Bergaul Dengan Baik
Imam al-Bukhārī dan Muslim meriwayatkan:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ وَتُدَفِّفَانِ
وَتَضْرِبَانِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَغَشٍّ
بِثَوْبِهِ فَانْتَهَرَهُمَا أَبُو بَكْرٍ فَكَشَفَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ دَعْهُمَا يَا أَبَا
بَكْرٍ فَإِنَّهَا أَيَّامُ عِيدٍ
Maksudnya: “Diriwayatkan dari ‘Ā’isyah bahwa pada suatu
hari, Abū Bakar menemui ‘Ā’isyah, ketika itu ia bersamadua hamba sahaya
perempuan yang sedang bernyanyi sambil memukul rebana, padahal waktu
itu Rasulullah s.a.w. sedang tiduran denganl menutup tubuhnya. Abū
Bakar membentak kedua hamba sahaya perempuan tersebut, kemudian
Rasulullah s.a.w. membuka kain yang menutup muka Beliau dan berkata:
“Biarkan mereka berdua wahai Abū Bakar, kerana hari ini adalah hari
raya”” (Muttafaq ‘Alaih).
Bergaul dengan baik merupakan bersikap baik kepada orang
lain, sikap ini memerlukan seorang Muslim yang memiliki akhlak Islami.
Kerana orang yang mampu memiliki sikap bergaul dengan baik terhadap
orang lain, bererti ia merupakan orang yang sabar, lembut, murah hati,
gemar memaafkan, jujur, memiliki sifat ‘Iffah (menjaga kehormatan diri), dapat dipercaya, zuhud dan tawādu‘.
Sifat-sifat tersebut dan juga sifat yang lain dimiliki oleh Rasulullah
s.a.w.. Dalam hal ini, Beliau telah menunjukkan teladan kepada kita
semua dengan sikap yang Beliau praktikkan dalam memperlakukan dan
mempergauli para sahabat, isteri-isteri, saudara maranya dan juga
seluruh umat Islam dengan baik.
Rasulullah s.a.w. adalah sosok yang mampu menguasai hati
dan jiwa para sahabat, sehingga kecintaan mereka terhadap Beliau jauh
melebihi kecintaan mereka kepada sesuatu yang lain. Ungkapan yang selalu
mereka gunakan dan selalu mereka sebutkan ketika sedang berbicara
dengan Beliau adalah: “Bi abī anta wa ummī yā Rasūlallāh”, yang ertinya: “Saya menebus anda dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah.”
Sikap memperlakukan dan mempergauli dengan baik yang
dimiliki oleh Rasululah s.a.w. tidak hanya terbatas pada para sahabat
Beliau sahaja. Akan tetapi mencakup semua kaum perempuan, saudara mara,
orang lain dan juga budak-budak kecil, baik itu dilakukan ketika berada
dalam perjalanan ataupun tidak. Semoga Salawat dan salam selalu
tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w..
Terhadap para sahabat, Beliau memperlakukan dan mempergauli
mereka dengan baik dan lembut. Beliau memanggil mereka dengan sebutan
nama kunyah mereka (nama julukan yang diawali dengan kata Abū atau Umm).
Hal itu dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka dan juga untuk
membahagiakan hati mereka. Jika terdapat seseorang di antara mereka yang
belum memiliki nama kunyah, maka Beliau akan memberinya, sehingga untuk selanjutnya ia dikenal dan dipangil dengan nama kunyah tersebut. Beliau memberi nama kunyah
kepada Suhaib bin Mālik dengan sebutan Abū Yahyā, kepada ‘Abdullāh bin
Mas‘ūd dengan sebutan Abū ‘Abd al-Rahmān, padahal ia tidak memiliki
anak. Memberi nama kunyah kepada Anas bin Mālik dengan sebutan Baqlah dan memberi kunyah kepada dan Abū Bakrah dengan namanya sendiri (dimaksudkan dengan sebutan Abū Bakrah).
Rasulullah s.a.w. juga memberi nama kunyah terhadap budak-budak kecil, seperti nama kunyah
Abū ‘Umair yang Beliau berikan kepada saudara Anas bin Mālik. Kisahnya
adalah seperti berikut: Anas bin Mālik memiliki saudara lelaki yang
bernama ‘Umair, ia memiliki teman bermain berupa seekor burung kecil
yang dikenal dengan nama al-Naghru. Pada suatu ketika burung
tersebut mati, hati ‘Umair pun bersedih. Melihat ‘Umair nampak bersedih,
Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Apa yang sedang terjadi pada diri ‘Umair?” Dikatakan kepadanya: “Burung kecil yang menjadi teman bermain telah mati.” Kemudian Beliau berkata kepada ‘Umair: “Wahai Abū ‘Umair, apa yang telah terjadi pada al-Nughair?”[1]
Beliau juga memberi nama kunyah terhadap kaum perempuan yang telah memiliki anak. Seperti halnya Beliau juga yang memulai memberikan nama kunyah terhadap kaum perempuan yang belum memiliki anak. Sebagai contoh, nama kunyah
Umm ‘Abdillāh yang Beliau berikan kepada ‘Ā’isyah r.a (yang dimaksudkan
dengan ‘Abdullāh di sini adalah anak lelaki saudara perempuan ‘Ā’isyah,
iaitu ‘Abdullāh bin Zubair). Beliau juga memberikan sebuah nama kunyah Umm Khalīd kepada seorang perempuan, padahal pada waktu itu perempuan tersebut masih kecil.
Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat
mencintakan Rasulullah s.a.w. adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada
mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan
enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap
mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith
tersebut adalah seperti berikut:
- Setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.
- Pada suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba sahaya perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.
- Setiap ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan pergi terlebih dahulu.
- Rasulullah s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.
- Setiap baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan penuh persaudaraan.[2]
- Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.
Rasulullah s.a.w. adalah sosok yang terkenal sangat ramah
dan mulia, ia selalu memuliakan setiap orang yang datang untuk bertemu
dengan Beliau. Bahkan kadang-kadang Beliau membentangkan rida’ untuk
para tetamu dan mempersilahkan mereka duduk di atas bantal yang
sebelumnya Beliau duduk di atasnya. Jika mereka menolak, maka Beliau
akan memaksanya sampai mau. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada
salah seorang dari kelompok Bajīlat al-Abtāl (ia adalah Jarīr bin ‘Abdullāh al Bajalī)[3]
datang ke majlis Rasulullah s.a.w. yang penuh sesak oleh para sahabat.
Ia berusaha mencari tempat duduk, namun tidak menemukannya, akhirnya ia
duduk di pintu. Kemudian Rasulullah s.a.w. melipat rida’ Beliau dan
melemparkan ke arah Jarīr dengan berkata: “Duduklah di atas rida’ ini.”
Jarīr mengambil rida’ tersebut, namun tidak ia gunakan untuk duduk akan
tetapi ia tempelkan ke muka dan menciumnya sambil menangis. Kemudian ia
kembalikan rida’ tersebut kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: “Saya
tidak akan duduk di atas rida’ Rasulullah s.a.w. ini, semoga Allah
s.w.t memuliakanmu seperti halnya kamu telah memuliakan saya.” Rasulullah s.a.w. menoleh ke kiri dan ke kanan dan berkata: “Jika datang kepada kalian seseorang yang mulia di antara kaumnya, maka muliakanlah dirinya.”[4]
Di antara adab atau akhlak Rasulullah s.a.w. yang sangat
mulia adalah Beliau tidak pernah menjulurkan kedua kaki Beliau saat
sedang duduk bersama para sahabat. Jika ada seseorang yang berbisik
kepada Beliau, maka Beliau tidak menolehkan atau menjauhkan kepala
Beliau sampai orang yang berbisik tersebut menjauhkan kepalanya dari
Beliau. Beliau juga selalu memberi nasihat agar selalu menjaga sikap
lemah lembut. Nabi bersabda:
إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ وَلَا يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya sifat lemah lembut tidak
terdapat pada sesuatu kecuali akan menjadikannya baik dan indah. Dan
sifat lemah lembut tidak akan dihilangkan dari sesuatu kecuali ia akan
menjadi jelek.”
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berkata kepada seseorang tentang perihal yang terdapat pada dirinya yang
tidak Beliau sukakan. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ada
seseorang yang datang menemui baginda Rasulullah s.a.w., pada waktu itu
terdapat warna kuning dari sisa minyak za‘faran pada diri orang
tersebut. Sebenarnya Beliau tidak menyukakan hal ini, akan tetapi Beliau
tidak berkata apapun kepada orang tersebut. Ketika orang itu telah
pergi, Beliau berkata kepada sebahagian orang yang sedang duduk bersama
Beliau: “Andai kata kalian menegurnya, apakah dengan begitu ia akan menghilangkan warna kuning tersebut?”[5]
Beliau juga tidak segan-segan untuk meminta izin kepada
budak kecil. Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika ditawarkan kepada
Beliau segelas air, kemudian Beliau meminumnya. Waktu itu terdapat
seorang budak kecil yang sedang duduk di samping kanan Beliau, manakala
di samping kiri Beliau telah duduk orang-orang yang sudah tua. Beliau
berkata kepada budak kecil tersebut: “Wahai budak kecil, apakah kamu mengizinkan kepadaku untuk memberikan gelas ini kepada para orang tua tersebut?” Budak kecill tersebut menjawab: “Wahai Rasulullah, saya tidak akan memberikan kelebihan air yang baginda minum kepada orang lain.” Beliau pun menyerahkan gelas tersebut kepada budak kecil tersebut.
Jika Rasulullah s.a.w. tidak melihat salah satu sahabatnya
selama tiga hari, maka Beliau akan menanyakannya. Jika ia memang sedang
tiada, maka Beliau akan mendoakannya, dan jika ia berada di rumah,
Beliau akan mengunjungi dan jika ia sakit, Beliau akan menziarahinya.[6]
Rasulullah s.a.w. selalu memberikan maaf kepada orang yang
berhak mendapatkannya. Diriwayatkan bahawa suatu ketika ada seorang Arab
Baduwī kencing di dalam masjid. Para sahabat secara langsung mencegah
dan menghardik orang tersebut. Beliau berkata:
لَا تَزْرِمُوْهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ
مَاءٍ أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ
تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ
Maksdunya: “Biarkan (ia kencing) jangan kalian ganggu,
siramlah kencingnya dengan setimba air, kerana kalian diutus hanya untuk
memberikan kemudahan dan kalian diutus bukan untuk mempersulit.”
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْئٍ مِنَ الْقَذَرِ وَالْبَوْلِ وَالْخَلَاءِ
Maksudnya: “Sesungguhnya masjid-masjid tidak layak untuk sesuatu berupa kotoran, kencing dan tempat buang hajat.”
Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan teladan kepada
setiap suami Muslim untuk mempergauli isteri mereka dengan baik dan
lembut. Ketika ‘Ā’isyah r.a. cemburu, Beliau merasa maklum atas hal
tersebut, Beliau menghormati fitrah dan sifat perempuannya. Dalam hal
ini ada sebuah riwayat dari Anas bin Mālik bahawa pada suatu hari
sebahagian para sahabat sedang berada bersama baginda Rasulullah s.a.w.
di rumah ‘Ā’isyah r.a.. Kemudian datang satu nampan makanan yang dikirim
oleh Umm Salamah r.a. dan di letakkan di hadapan Beliau. Beliau berkata
kepada kami: “Mari, sila makan” sambil meletakkan tangan Beliau di atas makanan dan kami juga melakukan hal yang sama sehingga kita makan bersama.
Padahal saat itu ‘Ā’isyah sedang membuat makanan, ketika ia
melihat makanan yang dikirim oleh Umm Salamah, ia pun mempercepat
masaknya. Ketika selesai masak, ia langsung membawanya dan meletakkan di
hadapan para sahabat serta mengambil nampan Umm Salamah kemudian
memecahkannya. Rasulullah s.a.w. berkata: “Makanlah dengan menyebut nama Allah s.w.t. dari nampan ‘Ā’isyah, ibu kalian sedang cemburu.” Setelah itu Beliau memberikan nampan ‘Ā’isyah kepada Umm Salamah sebagai ganti, dan Beliau berkata: “Makanan diganti dengan makanan dan pinggan diganti dengan pinggan.”[7]
Ketika Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama ‘Ā’isyah
r.a., Beliau kadang-kadang bercanda dengan mengajaknya berlomba dengan
berlali cepat. Kadang-kadang ‘Ā’isyah yang menang dan terkadang
Rasulullah s.a.w. yang menang, kemudian Beliau berkata: “Semalam kamu yang menang sekarang berganti saya yang menang.”[8]
‘Ā’isyah r.a. meriwayatkan: “Pada suatu hari, saya mendengar suara beberapa orang Habsyī dan yang lain sedang bermain pada hari ‘Āsyurā’. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada saya: “Apakah kamu ingin melihat mereka bermain?” Saya menjawab:
“Benar.” Maka Beliau mengutus seseorang kepada mereka untuk pergi ke
masjid, setelah itu Beliau berdiri di antara dua pintu dan meletakkan
tangan di atas pintu dengan menjulurkannya. sedangkan saya meletakkan
dagu di atas tangan Beliau dan melihat mereka bermain. Setelah beberapa
saat Beliau berkata kepada saya: “Apakah kamu sudah puas?” saya menjawab: “Sudah.” Beliau pun memberikan isyarat kepada mereka untuk menyelesaikan (permainan) dan pergi meninggalkan tempat itu.”
‘Ā’isyah r.a. juga meriwayatkan bahawa pada suatu hari, ia
melihat orang-orang Habsyī bermain dengan belati mereka di dalam masjid.
Ketika ‘Umar r.a. membentak mereka, maka Beliau berkata kepadanya: “Wahai Umar! Biarkan Banī Arfidah bermain.”[9]
Di antara bukti bahawa baginda Rasulullah s.a.w. begitu
memperhatikan tentang hal mempergauli isteri dan keluarga dengan baik
dan lembut adalah riwayat yang mengatakan bahawa Beliau tidak pernah
marahkan isteri-isteri Beliau ketika mereka mengoreksi ucapan Beliau,
dan juga ada di antara mereka yang menjauhi Beliau selama satu hari satu
malam. Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. berkata kepada ‘Ā’isyah
r.a.: “Sesungguhnya aku mengetahui perbezaan kamu, apakah kamu sedang marah atau tidak.” ‘Ā’isyah r.a. berkata: “Bagaimana cara baginda mengetahuinya?” Beliau berkata: “Jika
kamu sedang tidak marah, maka kamu akan berkata: “Tidak, demi Tuhan
Muhammad.” Dan jika kamu sedang marah, maka kamu akan berkata: “Tidak,
demi Tuhan Ibrāhīm.” ‘Ā’isyah r.a. menjawab: “Baginda benar, ketika saya marah, maka saya tidak akan menggunakan namamu.”[10]
Rasulullah s.a.w. selalu memberikan wasiat kepada umatnya
untuk berlaku baik kepada para isteri. Pada waktu haji Wadā‘, Beliau
bersabda:
أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّ لَكُمْ عَلَى نِسَائِكُمْ حَقًّا
وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ حَقًّا, لَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لَا يُوطِئْنَ
فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ, وَعَلَيْهِنَّ أَن لَا يَأْتِينَ
بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ فَإِنْ فَعَلْنَ فَإِنَّ اللهَ قَدْ أَذِنَ لَكُمْ
أَنْ تَهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَتَضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ
مُبَرِّحٍ فَإِنْ انْتَهَيْنَ فَلَهُنَّ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ
بِالْمَعْرُوفِ, وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ
عِنْدَكُمْ عَوَانٌ لَا يَمْلِكْنَ لِأَنْفُسِهِنَّ شَيْئًا وَإِنَّمَا
أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ
بِكَلِمَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Wahai orang-orang, sesungguhnya bagi kalian
terdapat hak yang wajib atas isteri-isteri kalian, dan begitu juga
sebaliknya, bagi isteri-isteri kalian hak yang wajib atas kalian. Hak
kalian atas isteri-isteri kalian adalah mereka tidak memasukkan orang
yang kamu benci ke dalam rumah kalian, mereka tidak boleh melakukan
hal-hal yang keji lagi nyata, jika mereka melakukannya, maka
sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi izin kepada kalian untuk
meninggalkan mereka di tempat tidur (maksudnya tidak menemaninya tidur)
dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan. Jika mereka
telah berhenti dan tidak melakukannya lagi, maka wajib bagi kalian
memberi mereka sandang dan pangan dengan cara yang baik. Aku berwasiat
kepada kalian agar memperlakuakn isteri-isteri kalian dengan baik,
kerana sesungguhnya mereka adalah bagaikan tawanan yang tidak memiliki
apa-apa bagi diri mereka, sesungguhnya kalian mengambil mereka
berdasarkan amanah Allah s.w.t. dan kalian meminta dihalalkan kemaluan
mereka berdasarkan kalimat-kalimat Allah (syariah, perintah dan
hukum-Nya).”[11]
Rasulullah s.a.w. selalu memberi wasiat agar mempergauli
para isteri dengan baik, Beliau menjelaskan bahawa sikap mengajak
bercanda dan bermain kepada seorang isteri merupakan sikap yang
dianjurkan, dan bukan merupakan sebuah sikap yang tercela. Beliau
bersabda:
اللَّهْوُ فِي ثَلَاثٍ تَأْدِيبِ فَرَسِكَ وَرَمْيِكَ عَنْ قَوْسِكَ وَمُلَاعَبَتِكَ أَهْلَكَ
Maksudnya: “Tiada hiburan dan permainan (yang diperbolehkan) kecuali dalam tiga hal, melatih kuda, memanah dan mengajak bercanda isteri.”[12]
Rasulullah s.a.w. juga melarang suami memukul isterinya,
kecuali pada khutbah wadā‘ Beliau yang telah saya sebutkan di atas. Pada
suatu ketika dikatakan kepada Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya mereka (para isteri) telah rosak.” Beliau berkata: “Pukullah mereka, tidak akan memukul mereka kecuali orang-orang yang jelek di antara kalian.”[13]
Rasulullah s.a.w. juga memberlakukan para hamba sahaya dan
pembantunya dengan baik dan lembut, kerana akhlak Beliau adalah
al-Qur’an. Beliau juga sosok yang membawakan risalah atau misi
menyebarkan sikap tolerans dan persamaan kepada umat manusia, Beliau
bersabda:
أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا
لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا
أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى
Maksudnya: “Ingatlah bahawa tiada keutamaan bagi orang
Arab atas orang selain Arab, begitu juga tiada keutamaan bagi orang
selain Arab atas orang Arab, tiada keutamaan bagi orang yang berkulit
merah atas orang yang berkulit hitam dan tidak ada keutamaan bagi orang
yang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali dengan ketakwaan.”
