pernah menyakiti Rasulullah s.a.w. pada waktu di Makkah. Selain itu, dia juga orang yang berani melanggar perjanjian embargo yang disepakati kafir Quraisy untuk melemahkan kaum Muslimin.
Salah satu bentuk kasih sayang Rasul terhadap orang-orang musyrik adalah sebagaimana yang terdapat dalam kisah berikut ini. Setelah pemimpin suku Yamāmah, Thamāmah bin Athal masuk Islam, dia bersumpah tidak akan mengirim penghasilan gandum kepada penduduk kafir Quraisy, sehingga mereka (kafir Quraisy) meminta izin dahulu kepada Rasulullah s.a.w.. Setelah Thamāmah sampai di kampung Yamāmah, dia memerintahkan kepada penduduk untuk tidak mengirim penghasilan gandum ke orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy pun mengeluh dan mengadukan hal ini kepada Rasulullah s.a.w.. Mereka berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya kamu adalah orang yang sukakan memerintah orang lain supaya menyambung tali silaturrahim.” Setelah itu, Nabi mengirim surat kepada Thamāmah supaya dia mau mengagihkan penghasilan gandumnya kepada penduduk Makkah.[8]
Sebenarnya kalau Rasul menghendaki, Beliau dapat membalas perlakuan kafir Quraisy terhadap Rasulullah pada waktu di Makkah, iaitu ketika mereka mengembargo umat Islam dan mengurung mereka di tempat yang bernama Syi‘b Abī Tālib. Keputusan Thamāmah bin Athal untuk tidak mengirimkan gandum Yamāmah kepada mereka tidak mendapatkan persetujuan Rasul. Ini menunjukkan bahawa rasa kasih sayang Beliau juga dicurahkan kepada orang-orang musyrik meskipun sebelumnya mereka telah menyakiti Rasul.
Rasulullah dapat sahaja membuat mereka kelaparan dan mengembargo mereka. Namun kasih sayang Rasul mengalahkan rasa permusuhan dan kemarahan yang ada. Kasih sayang Rasul menolak untuk melakukan balas dendam. Begitu Rasul membaca surat keluhan dari kafir Quraisy, Beliau langsung mengutus seseorang kepada Thmāmah untuk mengehentikan embargo gandumnya, padahal Rasul faham apabila embargo itu diteruskan maka kekuatan kafir Quraisy akan melemah dan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mengganggu dan menyerang umat Islam.
Dalam kejadian pembebasan kota Makkah, rasa kasih sayang Rasul nampak jelas sekali. Setelah Rasul berhasil menaklukkan kota Makkah, Abū Sufyān bin al-Hārith bin ‘Abd al-Muttalib dan ‘Abdullāh bin Abī Umayyah bin al-Mughīrah menemuinya dan meminta izin untuk ikut masuk kota Makkah. Melihat hal itu Umm Salamah berkata kepada Rasul: “Wahai Rasul. Mereka adalah putera pamanmu dan putera bibimu, mereka adalah saudara maramu.”
Rasul s.a.w. menjawab: “Saya tidak perlukan mereka berdua. Putera pamanku telah merendahkan kehormatanku dan putera bibiku telah mengatakan kata-kata (yang tidak sopan) pada waktu di Makkah.”
Setelah mereka berdua mengetahui sikap Rasul seperti itu, Abū Sufyān membawa serta anak kecilnya dan berkata: “Demi Tuhan. Kamu mengizinkanku masuk ke Makkah atau saya bawa anakku ini bersamaku dan kami pergi entah ke mana sehingga kami mati kehausan dan kelaparan.”
Begitu Rasulullah mendengar ucapan Abū Sufyān itu, Beliau menaruh belas kasihan kepada mereka, kemudian Beliau mengizinkan mereka masuk kota Makkah dan akhirnya mereka masuk Islam.[9]
Ketika Rasulullah s.a.w. bersama rombongan meninggalkan Banī Thaqīf, ada sebahagian sahabat meminta Rasulullah supaya berdoa untuk kehancuran Banī Thaqīf. Namun Rasulullah menolak bahkan Beliau berdoa: “Ya Allah berilah petunjuk kepada Banī Thaqīf dan anugerahkan kepada mereka.”[10]
Suhail bin ‘Amr adalah salah seorang yang menyebarkan propaganda kepada masyarakat untuk membenci dan memusuhi Rasulullah. Suatu hari ‘Umar bin al-Khattab r.a. bekata: “Wahai Rasul. Izinkan saya mencongkel giginya dan memotong lidahnya, supaya dia tidak dapat berpidato lagi.” Rasul menjawab: “Saya tidak ingin menyiksa tubuhnya, nanti saya mendapat hukuman yang setimpal dari Allah. Jika besok ada yang mengaku menjadi Nabi, maka semoga dia akan mengambil peranan yang tidak mengecewakanmu.”[11]
Apa yang dikatakan Rasul, benar-benar terjadi. Setelah Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, banyak penduduk Makkah yang hendak murtad (keluar daripada Islam). Dalam keadaan seperti ini Suhail bin ‘Amr, berpidato di hadapan orang ramai, mengingatkan mereka untuk kembali kepada kebesaran Islam, sehingga akhirnya mereka mau kembali masuk Islam dan mengurungkan keinginan untuk murtad.      
Pada perang Badar, para tawanan perang juga merasakan kasih sayang Rasul mulia ini. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada para sahabat: “Perlakukanlah tawanan perang dengan baik.”[12]
Ada seorang tawanan yang bercerita bahawa ketika ia dibawa oleh tuannya menuju Madinah dan di saat sampai waktunya untuk makan, ia diberi roti sedangkan tuannya makan kurma. Hal ini kerana mereka melaksanakan nasihat Rasul s.a.w. supaya memperlakukan tawanan dengan baik.
Setelah perang Badar, Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya, “Sesungguhnya saya mengetahui bahawa di antara orang-orang Quraisy ada yang ikut perang kerana terpaksa. Sebenarnya mereka tidak  ingin memerangi kita. Oleh sebab itu, sesiapa di antara kalian ada yang menemui mereka, janganlah membunuhnya.”
Selepas perang Badar, Rasulullah s.a.w. memutuskan untuk membebaskan para tawanan perang kafir Quraisy dengan syarat mereka membayar tebusan sebesar seribu dirham sehingga empat ribu dirham. Meskipun demikian Rasul memberi keringan kepada orang-orang fakir seperti Abū ‘Izzah bin ‘Abdullāh yang hidupnya papa dan menanggung ramai anak perempuan. Setelah Abū ‘Izzah minta keringanan kerana keadaannya yang fakir, Rasulullah s.a.w. membebaskanya dengan tanpa memabayar tebusan sedikitpun.
Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menetapkan bahawa tiap tawanan perang yang dapat membaca dan menulis apabila mau mengajarkan kepandaiannya itu kepada sepuluh orang anak-anak Madinah, maka ia akan dibebaskan.[13]
Para musuh yang menentangnya dan merendahkan agamanya juga tetap mendapatkan kasih sayanganya. Suatu hari seorang tawanan perang wanita menghadap Rasul. Rasul pun bertanya kepadanya: “Siapakah kamu?” Wanita itu menjawab: “Saya puteri Hātim al-Jawwād (orang terhormat di kalangan kaum Quraisy).”Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat: “Kasihanilah orang mulia yang menjadi hina di tengah-tengah suatu kaum. Dan kasihanilah orang pandai yang ‘tenggelam’ di antara orang-orang yang bodoh.”
Asmā’ binti Abū Bakar r.a. berkata: “Suatu hari ibuku yang masih musyrikah (yang sudah ditalak oleh Abū Bakar pada masa Jahiliyah) datang kepadaku dengan membawa hadiah minyak  samin, anggur dan keju. Saya melarangnya memasuki rumahku dan saya menolak hadiahnya. Kemudian saya mengirim utusan untuk menemui saudariku, ‘Ā’isyah supaya dia menanyakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w..
Setelah masalah ini disampaikan kepada Rasul, Rasul menjawab: “Hendaknya ia mempersilahkan ibunya masuk rumah dan menerima hadianhnya.” kemudian Allah s.w.t. menurunkan rangakian ayat berikut ini: “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukakan orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Mumtahanah, 60: 8-9)
Dari kisah ini kita mengetahui bahawa Islam menekankan sikap kasih sayang kepada kedua orang tua, ayah dan ibu. Rasulullah s.a.w. tidak menginginkan seorang ibu (meskipun masih musyrikah) terhalangi untuk mendapatkan kasih sayang anaknya yang sudah beriman. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. melarang berjihad orang yang tidak mendapat restu dari orang tuanya. Hal ini menunjukkan betapa besar perhatian dan penghormatan Islam terhadap orang tua.
Pada kejadian perang Shiffīn, sebahagian kaum Muslimin menawan dan membawa al-Syaimā’ binti al Hārith Ibn ‘Abd al-‘Uzzā kepada baginda Rasulullah s.a.w.. Ia adalah saudara perempuan sesusuan Rasulullah s.a.w. Mereka membawa dan menggiringnya dengan kasar, kemudian ia berkata kepada mereka: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya saya adalah saudara perempuan sesusuan kawan kalian (maksudnya Rasulullah s.a.w.).”
Namun mereka tidak mempercayakannya sampai mereka membawa ke hadapan baginda Rasulullah s.a.w., dan al-Syaimā’ berkata kepada beliau: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya adalah saudara perempuan sesusuan anda.” Beliau berkata: “Apa buktinya?” Ia berkata: “Gigitanmu pada punggung saya.” Kemudian beliau mengetahui alamat atau pertanda yang membuktikan kebenaran pengakuan al-Syaimā’ tersebut dan beliau pun lantas membentangkan rida’ beliau dan mendudukkan al-Syaimā’ di atasnya. Kemudian beliau memberi pilihan seperti berikut:
إِنْ أَحْبَبْتِ أَقَمْتِ عِنْدِي مُحَبَّبَةً وَمُكّرَّمَةً, وَإِنْ أَحْبَبْتِ أَنْ أُمَتِّعَكِ وَتَرْجِعِي إِلَى قَوْمِكِ فَعَلْتُ
Maksudnya: “Jika kamu ingin, maka kamu boleh tinggal bersamaku dalam keadaan disenangi dan dimuliakan, namun jika kamu ingin agar aku memberikan kamu kompensasi dan kamu ingin kembali kepada kaummu, maka akan saya penuhi.”
Kemudian al-Syaimā’ berkata: “Saya memilih pilihan yang kedua, iaitu anda memberikan kompensasi (hadiah) kepada saya dan mengembalikan saya kepada kaumku.’ Maka Rasulullah s.a.w. mengembalikan al-Syaimā’ kepada kaumnya dan memberinya tiga budak lelaki dan seorang budak perempuan.
Ketika al-Syaimā’ telah kembali kepada keluarganya, maka para perempuan menceritakan kepadanya tentang nasib seseorang yang bernama Bijād (ia adalah dari kelompok banī Sa‘d, ia pernah melakukan sebuah kejahatan yang sangat kejam, biadab dan tidak manusiawi. Iaitu pernah ada seorang Muslim yang datang kepadanya, lalu ia menangkapnya, memotong-motong tubuhnya kemudian membakarnya. Ketika terjadi perang Hunain, Bijād melarikan diri, namun kaum Muslimin berhasil menangkapnya).
Mendengar cerita para perempuan tersebut, al-Syaimā’ langsung kembali menemui baginda Rasulullah s.a.w. untuk meminta kepada beliau agar sudi menyerahkan Bijād kepadanya dan membebaskannya. Kemudian Beliau memenuhi permintaan al-Syaimā’ tersebut, dan tidak hanya itu Beliau juga masih memberi al-Syaimā’ hadiah lagi berupa satu atau dua unta dan menanyakan siapa sahaja di antara saudara maranya yang masih tertawan. Kemudian al-Syaimā’ menemui Beliau kembali dan Beliau memberi hadiah lagi kepadanya dan kepada saudara maranya yang masih tertawan dengan hadiah beberapa unta dan kambing.[14]
Jika Rasulullah s.a.w. diminta untuk berdoa yang tidak baik untuk seseorang, baik orang Muslim maupun kafir, maka beliau justeru melakukan sebaliknya, iaitu mendoakan dengan baik bagi seseorang tersebut. Diriwayatkan bahawa ketika beliau memerangi para musuh, maka para sahabat berkata kepada beliau: “Seandainya anda melaknati mereka wahai Rasulullah,” kemudian Beliau bersabda:
إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak diutus agar menjadi orang yang sukakan melaknat, akan tetapi aku diutus sebagi rahmat.” Diriwayatkan:
قِيْلَ لَهُ بَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ دَوْسًا عَصَتْ وَأَبَتْ فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ فَقَالَ اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ
Maksudnya: “Dikatakan kepada beliau: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya kelompok Daus membangkang dan tidak mau menerima (dakwah), maka oleh kerana itu, doakan tidak baik bagi mereka’. kemudian beliau berdoa: ‘Ya Allah, berilah petunjuk kepada Daus dan datangkanlah mereka’.”
Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah memukul seseorang dengan tangan beliau, kecuali jika sedang berada di dalam jihad di jalan Allah s.w.t.. Beliau tidak diberi pilihan kecuali beliau akan memilih yang paling mudah di antara pilihan-pilihan yang ada, selama hal itu tidak termasuk kategori dosa atau yang dapat memutuskan tali persaudaraan.[15]
Rasulullah s.a.w. merupakan sosok yang terkenal sangat sayangkan dan bersikap lembut terhadap budak-budak kecil. Beliau selalu mengajak mereka bermain, bercanda dan mendudukkan mereka di atas pangkuan Beliau. Diriwayatkan bahawa suatu ketika Beliau mengajak bermain ‘Abdullāh, ‘Ubaidillāh dan anak-anak paman Beliau yang lain. Beliau membariskan mereka dan berkata: “Sesiapa yang dapat sampai kepadaku paling cepat, maka baginya sebuah hadiah.” Kemudian mereka pun berlari menuju kepadanya dan duduk di atas dada beliau, dan Beliau mencium mereka serta berada bersama mereka.[16]
Ketika Ja‘far bin Abū Tālib mendapatkan syahīd pada perang Mu‘tah, Rasulullah s.a.w. sangat bersedih. Kemudian Beliau bergegas pergi menuju rumah Ja‘far dan menemui isterinya, Asmā’ binti ‘Umais. Pada saat itu beliau melihat Asmā’ telah selesai membuat adonan roti, memandikan anak-anaknya, membersihkkan dan memberinya minyak. Kemudian beliau berkata kepada Asmā’: “Datanglah kamu kepadaku bersama anak-anak Ja‘far.”
Ketika Asmā’ datang kepada Beliau sambil membawa anak-anaknya, maka beliau langsung mencium mereka dengan kedua mata yang basah dengan air mata. Lalu Asmā’ berkata kepada Beliau: “Sungguh, apa sebenarnya yang membuat anda menangis? Apakah telah sampai kepada anda suatu berita tentang Ja‘far dan kawan-kawannya? Beliau berkata: “Benar, mereka telah terbunuh pada hari ini.” Air mata pun jatuh berlinangan dari kedua mata Beliau. Mendengar berita tersebut, Asmā’ langsung menjerit dan menangis, kemudian para kaum perempuan datang menemuinya. Beliau keluar menemui para saudara mara Beliau dan berkata:
لَا تَغْفُلُوا آلَ جَعْفَرٍ وَاصْنَعُوا لَهُمْ طَعَامًا فَإِنَّهُمْ قَدْ شُغِلُوا بِأَمْرِ صَاحِبِهِمْ
Maksudnya: “Jangan sampai kalian lupa terhadap keluarga Ja‘far, buatkan untuk mereka makanan, kerana mereka sedang disibukkan dengan perkara pimpinan mereka (kematian Ja‘far).”[17]
Ketika Beliau melihat anak perempuan hamba sahaya Beliau yang bernama Zaid bin Hārithah datang (Zaid adalah salah seorang yang mendapatkan syahīd pada perang Mu‘tah bersama anak lelaki paman Beliau yang bernama Ja‘far bin ‘Abī Tālib) maka Beliau menepuk pundaknya dan menangis. Para sahabat pun hairan melihat baginda Rasulullah s.a.w. yang begitu bersedih dan menangisi para tentara Islam yang syahīd pada perang Mu‘tah. Beliau menjawab atas rasa hairan para sahabat dengan jawaban:
إِنَّ هَذِهِ عَبَرَاتُ الصَّدِيْقِ عَلَى صَدِيْقِهِ الَّذِي فَقَدَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah air mata kesedihan seseorang kerana kehilangan temannya.”
Diriwayatkan dari Umm Khalīd binti Sa‘īd al-Umawiyyah:
أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ أَبِي وَعَلَيَّ قَمِيصٌ أَصْفَرُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَنَهْ سَنَهْ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَهِيَ بِالْحَبَشِيَّةِ حَسَنَةٌ قَالَتْ فَذَهَبْتُ أَلْعَبُ بِخَاتَمِ النُّبُوَّةِ فَزَبَرَنِي أَبِي قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعْهَا ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْلِي وَأَخْلِفِي ثُمَّ أَبْلِي وَأَخْلِفِي ثُمَّ أَبْلِي وَأَخْلِفِي
Maksudnya: “Pada suatu hari, saya diajak ayahku datang menemui baginda Rasulullah s.a.w. dan pada waktu itu saya mengenakan pakaian yang berwarna kuning. Kemudian Beliau berkata dengan bahasa kaum Habsyī: ‘Sanah sanah’. ‘Abdullāh berkata: ‘Ertinya adalah bagus’. Umm Khalīd berkata: Setelah itu saya mendekat kepada baginda Rasulullah s.a.w. dan mengajak Beliau bermain serta bercanda. Melihat hal tersebut ayahku membentakku, namun Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Biarkan sahaja’. Kemudian Beliau berkata: ‘Pakailah pakaian ini sampai usang dan rosak, Pakailah pakaian ini sampai usang dan rosak (maksudnya mendoakan umur panjang).”[18]
Pada suatu ketika ada seorang bayi yang dibawa kepada baginda Rasulullah s.a.w. untuk dimintakan doa keberkahan untuk si bayi dan meminta beliau untuk memberinya nama. Lalu beliau pun mengambil bayi tersebut dan meletakkan di atas pangkuan Beliau. Namun tiba-tiba bayi tersebut kencing di atas pangkuan Beliau, kemudian orang-orang yang melihat hal tersebut sepontan berteriak, Beliau berkata: “Jangan kalian membuat si bayi menghentikan kencingnya sebelum selesai.” Beliau membiarkan si bayi menyudahkan kencingnya, kemudian beliau mendoakan dan memberi nama untuk si bayi, agar orang tua si bayi merasa senang. Hal ini beliau lakukan untuk memberikan isyarat kepada orang tua bahawa Beliau sebenarnya tidak merasa terganggu dengan hal tersebut. Kemudian setelah mereka pergi, Beliau pun lantas mencuci baju yang terkena kencing si bayi dengan kedua tangan Beliau yang mulia dan suci.[19]
Diriwayatkan bahawa ketika al-‘Aqrā’ bin Habis melihat Rasulullah s.a.w. mencium cucu Beliau, Hasan bin ‘Alī bin Abū Tālib, maka ia terus berkata: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, namun saya tidak pernah sekalipun mencium salah satu di antara mereka.” kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
أَوَأَمْلِكُ لَكَ أَنْ نَزَعَ اللَّهُ مِنْ قَلْبِكَ الرَّحْمَةَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ
Maksudnya: “Aku tidak memiliki kuasa untuk menumbuhkan rasa kasih sayang di hatimu setelah Allah s.w.t. mencabutnya dari hatimu, sesiapa yang tidak menyayangi, maka ia juga tidak akan disayangi.”
Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu Beliau salat sambil meletakkan Umāmah binti Zainab, puteri beliau, di atas pundak. Beliau meletakkan Umāmah ketika bersujud dan mengangkatnya lagi ketika berdiri.
Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. agak memperpanjang sujudnya. Ada salah seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kamu telah memperpanjang sujud, sehingga kami sempat menyangka bahawa telah terjadi sesuatu atau kamu baru menerima wahyu.” Beliau berkata;
كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ
Maksudnya: “Semua itu tidak terjadi, akan tetapi aku memperpanjang sujud, kerana waktu itu anakku (maksudnya cucu beliau) sedang naik ke atas punggunggku, dan aku tidak ingin mengganggunya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.”
Yang dimaksudkan dengan cucu Beliau dalam hadith di atas adalah Hasan atau Husain, anak ‘Alī bin Abū Tālib dan Fatimah r.a.

Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. melewati di dekat rumah puteri Beliau, Fatimah r.a. Ketika itu Beliau mendengar suara tangisan Husain. Kemudian beliau berkata kepada puterinya: “Tidakkah kamu mengetahui bahawa tangisan Husain membuat hatiku merasa tidak tenang?”
Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu ketika Beliau sedang berada di atas mimbar, Beliau melihat cucunya yang bernama Hasan tergelincir. Kemudian Beliau turun dari atas mimbar dan mengangkat Hasan, lalu Beliau membaca firman Allah dalam surah al-Tanghābūn, 64: 15, yang ertinya: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu).”
Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. mengutus Anas bin Mālik untuk suatu keperluan. Namun Anas tidak langsung melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya, Nabi mencarinya dan menemukan ia berada di antara sekelompok anak muda yang sedang bermain. Kemudian Beliau berkata kepadanya: “Wahai Unais, bergegaslah pergi untuk keperluan yang telah aku katakan kepadamu.”[20]
Begitulah, bagaimana baginda Rasulullah s.a.w. memiliki rasa kasih sayang yang tinggi bahkan terhadap para hamba sahaya dan pembantu. Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau mengutus Wasifah untuk melakukan suatu pekerjaan, namun ia tidak segera melakukannya, kemudian beliau berkata: “Seandainya aku tidak takut balasan qisas, maka aku akan menghukummu dengan kayu siwak ini.”
Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau adalah rahmat yang dihadiahkan kepada umat manusia. Apakah hanya dengan kayu siwak anda ingin menghukum, dan apakah benar anda tidak berani melakuka kerana engkau takut hukuman balasan? Salawat dan salam semoga selalu tercurahkan kepadamu wahai Rasulullah s.a.w..
Diriwayatkan oleh Abū Dhar al-Ghifārī r.a.:
سَابَبْتُ رَجُلًا فَعَيَّرْتُهُ بِأُمِّهِ فَقَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ أَعَيَّرْتَهُ بِأُمِّهِ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ إِخْوَانُكُمْ خَوَلُكُمْ جَعَلَهُمْ اللَّهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ فَمَنْ كَانَ أَخُوهُ تَحْتَ يَدِهِ فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا يَأْكُلُ وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا يَلْبَسُ وَلَا تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ
Maksudnya: “Suatu ketika, aku mencela dan mencaci seseorang, aku mengejek dan mencemoohnya dengan menyebut kejelekan ibunya, kemudian baginda Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku: ‘Wahai Abū Dhar, apakah kamu mengejek dan mencemoohnya? Sungguh, di dalam diri kamu masih terdapat ciri-ciri Jahiliah. Mereka, saudara-saudarmu adalah pembantumu dan mereka merupakan sebuah pemberian dari Allah s.w.t. yang Dia jadikan berada di bawah kekuasaanmu. Maka sesiapa yang memiliki saudara yang berada dibawah kekuasaannya, maka hendaklah ia memberinya makan seperti apa yang ia makan dan memberinya pakaian seperti yang ia pakai. Janganlah kalian membebani mereka dengan hal-hal yang diluar kemampuan mereka. Dan jika kalian memberikan beban suatu pekerjaan kepada mereka, maka bantulah mereka di dalam menunaikan pekerjaan tersebut.”
Terdapat riwayat lain yang berbunyi:
خَرَجَ أَبَو ذَرٍّ الْغِفَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ وَعَلَى غُلَامِهِ حُلَّةٌ مثل حُلَّتِهِ فَسُئِلَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ, سَمِعْتُ رسولَ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ, هُمْ إِخْوَانُكُمْ وَخَوَلُكُمْ جَعَلَهُمْ اللَّهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ فَمَنْ كَانَ أَخُوهُ تَحْتَ يَدِهِ فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا يَأْكُلُ وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا يَلْبَسُ وَلَا تُكَلِّفُوهُمْ مِنَ الْعَمَلِ مَا يَغْلِبُهُمْ فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ
Maksudnya: “Suatu ketika Abū Dhar pergi keluar bersama dengan hamba sahayanya, waktu itu hamba sahaya tersebut mengenakan pakaian yang sama dengan pakaian yang dikenakan oleh Abū Dhar, kemudian ia ditanya tentang hal tersebut. ia berkata: ‘Suatu ketika aku mencela dan mencaci seseorang, kemudian ia mengadukan hal tersebut kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau berkata kepadaku: Wahai Abū Dhar, apakah kamu mengejek dan mencemoohnya? Sungguh, di dalam diri kamu masih terdapat ciri-ciri Jahiliah. Mereka, saudara-saudarmu adalah pembantumu dan mereka merupakan sebuah pemberian dari Allah s.w.t. yang Dia jadikan berada di bawah kekuasaanmu. Maka sesiapa yang memiliki saudara yang berada dibawah kekuasaannya, maka hendaklah ia memberinya makan seperti apa yang ia makan dan memberinya pakaian seperti yang ia pakai. Janganlah kalian membebani mereka dengan hal-hal yang diluar kemampuan mereka. Dan jika kalian memberikan beban suatu pekerjaan kepada mereka, maka bantulah mereka di dalam menunaikan pekerjaan tersebut.”
Pada khutbah terkahir baginda Rasulullah s.a.w., Beliau memberikan sebuah wasiat tentang para pembantu dan para hamba sahaya:
فَمَا أَحْبَبْتُمْ فَأَمْسِكُوْا وَمَا كَرِهْتُمْ فَبِيعُوا وَلَا تُعَذِّبُوا خَلْقَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ  فَإِنَّ اللهَ مَلَّكَكُمْ إِيَّاهُمْ وَلَوْ شَاءَ لَمَلَّكَهُمْ إِيَّاكُمْ
Maksudnya: “Di antara para hamba sahaya ada yang kalian senangi, maka peganglah mereka, adapun di antara mereka yang tidak kalian senangi, maka juallah. Janganlah kalian menyiksa makhluk Allah s.w.t. kerana sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan mereka sebagai milik kalian. Seandainya Allah s.w.t. berkehendak, maka Dia akan menjadikan keadaan berbalik, iaitu kalian menjadi milik mereka.”[21]
Bahkan rahmat dan kasih sayang baginda Rasulullah s.a.w. tidak hanya terbatas pada manusia sahaja, akan tetapi mencakup pada haiwan. Sering sekali beliau memberikan wasiat kepada para sahabat agar berlaku halus dan lembut terhadap haiwan. Seperti sabda beliau:
لَعَنَ اللَّهُ مَنْ مَثَّلَ بِالْحَيَوَانِ 
Maksudnya: “Allah s.w.t. melaknat orang yang menyiksa dan mengudung haiwan.”[22]
أَمَا بَلَغَكُمْ أَنِّي قَدْ لَعَنْتُ مَنْ وَسَمَ الْبَهِيمَةَ فِي وَجْهِهَا أَوْ ضَرَبَهَا فِي وَجْهِهَا
Maksudnya: “Tidakkah telah sampai kepada kalian bahwasannya aku melaknat orang yang memberi tanda dengan besi panas atau memukul pada muka haiwan.”[23]
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
إِذَا رَكِبْتُمْ هَذِهِ الدَّوَابَّ فَأَعْطُوْهَا حَقَّهَا فِي الْمَنَازِلِ وَلَا تَكُوْنُوْا عَلَيْهَا شَيَاطِيْنَ
Maksudnya: “Jika kalian menaiki haiwan-haiwan ini, maka berikanlah haknya pada tempat-tempat istirahat, janganlah kalian seperti syaitan atas haiwan-haiwan tersebut.”[24]
Rasulullah s.a.w. juga melarang untuk mengebiri unta dan haiwan-haiwan yang lain serta melarang mengadu haiwan.[25]
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً
Maksudnya: “Takutlah kalian kepada Allah s.w.t. dalam hal haiwan-haiwan yang tidak mampu berbicara ini, naikilah tatkala dalam keadaan baik dan sihat, makanlah dagingnya tatkala dalam keadaan sihat dan gemuk.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
Maksudnya: “Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing, ia mengikat kucing tersebut, lalu ia tidak memberi makan dan tidak pula membiarkannya memakan serangga dan haiwan yang merugikan.” [26]
Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَا مِنْ إِنْسَانٍ قَتَلَ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ حَقِّهَا إِلَّا سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا حَقُّهَا قَالَ يَذْبَحُهَا فَيَأْكُلُهَا وَلَا يَقْطَعُ رَأْسَهَا يَرْمِي بِهَا
Maksudnya: “Tiada seorang pun yang membunuh seekor burung atau seekor haiwan yang nilainya lebih tinggi daripada burung, tanpa memperhatikan hak-haknya kecuali Allah s.w.t. akan meminta peertanggung jawabannya atas hal tersebut. lalu dikatakan kepada beiau, “Apakah hak-haknya tersebut wahai Rasulullah?” Beliau berkata, “Hak-haknya adalah menyembelihnya lalu memakannya, tidak boleh memotong kepalanya digunakan untuk melempar.”[27]    
Rahmat dan kasih sayang Beliau terhadap haiwan tidak hanya sebatas pada ucapan sahaja, akan tetapi memang sudah menjadi akhlak mulia yang selalu Beliau jaga. Bagaimana tidak, kerana Beliau (semoga salawat dan salam selalu tercurahkan kepadanya) adalah panutan dan teladan bagi sekalian alam.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Beliau sedang memakan kurma basah dengan menggunakan tangan kanan dan Beliau gunakan tangan kiri untuk menyimpan biji-biji kurma. Kemudian ada seekor kambing yang lewat, dan Beliau memberikan isyarat kepada kambing tersebut untuk memakan biji-bijian yang berada di dalam genggaman tangan kirinya tersebut. Nampaklah sebuah pemandangan, Beliau makan menggunakan tangan kanan dan seekor kambing memakan biji-bijian kurma yang terdapat pada telapak tangan kirinya, sehingga beliau selesai makan dan kambing pun pergi.
Baginda Rasulullah s.a.w. memakan daging burung yang berhasil ditangkap, namun Beliau tidak ingin memburu dan menangkap burung sendiri. Akan tetapi Beliau senang jika ada seseorang yang berburu burung untuk beliau. Jika ada burung buruan yang dihadiahkan kepadanya, maka akan Beliau makan. Namun jika tidak, maka Beliau tidak ingin berburu dan menangkap burung.
Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu Rasulullah s.a.w. keluar, kemudian Beliau bertemu dengan Abū Bakar r.a dan ‘Umar r.a.. Beliau bertanya kepada mereka berdua: “Apa yang membuat kalian berdua keluar pada waktu ini?” mereka berdua menjawab: “Yang membuat kami berdua keluar adalah rasa lapar.” Beliau berkata: “Demi Zat Yang jiwaku berada di dalam genggamannya, aku juga keluar kerana sesuatu yang membuat kalian berdua keluar (maksudnya rasa lapar).”
Kemudian Beliau mengajak mereka berdua pergi ke rumah salah seorang sahabat Ansar. Namun ternyata orang yang dituju sedang tiada di rumah. Ketika isteri pemilik rumah melihat Rasulullah s.a.w. datang, ia berkata kepada beliau: “Selamat datang.” Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Di mana si Fulan?” si isteri menjawab: “Pergi mengambil air minum untuk kami.’
Tidak lama kemudian, orang yang dimaksudkan datang dan ia memandang kepada Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabat beliau seraya berkata: “Alhamdulillah, hari ini tiada seseorang yang kedatangan tamu yang mulia kecuali saya.” Kemudian ia mengajak Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabatnya  menuju ke ladang miliknya. dan ia datang membawa setangkai buah kurma, ada yang belum matang dan ada yang sudah matang. Ia berkata: “Makanlah.” Kemudian ia mengambil sebuah pisau, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Janganlah kamu menyembelih haiwan yang mempunyai banyak susu.” Setekah itu ia menyembelih seekor kambing dan mereka pun memakan kambing tersebut dan juga setangkai buah kurma yang telah diambil.[28] Rasulullah s.a.w. melarangnya menyembelih kambing yang sedang banyak susu, kerana anak-anak kambing tersebut sangat memerlukan air susu induknya.
Dalam kitab al-Maghāzī, al Waqidī berkata bahawa ketika Rasulullah s.a.w. sedang dalam perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah pada ‘Am al-Fath (tahun penguasaan Makkah oleh kaum Muslimin), di jalan Beliau melihat seekor anjing yang sedang menggonggong, sedangkan anak-anaknya meminum susunya. Kemudian Beliau memerintahkan salah seorang sahabat agar berdiri di dekat anjing tersebut dengan tujuan agar para tentera tidak mengganggu anjing itu dan juga mereka terhindar dari ancaman gigitan anjing.[29] Seandainya beliau tidak memiliki rasa belas kasihan terhadap haiwan, maka beliau tidak akan sampai memiliki perhatian seperti itu.
Pada suatu ketika Beliau sedang pergi bersama sebahagian sahabat, mereka melihat seekor burung kecil yang memiliki dua anak. Mereka mengambil kedua anak burung tersebut, induk anak burung tersebut pun datang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya. Ketika Rasulullah s.a.w. melihat hal tersebut maka Beliau berkata: “Siapa yang telah mengambil anak burung ini sehingga ia menjadi terganggu? Kembalikan anak burung itu kepada induknya.”[30]
Ini adalah di antara rasa belas kasihan Rasulullah s.a.w.. Ia yang telah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukakan kelembutan di dalam segala urusan.”[31]

[1] H. R. al-Bukhārī.
[2] Al-Qain adalah sama ertinya dengan al-Haddād (Tukang besi). Nama aslinya adalah al-Barrā’ bin Aus al-Ansarī.
[3] H. R. al-Bukhārī.
[4] H. R. al-Bukhārī.
[5] H. R. al-Bukhārī.
[6] Lihat Fath al-Mubdī, (1/255).
[7] Zād al-Ma‘ād, (1/26).
[8] Sīrah Ibn Hisyām, (2/281).
[9] Al-Sīrah li Ibn Hisyām, (4/43).
[10] Al-Sīrah li Ibn Hisyām, (4/130).
[11] Tārīkh al-Tabarī, (2/289).
[12] Ibid,
[13] H. R. Ahmad, (1/247).
[14] Sīrah Ibn Hisyām, (4/100).
[15] Lihat al-Ihyā’, (2/321).
[16] Al-Sīrah al-Halabiyyah, (3/377).
[17] Al-Sīrah al-Halabiyyah, (3/377).
[18] Fath al-Mubdī, (2/322).
[19] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/173).
[20] Sahīh Muslim, (15/71).
[21] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (2/195).
[22] Kanz al-Ummāl, (5/15).
[23] Ibid,
[24] Kanz al-Ummāl, (5/15).
[25]  Ibid,
[26] Taisīr al-Wusūl, (2/52).
[27] Ibn Hazm dalam kitab al Muhallā, (7/295).
[28] Kanz al-Ummāl, (4/30).
[29]  Al-Maghāzī karya al-Waqidī.
[30] Taisīr al-Wusūl, (2/52).
[31]  Fath al-Mubdī, (3/305).
Dipublikasi di Kasih Sayang | Tag , , , | Meninggalkan komentar

Bekerja

Bekerja merupakan perilaku Islami yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.. Bahkan pekerjaan yang baik termasuk salah satu bentuk pengabdian kepada Allah s.w.t. (Ibadah). Selain itu, Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada orang yang mau bekerja dan juga memberinya pahala yang agung. Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ
Maksudnya: “Setiap Muslim yang menanam benih atau tanaman kemudian dimakan oleh burung atau manusia, maka usahanya  itu termasuk sedekah.” (H. R. Muslim dan Ahmad).
Ajaran Islam mencakup akidah, syariah dan amal perbuatan (kerja). Kerananya ajaran Islam juga mengatur ranah amaliyah. Yang dimaksud dengan ranah amaliyah adalah segala bentuk ibadah dan ketaatan, termasuk semua kegiatan untuk mencari rezeki dan usaha untuk meningkatkan pengeluaran.
Atas dasar ini, Allah s.w.t. menempatkan kerja sebagai aktiviti ekonomi yang terpuji setelah aktiviti yang hanya bersifat ibadah sahaja. Dalam surah al-Jumu‘ah Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk menjalankan salat Jum‘at, dan setelah selesai Dia memerintahkan hamba-Nya untuk bekerja mencari rezeki dan fadal (karunia) dari Allah di atas bumi ini. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Jumu‘ah, 62: 9-10, yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan salat pada hari Jum‘at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (9) Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (10).”
Islam menganjurkan umatnya untuk bekerja. Pekerjaan apapun memerlukan kesabaran dan kegigihan. Dengan kata lain, apabila seseorang mau bekerja, maka dia dengan secara langsung telah melatih kesabaran, kegigihan, keterampilan, kepercayaan dan kepatuhannya kepada aturan. Melaui kerja juga, seseorang akan mengasah otaknya dan melatih kekuatan raganya. Menekuni suatu pekerjaan, apalagi jika dijalankan secara bersama akan membantu terbentuknya keperibadian yang positif pada jiwa manusia. Semangat kebersamaan, saling membantu dan tekad untuk mencapai tujuan maksimal akan tertanam dan tumbuh pada jiwa mereka. Kemajuan ilmu dan teknologi tidak akan pernah kita saksikan apabila semangat-semangat positif di atas tidak berfungsi secar optimal.
Di sisi lain, Islam sangat membenci sikap peemalas dan pengangguran. Islam menyedari bahawa dua hal ini sedikit demi sedikit akan mematikan kemampuan besar yang dimiliki manusia, bahkan dapat menimbulkan kerosakan dan kekacauan dalam kehidupan, termasuk dalam kehidupan bereagama.
Orang yang malas, menganggap pekerjaan sebagai aktiviti yang berat, sulit dan menyusahkan. Mereka tidak mau mengetahui bahawa di sebalik pekerjaan terdapat kebahagiaan dan kenikmatan. Bekerja adalah kewajiban manusia dalam hidup ini, dengan bekerja maka proses kehidupan akan berjalan dengan normal; ada yang memberi dan ada yang menerima.

Sikap Cinta Rasul terhadap Pekerjaan

Rasulullah s.a.w. sangat senang dengan aktiviti kerja. Hal ini tidak hanya dinyatakan sengan sabda dan anjurannya sahaja, namun lebih dari itu, Beliau juga secara langsung menekuni suatu pekerjaan. Ucapan, anjuran dan nasihat Beliau selalu disertai dengan tindakan nyata, sehingga Beliau menjadi teladan utama, baik dalam ucapan maupun perilakunya.
Sejak masih budak kecil, Rasulullah s.a.w. sudah menekuni pekerjaan. Sehingga pada umur baligh, Beliau mempunyai pekerjaan menggembala kambing. Pada waktu diasuh oleh Halimah al-Sa‘diyyah, Beliau bersama saudara sesusuannya menggembalakan kambing di Banī Sa‘d. Begitu juga ketika di Makkah, Beliau menggembalakan kambing milik keluarganya dengan gaji dan upah tertentu. Pada masa-masa itu Beliau banyak menghabiskan waktu untuk menggembalakan kambing di luar bandar Makkah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Setiap Nabi pasti pernah menggembalakan kambing.” Para sahabat bertanya: “Apakah kamu juga menggembala kambing, wahai Rasul?” Rasul menjawab: “Ya. Saya juga menggembalakan kambing.”[1]
Pekerjaan lain yang pernah ditekuni oleh Rasulullah s.a.w. adalah berniaga. Beliau memulakan perniagaan ini sebelum Beliau menerima wahyu. Diriwayatkan bahawa Khadījah adalah seorang peniaga kaya yang terkenal. Untuk melangsungkan perniagaannya, Khadijah mengangkat seorang pekerja dengan upah tertentu. Pada suatu hari Khadījah mendengar ada seorang yang bernama Muhammad yang terkenal jujur dan berakhlak mulia. Dia tertarik untuk mempercayakan perniagaannya itu kepada Muhammad dan mengutus Beliau untuk berniaga ke negeri Syam.
Pada waktu itu, Muhammad masih di bawah asuhan pamannya yang bernama Abū Tālib yang hidup dalam keadaan miskin dan menanggung banyak keluarga. Abū Tālib sangat berharap agar kemenakannya mempunyai pekerjaan yang dapat menghasilkan pendapatan yang lebih banyak daripada penghasilan menggembalakan kambing. Penghasilan ini tentunya untuk menyara keluarga yang ramai itu.
Suatu hari Abū Tāalib mendengar Khadījah sedang mencari seorang pekerja dari kaum Quraisy untuk menjalankan perniagaannya. Sebagaimana telah disebutkan di atas, Khadījah adalah seorang peniaga kaya dan terhormat. Untuk menjalankan perniagaannya, ia mengangkat seseorang sebagai pekerja dengan imbalan upah yang diambilkan dari hasil keuntungan niaga. Kekayaan Khadījah sangat banyak sekali. Dia telah dua kali berkahwin dengan orang kaya daripada Banī Makhzum, namun keduanya meninggal. Hal inilah yang menyebabkan dia termasuk orang terkaya di Makkah. Dia mengembangkan hartanya tersebut dengan bantuan ayahnya yang bernama Khuwailid dan juga saudara maranya. Khadījah sudah sering dilamar oleh pemuka Quraisy, namun dia menolak lamaran itu, kerana motifasi lamaran pemuka Quraisy tersebut adalah untuk menguasai harta. Akhirnya dia memutuskan untuk memfokuskan pengembangan hartanya dengan berniaga.
Ketika Aūu Tālib mengetahui bahawa Khadījah sedang mempersiapkan barang perniagaan untuk dibawa ke negeri Syam, dia memanggil kemenakannya yang pada waktu itu masih berumur dua puluh lima tahun dan berkata kepadanya: “Wahai putera saudaraku. Saya adalah orang yang tidak mempunyai harta. Kamu mengetahui bagaimana keadaan zaman yang menghimpit kita saat ini. Saya dengar Khadījah sedang mencari pekerja dengan imbalan dua anak unta. Namun saya kurang bersetuju apabila kamu hanya mendapat imbalan dua anak unta sahaja. Apakah kamu berkenan apabila saya mengutarakan hal ini kepadanya?”
Muhammad menjawab: “Terserah paman sahaja.” Kemudian Abū Tālib bertemu Khadījah dan bertanya kepadanya: “Wahai Khadījah, apakah kamu mau menggunakan Muhammad? Saya dengar kamu sedang mencari pekerja dengan imbalan dua ekor anak unta. Namun saya tidak bersetuju apabila Muhammad hanya diberi imbalan dua ekor anak unta. Mestinya dia mendapatkan imbalan empat ekor anak unta.”
Khadījah menjawab: “Kalau kamu meminta hal itu untuk kepentingan orang jauh (yang tidak saya kenal) dan tidak  menyenangkan, saya akan melakukannya. Apalagi sekarang ini kamu meminta hal itu untuk orang tercinta dan sangat dekat (yang sudah saya kenal)?”
Kemudian Abū Tālib kembali menemui Muhammad dan menceritakan perbincangannya itu kepada Muhammad, dan ia berkata: “Ini adalah rezeki dari Allah yang dianugerahkan kepadamu.”
Kemudian Muhammad pergi ke negeri Syam membawa barang perniagaan bersama hamba sahaya Khadījah yang bernama Maisarah.
Dalam perjalanan itu, Muhammad merasakan susah dan berat. Setelah sampai di negeri Syam, Beliau langsung bekerja siang dan malam supaya mendapatkan keuntungan yang halal dan besar, baik untuk Khadījah dan juga untuk dirinya sendiri.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah merasa jijik dan risih melakukan pekerjaan yang nampaknya rendah. Pada waktu pasukan kafir Quraisy dan kaum Yahudi hendak menyerang Madinah, Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat untuk membuat parit di pinggiran bandar Madinah. Beliau juga ikut langsung bersama-sama kaum Muslimin yang lain dalam membuat parit ini. Dengan menggunakan cangkul, Beliau mengeruk tanah dan memindahkan ke tempat lain, sehingga kelihatan perut mulianya yang bersih dan putih. Kaum Muslimin mengerjakan pekerjaan ini dengan penuh suka cita dan dengan mendendangkan bait-bait sya‘ir.
Di antara mereka ada yang bernama Ju‘ail, kemudian Rasulullah merubah namanya menjadi ‘Amr. Kejadian ini memberi ilham kepada para sahabat untuk membuat satu bait sya‘ir yang berbunyi:
سَمَّاهُ بَعْدَ جُعَيْل عَمْرو   #   وَكَانَ لِلْبَائِسِ يَوْمًا ظَهرًا
“Nabi merubah namanya dari Ju‘ail menjadi ‘Amr, pada suatu hari nanti, orang-orang celaka itu akan tersungkur.”
Jika kaum Muslimin melewati ‘Amr, Rasulullah dengan bersemangat berkata: ‘Amr. Dan apabila kaum Muslimin mengucapkan: “(Musuh akan) tersungkur.” Nabi membalas dengan semangat: “(Mereka akan) tersungkur.”
Waktu itu, Rasulullah juga sering malantunkan bait-bait sya‘ir yang digubah para sahabatnya, erti sya‘ir tersebut adalah:
“Tidak akan ada tekad kuat jika Engkau (Allah) tidak memberi petunjuk kepada kami, (Tanpa petunjukmu) Kami juga tidak akan bersedekah tidak pula menjalankan salat.
Kerananya kami memohon: turunkanlah ketenangan pada jiwa kami, dan kokohkanlah telapak kaki kami di saat musuh menemui kami.
Kelompok mereka menentang kami, di saat mereka ingin menyebarkan fitnah (kemusyrikan) kami menolaknya.”[2]
Rasulullah s.a.w. sangat tekun dengan pekerjaannya. Beliau melakukan kerja rumah secara persendirian. Kerja tersebut seperti memberi makan unta, menata rumah, memerah susu kambing, memperbaiki selipar, menjahit baju dan menolong pembantunya menumbuk biji-bijian.   
Beliau juga tidak enggan membantu pekerjaan hamba sahaya yang ingin merdeka. Telah diceritakan bahawa dahulu Salmān al-Fārisī adalah seorang hamba sahaya milik salah seorang Yahudi di Madinah. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Buatlah perjanjian dengan tuanmu bahawa kamu akan merdeka apabila kamu menyetorkan sejumlah harta yang kalian sepakati!” Kemudian Salmān berjanji kepada tuannya untuk menanam tiga ratus pokok kurma dan akan menyetorkan uang sebanyak empat puluh ‘uqiyah[3] dengan balasan akan dimerdekakan.
Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: “Bantulah (Salmān) saudarmu!” Kemudian para sahabat membantu Salmān mengumpulkan tiga ratus pokok kurma. Setelah terkumpul, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Salmān, “Wahai Salmān, buatlah lubang-lubang di tanah  untuk menanam benih kurma itu!” Setelah Salmān menyelesaikan pekerjaannya, dia melapor kepada Rasul. Kemudian Rasul bersama-sama dengan Salmān memulakan menanam bibit-bibit kurma tersebut satu persatu ke dalam lubang yang telah dipersiapkan oleh Salamān sehingga selesai.
Setelah selesai tugas menanam tiga ratus pokok kurma, Salmān masih mempunyai tugas membayar uang sebanyak empat puluh ‘uqiyah. Tidak lama kemudian Rasul datang kepadaku dengan membawa emas yang banyaknya sebesar telur ayam. Rasul berkata: “Apa yang sedang dilakukan oleh orang Persia yang hendak memerdekakan dirinya?” Kemudian Salmān dipanggil dan Beliau berkata kepadanya: “Wahai Salmān. Ambillah emas ini dan bayarlah tanggunganmu (hutangmu)!” Salmān menerima pemberian Rasul itu dengan senang hati dan mengambil seberat empat puluh ‘uqiyah untuk membayar tebusannya. Setelah ia menyerahkan tebusan itu kepada tuannya, dia terlepas dari perbudakan dan kemudian ikut perang Khandaq bersama Rasulullah s.a.w.. Setelah itu dia tidak pernah absen dari pertempuran melawan kaum kafir.[4]
Pada lain kesempatan datang seorang Ansar yang fakir kepada Rasul, dan meminta bantuan kepadanya. Kemudian Rasul bertanya kepadanya: “Apakah kamu mempunyai harta di rumah?” Orang itu menjawab: “Saya mempunyai kain, sebahagian saya gunakan untuk pakaian dan sebahagian lagi untuk alas. Saya juga mempunyai gelas untuk minum.” Rasul meminta untuk membawa kedua barang miliknya itu. Setelah kembali, Rasul berkata di hadapan banyak orang: “Siapa yang mau membeli dua barang ini?” Ada orang yang menawar dengan harga satu dirham. Rasul berkata lagi: “Siapa yang mau membeli dengan harga lebih dari satu dirham?” “Saya Rasul. Saya mau membeli dengan dua dirham” kata seseorang di antara mereka. Kemudian orang tersebut menyerahkan uang dua dirham itu kepada Nabi, setelah itu Nabi menyerahkannya kepada orang Ansar tersebut, sambil berkata: “Gunakan sebahagian uang ini untuk membeli makanan untuk keluargamu, dan sisanya belikan kampak, dan bawa kepadaku.” Setelah orang itu kembali dengan membawa kampak, Rasul mengikatkan dahan-dahan kayu untuknya dan berkata: “Pergi, carilah kayu bakar kemudian juallah. (Untuk sementara) saya tidak mau melihatmu selama lima belas hari ke hadapan.”
Orang Ansar tersebut melaksanakan petunjuk Rasul dengan sunguh-sungguh. Selama lima belas hari bekerja, dia mendapatkan uang sebanyak sepuluh dirham, sebahagian ia gunakan untuk membeli pakaian dan sebahagian yang lain untuk membeli makanan. Kemudian dia menghadap Rasul, dan Rasul berkata kepadanya: “(Apa yang kamu lakukan) ini lebih baik daripada kamu meminta-meminta, yang dapat menyebabkan timbulnya noktah-noktah hitam di wajahmu besok di hari kiamat. Meminta-minta hanya boleh dilakukan oleh orang yang sangat fakir dan tidak dapat apa-apa lagi atau orang yang terlilit hutang atau orang yang kebingungan kerana harus membayar tebusan (setelah ia dimaafkan oleh mangsa atau keluarga mangsa).[5]
Pada waktu lain, datang dua orang meminta sedekah kepada Rasul s.a.w.. Jika diperhatikan, kedua orang tersebut adalah orang yang gagah dan kuat. Melihat hal ini Rasulullah s.a.w. berkata: “Jika kalian mau saya akan memberi kalian. Namun (kalian harus tahu), orang kaya dan orang kuat yang masih sanggup bekerja tidak berhak mendapatkan sedekah.”
Dalam hadith ini Rasul menegaskan bahawa Beliau akan memberikan sedekah kepada merka berdua, apabila mereka menginginkannya dan Rasul tidak bertanggung jawab atas keadaan fisik dan ekonomi kedua orang itu yang sebenar. Jika mereka mengambil sedekah, padahal mereka adalah orang mampu, mereka harus menerima padahnya sendiri, dan Rasul sudah memberi tahu bahawa orang kaya dan orang kuat yang masih sanggup bekerja tidak berhak mendapatkan sedekah.
Selain keterangan di atas, masih banyak lagi hadith-hadith Nabi yang menyinggung masalah keutamaan bekerja, di antaranya adalah:
  1. إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ
Maksudnya: “Hidangan terbaik yang dimakan oleh seseorang adalah hidangan dari hasil kerjanya sendiri.”[6]
2. Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةِ الْحَطَبِ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَبِيعَهَا فَيَكُفَّ اللَّهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوهُ
Maksudnya: “Kalau kalian mau mengambil seutas tali kemudian menggunakannya untuk mengikat kayu bakar, menggendongya di atas pungung kemudian menjualnya dan kamu jatuh tersungkur adalah lebih baik daripada kalian meminta-minta kepada orang lain, yang ada kalanya dia memberi atau tidak.”
Dari semua keterangan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa bekerja adalah aktiviti yang sangat mulia. Dengan bekerja, kita menjaga kehormatan dan kemuliaan diri. Dengan bekerja kita dapat memenuhi keperluan kita sehari-hari tanpa harus mengorbankan harga diri dengan meminta-minta kepada orang lain.

[1] Sīrah Ibn Hisyām, (1/176).
[2] Tārīkh al-Tabarī, (3/44).
[3] Satu ‘uqiyah adalah 119 gram perak, jadi empat puluh ‘uqiyah adalah 4,760 kilogram perak.
[4] Sīrah Ibn Hisyām, (1/224).
[5] Taisīr al-Wusūl, (3/178).
[6] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (4/162).
Dipublikasi di Bekerja | Tag , , , | Meninggalkan komentar

Menjaga Kehormatan Diri

Rasulullah s.a.w. memerintahkan umatnya untuk selalu menjaga kehormatan diri (‘Iffah). Dalam sebuah sabdanya, Beliau berkata:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ الْفَقِيرَ الْمُتَعَفِّفَ أَبَا الْعِيَالِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. senang dengan hamba-Nya yang Mukmin dan fakir namun tetap menjaga kehormatan dirinya serta menanggung nafkah keluarganya.”[1]
Berkata sahabat Hakīm bin Hizām r.a.: “Saya pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., dan Beliau memberikannya kepadaku. Kemudian saya meminta kembali yang kedua kali, dan Beliau juga mengabulkan permintaanku itu. Setelah itu Beliau berkata kepadaku:
يا حكيم إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ فَمَنْ أَخَذَهُ بِسَخَاوَةِ نَفْسٍ بُورِكَ لَهُ فِيهِ وَمَنْ أَخَذَهُ بِإِشْرَافِ نَفْسٍ لَمْ يُبَارَكْ لَهُ فِيهِ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Wahai Hakīm, sesungguhnya harta benda itu memang indah dan nikmat (digambarkan oleh Rasul dengan hijau dan manis). Sesiapa mengambilnya dengan hati yang lapang (tidak terlalu berobsesi untuk menguaasainya) maka dia akan mendapatkan keberkahan harta tersebut. Dan sesiapa mengambilnya dengan penuh berat hati (sangat berobsesi mendapatkannya sehingga hatinya terasa sempit) maka dia tidak akan mendapatkan keberkahan dengan harta itu, bahkan dia akan menjadi seperti orang sedang makan yang tidak pernah kenyang. Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta). (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).
Yang dimaksud dengan hadith di atas adalah setiap harta yang didapat dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama tidak akan mendapat keberkahan. Hal itu seperti harta yang diambil dari seseorang, sedangkan orang tersebut merasa berat untuk memberikan harta tersebut.

Apa itu al-‘Iffah?

Al-‘Iffah 9menjaga kehormatan diri) adalah salah satu akhlak yang mulia. Jika seorang hamba menghias dirinya dengan akhlak ini maka dia akan dicintakan oleh Allah s.w.t. dan juga disayangi oleh ramai orang.
Lebih khusus lagi, yang dimaksud dengan al-‘Iffah adalah sikap yang dapat menjaga seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa, baik yang dapat dilakukan oleh tangan, lisan atau kemasyhurannya. Lebih dari itu, dengan sikap al-‘Iffah ini seseorang akan berusaha meninggalkan hal-hal yang sebenarnya dibolehkan untuknya, namun kerana untuk melindungi diri dari hal-hal yang tidak pantas, maka ia rela untuk meninggalkannya.
Baginda Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan sikap al-‘Iffah kerana dengan sikap ini seorang Muslim dapat menjaga kehormatan dan kemuliaan dirinya.
Sikap al-‘Iffah ini sangat penting bagi keperibadian seseorang, sehingga Allah s.w.t menyebutkan kata “al-‘Iffah dan kata yang berasal dari kata asasnya berulang-ulang di berbagai tempat dalam al-Qur’an. menyebutkan kata ini lebih dari satu kali dalam al-Qur’an, bukan hanya sekedar sebagai pengulangan, namun menyebutkannya dalam berbagai tempat juga disertai dengan kandungan bentuk sikap al-‘Iffah  dalam kehidupan manusia. Bentuk macam sikap al-‘Iffah tersebut antara lain sebagai berikut:
Pertama: Berkahwin dan Menjaga Faraj dari Melakukan Hal-hal yang Haram
Hal ini telah disinggung oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nūr, 24: 33, yang ertinya: “Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)-nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya.”
Terdapat empat hal yang menjadi perhatian al-Qurtubī[2] ketika menafsirkan ayat ini:
  1. Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mempunyai kekuasaan penuh terhadap dirinya sendiri, bukan orang yang berada dalam kekuasaan orang lain, yang perbuatannya mesti disesuaikan dengan kehendak orang yang menguasainya, seperti al-Mahjūr dan (menurut salah satu pendapat) hamba sahaya.
  2. Yang dimaksudkan dengan kata  walyasta‘fif  (وَلْيَسْتَعْفِفْ) pada ayat di atas adalah berusaha supaya menjadi orang yang terhormat dan mulia. Dengan ayat ini Allah s.w.t. memerintahkan orang yang tidak dapat bekahwin kerana adanya halangan, supaya menjaga diri dan kehormatannya (al-‘Iffah). Kerana masalah yang seringa dihadapi oleh seseorang untuk melaksanakan perkahwinan adalah masalah biaya oleh sebab itu Allah s.w.t. berjanji akan memberikan kecukupan kepada orang yang mau menjaga kehormatan dirinya (dengan tidak melakukan perbuatan maksiat) dengan menganugerahkannya rezeki yang dapat digunakan untuk melaksanakan perkahwinan atau dengan mendapatkan isteri yang tidak menuntut mahar yang tinggi atau dengan kesenangannya terhadap wanita berkurang. Sahabat Abū Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga orang yang mendapat hak pertolongan dari Allah s.w.t.: [1] Orang yang berjihad fi sabīlillah, [2] Orang berkahwin dengan niat menjaga kehormatan diri [3] Hamba sahaya mukatab[3] yang ingin membayar (tanggungannya). (H. R. al-Nasā’ī).
  3. Yang dimaksudkan dengan kata al-nikāh dalam ayat lā yajidūna nikāhan (لا يَجِدُوْنَ نِكَاحًا), adalah keadaan seseorang yang tidak memiliki kekayaan untuk berkahwin, seperti untuk biaya mahar dan nafkah. Penafsiran seperti ini atas dasar pertimbangan susunan ayat yang terdapat setelahnya yang menyebutkan: “Hattā yugniyahumullāhu min fadlih (حَتَى يُغْنِيَهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ) (sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya)”. Ada sebahagian kalangan yang salah faham dengan ayat ini dan menyangka bahawa perintah untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan diri (al-Isti‘fāf) hanya ditujukan kepada orang yang tidak mempunyai biaya untuk menikah sahaja. Pendapat seperti ini adalah pendapat yang tidak tepat, kerana pada asasnya perintah al-Isti‘fāf ditujukan kepada semua orang yang mempunyai masalah untuk melaksanakan perkahwinan, apapun jenis masalah itu.
  4. Orang yang sanggup mengendalikan nafsu untuk tidak melakukan maksiat, dan mempunyai biaya untuk berkahwin. Orang seperti ini disunnahkan untuk segera melaksanakan perkahwinan. Namun apabila dia tidak mempunyai biaya maka dia harus berusaha sekuat tenaga untuk menjaga kehormatan diri, walaupun dengan cara berpuasa. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya puasa baginya (pemuda) adalah obat penawar”.[4] Adapun orang yang sering tergoda dengan ajakan hawa nafsunya, maka ia hendaknya berusaha sekuat tenaga untuk menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang terbaik di antara kalian adalah orang yang cergas dan mampu menjaga diri (dari melakukan dosa), di saat tidak mempunyai keluarga dan anak”.
Berkahwin dengan perempuan hamba sahaya diperbolehkan agama apabila memang tiada biaya untuk kahwin dengan perempuan merdeka. Allah hanya memberikan dua pilihan kepada hambanya; Kahwin atau menjaga kehormatan dirinya, adapun selain kedua pilihan ini maka hukumnya haram. Adapun menggauli hamba sahaya milik peribadi (milk al-yamīn diperbolehkan secara syar‘iy berdasarkan ayat “aw mā malakat aimānukum” (أوْ مَا مَلَكَتْ أيْمَانُهُمْ). Dan ini termasuk pengecualian hal-hal yang diharamkan dalam perihal ini. Sehingga contoh hal-hal yang diharamkan dalam hal ini adalah seperti onani atau masturbasi dan terlebih lagi nikah mut‘ah.
Dalam ayat yang kita bahas ini terdapat perintah untuk bersungguh-sungguh dalam menjaga kehormatan dan kemuliaan diri bagi orang yang tidak dapat melaksanakan perkahwinan kerana terdapat masalah seperti tidak mempunyai biaya.
Dalam al-Qur’an, ayat ini berada setelah rangakian susunan ayat yang menerangkan tentang perintah untuk melindungi diri dari fitnah dan maksiat, iaitu ayat yang menerangkan tentang ghad al-basar (menahan pandangan). Selain itu ayat sebelumnya juga menjelaskan tentang perintah untuk berkahwin supaya kehormatan dan hati seseorang terlindungi, dan juga perintah untuk menahan diri dari dorongan hawa nafsu, bersabar sehingga sampai waktunya untuk berkahwin.[5]
Permasalahan lain yang mempunyai hubung kait dengan masalah melindungi faraj dari berzinah adalah permasalahan perempuan yang sukakan menghias diri, dan memperlihatkan bagian tubuh yang dapat menimbulkan syahwat. Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk selalu melindungi diri dan selalu taat kepada-Nya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nūr, 24: 60, yang ertinya: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Adapun wanita tua yang tiada gairah lagi untuk kahwin, dibolehkan membuka bagian-bagian tubuh tertentu yang tidak termasuk aurat bagi orang seumur dia. Adapun bagian-bagian tubuh lainnya yang termasuk aurat tidak boleh diperlihatkan.[6]
Penjelasan di atas berusaha membahas dengan singkat masalah perintah untuk berkahwin dan menjaga faraj dari perbuatan-perbuatan nista. Al-Qur’an menganjurkan dalam hal ini dengan anjuran yang sangat menarik, begitu juga dengan sabda-sabda Rasulullah s.a.w.. Di antara sabda Rasul yang sangat masyhur dalam masalah ini adalah anjuran Beliau kepada para pemuda untuk menghias diri dengan tingkah laku yang baik dan menjaga diri dari perbuatan-perbuatan dosa.
Kedua: Amanah dan Hati Bersih
Sifat amanah atau dapat dipercaya merupakan di antara sifat al-‘Iffah, begitu juga bersihnya hati dari rasa hasad terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Dengan mengembangkan dua sifat ini dalam diri maka kehormatan dan kemuliaan seseorang akan terus meningkat.
Dalam al-Qur’an, Allah s.w.t. melarang hamba-Nya yang beriman menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama. Allah s.w.t. berfirman dalam al-Nisā’, 4: 6, yang ertinya: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”
Ayat ini diturunkan berkaitan dengan masalah yang menimpa Thābit bin Rifā‘ah dan pamannya. Di saat Rifā‘ah meninggal, anaknya yang bernama Thābit masih kecil. Kemudian Thābit diasuh oleh pamannya. Pada suatu hari paman Thābit menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasul. Anak saudaraku ditinggal mati ayahnya dan dia masih kecil (yatim). Sekarang ia menjadi tanggung jawabku. Bagian hartanya yang manakah yang halal bagiku, dan kapankah saya menyerahkan harta itu kepadanya?” Kemudian Allah menurunkan ayat di atas.[7]
Untuk menguji kepandaian anak yatim, sebahagian ulama menganjurkan kepada wali yang bertanggung jawab atasnya untuk memperhatikan perilakunya dan memperhatikan keinginan-keinginannya, sehingga si wali merasa bahawa anak tersebut memang sudah pandai dan dapat mengambil keputusan secara persendirian dalam mengatur diri dan mengelola hartanya dengan baik.
Jika ada tanda-tanda bahawa anak tersebut sudah mampu mengurus hartanya sendiri, maka wali yang bertanggung jawab mengasuhnya boleh memberikan sebahagian harta milik anak tersebut untuk dibelanjakan sendiri. Jika dalam mengelola harta, anak tersebut terlihat sudah pandai, maka wali sudah semestinya menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut. Sikap seperti ini merupakan di antara sikap al-‘Iffah, menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.
Namun apabila dalam masa uji coba, anak tersebut masih belum mampu mengelola sebahagian harta yang diberikan, maka wali harus menjaga hartanya tersebut.[8]
Erti kata “nikāh” dalam firman Allah s.w.t., “hattā idhā balaghū al-nikāh” (حَتَى إذَا بَلَغُوا النِّكَاحِ) adalah masa baligh. Kesimpulan ini didasarkan pada firman Allah yang lain: “wa idhā balagha al-atfāl minkum al-huluma” (حَتَى إذَا بَلَغَ الأطْفَالُ مِنْكُمْ الْحُلُمَ). Erti kata al-hulum di sini adalah masa baligh dan saat untuk berkahwin.
Terdapat tiga tanda seseorang telah mencapai umur baligh, baik tanda-tanda itu untuk lelaki maupun perempuan: [1] Mimpi basah; [2] Tumbuhnya rambut di sekitar faraj; [3] Sudah mencapai umur tertentu. Selain itu terdapat dua tanda yang khusus dimiliki oleh kaum wanita, iaitu haid dan hamil. Ulama bersepakat bahawa apabila seorang wanita telah mengalami salah satu dari dua hal itu, maka dia telah mencapai umur baligh, sehingga dia sudah berkewajiban menjalankan kewajiban-kewajiban agama.
Batas umur baligh bagi kaum lelaki adalah ketika ia sudah mencapai umur lima belas tahun. Ketika ‘Abdullāh ibn ‘Umar ingin ikut serta dalam perang Khandāq, Rasul memberi izin kepadanya kerana dia sudah berumur lima belas tahun. Sedangkan ketika dia hendak ikut perang Uhud, Rasul tidak mengizinkannya, kerana dia masih berumur empat belas tahun.[9]
Sifat amanah dan hati bersih merupakan dua sifat mulia yang termasuk salah satu bentuk al-‘Iffah. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah s.w.t.: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”
Maksud dari ayat di atas adalah masa uji kemampuan minda anak yatim untuk membelanjakan hartanya dapat dicoba sebelum datang masa baligh, dan apabila anak tersebut terlihat mempunyai kemampuan mengatur harta dengan baik, maka wali harus menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut, meskipun dia belum sampai umur baligh.
Wali yang mengasuh anak yatim, boleh mengambil harta anak yatim tersebut sekedar untuk keperluan yang wajar. Dia tidak boleh berlebih-lebihan mengambil harta anak yatim dan juga tidak boleh mempunyai niat menghabiskan harta anak yatim dengan segera sebelum anak yatim tersebut sampai cukup umur baligh.
Dilihat dari sudut ekonomi, wali anak yatim ada dua macam; kaya dan fakir. Wali yang kaya harus menahan diri agar tidak mengambil harta anak yatim yang ia asuh. Cukup baginya harta yang sudah dianugerahkan Allah kepadanya. Dia harus mendahulukan rasa kasih sayang terhadap anak yatim dan menjaga hartanya dengan penuh tanggung jawab, dan apabila telah sampai waktu penyerahan harta, maka dia harus menyerahkan semua harta tersebut.
Adapun wali yang fakir, dia diperbolehkan mengambil sebagian harta anak yatim tersebut sebagai imbalan jasa secukupnya dan harus secara wajar.[10]
Ketiga: Tetap Menjaga Kehormatan Diri ketika Mencari Harta, Meskipun Sedang Dalam Keadaan Memerlukan
Keadaan ekonomi yang menghimpit, kadang-kadang mendorong seseorang untuk mencari makan dan harta dengan cara meminta kepada orang lain. Namun di antara mereka, terdapat orang yang tetap menjaga kehormatan dirinya dengan tidak meminta-minta. Orang yang seperti ini mendapatkan reda dan pahala dari Allah. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, 2: 273, yang ertinya: “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak.” 
Yang dimaksudkan dengan al-Fuqarā’ dalam ayat ini adalah orang-orang fakir dari kaum Muhajirin baik yang berasal dari suku Quraisy atau yang lain. Namun secara umum ayat tersebut menerangkan tentang orang-orang fakir sepanjang masa. Orang-orang fakir Muhajirin dalam ayat ini disebut secara khusus kerana pada masa itu tiada orang fakir selain mereka. Mereka ini adalah yang dikenal dengan nama ahl al-Suffah, yang berjumlah empat ratus orang. Mereka berkumpul di masjid Nabawī dan meminta bantuan kepada Nabi s.a.w.. Mereka tidak mempunyai harta dan keluarga. Oleh karena iru Rasulullah menyediakan bilik khusus (suffah) di dalam masjid untuk mereka, sehingga mereka terkenal dengan sebutan ahl al-suffah.
Abū Dharr r.a. berkata: “Saya termasuk salah satu ahl al-Suffah. Jika sampai waktu petang, kami datang ke pintu rumah Rasulullah s.a.w.. Beliau menyuruh beberapa orang daripada kami (untuk melakukan sesuatu) dan orang tersebut pergi bersama satu orang lainnya. Akhirnya yang tersisa daripada kami tidak lebih dari sepuluh orang. Kemudian Rasul menyiapkan makan malam untuk kami, dan kami pun akhirnya makan malam bersama Beliau. Setelah kami selesai makan, Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Tidurlah kalian di masjidku’.”
Sahabat al-Barrā’ bin ‘Āzib r.a. menerangkan bahawa ayat: “walā tayammamu al-khabītha minhu tunfiqūn” (وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيْثَ مِنْهُ تُنْفِقُوْنَ) (al-Baqarah, 2: 267), diturunkan berkaitan dengan kaum Ansar yang penghasilannya berasal dari ladang kurma. Pada kebiasaannya mereka memberikan hadiah satu atau dua tangkai kurma dan menggantungkan di dinding masjid. Sementara itu Ahl al-Suffah adalah orang-orang yang tidak mempunyai makanan, jika perut mereka merasa lapar, mereka mendekati tangkai kurma tersebut dan memukul dengan tongkat sehingga kurma-kurma itu berjatuhan baik yang sudah masak atau yang belum. Setelah itu kemudian mereka memakannya. Pada suatu waktu ada orang yang tidak senang dengan kebiasaan baik ini, menggantungkan setangkai kurma yang jelek-jelek dan setangkai kurma lagi yang sudah retak-retak di dinding masjid. Kemudian Allah s.w.t menurunkan ayat: “Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”  (al-Baqarah, 2:  267).
Setelah ayat ini diturunkan, kami selalu memberikan kurma-kurma terbaik yang kami hasilkan. (H. R. al-Tirmidhī).
Sikap terpaksa lah yang mendorong ahl al-Suffah duduk dan berdiam di masjid dan makan dari pemberian orang lain. Namun setelah Allah s.w.t. memberikan anugerah kepada kaum Muslimin dengan banyaknya kemenangan yang dicapai, mereka tidak lagi bersikap seperti itu, bahkan di antara mereka ada yang menjadi amīr (menteri besar). Yang perlu diperhatikan di sini adalah, hal yang mendorong orang-orang fakir Muhajirin melakukan hal tersebut adalah kerana keadaan yang sudah sememangnya memaksa mereka untuk melakukan itu semua, sebagaimana diterangkan oleh Allah s.w.t.: “Alladhīna uhshirū fī sabīlillah” (الذِّيْنَ احْصِرُوْا فِي سَبِيْلِ اللهِ).
Ahl al-Suffah tidak mau meminta-minta kepada orang lain, mereka menggantungkan nasibnya kepada ketentuan Allah s.w.t.. Sikap mereka yang demikian ini menyebabkan banyak orang menyangka bahawa mereka adalah orang kaya. Kemiskinan tidak dapat diukur dengan pakaian yang dipakai seseorang. Oleh kerana itu, orang yang terbiasa memakai pakaian cantik boleh diberikan bahagian zakat padanya apabila ia termasuk kelompok orang miskin. Dalam al-Qur’an Allah s.w.t. memerintahkan para sahabat untuk memberi bantuan kepada kaum Muhajirin yang tidak sakit dan tidak buta ketika mereka ikut perang bersama Rasulullah s.a.w..
Kerana mereka sibuk berjuang fi sabīlillah, maka tiada waktu baginya untuk bekerja mencari nafkah. Ada sebahagian ulama yang menegaskan bahawa orang-orang fakir yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah para ahl al-Suffah. Sehingga para sahabat lain yang mempunyai kelebihan makanan, memberikannya kepada mereka pada waktu petang.
Orang yang tidak mengetahui, menyangka bahawa Ahl al-Suffah tersebut adalah orang-orang kaya, kerana mereka tidak mau meminta-minta kepada orang lain. Namun orang yang memperhatikan mereka dengan teliti, akan melihat wajah mereka pucat dan mata mereka sayu. Meskipun keadaan mereka seperti itu, namun majoriti mereka tetap tidak mau meminta bantuan kepada orang lain, dan sebahagian lagi meminta bantuan orang lain namun dengan cara yang sopan dan tidak memaksa.