Di antara bukti yang menguatkan akan hakekat apa yang saya
ungkapkan ini adalah kejadian yang dialami oleh Zaid bin Haritsah,
sahaya baginda Rasulullah s.a.w. kisahnya seperti berikut,
Pada suatu ketika, Sa‘dī binti Tha‘labah pergi mengunjungi
kaumnya, iaitu Banī Mu‘īin. Pada waktu itu ia bersama puteranya yang
bernama Zaid bin Hārithah al Ka‘bī. Setelah sampai pada kaumnya,
tiba-tiba Banī al-Qain menyerang Banī Mu‘īn. Mereka merampas harta
benda, unta dan menawan budak-budak kecil, dan di antara budak-budak
kecil yang tertawan adalah Zaid bin Hārithah, sedangkan Zaid bin
Hārithah adalah budak kesil yang berumur delapan tahun. Kaum al-Qain pun
membawa Zaid ke pasar Ukaz untuk dijual, dan ia dibeli oleh seorang
pemimpin kaum Quraisy yang kaya raya, iaitu yang bernama Hakīm bin Hizām
bin Khuwailid dengan harga empat ratus dirham.
Selain membeli Zaid, ia juga membeli beberapa budak yang
lain dan mereka dibawa pulang ke Makkah. Ketika bibinya yang bernama
Khadījah binti Khuwailid mengetahui jika dirinya telah kembali, maka
Khadījah bergegas pergi menemui untuk mengucapkan salam dan selamat
datang kepadanya. Kemudian Hakīm bin Hizām berkata kepada Khadījah: “Wahai
bibi, saya telah membeli beberapa budak kecil dari pasar Ukaz, bibi
boleh memilih di antara mereka yang bibi suka. Budak tersebut sebagai
hadiah untuk bibi.” Khadījah pun memeriksa satu persatu, dan
pilihanya jatuh pada Zaid bin Hārithah, kerana ia melihat pada mukanya
tanda-tanda keutamaan dan keluhuran nasabnya, dan ia langsung membawa
Zaid pulang.
Tidak lama setelah itu, Khadījah berkahwin dengan Muhammad
bin ‘Abdullāh dan ia ingin memberi suatu kejutan dan hadiah kepada
suaminya Muhammad. Ia tidak menemukan sesuatu yang lebih baik daripada
hamba sahaya yang dimilikinya yang bernama Zaid bin Hārithah. Maka
Khadījah menghadiahkan Zaid bin Hārithah kepada Muhammad.
Ketika Zaid bin Hārithah, budak kecil yang sangat beruntung
itu bahagia hidup bersama Muhammad dan mendapatkan keberuntungan kerana
selalu bersama Beliau serta dapat mengeenalnya. Namun di tempat yang
lain terdapat ibu Zaid yang bernama Sa‘dā selalu diliputi duka yang
mendalam dan rasa sedih kerana telah kehilangan putera tercintanya. Air
matanya selalu mengalir, hatinya selalu bersedih dan tidak dapat tenang
kerana selalu memikirkan putera tercinta, Zaid bin Hārithah. Kesedihan
ia tersebut semakin bertambah berat dan mendalam karena ia tidak
mengetahui tentang khabar puteranya. Apakah Zaid masih hidup, sehingga
ia masih ada harapan untuk bertemu kembali ataukah ia sudah mati,
sehingga taida harapka untuk kembali semula.
Manakala bapaknya, iaitu Hārithah, tidak pernah berhenti
untuk mencari di seluruh kawasan dan selalu bertanya kepada setiap
kafilah. Ia ungkapkan kesedihan tersebut melalui bait-bait sya‘ir
kesedihan yang begitu menyayat hati:
بَكَيْتُ عَلَى زَيْدٍ وَلَا أَدْرِي مَا فَعَل # أَحَيٌّ فَيُرْجَى أَمْ أَتَى دُوْنَهُ الْأَجَلُ
“Aku selalu menangis untuk puteraku yang bernama Zaid,
dan aku tidak mengetahui khabarnya sekarang, apakah ia masih hidup,
sehingga masih terdapat harapan untuk bertemu ataukah ia telah dijemput
oleh ajal?”
فَوَ اللهِ مَا أَدْرِي وَإِنِّي لَسَائِلٌ # أَغَالَكَ بَعْدِي السَّهْلُ أَمْ غَالَكَ الْجَبَلُ
“Demi Allah, aku tidak mengetahui dan aku bertanya,
apakah kamu telah diculik oleh hamparan tanah atau kamu telah diculik
oleh gunung (wahai anakku)?”
تُذَكِّرُنِيْهِ الشَّمْسُ عِنْدَ طُلُوْعِهَا # وَتَعْرِضُ ذِكْرَاهُ إِذَا غَرْبُهَا أَفَل
“Setiap matahari terbit, maka hal itu mengingatkanku
padanya dan setiap kali matahari mulai terbenam, maka kenangan-kenangan
bersamanya selalu muncul.”
سَأُعْمِلُ نَصَّ الْعِيْسِ فِي الْأَرْضِ جَاهِدًا # وَلَا أَسْأَمُ التَّطْوَافَ أَوْ تَسْأَمُ الْإِبِلُ
“Aku akan memaksa diriku untuk berjalan di atas bumi dan aku tidak akan merasa letih, walaupun unta merasa letih.”
حَيَاتِي أَوْ تَأْتِيْنِي عَلَى مَنِيَّتِي # فَكُلُّ امْرِئٍ فَانٍ وَإِنْ غَرَّهُ الْأَمَلُ
“Oh hidupku (maksudnya puteranya yang bernama Zaid),
aku rela mengorbankan nyawaku demi kamu, kerana setiap orang pasti akan
mati, meskipun ia terbuai dengan angan-angan.”
Pada musim haji, sekelompok orang dari kaum Zaid bin
Hārithah pergi menunaikan haji. Ketika sedang tawaf di sekitar Ka‘bah,
mereka bertatapan muka dengan Zaid. Mereka pun saling kenal dan saling
bertukar pertanyaan. Tatkala mereka telah selesai melaksanakan ibadah
haji, maka mereka bergegas kembali pulang dan menyampaikan berita
gembira tersebut kepada ayah Zaid yang bernama Hārithah dan menceritakan
kepadanya tentang apa yang telah mereka dengar tentang anaknya.
Hārithah pun bergegas menyiapkan segala keperluan untuk
melakukan perjalanan ke Makkah, tidak lupa juga ia menyiapkan sejumlah
uang untuk membayar tebusan bagi putera tercinta. Dalam perjalanan ini,
Haritsah mengajak serta saudara maranya yang bernama Ka‘b. Mereka
langsung memulakan perjalanan menuju kota Makkah. Setelah sampai di
Makkah, mereka berdua menemui Muhamad bin ‘Abdullāh dan berkata
kepadanya: “Wahai Ibn ‘Abd al-Muttalib, kalian adalah jiran
Ka‘bah, kalian membebaskan orang yang tertawan, memberi makan kepada
orang yang lapar dan menolong orang yang sedang tertimpa musibah. Kami
datang kepada kalian tidak lain untuk membicarakan tentang anak kami
yang berada bersamamu, kami membawa sejumlah uang sebagai tebusan bagi
anak kami tersebut, maka bermurah hatilah kepada kami dan mintalah
tebusan berapapun yang kamu inginkan.”
Muhammad s.a.w. bertanya: “Siapa anak lelaki kalian yang kamu maksudkan?” Mereka berdua menjawab: “Hamba sahayamu yang bernama Zaid bin Hārithah.” Beliau berkata: “Apakah kamu inginkan sesuatu yang lebih baik dari uang tebusan?” Mereka berdua bertanya: “Apa itu?” Beliau berkata: “Aku
akan memanggilnya untuk kalian, dan kita memberikan pilihan kepadanya.
Jika ia memilih kalian, maka bawalah ia tanpa wang tebusan, namun jika
ia memilih aku, maka sungguh demi Allah, aku bukanlah sosok yang
membenci seseorang yang telah memilih diriku.” Mereka berdua berkata: “Anda sungguh-sungguh telah berlaku adil.”
Beliau pun memanggil Zaid bin Hārithah dan bertanya kepadanya: “Siapakah kedua orang ini?” Zaid berkata: “Ini adalah bapakku, ia bernama: Hārithah bin Syurahbil, dan yang ini adalah pamanku, ia bernama: Ka‘b.” Kemudian Beliau berkata: “Kami telah bersepakat mempersilahkan kepadamu untuk memilih antara pergi bersama mereka berdua atau tetap tingal bersamaku.” Tanpa ragu-ragu Zaid menjawab: “Aku memilih tetap tinggal bersamamu.”
Mendengar jawaban Zaid tersebut, ayahnya langsung berkata: “Celakalah kamu wahai Zaid, apakah kamu lebih memilih menjadi hamba sahaya daripada pulang kembali kepada kedua orang tuamu?!” Zaid menjawab: “Kerana
sesungguhnya saya melihat sesuatu pada diri lelaki ini (yang
dimaksudkan adalah Muhammad), dan saya tidak ingin brpisah dengannya
selamanya.”
Ketika menyaksikan dan mendengar jawaban Zaid tersebut,
Muhammad langsung memegang tangan Zaid dan membawanya keluar menuju
Ka‘bah. Beliau berdiri bersama Zaid di Hijr Ismā’īl di tengah-tengah kerumunan kaum Quraisy, kemudian Muhammad berkata: “Wahai kaum Quraisy, saksikanlah bahawa ia (Zaid) adalah anakku, ia akan mewarisiku dan aku juga akan mewarisinya.”
Mendengar ucapan Muhammad tersebut, hati Hārithah dan Ka‘b
pun bergembira. Mereka merelakan puteranya tetap tinggal bersama nabi
Muhamad s.a.w. dan mereka pun kembali pulang dengan hati bahagia,
tenang dan puas. Sejak saat itu, Zaid bin Hārithah dipanggil dengan nama
Zaid bin Muhammad sampai Muhammad diangkat menjadi seorang Rasul dan
Islam menghapuskan sistem pengangkatan anak. Dalam hal ini Allah s.w.t.
berfirman dalam surah al-Ahzāb, 33: 5, yang ertinya: “Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah.” Setelah itu, Zaid pun dipanggil dengan nama asalnya, iaitu Zaid bin Hārithah.
Lihatlah bagaimana Zaid bin Hārithah lebih memilih tetap
bersama Rasulullah s.a.w. sebagai hamba sahaya daripada pulang bersama
ayahnya menjadi orang yang merdeka, mulia, memiliki jabatan tinggi serta
dapat membahagiakan hati ayahnya?
Hal ini tidak mungkin dilakukan oleh Zaid jika tidak kerana
ia telah tertawan oleh sikap Rasulullah s.a.w. yang sangat baik dan
bersifat kebapakan terhadap dirinya, tertawan oleh perasaan kasih sayang
yang begitu mendalam yang ia peroleh dari sosok Muhammad s.a.w.. Hal
ini membuat Beliau semakin memberikan perhatian dan kasih sayang
terhadap diri Zaid. Rasulullah s.a.w. pun membalas sikap Zaid tersebut
dengan cara memerdekakannya, menjadikannya orang yang mulia dan
terhormat. Tidak hanya itu, Beliau pun mengkahwinkan Zaid dengan Zainab
binti Jahsy, anak perempuan paman Beliau dan termasuk wanita mulia dan
terhormat di kalangan kaum Quraisy.
Hari pun berlalu, kemudian baginda Rasulullah s.a.w.
mengangkat Zaid bin Hārithah menjadi panglima tentera perang yang diutus
kepada kaumnya sendiri. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jika Zaid
terbunuh, maka ia digantikan oleh Ja‘far bin Abū Tālib dan jika Ja‘far
terbunuh, maka ia digantikan oleh ‘Abdullāh bin Rawāhah.” Dan di antara
tentera yang dipimpin oleh Zaid terdapat Khālid bin Walīd, Ja‘far dan
Ibn Rawāhah. Zaid bin Hārithah yang sebelumnya adalah seorang hamba
sahaya berubah menjadi orang yang merdeka sekaligus menjadi seorang
panglima tentera perang.
Ketika Zaid bin Hārithah terbunuh dalam peperangan ini,
Rasulullah s.a.w. memuliakannya dengan cara mengangkat puteranya yang
bernama Usāmah bin Zaid menjadi panglima tentera perang yang diutus ke
negeri Syam. Dan di antara tentara yang dipimpin Usāmah terdapat dua
sosok mulia dan yang nantinya akan menjadi khalifah bagi umat Islam,
orang tersebut adalah Abū Bakar r.a. dan ‘Umar bin Khattab r.a..
Rasulullah s.a.w. selalu berkata tentang Usāmah: “Orang yang dicintakan, anak orang yang dicintakan.”
Ini adalah salah satu contoh sikap Beliau yang baik dan
lembut terhadap salah seorang sahabat yang Beliau berikan selama dua
puluh tahun. Iaitu Beliau berikan mulai sejak masih budak kecil, waktu
muda sampai ia berkahwin. Setelah itu, apa yang Beliau berikan kepada
Zaid, selanjutnya diberikan kepada anaknya yang bernama Usāmah bin Zaid.
Rasulullah s.a.w. benar-benar telah memberikan contoh teladan di dalam
hal memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik dan ramah.
Rasulullah s.a.w. juga memperlakukan para hamba sahaya
dengan sangat baik dan lembut pada zaman di mana sikap bangga dengan
nasab dan keturunan merupakan salah satu sikap yang memiliki tempat
khusus di dalam kehidupan masyarakat. Beliau bersabda:
لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ عَبْدِي وَأَمَتِي كُلُّكُمْ
عَبِيدُ اللَّهِ وَكُلُّ نِسَائِكُمْ إِمَاءُ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَقُلْ
غُلَامِي وَجَارِيَتِي وَفَتَايَ وَفَتَاتِي
Maksdunya: “Janganlah salah satu di antara kalian
berkata: Abdī (budak lelakiku) dan Amatī (budak perempuanku). Kerana
kalian semua adalah‘Abīd (hamba-hamba lelaki) Allah s.w.t. dan para
wanita kalian semuanya adalah hamba-hamba perempuan-Nya. Akan tetapi
hendaknya ia berkata: Ghulāmī (anak lelaki kecilku), Jāriyatī (anak
perempuan kecilku), Fatāyā dan Fatātī (anak-anak mudaku).”
Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa para hamba sahaya
adalah hamba-hamba Allah s.w.t. bukan hamba-hamba manusia. Beliau
bersabda:
وَلَا يَقُولَنَّ الْمَمْلُوكُ رَبِّي وَرَبَّتِي وَلْيَقُلْ
الْمَمْلُوكُ سَيِّدِي وَسَيِّدَتِي فَكُلُّكُمْ عَبِيْدُ اللهِ وَالرِّقُّ
لِلَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Seorang hamba sahaya hendaknya jangan
sampai berkata: Rabbī (tuanku lelaki) dan Rabbatī (tuanku perempuan).
Akan tetapi hendaknya ia berkata: Sayyidī dan Sayyidatī. Kerana kalian
semua adalah hamba-hamba Allah s.w.t, sedangkan penghambaan hanya kepada
Allah s.w.t..”[14]
Tentang sikap baginda Rasulullah s.a.w. yang memperlakukan
dan mempergauli orang lain dengan baik, sahabat Anas bin Mālik r.a.
(orang yang pernah menjadi pembantu Rasulullah s.a.w.) bercerita: “Pada
suatu ketika, Rasulullah s.a.w. mengutusku untuk suatu keperluan,
namun saya menyibukkan diri dengan budak-budak kecil yang sedang bermain
di pasar. Tiba-tiba Beliau telah memegang pakaianku dari belakang, dan
saya menoleh kepadanya, Beliau pun tersenyum dan berkata: “Wahai Unais,
pergilah seperti yang aku perintahkan kepadamu.”
Anas bin Mālik menambahkan: “Saya menjadi pembantu
Rasulullah s.a.w. selama dua puluh tahun, Beliau tidak pernah sekalipun
berkata kepadaku: “Ah.” Jika saya melakukan atau meninggalkan sesuatu,
Beliau juga tidak pernah berkata: “Kenapa kamu lakukan,” atau “mengapa
kamu tinggalkan.” Beliau juga tidak pernah mencela aku, jika Beliau
memerintahkan sesuatu kepadaku sedangkan saya bermalas-malasan dalam
melakukannya. Jika ada salah seorang anggota keluarga Beliau yang
mencelaku, maka Beliau akan berkata: “Biarkan sahaja, sesuatu jika telah
ditakdirkan, maka pasti akan terjadi.”[15]
Sikap memperlakukan dan mempergauli orang lain dengan baik
dan ramah tidak akan dapat dilakukan kecuali oleh orang yang memiliki
akhlak dan perilaku yang baik serta lurus. Di samping itu, Rasulullah
s.a.w. juga memiliki adab atau akhlak yang agung di dalam hal makan,
minum dan kebersihan. Semua ini merupakan aktiviti kehidupan sehari-hari
Beliau. Sebagai contoh, jika Rasulullah s.a.w. hendak makan roti dan
daging, maka Beliau akan mencuci kedua tangannya dengan baik. Jika
sedang duduk untuk makan, maka Beliau akan memakan makanan yang ada
didekatnya sahaja. Beliau juga memerintahkan seorang budak kecil yang
saat itu sedang makan bersama Beliau untuk mempraktikkan adab tersebut.
Beliau berkata kepadanya: “Wahai budak kecil, bacalah Basmalah dan makanlah dengan tangan kanan serta ambillah makanan yang berada didekatmu.”
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. benar-benar memiliki
akhlak yang sangat agung. Bagaimana tidak, Beliau tidak pernah bernafas
di dalam gelas ketika sedang minum, akan tetapi jika Beliau ingin
bernafas ketika sedang minum, maka Beliau akan mengangkat gelas terlebih
dahulu dari mulutnya. Beliau melarang seseorang yang sedang minum
dengan bernafas di dalam gelas. Jika ia ingin bernafas, maka hendaknya
ia menjauhkan gelas terlebih dahulu dari mulutnya, setelah itu baru
bernafas.
Rasulullah s.a.w. juga tidak sukakan memakan bawang putih,
bawang merah dan bawang bakung atau bawang perai. Ini kerana Beliau
selalu berbicara dengan malaikat Jibrīl. Bau tidak sedap yang
ditimbulkan sebab memakan bawang tidak layak bagi seorang utusan seperti
Rasulullah s.a.w..
Di antara adab atau akhlak Rasululah s.a.w. dalam hal
makanan adalah: Beliau tidak pernah mencela satu macam makanan
sekalipun. Jika Beliau berselera terhadap salah satu makanan, maka ia
memakannya, apabila tidak, maka Beliau akan meninggalkannya. Namun
ketika ada bermacam menu makanan yang tidak biasa Beliau makan dan
Beliau tidak menyukakannya, maka Beliau meninggalkan. Akan tetapi pada
waktu yang sama Beliau juga tidak melarang orang lain yang telah
terbiasa memakan dan yang berselera untuk mencicipinya.
Pada suatu ketika, Beliau dijamu dengan Dabb
(haiwan melata sejenis kadal) yang dibakar, namun Beliau tidak
mencicipinya dan ia juga tidak mengharamkannya. Beliau memberikan alasan
kenapa Beliau tidak mau mencicipinya dengan alasan kerana Dabb tidak terdapat di tempat tinggal Beliau dan tidak merupakan makanan mereka.[16]
Jika baginda Rasulullah s.a.w. bersin, maka Beliau akan
menahan suaranya agar tidak terlalu keras. Beliau menutup dengan pakaian
atau tangannya atau Beliau menutup wajah dan mulut secara bersamaan.[17]
Jika Beliau tidak menyukakan perbuatan yang dilakukan oleh
seseorang, maka Beliau tidak langsung mengkritiknya dengan menyebutkan
nama secara khusus, akan tetapi Beliau menggunakan ungkapan: “Mā bālu aqwāmin yaf‘alūna kadhā wa kadhā?” (bagaimana keadaan kaum yang melakukan begini dan begini).
Sering sekali Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita untuk selalu ramah dan tersenyum. Beliau bersabda:
كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَمِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَائِهِ
Maksudnya: “Setiap kebaikan adalah sedekah, dan di
antara kebaikan adalah memasang wajahmu dengan penuh senyum dan ceria
ketika bertemu dengan saudaramu, dan mengisikan air yang berada di
timbamu (ember) ke dalam wadah air milik saudaramu.”[18]
‘Alī bin Abū Tālib k.w. menyebutkan bahawa Rasulullah
s.a.w. adalah sosok manusia yang selalu bermuka ceria, ramah, lemah
lembut akhlaknya, halus dan selalu tersenyum. Beliau adalah sosok yang
paling banyak tersenyum setiap bertemu dengan para sahabatnya, selalu
serius, nampak tertarik dan memperhatikan dengan serius terhadap setiap
pembicaraan mereka. Kadang-kadang Beliau tertawa sampai kelihatan gigi
gerahamnya. Disebutkan juga bahawa baginda Rasulullah s.a.w. adalah
sosok manusia yang paling sukakan tersenyum dan tertawa, menyenangkan
dan berlaku ringan tangan.
Sayidah ‘Ā’isyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w.
jika sedang berada di rumah bersama keluarga, maka Beliau selalu ceria,
tersenyum dan tertawa. Keceriaan dan kemurahan senyumnya tidak hanya
terbatas ketika berada di dalam rumah bersama keluarga sahaja, akan
tetapi juga ketika sedang berada di luar rumah. Dengan setiap orang,
Beliau selalu menampakkan muka yang ceria dan selalu dihias dengan
senyuman. Beliau bersabda:
رَوِّحُوْا عَنِ الْقُلُوْبِ سَاعَةً بَعْدَ سَاعَةٍ, فَإِنَّ الْقُلُوْبَ إِذَا كَلَّتْ عَمِيَتْ
Maksudnya: ‘Segarkan dan hiburlah hati serta pikiran
anda secara berkala, kerana hati dan pikiran jika telah lelah, maka akan
buta, tidak mampu untuk digunakan berpikir.”[19]
Rasulullah s.a.w. juga sosok yang paling sukakan bermain
dan bercanda ria dengan anak-anak. Beliau adalah sosok orang yang paling
sukakan bercanda dan melucu ketika sedang berada di rumah bersama
keluarga.[20]
Canda dan lelucuannya adalah yang sesuai dengan kedudukan
Beliau yang tinggi dan sosok yang mulia dan luhur. Beliau memang gemar
bercanda, akan tetapi ketika bercanda, ia tidak pernah mengatakan
sesuatu kecuali yang hak. Oleh kerana itu lelucon dan canda yang
diriwayatkan dari Beliau semuanya dalam bentuk bahasa kināyah (menggunakan kata-kata yang tidak terang atau metonimi) dan tauriyah (menggunakan
sebuah kata yang memiliki dua erti, pertama erti yang dekat dan kedua
erti yang jauh. Yang diinginkan adalah erti yang jauh). Beliau bersabda:
إِنِّي لَأَمْزَحُ, وَلَا أَقُوْلُ إِلَّا الْحَقَّ
Maksudnya: “Aku bercanda, akan tetapi aku tidak mengucapkan kecuali yang hak.”[21]
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. kemudian ia berkata: “Wahai Rasulullah, naikkan saya ke atas punggung unta.” Beliau menjawab: “Tidak (aku tidak akan menaikkan mu ke atas punggung unta), tetapi aku akan menaikkan kamu ke atas punggung anak unta.” Wanita tesebut berkata: “Apa yang dapat saya lakukan dengan anak unta? Kerana anak unta tidak kuat menahan berat badanku.” Beliau berkata: “Setiap unta pasti anak unta juga.”
Jika seseorang dipuji kerana ia merupakan sosok yang selalu
tersenyum, humoris, ramah, selalu menghormati tetamu dan kerana
mempunyai sifat-sifat terpuji yang lain maka semua itu sebenarnya telah
terkumpul di dalam diri Rasulullah s.a.w.. Jika anda berbicara tentang
sikap dan perilaku baik pada diri Rasulullah s.a.w., maka hendaknya anda
memperhatikan faktor-faktor utamanya. Oleh yang demikian, maka anda
akan menemukan di dalam sikap toleransi dan kelapangan dada Beliau,
hatinya yang suci dan bersih, kesabaran Beliau yang luar biasa, kearifan
dan kebijaksaan Beliau yang benar-benar kokoh, suka memaafkan,
kezuhudan dan ke-tawādu‘-an Beliau yang sangat luar biasa serta
ramah dan kasih sayang Beliau yang selalu menyelimuti semua orang. Jika
semua ini telah dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. bagaimana mungkin
Beliau tidak memiliki sikap dan perilaku yang sangat baik kepada orang
lain?
Jiwa Beliau yang bersih dan suci sangat nampak ketika
bermuamalah dengan para sahabat dan kekasihnya. Di antara para sahabat
yang memiliki kedudukan khusus di hati Rasulullah s.a.w. adalah sahabat
Imrān bin Husain r.a.. Marilah kita lihat bersama apa yang dikatakan
Imrān bin Husain tentang sikap dan perilaku Rasulullah s.a.w. yang
sangat baik. Ia berkata: “Saya adalah orang yang memiliki kedudukan
khusus di hati Rasulullah s.a.w., pada suatu ketika Beliau berkata
kepada saya: ‘Wahai Imrān, sesungguhnya kamu memiliki kedudukan dan
kehormatan di hatiku, apakah kamu bersedia menjenguk Fatimah binti
Rasulillah?” Saya menjawab: “Dengan penuh senang hati wahai Rasulullah.”
Kemudian Beliau berdiri dan aku pun ikut berdiri. Ketika kami berdua
telah sampai di depan pintu rumah Fatimah, Beliau mengetuk pintu sambil
mengucapkan: “Assalamu‘alaikum, bolehkah aku masuk?” Fatimah menjawab: “Silahkan masuk wahai Rasulullah.” Setelah itu Beliau berkata: “Aku dan orang yang bersamaku?” Fatimah menjawab: “Benar, juga orang yang bersamamu wahai Rasulullah.”[22]
Agar pergaulan dan hubungan antar sesama Muslim menjadi
baik, maka Rasulullah s.a.w. selalu menyerukan untuk melakukan hal-hal
yang dapat membahagiakan hati dan dapat semakin mempererat persaudaraan
dan ukhuwah. Beliau menghubungkan keimanan dengan hal-hal tersebut,
seperti dalam sabdanya:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا
يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ
الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t.
dan hari akhir, maka jangan sampai menyakiti tetangganya. Sesiapa yang
beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka ia harus memuliakan
tetamu. Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir, maka
hendaklah ia berkata yang baik, atau jika tidak bisa, maka hendaknya ia
diam.”
Pada sabda di atas, Beliau selalu mengulang-ulang kalimat: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir.”
Pada hadith lain, Rasulullah s.a.w. menegaskan akan
keharusan menjaga keharmonisan hubungan dan sikap saling tolong menolong
antar jiran. Beliau bersabda:
وَمَا زَالَ جِبْرِيل يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Maksudnya: “Jibril selalu berwasiat kepadaku tentang
perihal jiran, sehingga aku menyangka bahawa ia akan menjadikan jiran
sebagai salah satu pihak yang berhak mendapatkan bahagian warisan.”[23]
Baginda Rasulullah s.a.w. melarang dengan keras sikap
saling bermusuhan antara Muslim dengan saudara Muslim yang lain. Kerana
jika sikap saling bermusuhan muncul di antara mereka, maka tidak akan
mungkin ditemukan sikap dan perilaku baik di antara mereka. Beliau
bersabda:
إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. adalah orang yang sukakan berselisih dan bergaduh.”[24]
Bahkan Beliau juga melarang sebuah pandangan mata yang dapat menyinggung dan menyakitkan hati orang lain, Beliau bersabda:
لَا يَحِلُّ لِمُؤْمِنٍ أَنْ ُيِشْيَر إِلَى أَخِيْهِ بِنَظْرَةٍ تُؤْذِيْهِ
Maksudnya: “Tidak diperbolehkan seorang Mukmin memandang sinis kepada saudaranya, sehingga dapat menyakitkan dan menyinggung hatinya.”[25]
Agar keharmonisan dan sikap saling memperlakukan antara
sesama dengan baik dapat berlaku dalam masyarakat, maka Rasulullah
s.a.w. memiliki metod khusus yang moden seperti yang diceritakan oleh
‘Ā’isyah r.a., ia meriwayatkan:
مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلَّا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَا لَمْ يَكُنْ
إِثْمًا فَإِنْ كَانَ إِثْمًا كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ
Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. tidak akan memilihan
antara dua hal, kecuali Beliau memilih hal yang paling mudah di antara
dua hal tersebut. Hal ini dilakukan selama tidak teramsuk dalam batas
perbuatan dosa. Jika hal itu termasuk ke dalam perbuatan dosa, maka
Beliau adalah orang yang paling jauh dari hal tersebut.”[26]
Hanzalah menceritakan tentang sikap dan perilaku Rasulullah s.a.w. yang sangat baik: “Pada
suatu hari, kami berada bersama Rasulullah s.a.w., kemudian Beliau
memberi kami mau‘izah atau nasihat yang sangat menyentuh hati, sehingga
membuat mata menangis dan dapat membuat kita memahami diri kita
sendiri. Kami kembali pulang, isteriku mendekat kepadaku dan terjadi
perbincangan di antara kita tentang masalah dunia. Kami pun lupa tentang
apa yang kami rasakan tatkala bersama baginda Rasulullah s.a.w. tadi,
kami disibukkan dengan masalah dunia, kemudian kami ingat kembali apa
yang kami rasakan ketika bersama Beliau. Setelah itu aku berkata kepada
diri sendiri: “Saya telah munafik!! Kerana perasaan takut dan hati yang
luluh yang pernah saya rasakan ketika bersama Beliau telah hilang dari
diriku. Saya pun keluar sambil berteriakl: “Hanzalah telah bersikap munafik.’