Rasulullah SAW dan Sifat Al-‘Iffah

Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam melaksanakan sifat al-‘Iffah. Beliau selalu menjaga diri, menjaga tangan dan lisannya dari perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai. Dalam masalah menjaga kehormatan dan kemuliaan diri, Beliau berada pada tingkat tertinggi di antara semua manusia. Kerananya Beliau menjadi panutan utama dalam masalah perilaku dan akhlak mulia seperti adil, amanah, menerima ketetapan Allah, berani dan sifat lainnya.
Sifat ‘Iffah yang dimiliki Rasulullah sangat lengkap dan sempurna. Beliau selalu menghindarkan diri daripada perbuatan-perbuatan tercela kerana Allah s.w.t. telah melindunginya dari perbutan tersebut sejak Beliau masih kecil lagi. Beliau tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan tercela, sehingga selama hidupnya tangan Beliau tidak pernah menyentuh seorang wanita selain isteri, mahram atau hamba sahaya Beliau.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan-tindakan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah kecuali dua kali, dan semua itu tidak jadi saya lakukan, kerana Allah menghalangiku dari melakukan keinginan tersebut. Setelah itu saya sama sekali tidak pernah mempunyai keinginan jahat sehingga dianugerahkan kepada saya sebuah risalah oleh Allah s.w.t.. (Dua kejadian itu adalah) pada suatu malam saya berkata kepada seorang Quraisy yang bersama menggembalakan kambing denganku di (bukit-bukit) Makkah, ‘Saya harap kamu mau memperhatikan kambingku, sehingga saya masuk kota Makkah, sampai saya mengikat kambing-kambing itu seperti yang biasa dilakukan oleh para pemuda?’ Orang tersebut menyetujuhi permintaanku. Kemudian saya melangkahkan kaki dan sesampainya saya di rumah pertama penduduk Makkah saya mendengar ada suara jamuan perkahwinan (yang dimeriahkan) dengan gendang dan seruling. Saya bertanya kepada penduduk: ‘Ada apakah ini?’ Mereka menjawab: ‘Fulan bin Fulan berkahwin dengan Fulanah binti Fulan.’ Kemudian saya duduk dan melihat mereka, namun Allah s.w.t. menghilangkan fungsi telingaku, sehingga akhirnya saya tertidur. Ketika saya bangun, matahari sudah mulai nampak. Kemudian saya datang kepada kawanku dan dia bertanya kepadaku: ‘Apa yang kamu lakukan semalam?’ saya menjawab: ‘Saya tidak melakukan apa-apa’, kemudian saya menceritakan semua yang terjadi kepadanya.
Pada waktu malam yang lain, saya mengatakan hal yang sama kepada kawanku itu, dan dia juga menyetujuhinya. Ketika saya memasuki kota Makkah saya mendengar suara seperti apa yang pernah saya dengar dahulu. Lalu saya duduk, namun Allah menghilangkan fungsi telingaku sehingga akhirnya saya tertidur, dan ketika bangun matahari sudah nampak. Saya kembali menemui kawanku dan menceritakan kejadian tersebut kepadanya. Setelah kejadian itu saya tidak pernah mempunyai keinginan jahat sehingga Allah memuliakanku dengan risalah-Nya.”[11]
Untuk menegaskan pentingnya sikap ‘Iffah ini, Rasulullah s.a.w. menyeru kepada umatnya untuk selalu menahan pandangan (ghadd al-Basar) dan melarang mereka berlepak di tepi jalan, kerana boleh jadi ada wanita yang enggan melalui jalan tersebut kerana malu dilihat oleh lelaki atau takut aurat dan perhiasan peribadinya terlihat secara tidak sengaja oleh orang-orang yang sedang berlepak di tepi jalan. Namun apabila berrehat di tepi jalan tidak dapat ditinggalkan, mereka harus menjaga akhlak dan menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak terpuji, di antaranya adalah dengan menahan pandangan (ghadd al-Basar). Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian duduk berlepak di tepi jalan. Namun apabila kalian tetap duduk di tepi jalan hendaknya kalian menahan pandangan, menjawab salam, memberi petunjuk kepada orang yang tersesat dan menolong orang yang lemah.”[12]
Petunjuk Rasulullah dalam hal menahan pandangan mata sebagaimana disebutkan di atas merupakan kelanjutan daripada aturan Allah s.w.t. dalam hal larangan melihat hal-hal yang diharamkan, sebagaimana tertulis dalam al-Qur’an: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara farajnya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara faraj mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (31) (al-Nūr, 24: 30-31).
Yang dimaksud dengan kata al-Zīnah dalam ayat di atas adalah segala sesuatu yang digunakan oleh wanita untuk berhias. Perhiasan lahiriyah seperti pakaian, tidak dilarang memperlihatkannya kepada orang lain apabila masih dalam batas-batas yang diperbolehkan syariah. Adapun perhiasan seperti gelang tangan dan kaki, selempang dan anting-anting tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain.
Jika kita teliti dan perhatikan, yang disebutkan dalam ayat di atas adalah perhiasan, bukan tempat di mana perhiasan itu berada. Hal ini dimaksudkan untuk memberi penekanan akan pentingnya menutup aurat secara rapat. Sebagaimana diketahui bersama, perhiasan-perhiasan tersebut adalah dimaksudkan untuk menghias bahagian-bahagian tubuh tertentu wanita yang tidak boleh dilihat oleh selain mahramnya, iaitu tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga.
Di sisi lain terdapat juga bahagian-bahagian tubuh wanita yang boleh diperlihatkan kepada orang lain, iaitu bahagian-bahagian tubuh luar yang apabila dipaksa untuk ditutupi maka kaum wanita akan mengalami kesulitan, iaitu telapak tangan, wajah dan telapak kaki. Telapak tangan adalah bahagian tubuh yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan sehari-hari, seperti mengambil atau membuang sesuatu. Begitu juga dengan muka, apabila ditutup maka wanita akan mengalami kesulitan ketika berjalan, menjadi saksi atau dalam persidangan. Begitu juga halnya dengan telapak kaki.
Ayat di atas juga menerangkan bahawa bahagian tubuh sekitar dada wanita adalah aurat, Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan kaum wanita untuk menutupnya.
Setelah ayat di atas melarang wanita memperlihatkan al-Zīnah, kemudian ayat tersebut menerangkan orang-orang yang boleh melihat al-Zīnah tersebut. Di antaranya adalah wanita-wanita yang merupakan kawan, pembantu atau hamba sahaya, pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Ayat di atas juga menerangkan larangan menghentakkan kaki ke tanah dengan tujuan supaya orang di sekitarnya mendengar suara gelang kaki (keroncong) yang dipakainya, sehingga ia menjadi objek perhatian.[13]
Rasulullah s.a.w. selalu menjaga kata-kata yang keluar dari lisannya. Meskipun sedang dalam keadaan marah atau terhadap musuh, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengeluarkan kata-kata kotor, umpatan atau cercaan.
Suatu ketika setelah Fath al-Makkah (pembebasan Makkah), Rasulullah bersama dengan Abū Bakar dan dua putera Sa‘īd bin al-‘Ās pergi ke bandar Tā’if. Di tengah perjalanan, Abū Bakar melewati sebuah kubur, kemudian dia bertanya: “Kubur siapakah ini?” Orang-orang menjawab: “Kubur Sa‘īd bin al-‘Ās”. Kemudian dengan nada marah Abū Bakar berkata: “Semoga Allah melaknat penghuni kubur ini. Dia telah memerangi Allah dan Rasul-Nya.”
Mendengar ucapan Abū Bakar ini, putera Sa‘īd yang bernama ‘Amr marah, dan mengadu kepada Rasulullah: “Wahai Rasul, ini adalah kubur orang yang lebih banyak memberi makan dan banyak menolong orang yang kesusahan daripada Abū Quhāfah (ayah Abū Bakar).” Abū Bakar juga mengadu kepada Rasul: “Wahai Rasul, dia tadi mengatakan hal serupa kepadaku.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada ‘Amr: “Cukup wahai ‘Amr.” ‘Amr pun menyingkir, sedangkan Rasulullah s.a.w. mendekati Abū Bakar dan berkata kepadanya: “Wahai Abū Bakar apabila kamu berbicara tentang orang kafir maka buatlah kalimat yang masih umum. Jika kamu menyebut seseorang secara khusus, maka anak-anaknya tentu akan marahkan kamu.” Setelah kejadian ini, umat Islam tidak pernah menjelekkan seorang kafir secara khusus.
Rasulullah s.a.w. juga melarang para sahabat mengumpat korban perang Badar daripada kalangan kaum musyrikin. Beliau berkata: “Janganlah kalian mengumpat mereka. Apa yang kamu katakan tidak akan berpengaruh bagi mereka, bahkan kalian akan menyakiti hati orang-orang yang masih hidup. Ketahuilah kekejian adalah sesuatu yang hina.”
Di saat Rasulullah s.a.w. melewati kaum Thāqif, salah seorang sahabat berkata kepadanya: “Wahai Rasul. Doakanlah mereka agar mendapatkan laknat.” Kemudian Rasul berdoa: “Ya Allah berikanlah hidayah kepada kaum Thāqif dan datangkanlah hidayah itu kepada mereka.” [14]
Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan doa serupa ketika Beliau diminta untuk melaknat kaum Dus.
Suatu hari ada seorang dari kampung yang diberi nasihat oleh Rasul. Isi nasihat tersebut adalah: “Bertakwalah kamu kepada Allah. Jika ada seseorang membuka aibmu yang memang dia mengetahuinya, janganlah kamu membalas membuka aibnya yang kamu mengetahuinya itu. Dosanya akan ditanggung sendiri dan kamu akan mendapatkan pahala. Dan janganlah sekali-kali kamu mengumpat.”
Setelah perang Uhud selesai, sebahagian sahabat meminta Nabi untuk melaknat orang-orang Quraisy, namun Rasul menjawab: “Sesungguhnya saya diutus dengan membawa kasih sayang, saya tidak diutus sebagai tukang melaknat. Ya Allah ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Beliau tidak pernah melaknat mereka, padahal mereka adalah musuhnya. Setiap diminta untuk mendoakan jelek pada seseorang, baik orang Muslim maupun kafir, Beliau selalu mendoakan orang tersebut agar mendapatkan kebaikan.
Di saat Beliau harus berdoa untuk kejelekan musuhnya, sebagaimana yang terjadi ketika perang Ahzāb, Beliau mengucapkan: “Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab, yang sangat cepat pembalasan-Nya. Hancurkanlah musuh-musuh kami, hancurkanlah mereka dan porak-porandakanlah (barisan) mereka.”[15]
Seandainya bukan kerana pasukan musuh hendak menyerbu Madinah dan mengancam keberadaan masyarakat Muslim, maka Nabi tidak akan berdoa seperti  itu.
Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam masalah menjaga kemuliaan diri, amanah, menjaga lisan, zuhud, adil dan lebih mengutamakan kepentingan orang lain. Hal ini nampak jelas pada setiap saat  umat Islam memperoleh kemenangan dalam perang. Harta pampasan perang berada di tangan Beliau, namun Beliau tidak mengambil kecuali sebahagian kecil yang hanya cukup untuk memenuhi keperluannya dan keluarga. Pada suatu kesempatan Beliau pernah melihat unta cantik hasil daripada pampasan perang, namun Beliau berkata: “Harta pampasan perang ini tidak halal bagiku kecuali seperlima sahaja. Sedangkan sisanya dibahagikan kepada kalian.”
Beliau pernah diberi uang dinar, kemudian Beliau membagikan kepada masyarakat. Uang tersebut tidak dapat habis dibagi dalam satu hari, kerananya masih ada tersisa enam dinar, dan sisa itu ia titipkan kepada salah seorang isterinya. Pada malam hari, Beliau tidak dapat tidur sehingga datang waktu pagi dan Beliau membagikan uang yang masih tersisa. Setelah itu, Beliau berkata: “Sekarang saya merasa tenang.”
Hati Rasul s.a.w. sangat bersih, tangannya tidak pernah digunakan untuk melakukan perbuatan dosa. Beliau tidak pernah merasa bangga memiliki sesuatu yang tidak di miliki orang lain. Beliau bersabda: “Seandaiya saya mempunyai emas sebesar gunung Uhud, dan ada satu dinar yang berada di rumahku, saya  tidak merasa senang dengan itu kecuali apabila satu dinar itu disisihkan untuk keperluan agama.”
Rasulullah selalu menganjurkan umatnya untuk menjaga kehormatan diri, supaya mereka dapat merasakan kebahagiaan baik di dunia maupun di akherat. Di antara sabda-sabda Beliau yang berkaitan dengan masalah ini adalah:
  1. Rasulullah s.a.w. bersabda:
الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى

Maksudnya: “Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih utama daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta-minta)”.[16]
2. Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَأَنْ يَحْتَطِبَ أَحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا فَيُعْطِيَهُ أَوْ يَمْنَعَهُ

Maksudnya: “Seandainya salah seorang di antara kalian mencari kayu bakar dan menggendongnya di atas punggung maka hal itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada seseorang, yang ada kalanya di beri ada kalanya ditolak.”[17]
3. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kaya bukanlah kerana banyaknya harta yang dimiliki, namun kaya (yang sebenar) adalah berlapang jiwa (menerima ketetapan Allah s.w.t.).”[18]
4. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa meminta-minta, sedangkan dia tidak dalam keadaan fakir, maka seakan dia memakan bara api.”[19]
5. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaknya kalian menanamkan sifat qana‘ah pada diri kalian. Kerana sesungguhnya qana‘ah adalah harta yang tidak akan pernah habis.”[20]
6. Ada beberapa orang dari kaum Ansar yang meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w.. Beliau memberikan kepada mereka apa yang mereka inginkan. Pada lain waktu orang-orang tersebut meminta kembali kepada Rasul, dan Rasul memberikan apa yang mereka inginkan, sehingga akhirnya Rasul kehabisan barang yang dapat diberikan kepada mereka. Kemudian Rasul berkata: “Saya tidak akan pernah menyembunyikan harta milikku dari kalian. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersikap ‘Iffah, maka Allah akan menolongnya untuk itu. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin mendapatkan perasaan cukup, Allah akan memberinya rasa cukup (dalam hatinya). Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersabar, Allah akan menolongnya untuk menjadi orang yang sabar. Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.”[21]
7. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ الْفَقِيرَ الْمُتَعَفِّفَ أَبَا الْعِيَالِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukakan orang miskin yang tetap menjaga kehormatan dirinya dan menanggung nafkah keluarganya.”[22]
8. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukakan orang pemalu, penuh kasih sayang dan menjaga kehormatan diri. Allah membenci orang cabul, suka meminta-minta dan memaksa (ketika meminta-minta).”
9. Seorang dari kampung datang menghadap Rasul dan meminta nasihat kepadanya, “Wahai Rasul, berilah saya mauizah yang singkat!” Rasul bersabda:
إِذَا قُمْتَ فِي صَلَاتِكَ فَصَلِّ صَلَاةَ مُوَدِّعٍ وَلَا تَكَلَّمْ بِكَلَامٍ تَعْتَذِرُ مِنْهُ وَأَجْمِعْ الْيَأْسَ عَمَّا فِي أَيْدِي النَّاسِ
Maksudnya: “Jika kamu menjalankan salat, maka lakukanlah dengan tenang dan sempurna. Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang dapat membuatmu menyesal esok hari. Tumbuhkan keputusasaan (hilangkan obsesi di hati kamu) untuk mendapatkan apa

[1] Kanz al-Ummāl, (1/80).
[2] Tafsīr al-Qurtubī, (12/161).
[3] Hamba sahaya mukatab adalah, hamba sahaya yang membuat perjanjian dengan tuan punya, apabila dia berhasil membayarkan uang sebanyak yang disepakati maka ia akan menjadi orang merdeka (bebas).
[4] H. R. al-Bukhārī dan Muslim.
[5] Tafsīr al-Kasysyāf,  (2/93).
[6] Al-Kasysyāf, (2/99)
[7] Al-Qurtubī, (5/24).
[8] Ibid,
[9] Hadith Ibn ‘Umar dalam Sahīh Muslim.
[10] Lihat Tafsīr al-Kasysyāf, (1/190).
[11] Tārīkh al-Tabarī, (1/196).
[12] Taisīr al-Wusūl, (2/263).
[13] Lihat Tafsīr al-Qurtubī, al-Kasysyāf dan Tafsīr Surah al-Nūr karya al-Maududī.
[14] Al-Sīrah karya Ibn Hisyam.
[15] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (2/264).
[16] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/246).
[17] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/250).
[18] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/251).
[19] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/373).
[20] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/94).
[21] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/255).
[22] Kanz al-Ummāl, (2/80).
Dipublikasi di Menjaga Kehormatan Diri | Tag , , | Meninggalkan komentar

Zuhud

Dalam kitab Sahīh al-Bukhārī dan Sahīh Muslim terdapat banyak hadith yang menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w merupakan teladan utama dalam mempraktikan sifat zuhud dalam kehidupan ini.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah r.a. disebutkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. memanjatkan sebuah doa:

اَللّهُمَّ ارْزُقْ آلَ مُحَمَّد قُوْتًا

Maksudnya: “Ya Allah anugerahkan lah kecukupan (rezeki) kepada keluarga Muhammad.” (H. R. al-Bukhārī).
Imam al-Qurtubī menjelaskan bahawa dalam hadith ini Rasulullah s.a.w meminta kecukupan (rezeki) kepada Allah s.w.t.. Kata al-Qūt yang terdapat pada akhir hadith tersebut mempunyai erti “bahan makanan yang dapat mencukupi keperluan tubuh dan hal-hal lain yang dapat mencukupi keperluan-keperluan asas yang lain”. Dengan doa seperti ini, secara tidak langsung orang yang membacanya memohon untuk dilindungi daripada godaan harta benda (kekayaan) dan cobaan kemiskinan.
Di antara keterangan yang menjelaskan sikap zuhud keluarga Rasulullah s.a.w. adalah hadith yang diriwayatkan oleh sayidah ‘Ā’isyah r.a.. Hadith itu merupakan kesaksian ‘Ā’isyah sebagai salah satu anggota keluarga terdekat yang sering mendampingi Rasulullah s.a.w.. berkata ‘Ā’isyah: “Jika dalam satu hari keluarga Muhammad makan dua kali maka salah satunya hanya makan dengan kurma.” (H. R. al-Bukhārī).
Pada suatu hari ‘Ā’isyah pernah berbual dengan ‘Urwah bin Zubair, anak saudara perempuannya. Dia berkata kepada ‘Urwah: “Wahai putera bibiku. Jika kita memperhatikan bulan demi bulan, maka dalam dua bulan ini kita tidak pernah melihat ada api untuk memasak di rumah Rasulullah s.a.w..”
‘Urwah pun terperanjat dan bertanya: “Wahai bibi. Kamu semua hidup dengan apa (makan apa)?” ‘Ā’isyah menjawab: “Dua hal yang warnanya hitam: kurma dan air. Tetapi ada tetangga dari kaum Ansar yang sukakan menghantar pemberian kepada kami. Mereka memberi susu kepada Rasul dan kami pun minum susu tersebut.”[1]
Dalam sunan Ibn Majah terdapat hadith yang mengandungi dua wasiat Rasulullah s.a.w yang sangat penting sekali dan sangat berhubung kait dengan masalah zuhud yang sedang kita bahas ini.
Abū al-‘Abbās Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idī r.a. menceritakan bahawa pada suatu kesempatan terdapat seorang yang datang menghadap Rasul untuk meminta nasihat: “Wahai Rasul. Beritahukan kepadaku suatu perbuatan yang apabila aku melakukannya maka Allah akan mencintakanku dan orang-orang juga mencintakanku.” Rasulullah s.a.w. menjawab:

ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ

Maksudnya: “Bersikap zuhudlah kamu (jauhkan hati dari kesibukan memikirkan) terhadap dunia, Allah akan mencintakanmu. Dan bersikap zuhudlah kamu (jauhkan hati dari kesibukan memikirkan) terhadap hal-hal yang dimiliki orang lain maka orang-orang akan mencintakanmu.” (H. R. Ibn Mājah).
Hadith di atas mengandungi dua wasiat Rasulullah s.a.w. yang sangat berharga, iaitu:
Pertama, zuhud terhadap dunia. Dengan bersikap seperti ini maka seorang hamba akan dicintakan Allah s.w.t.
Kedua, zuhud terhadap hal-hal yang dimiliki orang lain. Dengan bersikap seperti ini maka seseorang akan dicintakan oleh sesama manusia.
Sebelum membahas lebih detail permasalahan ini, kita perlu membahas erti zuhud terlebih dahulu. Kita dapat menemukan banyak pendapat yang diajukan oleh ulama berkaitan dengan erti zuhud. Namun daripada sekian banyak pendapat, terdapat beberapa pendapat yang sesuai untuk dipaparkan di sini. Di antaranya adalah pendapat Abū Idīis al-Khulanī yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal. Abū Idrīs menegaskan bahawa zuhud terhadap dunia bukanlah dengan cara mengharamkan yang halal atau dengan cara menyia-nyiakan harta. Maksud zuhud yang sebenar adalah: ‘Jika dalam dirimu terdapat perasaan lebih percaya terhadap apa yang dimiliki Allah daripada kemampuan yang terdapat pada dirimu sendiri’. (penjelasannya adalah) Apabila kamu terkena musibah maka muncul perasaan penuh harap terhadap pahala musibah tersebut dalam dirimu dan tiada perasaan menyesal; andai kata musibah itu tidak terjadi.
Keterangan di atas menekankan bahawa zuhud adalah pekerjaan hati bukan pekerjaan lahiriyah. Oleh sebab itu, Abū Sulaimān al-Daranī berkata: “Janganlah kalian mengatakan bahawa seseorang mempunyai sifat zuhud. Hal ini kerana zuhud hanya terdapat dalam hati.”
Ada tiga unsur asas pekerjaan hati yang dapat membentuk sifat zuhud ini, iaitu:
  1. Hendaknya kita memperbanyak untuk mengharap dan lebih percaya terhadap kekuasaan dan anugerah yang dimiliki Allah daripada kemampuan yang kita miliki sendiri. Sikap seperti ini dapat terbina apabila seseorang berkeyakinan dan berkeimanan bahawa hanya Allah lah yang akan menanggung semua rezeki hamba-hamba-Nya. Allah s.w.t berfirman dalam surah Hūd, 11: 6, yang ertinya: “Dan tiada suatu binatang melatapun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya.” Dan dalam surah al-Dhāriyāt, 51: 22, Allah juga berfirman yang ertinya: “Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.”
  2. jika seseorang mendapatkan musibah di dunia ini, seperti kehilangan harta atau anaknya meninggal dunia, hendaknya dia menjadikan musibah ini sebagai sarana (cara) untuk mendapatkan pahala daripada Allah s.w.t dan tidak menyesalkan atas mesibah yang menimpa tersebut. Sikap seperti ini hanya dapat dilakukan oleh seseorang yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang sangat kuat. Di sisi lain sikap seperti ini menunjukkan bahawa orang tersebut sudah memiliki sifat zuhud terhadap dunia.
Sahabat Ibn ‘Umar menceritakan bahawa salah satu doa yang sering dibacakan oleh Rasulullah s.a.w adalah:

اَللّهُمَّ أقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُوْلُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيْكَ, وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِه جَنَّتَكَ, وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَا تُهَوِّنْ بِه عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا

Maksudnya: “Ya Allah berikanlah kepada kami rasa takut kepada-Mu yang dapat mencegah kami melakukan kemaksiatan kepada-Mu, dan anugerahkanlah kepada kami ketaatan yang dapat menghantarkan kami menuju surga-Mu, dan keyakinan yang dapat meringankan musibah-musibah dunia (yang menimpa atas kami).”
  1. Hendaknya hati kita tetap tulus ketika menerima pujian atau hinaan di saat langkah kita berada di jalan yang benar. Sikap seperti ini merupakan indikator berkembangnya sifat zuhud di hati seseorang, dia tidak menganggap agung hal-hal yang bersifat duniawi. Ibn Mas‘ūd pernah berkata: “Keyakinan (yang sebenar) tidak dapat tumbuh apabila kamu mencoba untuk menyenangkan orang lain tetapi pada saat bersamaan membuat Allah murka.”
Imam al-Hasan al-Basrī menegaskan bahawa tanda-tanda orang yang zuhud adalah jika dia melihat orang lain, maka dia  akan berkata: “Dia lebih baik dariku.[2]
Wāhib bin al-Ward berkata: “Zuhud terhadap dunia adalah di saat kamu tidak merasa putus asa apabila terdapat dunia yang terlepas darimu dan juga tidak merasa senang apabila terdapat dunia yang datang kepadamu.”[3]
Imam al-Zuhrī pernah ditanya tentang siapakah orang yang zuhud? dan dia menjawab: “Iaitu orang yang mempunyai kesabaran yang tidak dapat dikalahkan oleh hal yang haram, dan rasa bersyukurnya tidak akan terganggu oleh hal-hal yang halal.”
Imam Sufyān bin ‘Uyainah berkata: “Orang yang zuhud terhadap dunia adalah orang yang bersyukur apabila mendapat kenikmatan dan bersabar apabila tertimpa musibah.”
Al-Rabī’ah al-Ra’yu berkata: “Punca kezuhudan adalah mengumpulkan segala sesuatu dengan cara yang benar dan melepaskannya dengan cara yang benar pula.”
Imam Sufyān al-Thaurī berkata: “Zuhud terhadap dunia dapat tercapai dengan cara memperpendek angan-angan. Ia tidak dapat diperoleh dengan cara memakan makanan yang berlebihan dan memakai pakaian yang berlebihhan.”
Sedangkan Imam Ahmad berkata: “Zuhud terhadap dunia adalah dengan cara memperpendek angan-angan dan tidak mengharapkan apa yang dimiliki orang lain.”
Ulama salaf membezakan zuhud menjadi tiga tingkatan:
  1. Zuhud terhadap kemusyrikan dan semua hal yang disembah selain Allah s.w.t..
  2. Zuhud terhadap hal-hal yang diharamkan oleh agama.
  3. Zuhud terhadap hal-hal yang dihalalkan oleh agama.
Tingkatan pertama dan kedua merupakan kewajiban bagi setiap Muslim, adapun tingkatan ketiga ia bukan merupakan kewajiban.[4]
Sebagaimana diceritakan oleh ‘Abdullāh bin al-Mubārak bahawa Ma‘lā bin Abī Mutī‘ berkata: “Zuhud ada tiga macam: [1] berkata dan beramal dengan ikhlas hanya kerana Allah s.w.t. bukan kerana motifasi-motifasi yang bersifat duniawi; [2] Meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat. [3] Meninggalkan hal-hal yang sebenarnya dihalalkan. Yang terakhir ini hanyalah kesunahan.”
Ibrāhīm bin ‘Adam berkata: “Zuhud ada tiga macam: [1] Zuhud wajib; [2] Zuhud keutamaan; [3] Zuhud keselamatan. Yang dimaksud dengan zuhud wajib adalah zuhud terhadap keharaman. Zuhud keutamaan adalah zuhud terhadap hal-hal yang sebenarnya dihalalkan dan zuhud keselamatan adalah zuhud terhadap hal-hal yang syubhat.”
Imam Ahmad juga mempunyai pendapat yang sama. Menurutnya zuhud ada tiga macam: [1] Meninggalkan keharaman. Ini merupakan tingkatan zuhud orang awam; [2] Meninggalkan hal-hal halal yang melebihi keperluan asas. Ini adalah tingkatan zuhud orang-orang istimewa (khawās); [3] Meninggalkan semua hal yang dapat mengganggu untuk mengingat kepada Allah. Ini adalah tingkatan zuhud orang yang sangat istimewa (al-‘Ārifīn).

Beberapa Motivasi Untuk Berlaku Zuhud

Ada banyak hal yang dapat menbina sifat zuhud dalam hati seseorang, di antaranya adalah:
  1. Memikirkan kehidupan akherat. Iaitu dengan merenungkan nasib di saat seseorang harus mempertanggungjawabkan amal perbuatannya di hari pembalasan di hadapan Allah s.w.t.. Jika seseorang mau memikirkan hal ini maka bujukan syaitan dan hawa nafsu akan reda, sehingga ia tidak akan tertarik lagi dengan kenikmatan-kenikmatan dunia yang sementara dan rosak ini.  Pada sutau hari sahabat Harithah berkata di hadapan Rasul: “Pada esok ini saya benar-benar beriman.” Rasulullah berkata kepadanya: “Setiap orang yang beriman mempunyai bukti, apa bukti keimananmu?” Harithah menjawab: “Saya telah memalingkan diri daripada dunia. Batu dan mutiara, bagiku sama sahaja (tiada beza). Arasy Tuhan Yang Mengurusku seakan-akan terlihat olehku, penghuni surga yang sedang menikmati berbagai kenikmatan seakan-akan terlihat olehku, begitu juga dengan penghuni neraka yang sedang disiksa.”  Rasulullah s.a.w berkata: “Wahai Harithah, kamu sudah mengetahui dengan benar, teruslah seperti  itu!”
  2. Di antara hal yang dapat membina sifat zuhud di hati adalah menumbuhkan kesedaran bahawa kenikmatan dunia dapat memalingkan hati daripada mengingat Allah s.w.t., merendahkan derajat kita di hadapan-Nya dan juga dapat membuat lama kita berdiri menunggu di hari kiamat dalam mempertanggungjawabkan amal perbuatan kita. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Takāthur, 102: 8, yang ertinya: “Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
  3. Faktor yang lain adalah menumbuhkan kesedaran bahawa mencari dunia sangatlah melelahkan. Dunia banyak kekurangan dan cacatnya, lekas rosak dan cepat berpindah milik. Untuk mencarinya harus bertungkus lumus dengan kekejian dan kehinaan sehingga derajat kita di hadapan Allah s.w.t semakin rendah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau sahaja dunia ini menurut Allah mempunyai harga seperti sayap lalat, maka orang kafir tidak akan diberi minuman seteguk airpun.”[5]
  4. Menyedari bahawa dunia ini terlaknat (jauh dari rahmat Allah s.w.t.), sebagaimana keterangan dalam hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Abū Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Dunia ini terlaknat, dan yang ada di dalamnya juga terlaknat kecuali zikir kepada Allah s.w.t dan yang sejenisnya  atau mengajar atau belajar.” Dalam riwayat yang lain disebutkan: “Kecuali pekerjaan yang ditujukan hanya untuk Allah s.w.t sahaja.” Hadith ini dapat diertikan bahawa semua yang terdapat di dunia ini jauh daripada Allah s.w.t kecuali ilmu yang bermanfaat yang dapat mendekatakan seseorang kepada Allah dan dapat memberi petunjuk kepada seseorang untuk lebih mengenal Allah s.w.t.. Pengecualian yang lain adalah zikir kepada Allah s.w.t. dan hal-hal lain yang dapat membuat seseorang menjadi lebih dekat kepada Allah s.w.t.
  5. Faktor pendorong lainnya adalah merasa bahawa dunia adalah hina dan godaan dunia dapat memimbulkan marabahaya pada kehidupan manusia di dunia dan di akherat. Kesadaran seperti ini sesuai dengan kandungan firman Allah s.w.t. dalam surah al-A‘lā, 87: 16-17, yang ertinya: “Tetapi kamu (orang-orang) kafir memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akherat adalah lebih baik dan lebih kekal.” Allah s.w.t. juga berfirman yang ertinya: “Katakanlah: “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akherat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa. (al-Nisā’, 4: 77). Dan firman-Nya juga: “Mereka bergembira dengan kehidupan didunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akherat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” (al-Ra‘d, 13: 26).
Sahabat Jābir bin ‘Abdullāh r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berjalan di pasar dan orang-orang berkeliling disekitarnya. Kemudian Beliau melihat ada bangkai anak kambing yang terputus telinganya. Beliau mengambilnya dan juga mengambil telinga yang terputus itu, kemudian Beliau berkata: “Siapakah di antara kalian yang lebih sukakan ini daripada dirham?” Para sahabat menjawab: “Kami tidak sukakan bangkai itu, apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai seperti itu?” Rasul kemudian mengajukan pertanyaan lagi: “Apakah kalian mau memilikinya”. Mereka menjawab: “Demi Allah, andai kata anak kambing itu hidup kami tidak ingin memilikinya kerana telinganya telah terputus, apalagi kalau anak kambing itu sudah menjadi bangkai?” Rasul kemudian bersabda: “Demi Allah. Sesungguhnya menurut Allah, dunia ini lebih rendah nilainya daripada bangkai anak kambing yang telinganya terputus ini.”[6]
Dari keterangan di atas maka jelas bahawa zuhud adalah sikap seseorang yang pada hakekatnya mempunyai kemampuan dan berada dalam keadaan normal untuk menjauhkan diri daripada hal-hal yang sebenarnya mubah (harus) baginya dengan maksud untuk membersihkan diri dan mengutamakan orang lain. Jika seseorang meninggalkan hal-hal mubah (harus) kerana ia tidak mampu untuk melakukan hal tersebut, maka keadaan seperti ini bukan dinamakan zuhud. Begitu juga apabila maksudnya adalah untuk menyiksa atau memberatkan diri dan dalam waktu yang sama tiada maksud untuk mengutamakan orang lain, maka sikap seperti ini juga bukan dinamakan zuhud, melainkan perbuatan tersebut merupakan usaha untuk menjadi rahib (kerahiban) yang telah diharamkan oleh ajaran Islam. Allah s.w.t brfirman dalam surah al-A‘rāf, 7: 31-32, yang ertinya: “Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah: ‘Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah di keluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik’. Katakanlah: ‘Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui’.”
Dengan demikian zuhud berhubung kait dengan akhlak-akhlak mulia yang lain, seperti qana‘ah, menjaga kemuliaan diri, sabar, rendah hati dan mengutamakan orang lain.
Dengan kata lain zuhud adalah kemampuan untuk mengekang diri daripada hal-hal yang dapat kita kuasai, menguatkan niatan untuk menjauhkan diri daripada keinginan-keinginan dan keperluan-keperluan yang tidak asasi. Membiarkan diri untuk selalu merasakan kenikmatan dan kelezatan dunia akan membina rasa keinginan untuk meminta yang lebih, sedikit sahaja ia terhalang untuk mendapatkan hal tersebut maka ia akan merasa tersiksa dan sakit hati.
Tidak dapat diragukan lagi bahawa orang yang mulia akan menjauhkan diri daripada kenikmatan-kenikmatan yang selalu dicari oleh majoriti orang awam. Dia tidak akan tergoda untuk merasakan kenikmatan yang tidak pantas untuk dinikmati, bahkan dia benci apabila terbuai dengan kelezatan dunia. Tidak sekalipun dia merasa tersiksa apabila tidak dapat merasakan kenikmatan seperti itu, kerana dia sedar bahawa hal tersebut hanya mempunyai manfaat di akhirat sangat sedikit. Dia hanya sukakan terhadap hal-hal yang tidak menimbulkan mara bahaya pada kehidupannya selama masih sesuai dengan keinginannya, dan lebih senang mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.
Jika kita ingin mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah s.w.t maka caranya adalah kita mesti bersikap zuhud di dunia ini. Rasulullah s.a.w bersabda: “Cinta terhadap dunia adalah punca kesalahan. Allah s.w.t tidak  menyukakan kesalahan dan juga tidak menyukakan orang-orang yang melakukan, kerana kesalahan-kesalahan itu adalah perbuatan lalai dan merupakan permainan. Allah juga tidak menyukakan kedua hal itu. Sesungguhnya hati adalah “rumah Tuhan” yang tiada sekutu bagi-Nya. Dia tidak senang apabila dalam rumahnya ada sekutu berupa kecintaan terhadap dunia atau yang lain. Cinta terhadap dunia yang terlarang adalah apabila muncul sikap mengutamakan syahwat, kelezatan duniawi dan semua hal yang dapat membuat lupa terhadap Allah s.w.t..”
Adapun mencintai dunia dengan maksud menjadikan dunia sebagai sarana untuk berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, bukanlah termasuk cinta yang terlarang, bahkan sikap seperti ini termasuk sikap yang terpuji, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Harta yang paling nikmat adalah harta halal yang dimilki oleh orang saleh, dengan harta ini  ia menjalin silaturrahim dan berbuat kebajikan.”[7]
Di sisi lain manusia juga ingin disenangi oleh sesamanya. Cara untuk mendapatkan hal tersebut adalah dengan bersikap zuhud terhadap hal-hal yang dimilki oleh mereka. Hal ini dapat kita maklumkan kerana apabila kita membiarkan mereka menikmati apa yang mereka cintakan maka mereka akan sukakan kita. Tidak dapat diingkari bahawa hati seseorang sangat cintakan dunia (harta benda), apabila ada orang yang mencoba menyingkirkan kecintaaan orang lain maka sudah pasti ia akan dibenci, namun apabila dia tidak mengganggu orang lain maka dia akan dicintai dan disenangi oleh banyak orang.
Berkata imam al-Hasan al-Basrī: “Seseorang akan terus terhormat selama ia tidak tamak terhadap hal-hal yang dimiliki oleh orang lain. Namun apabila sifat tamak ini mula muncul di hati seseorang maka ia akan terhina dan  ucapannya akan dibenci oleh orang lain.”
Terdapat orang yang berasal dari kampung bertanya kepada penduduk Basrah, “Siapa orang yang paling mulia di antara kalian?” Penduduk Basrah menjawab: “al-Hasan.” Orang kampung itu kembali bertanya: “Mengapa ia dapat menjadi orang yang paling mulia di antara kalian?” Penduduk Basrah menjawab: “Orang-orang memerlukan ilmu pengetahuannya sedangkan ia tidak memerlukan harta benda yang dimiliki oleh orang-orang.” Orang kampung itu pun terperanjat dengan jawaban ini.
Sebenarnya orang yang paling pantas untuk mendapatkan kecintaan yang lebih dari masyarakat adalah para pemimpin dan ulama. Oleh kerana itu mereka hendaknya menjaga sikap zuhud ini. Jika mereka bersikap zuhud maka orang-orang akan mencintainya, mengambil teladan dari sikap zuhudnya, mengikuti nasihat, mengamalkan ilmu-ilmu yang diajarkan dan mentaati petunjuk-petunjuknya.