Rasulullah s.a.w. mendengar hal itu dan berkata: “Tidak, Hanzalah tidaklah munafik.” Saya berkata kepada Beliau: “Wahai
Rasulullah, ketika kami bersamamu dan kamu memberikan nasihat kepada
kami, hati kami sangat tersentuh, mata kami menangis dan kami pun dapat
mengetahui siapa diri kami yang sebenar. Namun ketika kami telah kembali
dan berkumpul dengan keluarga, kami mulai berbicara tentang perihal
dunia, sehingga kami lupa akan apa yang pernah kami rasakan ketika
bersamamu.” Beliau berkata: “Wahai Hanzalah, seandainya kamu
dapat selalu dalam keadaan seperti ketika kamu berada bersamaku
tersebut, maka sungguh para malaikat akan menyalami kamu, baik tatkala
kamu sedang berada di jalan maupun di rumah. Akan tetapi kamu
kadang-kadang ingat dan terkadang tidak (ingat).”
[1] Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[2] Ibid,
[3]
Ia adalah salah satu sahabat yang mulia dan termasuk di antara pahlawan
pembebasan negeri Irak yang ikut bertempur dalam peperangan Qadisiyah.
Lihat Ayyām al-‘Arab fi al-Islaam (al-Qādisiyyah).
[4] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[5] Al-Mawāhib al-Ladunniyyah, (hal. 200 dan setelahnya).
[6] Taisīr al-Wusūl, (4/30).
[7] Syarh al-Zarqānī, (4/270).
[8] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/112).
[9] Arfidah adalah atuk tertua daripada kaum Habsyī.
[10] Op. Cit., (3/112).
[11] Sebahagian dari khutbah wadā‘, lihat Sīrah Ibn Hisyām, (4/604), cetakan: Dār Ibn Kathīr.
[12] Lihat ‘Uyūn al-Akhbār karya Ibn Qutaibah, (4/81).
[13] Tabaqāt Ibn Sa‘d, (8/147).
[14] Ihyā’ Ulūm al-Dīnn, (4/141).
[15] Ibid,
[16] Ibid, (2/329).
[17] Insān al-‘Uyūn karya Burhān al-Halabī, (3/377).
[18] Lihat al-Muntakhab min al-Sunnah, (7/297) dari Musnad imam Ahmad dan sunan al-Tirmidhī.
[19] Lihat Nihāyah al-Irbī, (4/1).
[20] Lihat Lisān al-Arab pada kalimat “faqiha”.
[21] Lihat Nihāyah al-Irbī, (4/2)
[22] Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (juz. 4).
[23] Fath al-Mubdī, (2/237).
[24] Ibid,
[25] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/60).
[26] Ibid,
Dipublikasi di Bergaul dengan baik
Tag bergaul, bergaul dalam islam, Bergaul Dengan Baik, bergaul yang baik
Meninggalkan komentar
Kasih Sayang
Imam al-Bukhārī menjelaskan banyak hadith yang menceritakan
tentang sifat kasih sayang yang dimiliki oleh Rasul dan juga memaparkan
sabda-sabda Rasul yang berhubungan dengan hal ini.
Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ā’isyah yang mengisahkan tentang datangnya seorang Arab kampung yang menghadap Nabi s.a.w. dan merasa hairan melihat Nabi mencium anak kecil. Dengan nada hairan dia berkata: “Kamu mencium anak-anak? Kami tidak pernah mencium mereka.” Dengan nada hairan dan ingkar, Nabi bertanya kepadanya: “Apakah Allah telah mencabut sifat kasih sayang dari hatimu?”[1]
Sahabat Anas bin Mālik r.a. menceritakan bahawa dia pernah bersama Rasulullah untuk mengunjungi rumah Abū Saif al-Qain[2] yang mengasuh putera Rasul yang bernama Ibrāhīm. (Waktu itu Ibrāhīm sedang sakit keras) dan ketika Rasul melihat puteranya itu, Beliau langsung menggendong, mencium dan memeluknya. Kemudian Rasulullah membawanya masuk rumah dan Ibrāhīm sudah mendekati ajalnya.
Melihat keadaan puteranya ini, kedua mata Rasul berkaca-kaca (mengeluarkan air mata). ‘Abdl al-Rahmān bin Auf yang waktu itu juga bersama kami, merasa hairan melihat Rasul menangis dan bertanya: “Mengapa kamu menangis wahai Rasul (di saat kematian puteramu?” Rasul menjawab: “Ini adalah tangisan kasih sayang wahai Ibn Auf,” Rasul melanjutkan pembicaraannya: “Sungguh mata ini berlinang, hati ini sedih, namun kami tidak mengucapkan kata-kata kecuali yang diredai oleh Allah. Sungguh kami sangat sedih berpisah dengan kamu wahai Ibrāhīm.”[3]
Sahabat Abū Hurairah r.a. menceritakan bahawa suatu hari, Rasulullah s.a.w. mencium al-Hasan bin ‘Alī. Di saat itu al-Aqrā’ bin Habis al-Tamimī sedang duduk dan merasa hairan melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Dia pun berkata: “Saya mempunyai sepuluh anak, dan saya sama sekali tidak pernah mencium satupun anakku.” Mendengar ucapan al-Aqrā’ ini, Rasul memandangnya sambil berkata: “Sesiapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”[4]
Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Jarīr bin ‘Abdullāh r.a., Rasul juga menyampaikan sabda yang sama: “Sesiapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”[5]
Kata al-Rahmah (kasih sayang) yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas berasal dari kata al-Ruhm atau al-Rahim yang ertinya adalah kedekatan dan hal-hal yang dapat menyebabkan timbulnya kedekatan. Ketiga kata itu merupakan mustāq dari kata al-Rahīm yang bererti kandungan tempat tumbuh bayi. Sehingga dapat dikatakan bahawa erti kata al-Rahmah adalah halus, lembut, kasih sayang dan lunak yang semua itu menggarah pada satu erti iaitu “sangat dekat”.
Lawan daripada sifat al-Rahmah adalah sikap kasar, keras hati dan kaku. Selain itu kata al-Rahmah merupakan salah satu daripada sifat Allah s.w.t.. Rasul juga terkenal dengan sifat al-Rahmah ini.
Berkaitan dengan sifat kasih sayang Allah s.w.t., Al-Qur’an telah menegaskan dalam beberapa ayatnya diantaranya: “Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (al-A‘rāf, 7: 56).
“Tiada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat.” (al-Hijr, 15: 56)
“Kalau tiada karunia Allah dan rahmat-Nya atasmu, niscaya kamu tergolong orang yang rugi.” (al-Baqarah, 2: 54).
“Dan Tuhanmulah Yang Maha Pengampun.” (al-Kahfi, 18: 58).
Kata al-Rahīm sendiri merupakan salah satu daripada beberapa asma Allah yang mulia (al-Asmā’ al-Husna). Kata ini sering kita ucapkan dalam sehari-hari, iaitu ketika kita membaca Basmalah.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah, 2: 37, yang ertinya: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhan-nya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.
Dalam ayat lain, Allah juga menjelaskan: “Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.” (al-Baqarah, 2: 143).
Selain itu, Allah s.w.t. juga berfirman dalam surah al-Mā’idah, 5: 98, yang ertinya: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Adapun keterangan yang menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai sifat kasih sayang adalah firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah, 9: 128, yang ertinya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.”
Dan juga firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anbiyā’, 21: 107, yang ertinya: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Meskipun Nabi adalah manusia utama yang selalu dijaga gerak dan langkahnya oleh sang Pencipta, namun Allah tetap memerintahkan Nabi-Nya itu untuk berendah hati dan menyebarkan kasih sayang. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hijr, 15: 88, yang ertinya: “Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman.”
Berikut ini akan diuraikan beberapa kisah yang menunjukkan betapa besar kasih sayang Nabi s.a.w..
Suatu hari, di saat Nabi sedang berbincang-bincang dengan wanita Quraisy, tiba-tiba ‘Umar r.a. datang. Melihat kedatangan ‘Umar ini, para wanita tersebut langsung lari dan bersembunyi di balik tirai. Dan sesampainya ‘Umar di hadapan Rasul, Rasul pun tertawa. ‘Umar hairan dan bertanya: “Mengapa kamu tertawa wahai Rasul?” Rasul menjawab: “Saya hairan dengan wanita-wanita itu, ketika mereka mendengar suaramu, mereka bergegas-gegas lari dan bersembunyi di balik tirai.”
‘Umar berkata: “Sebenarnya engkau lebih berhak untuk ditakuti wahai Rasul?” Kemudian ‘Umar mendekati wanita Quraisy itu dan berkata kepada mereka: “Wahai wanita-wanita yang menjadi musuh nafsunya masing-masing, mengapa kalian takut kepadaku dan tidak takut kepada Rasulullah s.a.w.” Mereka menjawab: “Betul. Kamu lebih keras dan kasar daripada Rasulullah s.a.w.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar: “Wahai Umar Ibn al-Khttab. Demi Zat yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya. Setiap waktu syaitan melihatmu sedang melalui suatu jalan maka ia akan lewat jalan lain selain jalan yang kamu lewati.”
Sebenarnya, kasih sayang Rasulullah terangkum dalam banyak riwayat. Namun di sini kita hanya menyampaikan sebahagiannya sahaja, supaya kita dapat menyaksikan lebih dekat bagaimana Rasulullah s.a.w. mencurahkan rasa kasih sayangnya dan supaya kisah-kisah itu dapat menjadi teladan bagi kita.
Pada suatu hari ada seorang pemuda datang menghadap Rasul untuk memohon kepadanya supaya diizinkan ikut berjihad. Rasul bertanya kepada pemuda itu: “Apakah kamu mempunyai ibu?” Dia menjawab: “Ya, saya masih mempunyai ibu.” Kemudian Rasul berpesan kepadanya: “Jagalah ibumu sahaja. Kerana sesungguhnya surga berada di bawah kedua telapak kakinya.”
Pada suatu kesempatan, Rasul mendapatkan tawanan perang. Melihat hal itu, Fatimah (puteri Rasul) mengeluh kepada ayahnya berkaitan dengan kerja rumah yang sangat berat. Dia meminta ayahnya supaya mengangkat tawanan itu sebagai pembantu rumah sehingga kerja rumah dapat lebih ringan. Namun Rasulullah s.a.w. menolak dan memintanya untuk memperbanyak membaca tasbih, takbir dan tahmid. Rasul kemudian berkata kepadanya: “Saya tidak memberimu pembantu. Apakah saya akan membiarkan Ahl al-Suffah kelaparan, di saat aku tidak mempunyai harta untuk memberi nafkah kepada mereka. Saya akan menjual tawanan itu dan hasilnya akan saya gunakan untuk memberi nafkah kepada Ahl al-Suffah.”
Dalam kisah di atas, kita melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. mengasihi orang-orang Muhajirin dan Ansar yang sibuk beribadah kepada Allah dan berkumpul di salah satu bilik masjid Madinah. Mereka adalah orang-orang fakir yang jumlahnya sekitar empat ratus orang. Mereka selalu turut serta dalam setiap pasukan yang diutus Rasul untuk melaksanakan satu tugas tertentu.
Rasulullah s.a.w. lebih mengutamakan mereka daripada puteri kesayangannya sendiri. Padahal Fatimah adalah permata dan buah hati Beliau. Meskipun demikian Beliau tetap tidak mau memenuhi permintaan puterinya supaya tawanan tersebut dijadikan pembantu rumah yang akan meringangkan kerja rumahnya. Beliau bahkan menegaskan bahawa menjual satu tawanan yang wangnya digunakan untuk membiayai kehidupan Ahl al-Suffah jauh lebih baik daripada tawanan itu diberikan kepada Fatimah untuk menjadi pembantu rumah tangga. Dan Beliau menyuruh puterinya itu, untuk memperbanyak membaca takbir, tasbih dan tahmid supaya diberi kekuatan untuk menyelesaikan kerja rumah dengan baik.
Pada suatu hari ada seseorang datang menghadap Rasul, ingin menyampaikan keinginannya untuk ikut berhijrah bersama Beliau. Orang itu berkata: “Wahai Rasul, saya datang ke sini setelah membuat kedua orang tuaku menangis.” Rasul pun berkata kepada orang tersebut: “Kembalilah kepada kedua orang tuamu, dan buatlah mereka tersenyum sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis.” (H. R. Ahmad).
Dalam hadith ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan betapa besarnya penghargaan Islam terhadap kedua orang tua, sehingga mereka harus diutamakan dalam segala hal termasuk dalam hal mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Dalam hadith tersebut Rasulullah s.a.w. tidak mau memberi izin kepada orang yang hendak berjihad fi sabīlillah sebelum mereka mendapatkan restu dari kedua orang tuanya. Ini kerana jihad yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah jihad yang hukumnya fardu kifāyah, namun apabila jihad tersebut untuk mempertahan keberadaan dan langgengnya ajaran Islam maka hukumnya fardu ‘ain dan wajib bagi setiap Muslim untuk melakukannya dan tidak perlu restu dari kedua orang tua. Rasulullah s.a.w. tidak mau membaiah seorang yang ingin hijrah bersamanya, kerana orang tersebut tidak mendapat restu dari kedua orang tuanya sehingga keduanya menangis. Bahkan Rasul memerintahkan orang itu untuk kembali bertemu kedua orang tuanya dan menyuruhnya untuk membuat kedua orang tua kembali tersenyum.
Dalam hal ibadah, Rasul juga menganjurkan umatnya untuk melaksanakan dengan penuh ketenangan, kelembutan dan kasih sayang. Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketika aku sedang salat, aku ingin berlama-lama (menikmati salatku). Namun saya mendengar ada anak kecil yang menangis, sehingga saya berubah fikiran untuk mempercepat salatku, kerana khawatir ibunya merasa kerepotan.”
Pada masa Rasul ada seseorang yang sering terlambat melakukan salat Subuh dengan berjamaah. Setelah Rasulullah s.a.w. mencari keterangan, orang tersebut mengeluh kerana imam salatnya terlalu lama dalam memimpin berjamaah. Rasulullah s.a.w. pun marah dan berkata: “Sungguh di antara kalian ada orang yang membuat orang lain tidak senang. Siapapun di antara kalian yang memimpin salat berjamaah hendaknya meringankan salatnya (jangan lama-lama) kerana di antara orang yang berjamaah terdapat orang yang lemah, orang tua dan orang yang mempunyai keperluan.”[6]
Banyak contoh lain yang menunjukkan kasih sayang Rasulullah s.a.w., terutama terhadap para sahabat wanita. Berikut ini akan diuraikan kisah Rasul s.a.w. dengan Umm Salim dan kisah lain antara Beliau dengan Barakah binti Tha‘labah (Umm Aimān) yang pernah merawat Beliau pada waktu kecil.
Barakah binti Tha‘labah (Umm Aimān) adalah hamba sahaya milik ‘Abdullāh bin ‘Abd al-Muttalib, ayah Rasulullah s.a.w.. Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa Umm Aimān adalah hamba sahaya milik ibu Rasulullah, Aminah binti Wahab. Pada waktu Aminah melakukan perjalanan sehingga dia meninggal dunia di daerah Abwā’, Umm Aimān turut bersamanya dan pada waktu itu Muhammad masih kecil, umurnya belum melewati enam tahun. Selanjutnya Muhammad diasuh oleh Umm Aimān ini.
Kisah selanjutnya, Rasulullah s.a.w. membebaskan Umm Aimān daripada perbudakan. Setelah merdeka ia ditunang oleh ‘Abīd al-Habsyī. Dari perkahwinannya ini, ia dikaruniai seorang anak dan diberi nama Aimān. Setelah ‘Abīd meninggal dunia, Umm Aimān berkahwin dengan Zaid bin Hārithah dan dikaruniakan seorang anak yang diberi nama Usāmah.
Rasulullah s.a.w. sering mengunjungi Umm Aimān, begitu juga Abū Bakar dan ‘Umar. Rasulullah s.a.w. pernah berkata: “Umm Aimān adalah ibuku (kedua) setelah ibuku (yang pertama).”[7]
Ketika suami pertamanya, ‘Abīd meninggal dunia, Rasulullah berkata di hadapan para sahabatnya: “Siapa yang ingin berkahwin dengan wanita penduduk surga?” Waktu itu Zaid bin Hārithah memenuhi anjuran Rasul itu, dan akhirnya dia berkahwin dengan Umm Aimān.