Sikap Zuhud Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad adalah teladan utama dalam segala hal, termasuk juga dalam hal zuhud yang sedang kita bahas ini. Beliau adalah orang yang mempunyai kemampuan lebih, dan mempunyi keyakinan bahawa menikmati hal-hal mubah (harus) adalah diperbolehkan, namun demikian Beliau tetap bersikap zuhud dan lebih mementingkan kemaslahatan umat Islam terutama orang-orang fakir, mengalahkan kepentingan dan keperluan peribadinya. Beliau sama sekali tidak pernah mendahulukan kepentingan dan keperluan dirinya sendiri.
Dengan sikap zuhud yang telah tertanam dalam dirinya, Beliau mengasuh banyak orang di lingkungannya. Didikan Rasulullah s.a.w sangat berhasil. Para sahabat mampu mengambil teladan dari akhlak-akhaknya, mereka tidak tergoda dengan kelezatan duniawi dan ajakan hawa nafsu dan mereka lebih mengutamakan orang lain daripada diri mereka sendiri. Sifat-sifat mulia seperti ini dapat kita lihat pada sosok seperti Abū Bakar, ‘Umar, Uthmān, ‘Alī, sahabat-sahabat yang lain dan juga para pemimpin kaum yang sudah masuk Islam.
Sikap zuhud secara bersama yang terdapat pada masa Rasul merupakan dasar utama dalam kesuksesan tarbiyah dan pembangunan yang dijalankan. Dengan didukung sikap zuhud ini, maka proses tarbiyah dapat membentuk peribadi-peribadi yang baik dan pembangunan dapat mencapai tujuannya yang sebenar, iaitu mensejahterkan masyarakat dan memperkuat kemampuan pertahanan umat.
Sikap zuhud juga telah tertanam dalam diri keluarga Rasulullah s.a.w.. Hal ini nampak sekali dalam dialog yang dilakukan oleh isteri Rasul, Hafsah binti ‘Umar dan ayahnya, ‘Umar bin al-Khattab r.a..
Pada masa pemerintahan ‘Umar, umat Islam telah menguasai banyak kawasan di sekitarnya, Hafsah memberi saran kepada ayahnya, ‘Umar bin al-Khatttab r.a.: “Hendaknya kamu memakai pakaian yang bagus di saat utusan-utusan dari daerah menghadapmu, dan buatlah jamuan makan untuk dirimu dan juga tetamumu.”
‘Umar menjawab saran puterinya itu dengan sebuah pertanyaan: “Wahai Hafsah, bukankah kamu mengetahui bahawa anggota rumah tangga lebih faham tentang keadaan dalam rumah tangganya?”  Hafshah menjawab: “Benar.”
Umar melanjutkan perkataannya: “Saya menjadikan Allah sebagai saksi atasmu. Apakah kamu pernah melihat Rasulullah s.a.w. ketika menjadi Nabi, pada tahun sekian mengalami keadaan; apabila di pagi hari Beliau dan keluarganya kenyang, maka di malam hari Beliau dan keluarganya merasa lapar. Dan apabila di malam hari Beliau dan keluarganya kenyang, maka di pagi harinya Beliau dan keluarganya merasa lapar?
Saya menjadikan Allah sebagai saksi atasmu. Tidakkah kamu mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. dan keluarganya pada tahun sekian tidak pernah makan kurma sehingga kenyang, sampai pada akhirnya Allah memberikan anugerah ladang Khaibar (yang menghasilkan kurma melimpah)?
Saya menjadikan Allah sebagai saksi atasmu. Bukankah kamu mengetahui, di saat kalian menyediakan makanan untuk Rasulullah dan makanan itu banyak sekali, maka Rasulullah tidak sukakan sehingga berubah warna mukanya, kemudian Beliau meminta nampan, mengambil sebahagian makanan itu dan menaruhnya di nampan tersebut?
Saya menjadikan Allah sebagai saksi atasmu. Bukankah kamu menyaksikan perkataan Rasulullah s.a.w. setelah bangun daripada tidur malam di atas mantel yang ditumpuk empat lapis. Beliau berkata: “Kalian menyebabkan aku tidak dapat salat malam kerana mantel ini. Cukuplah dua tumpuk sebagaimana yang biasa kalian pakai.”
Umar terus mengucapkan kalimat demi kalimat yang serupa sehingga Hafsah menangis dan ‘Umar pun juga menangis.[8]

a. Sikap Zuhud Nabi terhadap Harta
Sebelum kita membahas sikap zuhud Nabi terhadap harta, terlebih dahulu kita membahas sumber harta kekayaan yang didapatkan oleh Rasulullah s.a.w..
  1. Rasulullah s.a.w mempunyai bagian seperlima dari harta pampasan perang (ghanīmah) yang diperoleh oleh pasukan tentera Muslimin. Pada waktu itu peperangan sering terjadi, sehingga harta ghanīmah sangat melimpah. Setelah perang Badar, umat Islam banyak mendapatkan harta ghanīmah dan begitu juga pada peperangan-peperangan setelahnya sehingga daerah Hijāz, Yamān dan Jazirah Arab berhasil dikuasai oleh umat Islam. Singkatnya ghanīmah pada waktu itu sangat banyak sekali. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Anfāl, 8: 41, yang ertinya: “Ketahuilah, sesungguhnya apa sahaja yang dapat kamu peroleh sebagai pampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan Ibnu sabil.” Atas dasar ayat ini maka tentera perang mendapatkan bagian empat perlima harta ghanīmah, dan seperlima darinya adalah untuk Rasulullah s.a.w. bersama para kerabat, anak-anak yatim, fakir miskin dan ibn sabil.
  2. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai bagian dari harta al-fai’ iaitu harta orang musyrik yang diperoleh oleh umat dengan tidak melalui peperangan, seperti harta jizyah,[9] harta yang mereka tinggalkan begitu sahaja kerana takut dengan kaum Muslimin atau harta yang mereka berikan kepada umat Islam kerana mereka ingin berdamai. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hasr, 59: 6-7, yang ertinya: “Dan apa sahaja harta pampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kudapun dan (tidak pula) seekor untapun, tetapi Allah yang memberikan kekuasaan kepada Rasul-Nya terhadap siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Apa sahaja harta pampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah;  dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.”
Rasulullah s.a.w mengambil sedikit bagian dari harta fai’ ini untuk keperluan keluarganya, dan sisanya digunakan untuk memperkuat pertahanan kaum Muslimin seperti untuk membuat senjata, membeli dan memelihara kuda untuk perang dan untuk kemaslahatan umat Islam secara umum.[10]
Namun Imam Syāfi‘ī mempunyai pendapat lain. Menurut ia harta fai’ dibagi menjadi lima bahagian sesuai dengan keterangan ayat ghanīmah di atas; satu bahagian merupakan hak Rasulullah, dan sisanya digunakan untuk memmbeli dan merawat alat perang dan juga untuk kemaslahatan umat Islam secara umum.
Setelah Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, maka bahagian harta fai’ yang menjadi hak Rasulullah s.a.w. dibagi menjadi lima bagian. Satu bagian digunakan untuk kemaslahatan umat Islam seperti untuk memperkuat pertahanan daerah sempadan, membangun dinding benteng, bendungan dan digunakan untuk membayar gaji para hakim. Bahagian kedua diberikan kepada kerabat Rasulullah s.a.w. dari keturunan Banī Hāsyim dan Banī ‘Abd al-Muttalib. Bahagian ketiga digunakan untuk membiayai anak yatim dan orang-orang fakir. Bahagian keempat diberikan kepada orang-orang miskin dan bagian kelima diberikan kepada ibnu sabil (orang yang dalam perjalanan).
Adapun empat perlima bahagian yang tersisa diberikan kepada pasukan yang ikut berperang dengan mengikut ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh pemimpin.[11]
Di antara harta fai’ yang berhasil diperoleh umat Islam adalah tanah pertanian, ladang, pokok-pokok kurma dan sumber mata air yang terdapat di kawasan Fidāk.
  1. Sumber harta kekayaan Rasulullah yang lain adalah hadiah-hadiah yang diberikan oleh para raja dan pemimpin-pemimpin suku atau daerah.
Dari sumber-sumber inilah Rasulullah s.a.w. mendapatkan harta kekayaan, iaitu satu perlima ghanīmah dan fai’ serta hadiah. Apakah Rasulullah s.a.w. sangat senang dengan harta yang dimilikinya ini ataukah Beliau bersikap zuhud terhadapnya?

Teladan Sikap Zuhud Nabi s.a.w terhadap Harta

Banyak contoh yang dapat dijadikan bukti bahawa sifat zuhud merupakan bahagian dalam jiwa Rasulullah s.a.w yang tidak dapat dipisahkan. Rasulullah s.a.w tidak pernah tertipu untuk menguasai harta ghanīmah, fai’, jizyah, sedekah ataupun hadiah secara persendirian. Beliau hanya mengambil bagian seperlima dan itupun digunakan untuk memberi nafkah, membantu umat Islam dan membahagiakan orang lain. Tiada sedikitpun harta yang disimpan untuk dirinya sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya tidak merasa senang meskipun saya mempunyai emas sebesar gunung uhud, dan ada satu dinar yang ada di rumahku, kecuali satu dinar yang digunakan untuk keperluan agamaku.”
 Di antara contoh sikap zuhud Nabi s.a.w adalah:
  1. Beliau pernah diberi uang beberapa dinar, kemudian Beliau membagikan uang tersebut kepada orang-orang yang memerlukan dan hanya masih tersisa enam dinar sahaja. Beliau menitipkan sisa uang itu kepada salah satu isteri Beliau, namun pada malam harinya Beliau tidak dapat tidur dan akhirnya Beliau bangun dan membagi sisa uang tersebut. Setelah itu Beliau berkata: “Sekarang saya merasa tenang.”
  2. Dalam masalah keperluan sehari-hari, pakaian dan tempat tinggal, Rasulullah s.a.w. tidak pernah berlebih-lebihan. Beliau hanya mengusahakan secukupnya sesuai dengan keperluan yang ada. Adapun keperluan yang bukan asasi, tidak menjadi perhatian Beliau.
  3. Di saat Beliau meninggal dunia, pakaian perangnya sedang digadai untuk membiayai keperluan keluarganya.
  4. Sahabat Abū Rāfi‘ berkata: “Sutau hari ada seorang tetamu menghadap Rasulullah s.a.w.. Namun waktu itu Rasul tidak mempunyai apa-apa yang pantas untuk dibuat jamuan tamunya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutusku untuk pergi bertemu dengan seorang Yahudi dan supaya saya berkata kepadanya: ‘Muhammad mengutusku supaya kamu meminjamkan atau menjual gandum kepadanya. Pada bulan Rajab nanti ia akan mengantinya.’ Setelah saya sampaikan hal itu kepada orang Yahudi tersebut, dia memberi syarat supaya Muhammad memberikan jaminan. Kemudian saya melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah s.a.w., dan Rasul pun berkata: “Demi Allah, saya adalah orang terpercaya di kalangan penduduk langit maupun penduduk bumi. Kalau dia menjual atau meminjamkan sesuatu kepadaku, niscaya saya akan menggantinya. Bawalah baju perangku ini dan jadikanlah ini sebagai jaminan.”[12] 
  5. Suatu hari Rasulullah s.a.w diberi harta dari kawasan Bahrain. Harta tersebut sangat banyak. Kemudian Rasul melaksanakan salat dan Beliau tidak memperhatikan harta itu sedikitpun. Stelah selesai salat, Beliau duduk di samping harta tersebut dan membaginkan kepada setiap orang yang dilihatnya.
Berkaitan dengan harta dari Bahrain ini, ada sebuah hadith yang perlu dikaji ulang. Hadith ini diriwayatkan oleh ‘Amr bin ‘Auf al-Ansārī yang merupakan anggota dari Banī ‘Āmir bin Luay dan pernah ikut perang Badar. ‘Amr berkata: “Rasulullah s.a.w mengutus Abū Ubaidah bin al-Jarrāh ke Bahrain untuk mengambil harta jizyah dari penduduk di sana. Pada waktu itu penduduk Bahrain sudah mengadakan perjanjian damai dengan Rasulullah s.a.w., dan Rasul mengangkat al-‘Alā’ bin al-Hadramī sebagai pemimpin mereka. Beberapa waktu kemudian Abū Ubaidah datang (ke Madinah) dari Bahrain. Orang-orang Ansar mendengar kedatangan Abū Ubaidah ini, dan mereka pun mengerumuninya. Melihat kejadian ini, Rasulullah s.a.w. tersenyum dan berkata: “Apakah kalian menyangka bahawa Abū Ubaidah telah datang dengan membawa harta?” Para sahabat menjawab: “Betul wahai Rasulullah.” Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: “Berbahagialah kalian dan berharaplah terhadap hal yang membuat kalian senang. Demi Allah, saya tidak khawatir apabila kefakiran menimpa kalian. Namun yang saya khawatirkan adalah di saat dunia ini melimpah di hadapanmu sebagaimana yang terjadi pada umat-umat terdahulu, kemudian kalian saling besaing untuk memperebutkannya seperti mereka, dan kemudian harta itu menghacurkan kalian sebagaimana ia menghancurkan umat-umat terdahulu.[13]
  1. Sahabat ‘Amr bin al-Hārith, saudara Juwairiyah binti al-Hārith, isteri Rasulullah s.a.w. pernah berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, Beliau tidak meninggalkan harta apapun, baik itu satu dirham, satu dinar, seorang hamba sahaya lelaki ataupun perempuan. Harta yang ditinggalkan hanyalah seekor bighal (kuda kecil) putih, senjata dan sebidang tanah yang sudah disedekahkan.”
Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Fatimah (puteri Rasul) dan al-‘Abbās menemui Abū Bakar r.a. untuk meminta bagian warisan yang ada di ladang kawasan Fidāk (yang merupakan harta fai’ milik Rasulullah s.a.w.). Namun Abū Bakar r.a. berkata kepada mereka berdua: “Sungguh saya mendengar Rasulullah s.a.w. berabda: ‘Sesungguhnya kami para Nabi tidak memberi warisan, apa yang kami tinggalkan menjadi harta sedekah’.”
Ungkapan yang sama juga disampaikan oleh ‘Umar bin al-Khattab di hadapan ‘Alī, Uthmān, al-‘Abbās dan yang lainnya.[14]
Hadith ini sama sekali tidak bertentangan dengan firman Allah s.w.t. yang menerangkan bahawa nabi Zakaria berkata: “Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebagian keluarga Ya‘qub.[15] atau firman Allah s.w.t.: “Dan Sulaimān telah mewarisi Dawud.”[16], kerana yang dimaksud dalam kedua ayat ini adalah mewarisi ilmu, kenabian dan hikmah.
1]  H. R. al-Bukhārī.
[2] Lihat Asr al-Tābi‘īn, ‘Abd al-Mun‘īm al-Hāsyimī, Damaskus: Dār Ibn Kathīr.
[3]  Ibid,
[4]  Al-Wāfī fi Syarh al-Arba‘īn.
[5]  H. R. al-Tirmidhī.
[6]  H. R. Muslim.
[7]  H. R. Ahmad.
[8]  Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (4/192).
[9]  Harta dengan jumlah tertentu yang diambil dari Ahl al-Kitab sebagai warga negara yang tunduk kepada pemerintahan Islam.
[10]  Ini adalah pendapat majoriti ulama Fiqh.
[11]  Fath al-Mubdī, (2/334).
[12]  Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (4/169).
[13]  H. R. al-Bukhārī.
[14]  H. R. Muslim.
[15]  Q. S. Maryam, 19: 6.
[16]  Q. S. Al-Naml, 27: 16.
Dipublikasi di Zuhud | Tag , , , | Meninggalkan komentar

Sikap Malu

Rasa malu adalah fitrah manusia yang dapat bertambah apabila dilatih dan dapat berkurang apabila seseorang sering mengabaikan perintah-perintah agama dan norma-norma syariah.[1]
Dalam kitab Sahīh al-Bukhārī dan Muslim, terdapat banyak hadith yang menerangkan masalah sifat malu ini. Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً أَفْضَلُهَا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَوْضَعُهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Iman mempunyai cabang lebih dari tujuh puluh. Yang paling utama adalah bacaan: Lā ilāha ‘illa Allah (tiada Tuhan melainkan Allah). Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan hal-hal yang membahayakan di tengah jalan. Dan rasa malu adalah bahagian dari keimanan.” (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).
Selain itu ada juga hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar r.a. yang menceritakan bahawa pada suatu kesempatan Rasulullah s.a.w. melalui seorang lelaki daripada kaum Ansar yang sedang mengingatkan saudaranya supaya meninggalkan sifat malu. Melihat hal ini Rasulullah s.a.w. berkata: “Biarkan dia, kerana malu adalah sebahagian daripada keimanan.” (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).
Orang Ansar tersebut memberi nasihat kepada saudaranya supaya meninggalkan sifat malu serta menjelaskan sisi negatif daripada sifat malu tersebut. Dia melakukan hal ini kerana ia merasa bahawa saudaranya mempunyai sifat malu yang berlebihan. Namun Rasulullah s.a.w. tidak setuju dengan sikap orang Ansar ini.
Malu adalah sifat yang berada dalam diri seseorang yang dapat mencegah daripada melakukan hal-hal yang tidak terpuji. Malu merupakan sebahagian dari keimanan dan juga salah satu daripada ciri-ciri keimanan seseorang.
Pada dasarnya sifat malu itu tumbuh apabila timbul sikap hati-hati yang diikuti dengan sikap menjauhkan ucapan atau tindakan yang kurang baik meskipun sebenarnya perbuatan itu dibolehkan dan tiada orang yang mencelanya.
Malu mempunyai hubung kait dengan akhlak-akhlak mulia yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (al-‘Iffah), mengutamakan orang lain (al-Īthār), sabar, lemah lembut, pemaaf dan menggauli keluarga dengan baik.
Tingkatan tertinggi dari rasa malu ini adalah di saat seseorang sudah merasa bahawa dirinya selalu diawasi oleh Allah s.w.t.. Pada suatu hari Rasululllah s.a.w. memberi nasihat kepada para sahabat: “Malulah kalian kepada Allah dengan malu yang sebenar.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasul, al-Hamdulillah, kami sudah mempunyai rasa malu.” Rasul kembali berkata:

لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ

Maksudnya: “Bukan seperti itu yang saya maksudkan. Rasa malu yang sebenar terhadap Allah adalah jika kamu dapat menjaga kepala dan isinya, perut beserta isinya, dan mau mengingat kematian serta musibah. Sesiapa yang ingin (merasakan kenikmatan di) akherat (hendaknya) meninggalkan perhiasan dunia. Sesiapa dapat melakukan hal itu maka dia benar-benar malu kepada Allah s.w.t..”

Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang pemalu bahkan Beliau sangat pemalu. Sehingga para sahabat mengatakan bahawa rasa malu yang dimiliki Rasulullah s.a.w. melebihi rasa malu yang dimiliki para gadis.[2]
Hal ini tidak menghairankan kerana Rasulullah s.a.w. selalu menjaga pandangan mata dari hal-hal yang diharamkan, yang keluar dari lisannya selalu kata-kata yang baik, lebih mementingkan orang lain, seorang yang pemaaf, sangat baik dengan keluarga, penyabar, lemah lembut dan sangat menyayangi orang-orang yang beriman.
Meskipun Rasulullah s.a.w. mempunyai sifat malu, namun Beliau tidak pernah sedikitpun merasa malu melakukan aktiviti dakwah, menyampaikan risalah, membela kebenaran dan menegakkan keadilan. Beliau juga tidak pernah malu melaksanakan ketakwaan kepada Allah s.w.t..
Di saat menghadapi kezaliman, Rasul tidak segan-segan untuk marah, namun kemarahan Beliau bukan kerana dorongan nafsu. Kemarahan Beliau adalah untuk membela agama Allah s.w.t.. Lebih dari itu Rasul juga tidak jarang mengangkat senjata menghadapi orang-orang musyrik yang menentang agama Allah dan menghalangi dakwahnya. Hal ini Beliau lakukan demi tersebarnya ajaran Islam dan demi kemuliaan agama Allah s.w.t..
Tiada teladan utama yang tepat dalam masalah ini selain Rasulullah s.a.w.. Juga tiada nasihat-nasihat yang lebih indah melebihi nasihat yang keluar dari lisan mulia Beliau. Di antara nasihat Beliau berkaitan dengan masalah ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah r.a. sebagai berikut:

الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

Maksudnya: “Rasa malu adalah sebahagian dari iman, dan keimanan berada di surga. Sedangkan tindakan atau ucapan kotor adalah sebahagian dari perangai yang kasar, dan perangai kasar bertempat di neraka.” (H. R. al-Tirmidhī, Ahmad, Ibn Hibbān dan al-Hākim).
Sahabat Anas bin Mālik r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

Maksudnya: “Setiap sesuatu yang dihinggapi kekejian, maka akan menjadi tercela. Dan setiap sesuatu yang dibarengi rasa malu, maka akan terhias (dan menjadi indah).” (H. R. al-Tirmidhī dan Ibn Mājah).
Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan umatnya untuk menghias diri dengan sifat malu, kerana sifat ini adalah bentuk lahiriyah dari kesempurnaan iman seseorang. Dengan adanya rasa malu, seseorang akan terdorong untuk selalu melakukan amal kebajikan dan menjauhi kemaksiatan.
Sifat malu muncul dari fitrah manusia. Ia merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang. Rasa malu dapat bertambah apabila seseorang melatih dirinya untuk selalu menghias diri dengan sifat itu, dan sifat ini juga dapat berkurang bahkan hilang sama sekali apabila seseorang mulai mengabaikan perintah-perintah agama dan norma-norma syariah. Dengan sifat malu, maka kehidupan setiap individu akan selamat dan keadaan masyarakat akan teratur dan terjaga dari penyakit sosial. Di samping itu dengan adanya rasa malu maka mereka akan bersemangat melakukan amal kebajikan dan membantras kemungkaran.
Banyak hadith yang menceritakan tentang sifat malu yang dipraktikkan Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan sehari-hari, di antaranya adalah:
  1. Sebahagian sahabat sukakan dengan makanan yang biasa dihidangkan Rasulullah di rumah. Mereka sering berlepak dan berbual di rumah Rasulullah, sambil menunggu makanan yang sedang dimasak. Sebenarnya Rasul s.a.w. merasa terganggu dengan kebiasaan mereka yang lama berbual-bual. Namun Rasulullah s.a.w. malu meminta mereka untuk keluar dan pergi dari rumah, kerana Nabi merasa sikapnya itu akan membuat para sahabat merasa bersalah. Kemudian Allah s.w.t. menurunkan ayat yang berisikan nasihat kepada para sahabat dalam masalah ini. Dengan turunnya ayat ini, sayidah ‘Ā’isyah r.a. berkata kepada Rasul: “Cukuplah kamu menahan diri sehingga hatimu merasa berat. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak sukakan dengan perbuatan mereka.”
Ayat yang dimaksud adalah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali apabila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan apabila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruh kamu ke luar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar.” (al-Ahzāb, 33: 53).
  1. Sebagaimana diriwayatkan oleh sayidah ‘Ā’isyah, Rasulullah tidak sukakan mengungkapkan hal-hal tertentu dengan ungkapan yang tidak sopan kerana Beliau merasa malu mengungkapkan hal itu.
Sayidah ‘Ā’isyah menyatakan bahawa pada suatu hari ada seorang wanita bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana cara mandi setelah darah haid berhenti. Rasul menjelaskan kepada wanita itu, dan berkata: “Ambillah minyak misik dan gunakanlah untuk membersihkannya!” Namun wanita itu terus bertanya: “Bagaimana cara membersihkan dengan menggunakan minyak misik itu?” Rasulullah terhairan-hairan dengan pertanyaan wanita itu, dan Beliau berkata: “Subhāna Allah (Maha Suci Allah) bersihkanlah!” Kemudian ‘Ā’isyah berkata: “Kemudian saya menarik wanita itu supaya dekat denganku dan aku berkata kepadanya: ‘Bersihkan bekas-bekas darah dengan manggunakan minyak misik tersebut.”
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada wanita itu: “Ambillah minyak misik dan gunakanlah untuk membersihkannya!” dan mengulanginya sebanyak tiga kali, kemudian Beliau merasa malu dan memalingkan mukanya.[3]
Diriwayatkan bahawa Rifā‘ah menceraikan isterinya dengan talak ba‘in (talak tiga). Kemudian Isteri Rifā‘ah menikah dengan lelaki lain. Namun tidak lama kemudian ia ingin kembali kepada Rifā‘ah. Dia datang kepada Rasul untuk menanyakan bagaimana cara kembali kepada suaminya yang pertama. Rasul menjawab: “Kamu tidak dapat kembali kepadanya, kecuali setelah kamu merasakan madunya dan dia merasakan madumu.” Maksudnya kamu tidak dapat kembali menikah dengan Rifā‘ah kecuali setelah kamu berubungan badan (berjimak) dengan suami kamu yang baru.
Dari penjelasan di atas nampak jelas bahawa Rasulullah s.a.w. sangat pemalu, namun untuk menerangkan masalah-masalah keagamaan atau permasalahan fiqh, Beliau tidak pernah malu, meskipun harus menggunakan kata-kata kiasan.

Anjuran untuk Menanamkan Sifat Malu

Malu adalah sifat mulia dan juga sebahagian daripada keimanan seseorang, oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan umatnya untuk menanamkan sifat ini pada diri mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: “Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja sesukamu.”
Maksudnya adalah apabila kamu tidak mempunyai rasa malu yang dapat mencegahmu melakukan dosa, maka lakukanlah apa yang dibisikkan oleh nafsumu. Ini merupakan ancaman dan peringatan dari Rasulullah s.a.w.
Namun hadith ini juga dapat difahamkan sebagai perintah, maksudnya apabila kamu ingin melakukan hal yang tidak memalukan menurut ajaran agama, namun dianggap aib (tercela) menurut adat, maka lakukanlah.[4]
Contoh lain dari sifat malu yang dipraktikkan Rasul adalah Beliau tidak pernah menatap dengan tajam wajah seseorang. Beliau memalingkan wajahnya apabila ada orang yang mengucapkan perkataan yang tidak baik, dan apabila ada ucapan yang kurang berkenan di hati, Beliau pura-pura tidak faham kerana tidak ingin membicarakan hal itu.[5]
Sayidah ‘Ā’isyah menerangkan bahawa di saat Rasulullah s.a.w. mendengar khabar ada seseorang mengatakan atau melakukan hal-hal yang tidak baik, Beliau tidak berkata: “Mengapa Fulan mengatakan hal tersebut.” Melainkan Beliau berkata: “Mengapa kaum tersebut melakukan hal itu atau mengatakan hal itu.” Rasul megucapkan hal ini dengan maksud melarang orang tersebut melakukannya, namun Beliau tidak pernah menyebut nama orang yang melakukan hal itu.
Jika menginginkan sesuatu, kadang-kadang Rasulullah menggunakan kata-kata kiasan, kerana apabila diungkapkan dengan jelas merupakan ucapan yang kurang sopan.
Setelah menjelaskan sifat malu pada diri Rasulullah, selanjutnya kita akan menerangkan sifat malu pada diri para sahabat Rasul.
Uthmān bin ‘Affān r.a. terkenal sebagai sahabat yang sangat pemalu sehingga malaikat pun malu kepadanya. ‘Ā’isyah mengisahkan bahawa pada suatu hari dirinya sedang bersama Rasulullah s.a.w.. Kemudian datanglah Abū Bakar dan meminta izin untuk masuk, Rasul mempersilahkan ia untuk masuk, dan Rasulullah tetap dalam keadaan semula. Tidak lama kemudian ‘Umar bin al-Khttab datang dan minta izin untuk masuk. Rasul mempersilahkan ia untuk masuk dan Beliau tetap dalam keadaan semula. Setelah itu datanglah Uthmān dan minta izin kepada Rasul untuk masuk. Pada kesempatan ini Rasulullah s.a.w. membetulkan baju terlebih dahulu sebelum keluar dan mempersilahkan Uthmān untuk masuk rumah.
‘Ā’isyah bertanya kepada Rasul: “Wahai Rasul. Ketika Abū Bakar datang kepadamu dan mengutarakan keinginannya, kamu tidak berbenah diri. Begitu juga ketika ‘Umar datang dan meyampaikan keperluannya, kamu juga tetap dalam keadaan semula. Namun ketika ‘Uthmān yang datang, kamu duduk dengan rapi dan membetulkan pakaian yang kamu pakai? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wahai ‘Ā’isyah, Uthmān adalah orang yang sangat pemalu. Jika aku mempersilahkan ia untuk masuk sedangkan aku masih dalam keadaan semula, aku khawatir dia tidak akan masuk dan tidak akan menyampaikan keinginannya.”[6]
Rasulullah s.a.w. mengistimewakan Uthmān kerana malaikat sahaja malu dengan Uthmān. Sayidah ‘Ā’isyah berkata: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. tidur dalam keadaan miring di dalam rumah dan kedua betisnya terbuka. Saat itu Abū Bakar r.a. datang dan meminta izin untuk masuk. Rasulullah s.a.w. mempersilahkannya untuk masuk. Abū Bakar pun masuk, dan Rasulullah s.a.w. masih dalam keadaan semula. Kemudian Rasulullah s.a.w. berbincang-bincang dengannya.
Tidak lama kemudian, ‘Umar r.a. datang. Rasulullah s.a.w. mempersilahkannya untuk masuk. Saat itu, Beliau juga masih dalam keadaan yang semula. Kemudian Uthmān datang, dan saat itulah Rasulullah s.a.w. dengan serta merta duduk dan membetulkan pakaian yang dipakainya.
‘Ā’isyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasul. Ketika Abū Bakar datang, engkau tidak begitu mempedulikannya, begitu juga ketika ‘Umar datang. Namun ketika Uthmān yang datang, engkau duduk dan membetulkan pakaian yang engkau pakai?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidakkah aku seharusnya malu terhadap orang yang malaikat sahaja malu kepadanya.”[7]
Rasulullah s.a.w. dalam sabda-sabdanya sering sekali menganjurkan umatnya untuk menghiasa diri dengan sifat malu ini. Di antara hadith-hadith yang menerangkan hal ini adalah:
  1. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ عَبْدًا نَزَعَ مِنْهُ الْحَيَاءَ فَإِذَا نَزَعَ مِنْهُ الْحَيَاءَ لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا مَقِيتًا مُمَقَّتًا فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا مَقِيتًا مُمَقَّتًا نُزِعَتْ مِنْهُ الْأَمَانَةُ فَإِذَا نُزِعَتْ مِنْهُ الْأَمَانَةُ لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا خَائِنًا مُخَوَّنًا فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا خَائِنًا مُخَوَّنًا نُزِعَتْ مِنْهُ الرَّحْمَةُ فَإِذَا نُزِعَتْ مِنْهُ الرَّحْمَةُ لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا رَجِيمًا مُلَعَّنًا فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا رَجِيمًا مُلَعَّنًا نُزِعَتْ مِنْهُ رِبْقَةُ الْإِسْلَامِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. apabila ingin menghancurkan seorang hamba, Dia akan menghilangkan rasa malu pada dirinya, dan apabila rasa malu sudah hilang dari dirinya, maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang memuakkan dan suka menebar kebencian. Jika dia sudah sering bertemu dengan orang-orang seperti itu, maka sifat amanah pada dirinya akan dihilangkan. Dan apabila sifat amanah sudah hilang maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang suka berkhianat dan dikhianati. Dan jika dia sudah sering bertemu dengan orang seperti itu maka rasa kasih sayang hilang dari dirinya. Jika rasa kasih sayang sudah hilang maka dia akan selalu ketemu dengan orang yang terlaknat, dan apabila dia sudah sering bertemu orang seperti itu maka ikatan Islam akan terlepas darinya.”[8]
2. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya rasa malu dan keimanan diciptakan berpasangan. Jika salah satu daripada sifat etrsebut hilang maka akan diikuti dengan hilangnya yang lain.[9]
3. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Malu adalah baik, apapun bentuknya.”[10]
4. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa tidak mempunyai rasa malu terhadap manusia, maka dia tidak mempunyai rasa malu terhadap Allah s.w.t..”[11]
5. Rasulullah juga bersabda: “Rasa malu adalah sebahagian daripada keimanan.[12]
Suatu hari Rasulullah s.a.w. melalui seorang daripada kaum Ansar yang sedang mengingatkan saudaranya untuk tidak merasa malu. Rasul berkata kepada orang itu: “Biarkan dia, sesungguhnya rasa malu adalah sebahagian dari keimanan.[13]
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menanggalkan ‘pakaian malunya’, maka membincangkannya bukan termasuk ghibah.”[14]
Rasulullah s.a.w. bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Maksudnya: “Setiap umatku akan diampuni kecuali orang yang tidak mempunyai rasa malu, sehingga tega membeberkan rahasianya secara terang-terangan. Termasuk sikap seperti ini adalah apabila seorang lelaki melakukan sesuatu pada malam hari, kemudian di pagi harinya dia berkata kepada seseorang: ‘Wahai Fulan semalam saya melakukan sesuatu (tindakan aib atau dosa)’. Padahal Allah telah menutupi aibnya itu, dan dia malah membeberkan aibnya sendiri  yang ditutupi oleh Allah s.w.t..” [15] 
Keterangan di atas merupakan gambaran sifat malu yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w., Nabi pembawa kedamaian. Dan sifat ini merupakan ajaran Islam yang utama dan merupakan akhlak yang harus dimiliki oleh setiap Muslim.
[1]  Lihat Tahdhīb al-Targhīb wa al-Tarhīb min al-Ahādith al-Sihhah li al-Mundhirī, editor: Muhyiddin Mastu dkk., Dār Ibn Kathīr.
[2]  Fath al-Mubdī, (3/61).
[3]  Fath al-Mubdī, (1/170) dan al-Ihyā’, (2/324).
[4]  Fath al-Mubdī, (3/311).
[5]  Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (2/324).
[6]  H. R. Ahmad. Imam Muslim juga meriwayatkan hadith ini dengan susunan kata yang hampis sama.
[7]  H. R. Muslim dan Ahmad.
[8]  Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (1/197).
[9]  Kanz al-Ummāl dan Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (1/197).
[10]  Ibid,
[11] Ibid,
[12] Ibid,
[13] Fath al-Mubdī, (1/58).
[14]  Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/358).
[15]  Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/164) dan Fath al-Mubdī, (3/308).
Dipublikasi di Sikap Malu | Tag , , , , | Meninggalkan komentar

Persaudaran dan Hak Sesama Muslim

Hadith berikut ini menjelaskan tentang masalah persaudaraan dan hak sesama Muslim. Hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Abū Hurairah r.a. ini dicatat oleh Imam Muslim dalam kitab al-Sahīh, Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Maksudnya: “Jangalah kalian saling hasad, janganlah kalian menawar barang dengan maksud supaya ada orang lain yang menawar dengan harga lebih tinggi, janganlah kalian saling memarahi, janganlah kalian saling memalingkan muka, janganlah kalian membeli barang yang sedang ditawar oleh orang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, ia tidak boleh menganiaya saudaranya, tidak boleh berbohong kepadanya, tidak boleh merendahkannya, Ketakwaan berada di sini (Rasul menunjuk ke arah dadanya tiga kali). Cukuplah kejelekan seseorang apabila ia menganggap rendah saudaranya yang Muslim. Harta, darah dan kehormatan seorang Muslim haram (tidak boleh dilanggar) oleh seorang Muslim lainnya.”[1]
Hadith ini menerangkan secara menyeluruh aturan untuk berhubungan antara sesama muslim dan juga hak-hak yang harus dipenuhi seorang Muslim kepada sesama. Rasulullah s.a.w. tidak hanya menekankan erti penting persaudaraan dalam Islam, Beliau juga secara langsung menjelaskan hal-hal yang harus dilakukan dan hal-hal yang harus ditinggalkan oleh seorang Muslim, sehingga ajaran Beliau menjadi ajaran nyata yang dapat dipraktikkan dan dirasakan dalam kehidupan sehari-hari. Dengan kata lain hadith ini menerangkan beberapa aspek hukum Islam yang mempunyai banyak faedah dan kemanfaatan. Tidak berlebihan apabila dikatakan bahawa aspek-aspek yang disinggung dalam hadith ini jika dijalankan secara sempurna oleh seorang Muslim, bererti dia telah menghias dirinya dengan sebahagian besar akhlak mulia yang diajarkan oleh Islam. Imam Ibn Hajar al-‘Asqalānī menegaskan bahawa hadith ini mengandung banyak pengajaran berharga dan menerangkan target serta tujuan-tujuan mulia. Hampir-hampir semua aspek hukum Islam dan akhlak-akhlak yang harus dipraktikkan oleh seorang Muslim disinggung dan dipaparkan dengan jelas dalam hadith ini.
Jika kita perhatikan, hadith ini menerangkan akhlak yang bermacam-macam, dari mulai larangan hasad terhadap orang lain, larangan menawar barang perniagaan dengan maksud mengelabuhi orang lain sehingga mau menawar dengan harga yang lebih tinggi, larangan marah dan berpaling muka terhadap sesama Muslim hingga larangan membeli barang yang sudah ditawar oleh orang lain. Lebih dari itu, hadith ini juga mengajak kita untuk meningkatkan persaudaraan sesama Muslim. Akhlak-akhlak tersebut akan dibahas secara singkat dalam lembaran-lembaran berikut ini:

Pertama: Larangan Hasad
Hasad (dengki) adalah suatu keinginan supaya kenikmatan yang diperoleh oleh orang lain hilang dan berpindah pada dirinya atau orang lainnya.
Perasaan tidak suka apabila ada orang lain yang mengunggulinya dalam satu hal tertentu adalah sifat yang manusiawi. Walaupun sifat seperti ini merupakan tabiat semula jadi setiap manusia, namun ia tetap merupakan sikap yang tercela.
Hasad dan dengki hukumnya adalah haram. Allah s.w.t. sangat mencela perbuatan ini, sebagaimana nampak dalam beberapa firman-Nya yang berisikan kritikan terhadap sikap Banī Isrā’īl: “Sebagian besar ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri.” (al-Baqarah, 2: 109).
Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) kerana karunia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (al-Nisā’, 4: 54).
Imam Ahmad dan al-Tirmidhī mencatat hadith yang diriwayatkan oleh al-Zubair bin al-‘Awwām bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Penyakit para umat sebelummu akan merambah kepadamu: hasad, dengki dan permusuhan. Permusuhan bagaikan gunting. Bukan rambut yang digunting, tetapi agama lah yang tergunting. Demi Zat yang menguasai Muhammad, kalian ini belum beriman (dengan keimanan yang sempurna) sehingga kalian dapat saling mengasihi. Inginkah kalian saya beritahu hal yang apabila kalian melakukannya maka kalian akan saling mengasihi? Saling mengucapkan salam di antara kalian.”
Imam Abū Dāwud meriwayatkan sebuah hadith yang diceritakan oleh sahabat Abū Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian hasad. Kerana sesungguhnya hasad akan memberanggus kebajikan sebagaimana api membakar kayu bakar.”
Imam al-Hākim juga mencatat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah r.a.: “Rasul bersabda, Umatku akan terkena penyakit umat-umat terdahulu, Para sahabat bertanya, Wahai Nabi Allah. Apa itu penyakit umat-umat terdahulu? Nabi menjawab: “Senang bersuka ria, tidak mau mensyukuri nikmat dan bersikap sombong, memperbanyak harta dan berlomba-lomba dalam masalah keduniaan, saling bermusuhan dan saling dengki, sehingga akhirnya banyak terjadi perzinaan dan pembunuhan.”

Hikmah Peng-haram-an Hasad
Jika kita kaji lebih teliti, rasa hasad sebenarnya merupakan penolakan terhadap ketetapan (taqdir) Allah s.w.t.. Kenikmatan yang diperoleh orang lain adalah anugerah Allah s.w.t.. Jika kita berusaha untuk menjauhkan atau menghilangkan kenikmatan tersebut dari orang itu, bererti kita tidak menerima terhadap ketetapan Allah s.w.t..
Secara psikologis, sikap iri hati (dengki) ini akan mengganggu kejiwaan orang yang melakukannya. Kesedihan dan kekhawatiran akan selalu menghantuinya dan membuat jiwanya resah.