Adapun Umm Salim r.a. adalah seorang wanita Madinah yang rumahnya sering dikunjungi oleh Rasulullah s.a.w.. Pada suatu kesempatan Rasulullah s.a.w. ditanya oleh salah seorang sahabat: “Mengapa kamu suka mendatangi rumah Umm Salim?” Rasul menjawab: “Saya kasihan kepadanya. Saudaranya meninggal ketika membelaku.”
Umm Salim adalah bibi sesusuan Rasulullah s.a.w.. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Umm Salim adalah bibi nasab Rasulullah s.a.w.. Saudaranya yang disebut dalam hadith di atas bernama Harām bin Malhan, saudaranya ini terbunuh ketika terjadi perang di sumur Ma‘ūnah. Pada perang tersebut Rasulullah s.a.w. tidak turut serta, Beliau hanya mengutus pasukan dan di antaranya adalah Harām bin Malhan ini.
Rasulullah s.a.w. memang mempunyai sifat kasih sayang, namun hal ini sama sekali tidak menghalanginya untuk menegakkan hukum Allah s.w.t. ‘Abdullāh Ibn Mas‘ūd r.a. berkata: “Saya masih ingat orang pertama yang tangannya dipotong oleh nabi Muhammad s.a.w.: Suatu hari ada seorang pencuri yang dihadapkan kepada Rasul, dan Beliau memutuskan hukuman potong tangan kepadanya. Namun wajah Beliau nampak berubah (seakan-akan tidak senang hal ini terjadi).”
Para sahabat berkata kepada Nabi: “Ya Rasulullah. Kelihatannya kamu kurang berkenan memotong tangannya.” Rasul menjawab, “Apa yang menghalangiku (melaksanakan hukuman itu). Janganlah kalian membantu syaitan mencelakakan saudaramu.” Para sahabat berkata, “Lebih baik kamu memaafkannya, wahai Rasul?” Rasul pun menjawab: “Jika hukuman had sudah diputuskan di hadapan sultan (penguasa) maka harus dilaksanakan. (Allah lah yang akan mengampuninya) Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan suka terhadap pengampunan.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah s.w.t.: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Nūr, 24: 22).
Kasih sayang Rasulullah s.w.t. tidak hanya terbatas untuk kalangan umat Islam atau saudara mara sahaja. Orang-orang musyrik juga dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.. Pada waktu perang Badar, sebelum pertempuran berkecamuk, Rasulullah s.a.w. berkata: “Saya mengetahui bahawa orang-orang Banī Hāsyim dan beberapa yang lainnya ikut perang kerana terpaksa. Mereka sebenarnya tidak ingin memerangi kita. Sesiapa (dalam pertempuran nanti) ada di antara kalian yang bertemu dengan salah seorang dari Banī Hāsyim, janganlah ia dibunuh. Sesiapa ada di antara kalian yang bertemu dengan Abū al-Bahtarī bin Hisyām bin al-Hārith bin Asad, janganlah ia dibunuh. Sesiapa ada di antara kalian yang bertemu dengan al-‘Abbās bin ‘Abd al-Muttalib, janganlah ia dibunuh. Mereka semua ikut perang kerana terpaksa.”
Dalam kitab al-Sīrah al-Nabawiyyah, Ibn Hisyām meriwayatkan sebuah hadith dari Ibn Ishāq yang berisikan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang sahabat-sahabatnya membunuh Abū al-Bahtarī al-‘Ās bin Hisyām kerana dia tidak pernah menyakiti Rasulullah s.a.w. pada waktu di Makkah. Selain itu, dia juga orang yang berani melanggar perjanjian embargo yang disepakati kafir Quraisy untuk melemahkan kaum Muslimin.
Salah satu bentuk kasih sayang Rasul terhadap orang-orang musyrik adalah sebagaimana yang terdapat dalam kisah berikut ini. Setelah pemimpin suku Yamāmah, Thamāmah bin Athal masuk Islam, dia bersumpah tidak akan mengirim penghasilan gandum kepada penduduk kafir Quraisy, sehingga mereka (kafir Quraisy) meminta izin dahulu kepada Rasulullah s.a.w.. Setelah Thamāmah sampai di kampung Yamāmah, dia memerintahkan kepada penduduk untuk tidak mengirim penghasilan gandum ke orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy pun mengeluh dan mengadukan hal ini kepada Rasulullah s.a.w.. Mereka berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya kamu adalah orang yang sukakan memerintah orang lain supaya menyambung tali silaturrahim.” Setelah itu, Nabi mengirim surat kepada Thamāmah supaya dia mau mengagihkan penghasilan gandumnya kepada penduduk Makkah.[8]
Sebenarnya kalau Rasul menghendaki, Beliau dapat membalas perlakuan kafir Quraisy terhadap Rasulullah pada waktu di Makkah, iaitu ketika mereka mengembargo umat Islam dan mengurung mereka di tempat yang bernama Syi‘b Abī Tālib. Keputusan Thamāmah bin Athal untuk tidak mengirimkan gandum Yamāmah kepada mereka tidak mendapatkan persetujuan Rasul. Ini menunjukkan bahawa rasa kasih sayang Beliau juga dicurahkan kepada orang-orang musyrik meskipun sebelumnya mereka telah menyakiti Rasul.
Rasulullah dapat sahaja membuat mereka kelaparan dan mengembargo mereka. Namun kasih sayang Rasul mengalahkan rasa permusuhan dan kemarahan yang ada. Kasih sayang Rasul menolak untuk melakukan balas dendam. Begitu Rasul membaca surat keluhan dari kafir Quraisy, Beliau langsung mengutus seseorang kepada Thmāmah untuk mengehentikan embargo gandumnya, padahal Rasul faham apabila embargo itu diteruskan maka kekuatan kafir Quraisy akan melemah dan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mengganggu dan menyerang umat Islam.
Dalam kejadian pembebasan kota Makkah, rasa kasih sayang Rasul nampak jelas sekali. Setelah Rasul berhasil menaklukkan kota Makkah, Abū Sufyān bin al-Hārith bin ‘Abd al-Muttalib dan ‘Abdullāh bin Abī Umayyah bin al-Mughīrah menemuinya dan meminta izin untuk ikut masuk kota Makkah. Melihat hal itu Umm Salamah berkata kepada Rasul: “Wahai Rasul. Mereka adalah putera pamanmu dan putera bibimu, mereka adalah saudara maramu.”
Rasul s.a.w. menjawab: “Saya tidak perlukan mereka berdua. Putera pamanku telah merendahkan kehormatanku dan putera bibiku telah mengatakan kata-kata (yang tidak sopan) pada waktu di Makkah.”
Setelah mereka berdua mengetahui sikap Rasul seperti itu, Abū Sufyān membawa serta anak kecilnya dan berkata: “Demi Tuhan. Kamu mengizinkanku masuk ke Makkah atau saya bawa anakku ini bersamaku dan kami pergi entah ke mana sehingga kami mati kehausan dan kelaparan.”
Begitu Rasulullah mendengar ucapan Abū Sufyān itu, Beliau menaruh belas kasihan kepada mereka, kemudian Beliau mengizinkan mereka masuk kota Makkah dan akhirnya mereka masuk Islam.[9]
Ketika Rasulullah s.a.w. bersama rombongan meninggalkan Banī Thaqīf, ada sebahagian sahabat meminta Rasulullah supaya berdoa untuk kehancuran Banī Thaqīf. Namun Rasulullah menolak bahkan Beliau berdoa: “Ya Allah berilah petunjuk kepada Banī Thaqīf dan anugerahkan kepada mereka.”[10]
Suhail bin ‘Amr adalah salah seorang yang menyebarkan propaganda kepada masyarakat untuk membenci dan memusuhi Rasulullah. Suatu hari ‘Umar bin al-Khattab r.a. bekata: “Wahai Rasul. Izinkan saya mencongkel giginya dan memotong lidahnya, supaya dia tidak dapat berpidato lagi.” Rasul menjawab: “Saya tidak ingin menyiksa tubuhnya, nanti saya mendapat hukuman yang setimpal dari Allah. Jika besok ada yang mengaku menjadi Nabi, maka semoga dia akan mengambil peranan yang tidak mengecewakanmu.”[11]
Apa yang dikatakan Rasul, benar-benar terjadi. Setelah Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, banyak penduduk Makkah yang hendak murtad (keluar daripada Islam). Dalam keadaan seperti ini Suhail bin ‘Amr, berpidato di hadapan orang ramai, mengingatkan mereka untuk kembali kepada kebesaran Islam, sehingga akhirnya mereka mau kembali masuk Islam dan mengurungkan keinginan untuk murtad.
Pada perang Badar, para tawanan perang juga merasakan kasih sayang Rasul mulia ini. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada para sahabat: “Perlakukanlah tawanan perang dengan baik.”[12]
Ada seorang tawanan yang bercerita bahawa ketika ia dibawa oleh tuannya menuju Madinah dan di saat sampai waktunya untuk makan, ia diberi roti sedangkan tuannya makan kurma. Hal ini kerana mereka melaksanakan nasihat Rasul s.a.w. supaya memperlakukan tawanan dengan baik.
Setelah perang Badar, Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya, “Sesungguhnya saya mengetahui bahawa di antara orang-orang Quraisy ada yang ikut perang kerana terpaksa. Sebenarnya mereka tidak ingin memerangi kita. Oleh sebab itu, sesiapa di antara kalian ada yang menemui mereka, janganlah membunuhnya.”
Selepas perang Badar, Rasulullah s.a.w. memutuskan untuk membebaskan para tawanan perang kafir Quraisy dengan syarat mereka membayar tebusan sebesar seribu dirham sehingga empat ribu dirham. Meskipun demikian Rasul memberi keringan kepada orang-orang fakir seperti Abū ‘Izzah bin ‘Abdullāh yang hidupnya papa dan menanggung ramai anak perempuan. Setelah Abū ‘Izzah minta keringanan kerana keadaannya yang fakir, Rasulullah s.a.w. membebaskanya dengan tanpa memabayar tebusan sedikitpun.
Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menetapkan bahawa tiap tawanan perang yang dapat membaca dan menulis apabila mau mengajarkan kepandaiannya itu kepada sepuluh orang anak-anak Madinah, maka ia akan dibebaskan.[13]
Para musuh yang menentangnya dan merendahkan agamanya juga tetap mendapatkan kasih sayanganya. Suatu hari seorang tawanan perang wanita menghadap Rasul. Rasul pun bertanya kepadanya: “Siapakah kamu?” Wanita itu menjawab: “Saya puteri Hātim al-Jawwād (orang terhormat di kalangan kaum Quraisy).”Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat: “Kasihanilah orang mulia yang menjadi hina di tengah-tengah suatu kaum. Dan kasihanilah orang pandai yang ‘tenggelam’ di antara orang-orang yang bodoh.”
Asmā’ binti Abū Bakar r.a. berkata: “Suatu hari ibuku yang masih musyrikah (yang sudah ditalak oleh Abū Bakar pada masa Jahiliyah) datang kepadaku dengan membawa hadiah minyak samin, anggur dan keju. Saya melarangnya memasuki rumahku dan saya menolak hadiahnya. Kemudian saya mengirim utusan untuk menemui saudariku, ‘Ā’isyah supaya dia menanyakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w..
Setelah masalah ini disampaikan kepada Rasul, Rasul menjawab: “Hendaknya ia mempersilahkan ibunya masuk rumah dan menerima hadianhnya.” kemudian Allah s.w.t. menurunkan rangakian ayat berikut ini: “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukakan orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Mumtahanah, 60: 8-9)
Dari kisah ini kita mengetahui bahawa Islam menekankan sikap kasih sayang kepada kedua orang tua, ayah dan ibu. Rasulullah s.a.w. tidak menginginkan seorang ibu (meskipun masih musyrikah) terhalangi untuk mendapatkan kasih sayang anaknya yang sudah beriman. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. melarang berjihad orang yang tidak mendapat restu dari orang tuanya. Hal ini menunjukkan betapa besar perhatian dan penghormatan Islam terhadap orang tua.
Pada kejadian perang Shiffīn, sebahagian kaum Muslimin menawan dan membawa al-Syaimā’ binti al Hārith Ibn ‘Abd al-‘Uzzā kepada baginda Rasulullah s.a.w.. Ia adalah saudara perempuan sesusuan Rasulullah s.a.w. Mereka membawa dan menggiringnya dengan kasar, kemudian ia berkata kepada mereka: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya saya adalah saudara perempuan sesusuan kawan kalian (maksudnya Rasulullah s.a.w.).”
Namun mereka tidak mempercayakannya sampai mereka membawa ke hadapan baginda Rasulullah s.a.w., dan al-Syaimā’ berkata kepada beliau: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya adalah saudara perempuan sesusuan anda.” Beliau berkata: “Apa buktinya?” Ia berkata: “Gigitanmu pada punggung saya.” Kemudian beliau mengetahui alamat atau pertanda yang membuktikan kebenaran pengakuan al-Syaimā’ tersebut dan beliau pun lantas membentangkan rida’ beliau dan mendudukkan al-Syaimā’ di atasnya. Kemudian beliau memberi pilihan seperti berikut:
Kemudian al-Syaimā’ berkata: “Saya memilih pilihan yang kedua, iaitu anda memberikan kompensasi (hadiah) kepada saya dan mengembalikan saya kepada kaumku.’ Maka Rasulullah s.a.w. mengembalikan al-Syaimā’ kepada kaumnya dan memberinya tiga budak lelaki dan seorang budak perempuan.
Ketika al-Syaimā’ telah kembali kepada keluarganya, maka para perempuan menceritakan kepadanya tentang nasib seseorang yang bernama Bijād (ia adalah dari kelompok banī Sa‘d, ia pernah melakukan sebuah kejahatan yang sangat kejam, biadab dan tidak manusiawi. Iaitu pernah ada seorang Muslim yang datang kepadanya, lalu ia menangkapnya, memotong-motong tubuhnya kemudian membakarnya. Ketika terjadi perang Hunain, Bijād melarikan diri, namun kaum Muslimin berhasil menangkapnya).
Mendengar cerita para perempuan tersebut, al-Syaimā’ langsung kembali menemui baginda Rasulullah s.a.w. untuk meminta kepada beliau agar sudi menyerahkan Bijād kepadanya dan membebaskannya. Kemudian Beliau memenuhi permintaan al-Syaimā’ tersebut, dan tidak hanya itu Beliau juga masih memberi al-Syaimā’ hadiah lagi berupa satu atau dua unta dan menanyakan siapa sahaja di antara saudara maranya yang masih tertawan. Kemudian al-Syaimā’ menemui Beliau kembali dan Beliau memberi hadiah lagi kepadanya dan kepada saudara maranya yang masih tertawan dengan hadiah beberapa unta dan kambing.[14]
Jika Rasulullah s.a.w. diminta untuk berdoa yang tidak baik untuk seseorang, baik orang Muslim maupun kafir, maka beliau justeru melakukan sebaliknya, iaitu mendoakan dengan baik bagi seseorang tersebut. Diriwayatkan bahawa ketika beliau memerangi para musuh, maka para sahabat berkata kepada beliau: “Seandainya anda melaknati mereka wahai Rasulullah,” kemudian Beliau bersabda:
Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah memukul seseorang dengan tangan beliau, kecuali jika sedang berada di dalam jihad di jalan Allah s.w.t.. Beliau tidak diberi pilihan kecuali beliau akan memilih yang paling mudah di antara pilihan-pilihan yang ada, selama hal itu tidak termasuk kategori dosa atau yang dapat memutuskan tali persaudaraan.[15]
Rasulullah s.a.w. merupakan sosok yang terkenal sangat sayangkan dan bersikap lembut terhadap budak-budak kecil. Beliau selalu mengajak mereka bermain, bercanda dan mendudukkan mereka di atas pangkuan Beliau. Diriwayatkan bahawa suatu ketika Beliau mengajak bermain ‘Abdullāh, ‘Ubaidillāh dan anak-anak paman Beliau yang lain. Beliau membariskan mereka dan berkata: “Sesiapa yang dapat sampai kepadaku paling cepat, maka baginya sebuah hadiah.” Kemudian mereka pun berlari menuju kepadanya dan duduk di atas dada beliau, dan Beliau mencium mereka serta berada bersama mereka.[16]
Ketika Ja‘far bin Abū Tālib mendapatkan syahīd pada perang Mu‘tah, Rasulullah s.a.w. sangat bersedih. Kemudian Beliau bergegas pergi menuju rumah Ja‘far dan menemui isterinya, Asmā’ binti ‘Umais. Pada saat itu beliau melihat Asmā’ telah selesai membuat adonan roti, memandikan anak-anaknya, membersihkkan dan memberinya minyak. Kemudian beliau berkata kepada Asmā’: “Datanglah kamu kepadaku bersama anak-anak Ja‘far.”
Ketika Asmā’ datang kepada Beliau sambil membawa anak-anaknya, maka beliau langsung mencium mereka dengan kedua mata yang basah dengan air mata. Lalu Asmā’ berkata kepada Beliau: “Sungguh, apa sebenarnya yang membuat anda menangis? Apakah telah sampai kepada anda suatu berita tentang Ja‘far dan kawan-kawannya? Beliau berkata: “Benar, mereka telah terbunuh pada hari ini.” Air mata pun jatuh berlinangan dari kedua mata Beliau. Mendengar berita tersebut, Asmā’ langsung menjerit dan menangis, kemudian para kaum perempuan datang menemuinya. Beliau keluar menemui para saudara mara Beliau dan berkata:
Ketika Beliau melihat anak perempuan hamba sahaya Beliau yang bernama Zaid bin Hārithah datang (Zaid adalah salah seorang yang mendapatkan syahīd pada perang Mu‘tah bersama anak lelaki paman Beliau yang bernama Ja‘far bin ‘Abī Tālib) maka Beliau menepuk pundaknya dan menangis. Para sahabat pun hairan melihat baginda Rasulullah s.a.w. yang begitu bersedih dan menangisi para tentara Islam yang syahīd pada perang Mu‘tah. Beliau menjawab atas rasa hairan para sahabat dengan jawaban:
Diriwayatkan dari Umm Khalīd binti Sa‘īd al-Umawiyyah:
Pada suatu ketika ada seorang bayi yang dibawa kepada baginda Rasulullah s.a.w. untuk dimintakan doa keberkahan untuk si bayi dan meminta beliau untuk memberinya nama. Lalu beliau pun mengambil bayi tersebut dan meletakkan di atas pangkuan Beliau. Namun tiba-tiba bayi tersebut kencing di atas pangkuan Beliau, kemudian orang-orang yang melihat hal tersebut sepontan berteriak, Beliau berkata: “Jangan kalian membuat si bayi menghentikan kencingnya sebelum selesai.” Beliau membiarkan si bayi menyudahkan kencingnya, kemudian beliau mendoakan dan memberi nama untuk si bayi, agar orang tua si bayi merasa senang. Hal ini beliau lakukan untuk memberikan isyarat kepada orang tua bahawa Beliau sebenarnya tidak merasa terganggu dengan hal tersebut. Kemudian setelah mereka pergi, Beliau pun lantas mencuci baju yang terkena kencing si bayi dengan kedua tangan Beliau yang mulia dan suci.[19]
Diriwayatkan bahawa ketika al-‘Aqrā’ bin Habis melihat Rasulullah s.a.w. mencium cucu Beliau, Hasan bin ‘Alī bin Abū Tālib, maka ia terus berkata: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, namun saya tidak pernah sekalipun mencium salah satu di antara mereka.” kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu Beliau salat sambil meletakkan Umāmah binti Zainab, puteri beliau, di atas pundak. Beliau meletakkan Umāmah ketika bersujud dan mengangkatnya lagi ketika berdiri.
Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. agak memperpanjang sujudnya. Ada salah seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kamu telah memperpanjang sujud, sehingga kami sempat menyangka bahawa telah terjadi sesuatu atau kamu baru menerima wahyu.” Beliau berkata;
Yang dimaksudkan dengan cucu Beliau dalam hadith di atas adalah Hasan atau Husain, anak ‘Alī bin Abū Tālib dan Fatimah r.a.
Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. melewati di dekat rumah puteri Beliau, Fatimah r.a. Ketika itu Beliau mendengar suara tangisan Husain. Kemudian beliau berkata kepada puterinya: “Tidakkah kamu mengetahui bahawa tangisan Husain membuat hatiku merasa tidak tenang?”
Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu ketika Beliau sedang berada di atas mimbar, Beliau melihat cucunya yang bernama Hasan tergelincir. Kemudian Beliau turun dari atas mimbar dan mengangkat Hasan, lalu Beliau membaca firman Allah dalam surah al-Tanghābūn, 64: 15, yang ertinya: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu).”
Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. mengutus Anas bin Mālik untuk suatu keperluan. Namun Anas tidak langsung melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya, Nabi mencarinya dan menemukan ia berada di antara sekelompok anak muda yang sedang bermain. Kemudian Beliau berkata kepadanya: “Wahai Unais, bergegaslah pergi untuk keperluan yang telah aku katakan kepadamu.”[20]
Begitulah, bagaimana baginda Rasulullah s.a.w. memiliki rasa kasih sayang yang tinggi bahkan terhadap para hamba sahaya dan pembantu. Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau mengutus Wasifah untuk melakukan suatu pekerjaan, namun ia tidak segera melakukannya, kemudian beliau berkata: “Seandainya aku tidak takut balasan qisas, maka aku akan menghukummu dengan kayu siwak ini.”
Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau adalah rahmat yang dihadiahkan kepada umat manusia. Apakah hanya dengan kayu siwak anda ingin menghukum, dan apakah benar anda tidak berani melakuka kerana engkau takut hukuman balasan? Salawat dan salam semoga selalu tercurahkan kepadamu wahai Rasulullah s.a.w..
Diriwayatkan oleh Abū Dhar al-Ghifārī r.a.:
Terdapat riwayat lain yang berbunyi:
Pada khutbah terkahir baginda Rasulullah s.a.w., Beliau memberikan sebuah wasiat tentang para pembantu dan para hamba sahaya:
Bahkan rahmat dan kasih sayang baginda Rasulullah s.a.w. tidak hanya terbatas pada manusia sahaja, akan tetapi mencakup pada haiwan. Sering sekali beliau memberikan wasiat kepada para sahabat agar berlaku halus dan lembut terhadap haiwan. Seperti sabda beliau:
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
Rasulullah s.a.w. juga melarang untuk mengebiri unta dan haiwan-haiwan yang lain serta melarang mengadu haiwan.[25]
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Rahmat dan kasih sayang Beliau terhadap haiwan tidak hanya sebatas pada ucapan sahaja, akan tetapi memang sudah menjadi akhlak mulia yang selalu Beliau jaga. Bagaimana tidak, kerana Beliau (semoga salawat dan salam selalu tercurahkan kepadanya) adalah panutan dan teladan bagi sekalian alam.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Beliau sedang memakan kurma basah dengan menggunakan tangan kanan dan Beliau gunakan tangan kiri untuk menyimpan biji-biji kurma. Kemudian ada seekor kambing yang lewat, dan Beliau memberikan isyarat kepada kambing tersebut untuk memakan biji-bijian yang berada di dalam genggaman tangan kirinya tersebut. Nampaklah sebuah pemandangan, Beliau makan menggunakan tangan kanan dan seekor kambing memakan biji-bijian kurma yang terdapat pada telapak tangan kirinya, sehingga beliau selesai makan dan kambing pun pergi.
Baginda Rasulullah s.a.w. memakan daging burung yang berhasil ditangkap, namun Beliau tidak ingin memburu dan menangkap burung sendiri. Akan tetapi Beliau senang jika ada seseorang yang berburu burung untuk beliau. Jika ada burung buruan yang dihadiahkan kepadanya, maka akan Beliau makan. Namun jika tidak, maka Beliau tidak ingin berburu dan menangkap burung.
Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu Rasulullah s.a.w. keluar, kemudian Beliau bertemu dengan Abū Bakar r.a dan ‘Umar r.a.. Beliau bertanya kepada mereka berdua: “Apa yang membuat kalian berdua keluar pada waktu ini?” mereka berdua menjawab: “Yang membuat kami berdua keluar adalah rasa lapar.” Beliau berkata: “Demi Zat Yang jiwaku berada di dalam genggamannya, aku juga keluar kerana sesuatu yang membuat kalian berdua keluar (maksudnya rasa lapar).”
Kemudian Beliau mengajak mereka berdua pergi ke rumah salah seorang sahabat Ansar. Namun ternyata orang yang dituju sedang tiada di rumah. Ketika isteri pemilik rumah melihat Rasulullah s.a.w. datang, ia berkata kepada beliau: “Selamat datang.” Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Di mana si Fulan?” si isteri menjawab: “Pergi mengambil air minum untuk kami.’
Tidak lama kemudian, orang yang dimaksudkan datang dan ia memandang kepada Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabat beliau seraya berkata: “Alhamdulillah, hari ini tiada seseorang yang kedatangan tamu yang mulia kecuali saya.” Kemudian ia mengajak Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabatnya menuju ke ladang miliknya. dan ia datang membawa setangkai buah kurma, ada yang belum matang dan ada yang sudah matang. Ia berkata: “Makanlah.” Kemudian ia mengambil sebuah pisau, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Janganlah kamu menyembelih haiwan yang mempunyai banyak susu.” Setekah itu ia menyembelih seekor kambing dan mereka pun memakan kambing tersebut dan juga setangkai buah kurma yang telah diambil.[28] Rasulullah s.a.w. melarangnya menyembelih kambing yang sedang banyak susu, kerana anak-anak kambing tersebut sangat memerlukan air susu induknya.
Dalam kitab al-Maghāzī, al Waqidī berkata bahawa ketika Rasulullah s.a.w. sedang dalam perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah pada ‘Am al-Fath (tahun penguasaan Makkah oleh kaum Muslimin), di jalan Beliau melihat seekor anjing yang sedang menggonggong, sedangkan anak-anaknya meminum susunya. Kemudian Beliau memerintahkan salah seorang sahabat agar berdiri di dekat anjing tersebut dengan tujuan agar para tentera tidak mengganggu anjing itu dan juga mereka terhindar dari ancaman gigitan anjing.[29] Seandainya beliau tidak memiliki rasa belas kasihan terhadap haiwan, maka beliau tidak akan sampai memiliki perhatian seperti itu.
Pada suatu ketika Beliau sedang pergi bersama sebahagian sahabat, mereka melihat seekor burung kecil yang memiliki dua anak. Mereka mengambil kedua anak burung tersebut, induk anak burung tersebut pun datang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya. Ketika Rasulullah s.a.w. melihat hal tersebut maka Beliau berkata: “Siapa yang telah mengambil anak burung ini sehingga ia menjadi terganggu? Kembalikan anak burung itu kepada induknya.”[30]
Ini adalah di antara rasa belas kasihan Rasulullah s.a.w.. Ia yang telah bersabda:
Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan oleh ‘Ā’isyah yang mengisahkan tentang datangnya seorang Arab kampung yang menghadap Nabi s.a.w. dan merasa hairan melihat Nabi mencium anak kecil. Dengan nada hairan dia berkata: “Kamu mencium anak-anak? Kami tidak pernah mencium mereka.” Dengan nada hairan dan ingkar, Nabi bertanya kepadanya: “Apakah Allah telah mencabut sifat kasih sayang dari hatimu?”[1]
Sahabat Anas bin Mālik r.a. menceritakan bahawa dia pernah bersama Rasulullah untuk mengunjungi rumah Abū Saif al-Qain[2] yang mengasuh putera Rasul yang bernama Ibrāhīm. (Waktu itu Ibrāhīm sedang sakit keras) dan ketika Rasul melihat puteranya itu, Beliau langsung menggendong, mencium dan memeluknya. Kemudian Rasulullah membawanya masuk rumah dan Ibrāhīm sudah mendekati ajalnya.
Melihat keadaan puteranya ini, kedua mata Rasul berkaca-kaca (mengeluarkan air mata). ‘Abdl al-Rahmān bin Auf yang waktu itu juga bersama kami, merasa hairan melihat Rasul menangis dan bertanya: “Mengapa kamu menangis wahai Rasul (di saat kematian puteramu?” Rasul menjawab: “Ini adalah tangisan kasih sayang wahai Ibn Auf,” Rasul melanjutkan pembicaraannya: “Sungguh mata ini berlinang, hati ini sedih, namun kami tidak mengucapkan kata-kata kecuali yang diredai oleh Allah. Sungguh kami sangat sedih berpisah dengan kamu wahai Ibrāhīm.”[3]
Sahabat Abū Hurairah r.a. menceritakan bahawa suatu hari, Rasulullah s.a.w. mencium al-Hasan bin ‘Alī. Di saat itu al-Aqrā’ bin Habis al-Tamimī sedang duduk dan merasa hairan melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Dia pun berkata: “Saya mempunyai sepuluh anak, dan saya sama sekali tidak pernah mencium satupun anakku.” Mendengar ucapan al-Aqrā’ ini, Rasul memandangnya sambil berkata: “Sesiapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”[4]
Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Jarīr bin ‘Abdullāh r.a., Rasul juga menyampaikan sabda yang sama: “Sesiapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”[5]
Kata al-Rahmah (kasih sayang) yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas berasal dari kata al-Ruhm atau al-Rahim yang ertinya adalah kedekatan dan hal-hal yang dapat menyebabkan timbulnya kedekatan. Ketiga kata itu merupakan mustāq dari kata al-Rahīm yang bererti kandungan tempat tumbuh bayi. Sehingga dapat dikatakan bahawa erti kata al-Rahmah adalah halus, lembut, kasih sayang dan lunak yang semua itu menggarah pada satu erti iaitu “sangat dekat”.
Lawan daripada sifat al-Rahmah adalah sikap kasar, keras hati dan kaku. Selain itu kata al-Rahmah merupakan salah satu daripada sifat Allah s.w.t.. Rasul juga terkenal dengan sifat al-Rahmah ini.
Berkaitan dengan sifat kasih sayang Allah s.w.t., Al-Qur’an telah menegaskan dalam beberapa ayatnya diantaranya: “Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (al-A‘rāf, 7: 56).
“Tiada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat.” (al-Hijr, 15: 56)
“Kalau tiada karunia Allah dan rahmat-Nya atasmu, niscaya kamu tergolong orang yang rugi.” (al-Baqarah, 2: 54).
“Dan Tuhanmulah Yang Maha Pengampun.” (al-Kahfi, 18: 58).
Kata al-Rahīm sendiri merupakan salah satu daripada beberapa asma Allah yang mulia (al-Asmā’ al-Husna). Kata ini sering kita ucapkan dalam sehari-hari, iaitu ketika kita membaca Basmalah.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah, 2: 37, yang ertinya: “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhan-nya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.
Dalam ayat lain, Allah juga menjelaskan: “Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.” (al-Baqarah, 2: 143).
Selain itu, Allah s.w.t. juga berfirman dalam surah al-Mā’idah, 5: 98, yang ertinya: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Adapun keterangan yang menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai sifat kasih sayang adalah firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah, 9: 128, yang ertinya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.”
Dan juga firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anbiyā’, 21: 107, yang ertinya: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”
Meskipun Nabi adalah manusia utama yang selalu dijaga gerak dan langkahnya oleh sang Pencipta, namun Allah tetap memerintahkan Nabi-Nya itu untuk berendah hati dan menyebarkan kasih sayang. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hijr, 15: 88, yang ertinya: “Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman.”
Berikut ini akan diuraikan beberapa kisah yang menunjukkan betapa besar kasih sayang Nabi s.a.w..
Suatu hari, di saat Nabi sedang berbincang-bincang dengan wanita Quraisy, tiba-tiba ‘Umar r.a. datang. Melihat kedatangan ‘Umar ini, para wanita tersebut langsung lari dan bersembunyi di balik tirai. Dan sesampainya ‘Umar di hadapan Rasul, Rasul pun tertawa. ‘Umar hairan dan bertanya: “Mengapa kamu tertawa wahai Rasul?” Rasul menjawab: “Saya hairan dengan wanita-wanita itu, ketika mereka mendengar suaramu, mereka bergegas-gegas lari dan bersembunyi di balik tirai.”