Pembagian Hasad (Dengki)
Kedengkian banyak ragam dan bentuknya. Berikut ini akan diterangkan beberapa macam kedengkian:
  1. Rasa dengki yang mendorong seseorang berkeinginan supaya anugerah yang diperoleh orang lain hilang. Untuk merealisasikan keinginannya itu dia melakukan tindakan-tindakan dan ucapan-ucapan yang dilarang agama. Di antara mereka ada yang berusaha memindahkan anugerah itu kepada dirinya, ada juga yang tujuan utamanya hanya menghilangkan anugerah itu dari orang yang dimaksudkan, dia tidak peduli anugerah itu nantinya akan didapat oleh siapa. Yang terakhir ini adalah jenis dengki yang paling jelek.
  2. Ada juga orang yang muncul rasa dengki di hatinya namun dia tidak melakukan tindakan apa-apa terhadap orang yang ia merasa hasad kepadanya. Diriwayatkan bahawa Imam al-Hasan al-Basrī mengatakan bahawa sikap seperti ini tidak termasuk dosa. Orang yang mendapat cobaan dengan rasa iri seperti ini ada dua macam:
  3. Orang tersebut tidak mampu menghilangkan rasa iri tersebut dari hatinya, kerana rasa itu sering muncul dengan sendirinya, namun dia tetap tidak melakukan tindakan apapun terhadap kawannya itu. Orang yang seperti ini tidak berdosa.
  4. Orang tersebut dapat mengendalikan kemunculan rasa iri di hatinya. Sehingga kadang-kadang dia memunculkan rasa itu dengan disertai keinginan kuat atas hilangnya anugerah yang diperoleh kawannya. Sikap seperti ini sama dengan sebuah niat atau tekad untuk melakukan maksiat. Ulama berbeza pandangan dalam menyikapi masalah ini. Namun orang seperti ini biasanya tidak mengimplementasikan niatnya tersebut pada kenyataan dengan melakukan tindakan atau ucapan yang merugikan kawannya. Yang ia lakukan hanyalah usaha untuk mendapatkan anugerah serupa untuk dirinya. Sikap seperti ini sama dengan sikap sekelompok orang yang disinggung dalam Al-Qur’an surah al-Qasas, 28: 79, yang ertinya: “Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: ‘Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar.”
Perlu ditegaskan juga di sini, bahawa terdapat sikap iri yang berdampak positif, iaitu apabila seseorang iri terhadap keutamaan-keutamaan yang menyangkut masalah keagamaan yang dimiliki kawannya, maka sikap iri tersebut akan berdampak positif dan termasuk kebajikan. Rasul s.a.w. sendiri mempunyai keinginan untuk mati syahid di medan perang. Dan Rasul juga bersabda:

لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ

Maksudnya: “Tiada sikap iri hati (hasad yang diperbolehkan) kecuali dalam dua hal: (Iri terhadap) orang yang dianugerahkan harta oleh Allah dan dia menginfakkannya siang dan malam, dan orang yang diberi anugerah (keahlian membaca dan memahami) Al-Qur’an, kemudian dia mengamalkannya siang dan malam.”[2]
Sikap seperti ini dalam bahasa Arab disebut “Ghabtah” (keinginan untuk menyerupai orang lain). Jika sikap seperti ini sering disebut dengan “Hasad”, maka maksudnya hanya sebagai kiasan sahaja, kerana memang terdapat beberapa kesamaan di antara keduanya.
  1. Yang ketiga adalah orang yang mampu mengendalikan rasa iri hati yang muncul di hatinya, dan berusaha untuk menghilangkannya. Tidak hanya sampai di situ sahaja, dia juga berusaha berbuat baik kepada kawan yang menjadi objek kedengkiannya itu, mendoakannya dan menceritakan kebaikan-kebaikannya kepada orang lain. Dia berusaha mengganti rasa dengki dengan rasa cinta. Ini adalah tingkat keimanan yang tinggi. Orang yang mampu melakukannya adalah orang yang sempurna imannya, sehingga mampu mencintakan kawan sebagaimana dia mencintakan diri sendiri.
Kedua: Larangan Menawar Barang dengan Maksud supaya Ditawar Orang Lain Dengan Harga yang Lebih Tinggi (al-Najasy)
Al-Najasy adalah praktik tawar-menawar barangan perniagaan yang dilakukan oleh seseorang dengan harga yang tinggi, namun sebenarnya dia tiada keinginan untuk membeli barang tersebut. Maksud dan tujuannya hanya supaya ada orang lain yang memperhatikan barang itu dan mau membeli dengan harga yang lebih tinggi lagi.
Menurut agama, al-Najasy adalah praktik perniagaan yang ulama sepakat untuk mengharamkannya. Baik orang yang melakukan al-Najasy melakukan kesepakatan dengan penjual barang ataupun tidak. Praktik niaga seperti ini dilarang agama kerana mengandung unsur gharar (penipuan) dan pengelabuhan. Di sisi lain, praktik transaksi seperti ini juga jauh dari prinsip nasihat menasihati  yang sangat ditekankan oleh agama. Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا –وَفِى رِوَايَةٍ: مَنْ غَشَّ-
Maksudnya: “Sesiapa menipu kita, maka dia bukan termasuk golongan kita”, (menurut sebuah riwayat menggunakan kata: Sesiapa menipu …).
Jika orang yang melakukan al-Najasy mendapat upah dari penjual, maka uang yang didapatkan termasuk riba. Ulama bersepakat mengatakan bahawa orang yang melakukan praktik ini termasuk orang yang melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., jika memang dia tidak mengetahui bahawa praktik seperti ini dilarang.

Hukum Transaksi Yang Diikuti Praktik al-Najasy
Sebahagian ulama berpendapat bahawa transaksi perniagaan yang diikuti dengan prektik al-Najasy adalah fāsid (rosak atau tidak sah).[3]
Sebahagian ulama yang lain mengatakan: Jika yang melakukan praktik al-Najasy adalah termasuk dari orang-orang yang menjual barangan tersebut, atau orang yang sudah bekerjasama dengan penjual, maka transaksi perniagaan tersebut fāsid (rosak atau tidak sah), kerana ada unsur kesengajaan dari pelaku transaksi. Namun apabila yang melakukan praktik al-Najasy adalah orang luar yang tiada kesepakatan apapun dengan pedagang, maka akad yang terjadi mengambil hukum sah. Imam al-Syāfi‘ī termasuk yang menyokong pendapat ini, dan memberikan dalil bahawa orang yang menjual bukanlah orang yang malakukan al-Najasy, sehingga transaksi mengambil hukum sah.
Selain dari pendapat di atas, sebahagian besar ulama berpendapat bahawa transaksi jual-beli tersebut tetap sah, dan mereka tidak mempedulikan siapa orang yang melakukan praktik al-Najasy itu.

Makna Yang Menyeluruh Kata al-Najasy
Secara bahasa, al-Najasy bererti membuat sesuatu menjadi menarik namun dengan cara menipu dan mengelabuhi (gharar). Atas dasar erti secara bahasa ini, maka larangan praktik al-Najasy dapat diertikan sebagai larangan menipu atau mengelabuhi ketika bertransaksi dengan pihak lain sehingga pihak lain tersebut terzalimi. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Fātir, 35: 43, yang ertinya: “Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.”
Dalam sebuah hadith disebutkan:
اَلْمِكْرُ وَالْخِدَاعُ فِى النَّارِ
Maksudnya: “(Orang yang melakukan) rekayasa dan tipuan akan berada di neraka.”
Dalam kitab sunan al-Tirmidhī disebutkan:
مَلْعُوْنٌ مَنْ ضَارَّ مًسْلِمًا أَوْ مَكَرَ بِهِ
Maksudnya: “Orang yang melakukan tindakan yang membahayakan seorang muslim atau merencanakan (tindakan-tindakan jelek) terhadapnya, adalah orang yang terlaknat.”
Sehingga dapat disimpulkan bahawa semua transaksi yang mengandung unsur penipuan (gharar), apapun nama dan bentuk macamnya; menyembunyikan aib barang perniagaan, mencampur barang yang baik dengan yang jelek atau yang lainnya adalah merupakan praktik niaga yang dilarang agama, sebagaimana praktik al-Najasy.
Penipuan hanya boleh dilakukan apabila kita bertransaksi dengan orang-orang kafir yang sedang memerangi kita (al-kāfir al-harbī), kerana Rasul s.a.w. bersabda:
اَلْحَرْبُ خِدْعَةٌ
Maksudnya: “Perang adalah tipu daya.”

Ketiga: Larangan Saling Membenci
Kebencian adalah perasaan tidak suka yang muncul dalam hati seseorang. Jika kita meneliti sabda-sabda Rasul s.a.w., maka kita akan menemukan bahawa sikap benci terhadap sesama Muslim adalah salah satu hal yang sangat dilarang oleh Rasulullah s.a.w., jika kebencian itu muncul kerana dorongan hawa nafsu. Apabila kebencian itu didasarkan atas alasan-alasan keagamaan yang dibenarkan maka kebencian itu dibolehkan. Hal ini dapat difahami, kerana persaudaraan sesama muslim merupakan prinsip utama dalam agama Islam. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hujurāt, 49: 10, yang ertinya: “Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara.”
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Demi Zat Yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya. Kalian tidak akan masuk surga sehingga kalian beriman. Dan kalian belum dianggap beriman (dengan keimanan yang sempurna) sehingga kalian saling mengasihi (di antara sesama).”
Jika kita mengkaji sejarah, maka kita dapat menyimpulkan bahawa  rasa kasih sayang dan persaudaraan mempunyai peranan yang sangat penting pada awal-awal sejarah umat Islam. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Āli Imrān, 3: 103, yang ertinya: “Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, kemudian menjadilah kamu (kerana nikmat Allah) orang yang bersaudara.” Di lain ayat, iaitu dalam surah al-Anfāl, 8: 62-63, Allah s.w.t. berfirman yang ertinya: “Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para Mukmin. (62) Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.”

Keempat: Larangan Saling Memalingkan Wajah (al-Tadābur)
Yang dimaksud dengan al-Tadābur adalah sikap saling menjauhkan diri dan saling memusuhi sehingga mereka tidak ingin saling berpandangan. Erti ini sesuai dengan makna teks kata al-Tadābur itu sendiri, iaitu membelakangi kawan dengan disertai memalingkan muka. Sikap seperti ini dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. dan hukumnya haram apabila pokok permasalahan yang menjadi objek perselisihan mereka adalah masalah duniawi (yang tidak berhubung kait dengan masalah-maslaah  keagamaan yang asasl). Sikap seperti inilah yang dilarang oleh Rasulullah dalam sabdanya:
لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ
Maksudnya: “Seorang Muslim tidak boleh menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Mereka bertemu, tetapi saling mencibirkan bibirnya. Yang terbaik di antara mereka adalah yang mau mulai melontarkan ucapan salam.”
Adapun menjauhi saudara kerana alasan keagamaan, maka hal tersebut dibolehkan walaupun sampai melewati tiga hari, sebagaimana keterangan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad; Sewaktu perang Tabuk ada tiga sahabat Nabi yang melarikan diri dari medan perang. Ketika Rasul mengetahui tentang hal itu, Beliau memerintahkan para sahabat untuk menjauhi ketiga sahabat tersebut selama lima puluh hari. Hal ini Beliau lakukan dengan tujuan supaya menjadi pengajaran bagi ketiga sahabat yang telah lari dari medan perang dan juga menjadi ibrah bagi para sahabat yang lain agar mereka tidak melakukan tindakan-tindakan munafik.
Memutus komunikasi dengan seseorang juga dibolehkan, apabila orang tersebut termasuk ahli Bid‘ah, penyeru terhadap perbuatan maksiat dan hawa nafsu. Imam al-Khattābī membolehkan seseorang menjauhi anak atau isterinya dengan maksud memberi pelajaran, meskipun lama waktunya melewati tiga hari. Sikap seperti ini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap isterinya selama satu bulan, dan inilah yang dijadikan dalil oleh Imam al-Khattābī.

Kelima: Larangan Membeli Barang Yang Sudah Ditawar Oleh Orang Lain
Larangan membeli barang yang sudah ditawar oleh orang lain banyak kita temukan dalam hadith-hadish Nabi s.a.w.. Di antaranya adalah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhārī dan Muslim dari sahabat Abū Hurairah r.a. yang menceritakan bahawa Rasul s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin tidak boleh membeli barang yang sudah ditawar oleh saudaranya.”
Di antara contoh praktik pembelian seperti ini adalah, ketika ada seseorang yang hendak membeli barang, kemudian ada seorang penjual lain yang berkata kepadanya: “Urungkan pembelianmu. Belilah dari saya. Saya mempunyai barang yang lebih bagus atau barang yang lebih murah.” Contoh lainnya adalah, di saat ada orang yang membeli barang dari seorang penjual kemudian ada orang lain yang berkata kepada penjual: “Batalakan transaksi jual belimu dengannya. Saya akan membeli barang itu dengan harga yang lebih tinggi.” Ulama bersepakat bahawa dua praktik transaksi di atas adalah hukumnya haram.
Imam al-Nawāwī berkata: “Bentuk transaksi seperti ini di saat jual beli adalah dosa dan dilarang oleh agama. Namun (praktik berikut ini, iaitu) apabila ada orang ketiga yang datang kemudian membeli atau menjual (barang yang masih dalam masa transaksi antara penjual dan pembeli pertama (barang itu belum dibeli atau dijual))  maka transaksinya tetap sah. Pendapat ini adalah pendapat yang disokong oleh ulama Syāfi‘iyyah, Abū Hanīfah dan ahli-ahli fiqh yang lain.[4]
Keharaman transaksi seperti ini juga berlaku dalam akad pesanan. Contohnya adalah, jika ada pemilik barang dan seorang pemesan sedang melakukan transaksi, kemudian ada orang ketiga berkata kepada pemilik barang, “Saya akan membeli barang kamu itu dengan harga yang lebih mahal”, atau orang ketiga itu berkata kepada pemesan, “Batalkan transaksi Anda dengan dia, saya akan jual barang yang lebih bagus kepadamu atau barang saya lebih murah dari pada barang dia”, maka orang ketiga ini telah melakukan dosa.
Yang perlu ditekankan juga adalah, keharaman transaksi ini berlaku secara umum baik terhadap sesama Muslim maupun terhadap orang kafir, kerana masalah ini berhubungan kait dengan komitmen terhadap janji untuk memperlakukan kafir Dhimmī dengan baik.
Hikmah dari larangan transaksi ini adalah untuk menghindarkan adanya pihak yang dirugikan dan disakiti hatinya.
Adapun transaksi lelong barangan (muzāyadah), hukumnya boleh dilakukan, dan bukan termasuk kategori tindakan terlarang. Ini kerana, pada akad ini intervensi orang ketiga terjadi sebelum akad diputuskan oleh penjual dan pembeli. Rasulullah s.a.w. pernah menawarkan barang perniagaannya, dan Beliau berkata: “Siapakah yang berani menawar lebih mahal?”

Keenam: Menebarkan Semangat Persaudaraan
Dalam hadith yang kita bahas ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.” Potongan hadith ini dapat diertikan, berusahalah kalian untuk memupuk rasa persaudaraan terhadap sesama, dengan menjauhkan rasa dengki (hasad), al-Najasy, saling benci, saling berpaling muka atau membeli barang yang sudah ditawar oleh saudara yang lain. Hendaknya kalian membangun rasa cinta, saling mengasihi, saling membantu melakukan kebajikan di antara sesama dengan di dasarkan dengan hati yang tulus dan ikhlas. Janganlah kalian lupa bahawa kalian adalah hamba Allah s.w.t. yang harus taat terhadap perintah-perintah-Nya, dan di antara perintahnya adalah hendaknya kalian bagaikan saudara, saling membantu dalam memperjuangkan ajaran-ajaran Islam dan menegakkannya. Perjuangan dalam berdakwah tidak akan berhasil apabila tidak disokong dengan semangat persaudaraan dan barisan pejuang-pejuang yang kuat. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Anfāl, 8: 62: 63, yang ertinya: “Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para Mukmin. (62) Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman).”
Persaudaraan antar sesama tidak akan kuat apabila hak-hak asasi kemanusiaan dalam kehidupan sehari-hari belum dilaksanakan. Hak-hak asasi itu adalah seperti mengucapkan salam, mendoakan ketika ada kawan yang bersin, menjenguknya apabila sakit, mengantarkan jenazah sehingga ke kubur, memenuhi undangan dan memberinya nasihat.

Ketujuh: Kewajiban Seorang Muslim Terhadap Sesama
Allah s.w.t. memerintahkan umat Islam untuk membiasakan diri melakukan hal-hal yang dapat menumbuhkan rasa persaudaraan di antara mereka. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hujurāt, 49: 10, yang ertinya: “Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu.”
Di sisi lain, Allah s.w.t. juga melarang umat Islam melakukan hal-hal yang dapat menimbulkan perpecahan di antara mereka. Di antara tindakan yang mempunyai peranan besar dalam menimbulkan pertelingkahab dan perpecahan adalah empat hal berikut; menzalimi seseorang, menerlantarkan, berkata bohong dan mendustakan orang lain dan yang keempat: menghinanya. Keimanan dan keislaman seseorang belum dianggap sempurna apabila dia belum dapat mencintai kawan Muslim sebagaimana dia mencintakan dirinya sendiri. Kecintaan itu dapat dinyatakan dalam bentuk menahan diri dari melakukan tindakan-tindakan yang merugikan dan membahayakan kawannya itu.
Hal-hal negatif yang saya sebut di atas tentunya masuk kategori tindakan yang harus diprioritaskan untuk dijauhi oleh seorang Muslim apabila memang dia ingin termasuk orang yang mempunyai iman sempurna.
Tindakan-tindakan positif dan akhlak-akhlak mulia seorang Muslim tidak hanya dipraktikkan apabila ia berhubungan dengan sesama Muslim sahaja, namun sikap-sikap terpuji itu juga harus dilakukan apabila dia berinteraksi dengan sesama manusia yang lain. Oleh kerana itu empat tindakan negatif di atas tidak boleh dilakukan oleh siapapun di saat dia sedang berhubungan dengan manusia manapun. Jika terpaksa dilakukan terhadap orang kafir, itu pun kerana kekafirannya bukan atas dasar sifat kemanusiannya.

a. Larangan Menganiaya
Melakukan hal-hal yang dapat membahayakan jiwa, harta, agama, kehormatan atau harta seseorang adalah tindakan yang dilarang agama, kecuali apabila ada dalil-dalil agama yang membolehkan hal tersebut. Tindakan-tindakan ini termasuk kategori tindakan penganiayaan, kezaliman, melanggar kehormatan manusia dan bertentangan dengan prinsip persaudaraan. Selain itu, tindakan ini juga bertentangan dengan sabda Rasul s.a.w. yang menekankan prinsip keadilan dan larangan menganiaya dalam berhubungan dengan sesama. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman:

يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا 
تَظَالَمُوا 
yang ertinya: “Wahai hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan diriku melakukan kezaliman. Aku juga menjadikan kezaliman sebagai hal terlarang bagi kalian, karenanya janganlah kalian saling menzalimi.” 

b. Larangan Menelantarkan Orang Lain
Merendahkan harga diri seorang Muslim adalah larangan keras dalam agama. Terlebih lagi apabila orang tersebut berada dalam kondisi sangat memerlukan pertolongan. Alah s.w.t. berfirman dalam surah al-Anfāl, 8: 72, yang ertinya: “Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan.”
Imam Ahmad juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ أُذِلَّ عِنْدَهُ مُؤْمِنٌ فَلَمْ يَنْصُرْهُ وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يَنْصُرَهُ أَذَلَّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Jika ada seorang Mukmin direndahkan dihadapan seseorang, dan orang itu tidak mau menolongnya, padahal dia mampu menolongnya, maka Allah akan merendahkannya di hadapan semua makhluk besok di hari kiamat.”
Menolong seseorang harus dilakukan baik dalam masalah duniawi ataupun masalah ukhrawi. Contoh permaslaahan duniawi adalah apabila ada orang yang dianiaya maka kita harus menolongnya dan menahan orang yang akan menganiaya agar tidak melakukan hal tersebut. Sedangkan contoh masalah ukhrawi adalah apabila kita melihat ada orang yang perbuatannya melenceng, maka kita harus meluruskan dengan memberinya nasihat. Kita tidak boleh membiarkan atau menerlantarkannya.
c. Larangan Berbohong atau Berdusta
Di antara kewajiban seorang Muslim terhadap yang lain adalah kewajiban berbicara jujur dan kewajiban mempercayai ucapan kawannya. Dalam Musnad Imam Ahmad disebutkan bahawa sahabat al-Nuwās bin Sam‘ān r.a. meriwayatkan sebuah hadith dari Nabi s.a.w.: “Adalah bentuk pengkhianatan yang sangat besar, apabila ada kawanmu berbicara denganmu dengan jujur, namun kamu mengatakan hal-hal bohong kepadanya.”
d. Larangan Menghina Sesama Muslim
Seorang Muslim juga tidak boleh menghina atau merendahkan harga diri saudaranya sesama muslim. Jika kita perhatikan, Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan memuliakan dan memberinya tanggung jawab. Semasa menciptakan, Allah tidak pernah merendahkan harga diri manusia atau menghinanya. Kerananya sikap merendahkan diri orang lain, termasuk kategori kesombongan yang sudah melewati batas kewajaran, dan termasuk dosa besar.
Berkenaan dengan hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Cukuplah seseorang itu melakukan kejelekan apabila dia menghina saudaranya Muslim.”
Menghina orang lain juga termasuk jenis kesombongan, sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.:
بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Maksudnya: “Sombong adalah tidak dapat menerima kebenaran dan menganggap rendah terhadap orang lain.”
Dalam kitab Musnad, Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadith yang ertinya: “Sombong adalah tidak peduli tentang kebenaran dan menganggap rendah orang lain.” Dalam sebuah riwayat disebutkan: “Mencela orang lain dan tidak menganggapnya.”
Sikap negatif seperti ini dapat terjadi kerana orang yang sombong selalu melihat dirinya merupakan orang yang sempurna, sedangkan orang lain adalah orang yang banyak kekurangan sehingga pantas dihina dan direndahkan.
Kesombongan termasuk perbuatan dosa yang mempunyai ancaman sangat berat. Orang yang melakukan kesombongan akan dimasukkan ke neraka dan dijauhkan daripada surga. Dalam kitab Sahīhī Muslim disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang di dalam hatinya terdapat rasa sombong meskipun sekecil dharrah, tidak akan masuk surga.”
Dalam kitab Sahīh al-Bukhārī dan Sahīh Muslim terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Hārithah bin Wahb r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Inginkah kalian aku beritahu siapakah penduduk surga? (penduduk surga adalah) orang yang lemah dan teraniaya. Jika mereka bersumpah atas nama Allah maka mereka akan menjalankannya. Inginkah kalian aku beritahu siapakah penduduk neraka? (penduduk neraka adalah) setiap orang yang angkuh, kasar dan sombong.”
[1] H. R. Muslim.
[2]  H. R. al-Bukhārī dan Muslim.
[3] Ini adalah salah satu pendapat Imam Ahmad yang disokong oleh sebahagian pengikutnya.
 [4]Lihat, al-Waafi Syarh al-Arba’n an-Nawawiyyah, Dr. Mushthaf al-Bagha, Muhyiddin Mastu
Dipublikasi di Hak Sesama Muslim | Tag , , , , , | Meninggalkan komentar