‘Umar berkata: “Sebenarnya engkau lebih berhak untuk ditakuti wahai Rasul?” Kemudian ‘Umar mendekati wanita Quraisy itu dan berkata kepada mereka: “Wahai wanita-wanita yang menjadi musuh nafsunya masing-masing, mengapa kalian takut kepadaku dan tidak takut kepada Rasulullah s.a.w.” Mereka menjawab: “Betul. Kamu lebih keras dan kasar daripada Rasulullah s.a.w.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar: “Wahai Umar Ibn al-Khttab. Demi Zat yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya. Setiap waktu syaitan melihatmu sedang melalui suatu jalan maka ia akan lewat jalan lain selain jalan yang kamu lewati.”
Sebenarnya, kasih sayang Rasulullah terangkum dalam banyak riwayat. Namun di sini kita hanya menyampaikan sebahagiannya sahaja, supaya kita dapat menyaksikan lebih dekat bagaimana Rasulullah s.a.w. mencurahkan rasa kasih sayangnya dan supaya kisah-kisah itu dapat menjadi teladan bagi kita.
Pada suatu hari ada seorang pemuda datang menghadap Rasul untuk memohon kepadanya supaya diizinkan ikut berjihad. Rasul bertanya kepada pemuda itu: “Apakah kamu mempunyai ibu?” Dia menjawab: “Ya, saya masih mempunyai ibu.” Kemudian Rasul berpesan kepadanya: “Jagalah ibumu sahaja. Kerana sesungguhnya surga berada di bawah kedua telapak kakinya.”
Pada suatu kesempatan, Rasul mendapatkan tawanan perang. Melihat hal itu, Fatimah (puteri Rasul) mengeluh kepada ayahnya berkaitan dengan kerja rumah yang sangat berat. Dia meminta ayahnya supaya mengangkat tawanan itu sebagai pembantu rumah sehingga kerja rumah dapat lebih ringan. Namun Rasulullah s.a.w. menolak dan memintanya untuk memperbanyak membaca tasbih, takbir dan tahmid. Rasul kemudian berkata kepadanya: “Saya tidak memberimu pembantu. Apakah saya akan membiarkan Ahl al-Suffah kelaparan, di saat aku tidak mempunyai harta untuk memberi nafkah kepada mereka. Saya akan menjual tawanan itu dan hasilnya akan saya gunakan untuk memberi nafkah kepada Ahl al-Suffah.”
Dalam kisah di atas, kita melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. mengasihi orang-orang Muhajirin dan Ansar yang sibuk beribadah kepada Allah dan berkumpul di salah satu bilik masjid Madinah. Mereka adalah orang-orang fakir yang jumlahnya sekitar empat ratus orang. Mereka selalu turut serta dalam setiap pasukan yang diutus Rasul untuk melaksanakan satu tugas tertentu.
Rasulullah s.a.w. lebih mengutamakan mereka daripada puteri kesayangannya sendiri. Padahal Fatimah adalah permata dan buah hati Beliau. Meskipun demikian Beliau tetap tidak mau memenuhi permintaan puterinya supaya tawanan tersebut dijadikan pembantu rumah yang akan meringangkan kerja rumahnya. Beliau bahkan menegaskan bahawa menjual satu tawanan yang wangnya digunakan untuk membiayai kehidupan Ahl al-Suffah jauh lebih baik daripada tawanan itu diberikan kepada Fatimah untuk menjadi pembantu rumah tangga. Dan Beliau menyuruh puterinya itu, untuk memperbanyak membaca takbir, tasbih dan tahmid supaya diberi kekuatan untuk menyelesaikan kerja rumah dengan baik.
Pada suatu hari ada seseorang datang menghadap Rasul, ingin menyampaikan keinginannya untuk ikut berhijrah bersama Beliau. Orang itu berkata: “Wahai Rasul, saya datang ke sini setelah membuat kedua orang tuaku menangis.” Rasul pun berkata kepada orang tersebut: “Kembalilah kepada kedua orang tuamu, dan buatlah mereka tersenyum sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis.” (H. R. Ahmad).
Dalam hadith ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan betapa besarnya penghargaan Islam terhadap kedua orang tua, sehingga mereka harus diutamakan dalam segala hal termasuk dalam hal mendapatkan perhatian dan kasih sayang. Dalam hadith tersebut Rasulullah s.a.w. tidak mau memberi izin kepada orang yang hendak berjihad fi sabīlillah sebelum mereka mendapatkan restu dari kedua orang tuanya. Ini kerana jihad yang dimaksudkan dalam hadith di atas adalah jihad yang hukumnya fardu kifāyah, namun apabila jihad tersebut untuk mempertahan keberadaan dan langgengnya ajaran Islam maka hukumnya fardu ‘ain dan wajib bagi setiap Muslim untuk melakukannya dan tidak perlu restu dari kedua orang tua. Rasulullah s.a.w. tidak mau membaiah seorang yang ingin hijrah bersamanya, kerana orang tersebut tidak mendapat restu dari kedua orang tuanya sehingga keduanya menangis. Bahkan Rasul memerintahkan orang itu untuk kembali bertemu kedua orang tuanya dan menyuruhnya untuk membuat kedua orang tua kembali tersenyum.
Dalam hal ibadah, Rasul juga menganjurkan umatnya untuk melaksanakan dengan penuh ketenangan, kelembutan dan kasih sayang. Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketika aku sedang salat, aku ingin berlama-lama (menikmati salatku). Namun saya mendengar ada anak kecil yang menangis, sehingga saya berubah fikiran untuk mempercepat salatku, kerana khawatir ibunya merasa kerepotan.”
Pada masa Rasul ada seseorang yang sering terlambat melakukan salat Subuh dengan berjamaah. Setelah Rasulullah s.a.w. mencari keterangan, orang tersebut mengeluh kerana imam salatnya terlalu lama dalam memimpin berjamaah. Rasulullah s.a.w. pun marah dan berkata: “Sungguh di antara kalian ada orang yang membuat orang lain tidak senang. Siapapun di antara kalian yang memimpin salat berjamaah hendaknya meringankan salatnya (jangan lama-lama) kerana di antara orang yang berjamaah terdapat orang yang lemah, orang tua dan orang yang mempunyai keperluan.”[6]
Banyak contoh lain yang menunjukkan kasih sayang Rasulullah s.a.w., terutama terhadap para sahabat wanita. Berikut ini akan diuraikan kisah Rasul s.a.w. dengan Umm Salim dan kisah lain antara Beliau dengan Barakah binti Tha‘labah (Umm Aimān) yang pernah merawat Beliau pada waktu kecil.
Barakah binti Tha‘labah (Umm Aimān) adalah hamba sahaya milik ‘Abdullāh bin ‘Abd al-Muttalib, ayah Rasulullah s.a.w.. Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa Umm Aimān adalah hamba sahaya milik ibu Rasulullah, Aminah binti Wahab. Pada waktu Aminah melakukan perjalanan sehingga dia meninggal dunia di daerah Abwā’, Umm Aimān turut bersamanya dan pada waktu itu Muhammad masih kecil, umurnya belum melewati enam tahun. Selanjutnya Muhammad diasuh oleh Umm Aimān ini.
Kisah selanjutnya, Rasulullah s.a.w. membebaskan Umm Aimān daripada perbudakan. Setelah merdeka ia ditunang oleh ‘Abīd al-Habsyī. Dari perkahwinannya ini, ia dikaruniai seorang anak dan diberi nama Aimān. Setelah ‘Abīd meninggal dunia, Umm Aimān berkahwin dengan Zaid bin Hārithah dan dikaruniakan seorang anak yang diberi nama Usāmah.
Rasulullah s.a.w. sering mengunjungi Umm Aimān, begitu juga Abū Bakar dan ‘Umar. Rasulullah s.a.w. pernah berkata: “Umm Aimān adalah ibuku (kedua) setelah ibuku (yang pertama).”[7]
Ketika suami pertamanya, ‘Abīd meninggal dunia, Rasulullah berkata di hadapan para sahabatnya: “Siapa yang ingin berkahwin dengan wanita penduduk surga?” Waktu itu Zaid bin Hārithah memenuhi anjuran Rasul itu, dan akhirnya dia berkahwin dengan Umm Aimān.
Adapun Umm Salim r.a. adalah seorang wanita Madinah yang rumahnya sering dikunjungi oleh Rasulullah s.a.w.. Pada suatu kesempatan Rasulullah s.a.w. ditanya oleh salah seorang sahabat: “Mengapa kamu suka mendatangi rumah Umm Salim?” Rasul menjawab: “Saya kasihan kepadanya. Saudaranya meninggal ketika membelaku.”
Umm Salim adalah bibi sesusuan Rasulullah s.a.w.. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Umm Salim adalah bibi nasab Rasulullah s.a.w.. Saudaranya yang disebut dalam hadith di atas bernama Harām bin Malhan, saudaranya ini terbunuh ketika terjadi perang di sumur Ma‘ūnah. Pada perang tersebut Rasulullah s.a.w. tidak turut serta, Beliau hanya mengutus pasukan dan di antaranya adalah Harām bin Malhan ini.
Rasulullah s.a.w. memang mempunyai sifat kasih sayang, namun hal ini sama sekali tidak menghalanginya untuk menegakkan hukum Allah s.w.t. ‘Abdullāh Ibn Mas‘ūd r.a. berkata: “Saya masih ingat orang pertama yang tangannya dipotong oleh nabi Muhammad s.a.w.: Suatu hari ada seorang pencuri yang dihadapkan kepada Rasul, dan Beliau memutuskan hukuman potong tangan kepadanya. Namun wajah Beliau nampak berubah (seakan-akan tidak senang hal ini terjadi).”
Para sahabat berkata kepada Nabi: “Ya Rasulullah. Kelihatannya kamu kurang berkenan memotong tangannya.” Rasul menjawab, “Apa yang menghalangiku (melaksanakan hukuman itu). Janganlah kalian membantu syaitan mencelakakan saudaramu.” Para sahabat berkata, “Lebih baik kamu memaafkannya, wahai Rasul?” Rasul pun menjawab: “Jika hukuman had sudah diputuskan di hadapan sultan (penguasa) maka harus dilaksanakan. (Allah lah yang akan mengampuninya) Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan suka terhadap pengampunan.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membacakan firman Allah s.w.t.: “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Nūr, 24: 22).
Kasih sayang Rasulullah s.w.t. tidak hanya terbatas untuk kalangan umat Islam atau saudara mara sahaja. Orang-orang musyrik juga dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.. Pada waktu perang Badar, sebelum pertempuran berkecamuk, Rasulullah s.a.w. berkata: “Saya mengetahui bahawa orang-orang Banī Hāsyim dan beberapa yang lainnya ikut perang kerana terpaksa. Mereka sebenarnya tidak ingin memerangi kita. Sesiapa (dalam pertempuran nanti) ada di antara kalian yang bertemu dengan salah seorang dari Banī Hāsyim, janganlah ia dibunuh. Sesiapa ada di antara kalian yang bertemu dengan Abū al-Bahtarī bin Hisyām bin al-Hārith bin Asad, janganlah ia dibunuh. Sesiapa ada di antara kalian yang bertemu dengan al-‘Abbās bin ‘Abd al-Muttalib, janganlah ia dibunuh. Mereka semua ikut perang kerana terpaksa.”
Dalam kitab al-Sīrah al-Nabawiyyah, Ibn Hisyām meriwayatkan sebuah hadith dari Ibn Ishāq yang berisikan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang sahabat-sahabatnya membunuh Abū al-Bahtarī al-‘Ās bin Hisyām kerana dia tidak pernah menyakiti Rasulullah s.a.w. pada waktu di Makkah. Selain itu, dia juga orang yang berani melanggar perjanjian embargo yang disepakati kafir Quraisy untuk melemahkan kaum Muslimin.
Salah satu bentuk kasih sayang Rasul terhadap orang-orang musyrik adalah sebagaimana yang terdapat dalam kisah berikut ini. Setelah pemimpin suku Yamāmah, Thamāmah bin Athal masuk Islam, dia bersumpah tidak akan mengirim penghasilan gandum kepada penduduk kafir Quraisy, sehingga mereka (kafir Quraisy) meminta izin dahulu kepada Rasulullah s.a.w.. Setelah Thamāmah sampai di kampung Yamāmah, dia memerintahkan kepada penduduk untuk tidak mengirim penghasilan gandum ke orang-orang Quraisy. Orang-orang Quraisy pun mengeluh dan mengadukan hal ini kepada Rasulullah s.a.w.. Mereka berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya kamu adalah orang yang sukakan memerintah orang lain supaya menyambung tali silaturrahim.” Setelah itu, Nabi mengirim surat kepada Thamāmah supaya dia mau mengagihkan penghasilan gandumnya kepada penduduk Makkah.[8]
Sebenarnya kalau Rasul menghendaki, Beliau dapat membalas perlakuan kafir Quraisy terhadap Rasulullah pada waktu di Makkah, iaitu ketika mereka mengembargo umat Islam dan mengurung mereka di tempat yang bernama Syi‘b Abī Tālib. Keputusan Thamāmah bin Athal untuk tidak mengirimkan gandum Yamāmah kepada mereka tidak mendapatkan persetujuan Rasul. Ini menunjukkan bahawa rasa kasih sayang Beliau juga dicurahkan kepada orang-orang musyrik meskipun sebelumnya mereka telah menyakiti Rasul.
Rasulullah dapat sahaja membuat mereka kelaparan dan mengembargo mereka. Namun kasih sayang Rasul mengalahkan rasa permusuhan dan kemarahan yang ada. Kasih sayang Rasul menolak untuk melakukan balas dendam. Begitu Rasul membaca surat keluhan dari kafir Quraisy, Beliau langsung mengutus seseorang kepada Thmāmah untuk mengehentikan embargo gandumnya, padahal Rasul faham apabila embargo itu diteruskan maka kekuatan kafir Quraisy akan melemah dan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk mengganggu dan menyerang umat Islam.
Dalam kejadian pembebasan kota Makkah, rasa kasih sayang Rasul nampak jelas sekali. Setelah Rasul berhasil menaklukkan kota Makkah, Abū Sufyān bin al-Hārith bin ‘Abd al-Muttalib dan ‘Abdullāh bin Abī Umayyah bin al-Mughīrah menemuinya dan meminta izin untuk ikut masuk kota Makkah. Melihat hal itu Umm Salamah berkata kepada Rasul: “Wahai Rasul. Mereka adalah putera pamanmu dan putera bibimu, mereka adalah saudara maramu.”
Rasul s.a.w. menjawab: “Saya tidak perlukan mereka berdua. Putera pamanku telah merendahkan kehormatanku dan putera bibiku telah mengatakan kata-kata (yang tidak sopan) pada waktu di Makkah.”
Setelah mereka berdua mengetahui sikap Rasul seperti itu, Abū Sufyān membawa serta anak kecilnya dan berkata: “Demi Tuhan. Kamu mengizinkanku masuk ke Makkah atau saya bawa anakku ini bersamaku dan kami pergi entah ke mana sehingga kami mati kehausan dan kelaparan.”
Begitu Rasulullah mendengar ucapan Abū Sufyān itu, Beliau menaruh belas kasihan kepada mereka, kemudian Beliau mengizinkan mereka masuk kota Makkah dan akhirnya mereka masuk Islam.[9]
Ketika Rasulullah s.a.w. bersama rombongan meninggalkan Banī Thaqīf, ada sebahagian sahabat meminta Rasulullah supaya berdoa untuk kehancuran Banī Thaqīf. Namun Rasulullah menolak bahkan Beliau berdoa: “Ya Allah berilah petunjuk kepada Banī Thaqīf dan anugerahkan kepada mereka.”[10]
Suhail bin ‘Amr adalah salah seorang yang menyebarkan propaganda kepada masyarakat untuk membenci dan memusuhi Rasulullah. Suatu hari ‘Umar bin al-Khattab r.a. bekata: “Wahai Rasul. Izinkan saya mencongkel giginya dan memotong lidahnya, supaya dia tidak dapat berpidato lagi.” Rasul menjawab: “Saya tidak ingin menyiksa tubuhnya, nanti saya mendapat hukuman yang setimpal dari Allah. Jika besok ada yang mengaku menjadi Nabi, maka semoga dia akan mengambil peranan yang tidak mengecewakanmu.”[11]
Apa yang dikatakan Rasul, benar-benar terjadi. Setelah Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, banyak penduduk Makkah yang hendak murtad (keluar daripada Islam). Dalam keadaan seperti ini Suhail bin ‘Amr, berpidato di hadapan orang ramai, mengingatkan mereka untuk kembali kepada kebesaran Islam, sehingga akhirnya mereka mau kembali masuk Islam dan mengurungkan keinginan untuk murtad.
Pada perang Badar, para tawanan perang juga merasakan kasih sayang Rasul mulia ini. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada para sahabat: “Perlakukanlah tawanan perang dengan baik.”[12]
Ada seorang tawanan yang bercerita bahawa ketika ia dibawa oleh tuannya menuju Madinah dan di saat sampai waktunya untuk makan, ia diberi roti sedangkan tuannya makan kurma. Hal ini kerana mereka melaksanakan nasihat Rasul s.a.w. supaya memperlakukan tawanan dengan baik.
Setelah perang Badar, Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya, “Sesungguhnya saya mengetahui bahawa di antara orang-orang Quraisy ada yang ikut perang kerana terpaksa. Sebenarnya mereka tidak ingin memerangi kita. Oleh sebab itu, sesiapa di antara kalian ada yang menemui mereka, janganlah membunuhnya.”
Selepas perang Badar, Rasulullah s.a.w. memutuskan untuk membebaskan para tawanan perang kafir Quraisy dengan syarat mereka membayar tebusan sebesar seribu dirham sehingga empat ribu dirham. Meskipun demikian Rasul memberi keringan kepada orang-orang fakir seperti Abū ‘Izzah bin ‘Abdullāh yang hidupnya papa dan menanggung ramai anak perempuan. Setelah Abū ‘Izzah minta keringanan kerana keadaannya yang fakir, Rasulullah s.a.w. membebaskanya dengan tanpa memabayar tebusan sedikitpun.
Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menetapkan bahawa tiap tawanan perang yang dapat membaca dan menulis apabila mau mengajarkan kepandaiannya itu kepada sepuluh orang anak-anak Madinah, maka ia akan dibebaskan.[13]
Para musuh yang menentangnya dan merendahkan agamanya juga tetap mendapatkan kasih sayanganya. Suatu hari seorang tawanan perang wanita menghadap Rasul. Rasul pun bertanya kepadanya: “Siapakah kamu?” Wanita itu menjawab: “Saya puteri Hātim al-Jawwād (orang terhormat di kalangan kaum Quraisy).”Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat: “Kasihanilah orang mulia yang menjadi hina di tengah-tengah suatu kaum. Dan kasihanilah orang pandai yang ‘tenggelam’ di antara orang-orang yang bodoh.”
Asmā’ binti Abū Bakar r.a. berkata: “Suatu hari ibuku yang masih musyrikah (yang sudah ditalak oleh Abū Bakar pada masa Jahiliyah) datang kepadaku dengan membawa hadiah minyak samin, anggur dan keju. Saya melarangnya memasuki rumahku dan saya menolak hadiahnya. Kemudian saya mengirim utusan untuk menemui saudariku, ‘Ā’isyah supaya dia menanyakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w..
Setelah masalah ini disampaikan kepada Rasul, Rasul menjawab: “Hendaknya ia mempersilahkan ibunya masuk rumah dan menerima hadianhnya.” kemudian Allah s.w.t. menurunkan rangakian ayat berikut ini: “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukakan orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Mumtahanah, 60: 8-9)
Dari kisah ini kita mengetahui bahawa Islam menekankan sikap kasih sayang kepada kedua orang tua, ayah dan ibu. Rasulullah s.a.w. tidak menginginkan seorang ibu (meskipun masih musyrikah) terhalangi untuk mendapatkan kasih sayang anaknya yang sudah beriman. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. melarang berjihad orang yang tidak mendapat restu dari orang tuanya. Hal ini menunjukkan betapa besar perhatian dan penghormatan Islam terhadap orang tua.
Pada kejadian perang Shiffīn, sebahagian kaum Muslimin menawan dan membawa al-Syaimā’ binti al Hārith Ibn ‘Abd al-‘Uzzā kepada baginda Rasulullah s.a.w.. Ia adalah saudara perempuan sesusuan Rasulullah s.a.w. Mereka membawa dan menggiringnya dengan kasar, kemudian ia berkata kepada mereka: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya saya adalah saudara perempuan sesusuan kawan kalian (maksudnya Rasulullah s.a.w.).”
Namun mereka tidak mempercayakannya sampai mereka membawa ke hadapan baginda Rasulullah s.a.w., dan al-Syaimā’ berkata kepada beliau: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya adalah saudara perempuan sesusuan anda.” Beliau berkata: “Apa buktinya?” Ia berkata: “Gigitanmu pada punggung saya.” Kemudian beliau mengetahui alamat atau pertanda yang membuktikan kebenaran pengakuan al-Syaimā’ tersebut dan beliau pun lantas membentangkan rida’ beliau dan mendudukkan al-Syaimā’ di atasnya. Kemudian beliau memberi pilihan seperti berikut:
إِنْ أَحْبَبْتِ أَقَمْتِ عِنْدِي مُحَبَّبَةً وَمُكّرَّمَةً,
وَإِنْ أَحْبَبْتِ أَنْ أُمَتِّعَكِ وَتَرْجِعِي إِلَى قَوْمِكِ فَعَلْتُ
Maksudnya: “Jika kamu ingin, maka kamu boleh tinggal bersamaku
dalam keadaan disenangi dan dimuliakan, namun jika kamu ingin agar aku
memberikan kamu kompensasi dan kamu ingin kembali kepada kaummu, maka
akan saya penuhi.”Kemudian al-Syaimā’ berkata: “Saya memilih pilihan yang kedua, iaitu anda memberikan kompensasi (hadiah) kepada saya dan mengembalikan saya kepada kaumku.’ Maka Rasulullah s.a.w. mengembalikan al-Syaimā’ kepada kaumnya dan memberinya tiga budak lelaki dan seorang budak perempuan.
Ketika al-Syaimā’ telah kembali kepada keluarganya, maka para perempuan menceritakan kepadanya tentang nasib seseorang yang bernama Bijād (ia adalah dari kelompok banī Sa‘d, ia pernah melakukan sebuah kejahatan yang sangat kejam, biadab dan tidak manusiawi. Iaitu pernah ada seorang Muslim yang datang kepadanya, lalu ia menangkapnya, memotong-motong tubuhnya kemudian membakarnya. Ketika terjadi perang Hunain, Bijād melarikan diri, namun kaum Muslimin berhasil menangkapnya).
Mendengar cerita para perempuan tersebut, al-Syaimā’ langsung kembali menemui baginda Rasulullah s.a.w. untuk meminta kepada beliau agar sudi menyerahkan Bijād kepadanya dan membebaskannya. Kemudian Beliau memenuhi permintaan al-Syaimā’ tersebut, dan tidak hanya itu Beliau juga masih memberi al-Syaimā’ hadiah lagi berupa satu atau dua unta dan menanyakan siapa sahaja di antara saudara maranya yang masih tertawan. Kemudian al-Syaimā’ menemui Beliau kembali dan Beliau memberi hadiah lagi kepadanya dan kepada saudara maranya yang masih tertawan dengan hadiah beberapa unta dan kambing.[14]
Jika Rasulullah s.a.w. diminta untuk berdoa yang tidak baik untuk seseorang, baik orang Muslim maupun kafir, maka beliau justeru melakukan sebaliknya, iaitu mendoakan dengan baik bagi seseorang tersebut. Diriwayatkan bahawa ketika beliau memerangi para musuh, maka para sahabat berkata kepada beliau: “Seandainya anda melaknati mereka wahai Rasulullah,” kemudian Beliau bersabda:
إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak diutus agar menjadi orang yang sukakan melaknat, akan tetapi aku diutus sebagi rahmat.” Diriwayatkan:
قِيْلَ لَهُ بَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ دَوْسًا عَصَتْ وَأَبَتْ
فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ فَقَالَ اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ
بِهِمْ
Maksudnya: “Dikatakan kepada beliau: ‘Wahai Rasulullah,
sesungguhnya kelompok Daus membangkang dan tidak mau menerima (dakwah),
maka oleh kerana itu, doakan tidak baik bagi mereka’. kemudian beliau
berdoa: ‘Ya Allah, berilah petunjuk kepada Daus dan datangkanlah
mereka’.”Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah memukul seseorang dengan tangan beliau, kecuali jika sedang berada di dalam jihad di jalan Allah s.w.t.. Beliau tidak diberi pilihan kecuali beliau akan memilih yang paling mudah di antara pilihan-pilihan yang ada, selama hal itu tidak termasuk kategori dosa atau yang dapat memutuskan tali persaudaraan.[15]
Rasulullah s.a.w. merupakan sosok yang terkenal sangat sayangkan dan bersikap lembut terhadap budak-budak kecil. Beliau selalu mengajak mereka bermain, bercanda dan mendudukkan mereka di atas pangkuan Beliau. Diriwayatkan bahawa suatu ketika Beliau mengajak bermain ‘Abdullāh, ‘Ubaidillāh dan anak-anak paman Beliau yang lain. Beliau membariskan mereka dan berkata: “Sesiapa yang dapat sampai kepadaku paling cepat, maka baginya sebuah hadiah.” Kemudian mereka pun berlari menuju kepadanya dan duduk di atas dada beliau, dan Beliau mencium mereka serta berada bersama mereka.[16]
Ketika Ja‘far bin Abū Tālib mendapatkan syahīd pada perang Mu‘tah, Rasulullah s.a.w. sangat bersedih. Kemudian Beliau bergegas pergi menuju rumah Ja‘far dan menemui isterinya, Asmā’ binti ‘Umais. Pada saat itu beliau melihat Asmā’ telah selesai membuat adonan roti, memandikan anak-anaknya, membersihkkan dan memberinya minyak. Kemudian beliau berkata kepada Asmā’: “Datanglah kamu kepadaku bersama anak-anak Ja‘far.”
Ketika Asmā’ datang kepada Beliau sambil membawa anak-anaknya, maka beliau langsung mencium mereka dengan kedua mata yang basah dengan air mata. Lalu Asmā’ berkata kepada Beliau: “Sungguh, apa sebenarnya yang membuat anda menangis? Apakah telah sampai kepada anda suatu berita tentang Ja‘far dan kawan-kawannya? Beliau berkata: “Benar, mereka telah terbunuh pada hari ini.” Air mata pun jatuh berlinangan dari kedua mata Beliau. Mendengar berita tersebut, Asmā’ langsung menjerit dan menangis, kemudian para kaum perempuan datang menemuinya. Beliau keluar menemui para saudara mara Beliau dan berkata:
لَا تَغْفُلُوا آلَ جَعْفَرٍ وَاصْنَعُوا لَهُمْ طَعَامًا فَإِنَّهُمْ قَدْ شُغِلُوا بِأَمْرِ صَاحِبِهِمْ
Maksudnya: “Jangan sampai kalian lupa terhadap keluarga Ja‘far,
buatkan untuk mereka makanan, kerana mereka sedang disibukkan dengan
perkara pimpinan mereka (kematian Ja‘far).”[17] Ketika Beliau melihat anak perempuan hamba sahaya Beliau yang bernama Zaid bin Hārithah datang (Zaid adalah salah seorang yang mendapatkan syahīd pada perang Mu‘tah bersama anak lelaki paman Beliau yang bernama Ja‘far bin ‘Abī Tālib) maka Beliau menepuk pundaknya dan menangis. Para sahabat pun hairan melihat baginda Rasulullah s.a.w. yang begitu bersedih dan menangisi para tentara Islam yang syahīd pada perang Mu‘tah. Beliau menjawab atas rasa hairan para sahabat dengan jawaban:
إِنَّ هَذِهِ عَبَرَاتُ الصَّدِيْقِ عَلَى صَدِيْقِهِ الَّذِي فَقَدَهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah air mata kesedihan seseorang kerana kehilangan temannya.”Diriwayatkan dari Umm Khalīd binti Sa‘īd al-Umawiyyah:
أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَعَ أَبِي وَعَلَيَّ قَمِيصٌ أَصْفَرُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَنَهْ سَنَهْ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَهِيَ
بِالْحَبَشِيَّةِ حَسَنَةٌ قَالَتْ فَذَهَبْتُ أَلْعَبُ بِخَاتَمِ
النُّبُوَّةِ فَزَبَرَنِي أَبِي قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعْهَا ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْلِي وَأَخْلِفِي ثُمَّ أَبْلِي وَأَخْلِفِي ثُمَّ
أَبْلِي وَأَخْلِفِي
Maksudnya: “Pada suatu hari, saya diajak ayahku datang menemui
baginda Rasulullah s.a.w. dan pada waktu itu saya mengenakan pakaian
yang berwarna kuning. Kemudian Beliau berkata dengan bahasa kaum Habsyī:
‘Sanah sanah’. ‘Abdullāh berkata: ‘Ertinya adalah bagus’. Umm Khalīd
berkata: Setelah itu saya mendekat kepada baginda Rasulullah s.a.w. dan
mengajak Beliau bermain serta bercanda. Melihat hal tersebut ayahku
membentakku, namun Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Biarkan sahaja’. Kemudian
Beliau berkata: ‘Pakailah pakaian ini sampai usang dan rosak, Pakailah
pakaian ini sampai usang dan rosak (maksudnya mendoakan umur panjang).”[18]Pada suatu ketika ada seorang bayi yang dibawa kepada baginda Rasulullah s.a.w. untuk dimintakan doa keberkahan untuk si bayi dan meminta beliau untuk memberinya nama. Lalu beliau pun mengambil bayi tersebut dan meletakkan di atas pangkuan Beliau. Namun tiba-tiba bayi tersebut kencing di atas pangkuan Beliau, kemudian orang-orang yang melihat hal tersebut sepontan berteriak, Beliau berkata: “Jangan kalian membuat si bayi menghentikan kencingnya sebelum selesai.” Beliau membiarkan si bayi menyudahkan kencingnya, kemudian beliau mendoakan dan memberi nama untuk si bayi, agar orang tua si bayi merasa senang. Hal ini beliau lakukan untuk memberikan isyarat kepada orang tua bahawa Beliau sebenarnya tidak merasa terganggu dengan hal tersebut. Kemudian setelah mereka pergi, Beliau pun lantas mencuci baju yang terkena kencing si bayi dengan kedua tangan Beliau yang mulia dan suci.[19]
Diriwayatkan bahawa ketika al-‘Aqrā’ bin Habis melihat Rasulullah s.a.w. mencium cucu Beliau, Hasan bin ‘Alī bin Abū Tālib, maka ia terus berkata: “Sesungguhnya saya memiliki sepuluh anak, namun saya tidak pernah sekalipun mencium salah satu di antara mereka.” kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
أَوَأَمْلِكُ لَكَ أَنْ نَزَعَ اللَّهُ مِنْ قَلْبِكَ الرَّحْمَةَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ
Maksudnya: “Aku tidak memiliki kuasa untuk menumbuhkan rasa kasih
sayang di hatimu setelah Allah s.w.t. mencabutnya dari hatimu, sesiapa
yang tidak menyayangi, maka ia juga tidak akan disayangi.”Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu Beliau salat sambil meletakkan Umāmah binti Zainab, puteri beliau, di atas pundak. Beliau meletakkan Umāmah ketika bersujud dan mengangkatnya lagi ketika berdiri.
Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. agak memperpanjang sujudnya. Ada salah seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kamu telah memperpanjang sujud, sehingga kami sempat menyangka bahawa telah terjadi sesuatu atau kamu baru menerima wahyu.” Beliau berkata;
كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ
Maksudnya: “Semua itu tidak terjadi, akan tetapi aku
memperpanjang sujud, kerana waktu itu anakku (maksudnya cucu beliau)
sedang naik ke atas punggunggku, dan aku tidak ingin mengganggunya
sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.” Yang dimaksudkan dengan cucu Beliau dalam hadith di atas adalah Hasan atau Husain, anak ‘Alī bin Abū Tālib dan Fatimah r.a.
Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. melewati di dekat rumah puteri Beliau, Fatimah r.a. Ketika itu Beliau mendengar suara tangisan Husain. Kemudian beliau berkata kepada puterinya: “Tidakkah kamu mengetahui bahawa tangisan Husain membuat hatiku merasa tidak tenang?”
Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu ketika Beliau sedang berada di atas mimbar, Beliau melihat cucunya yang bernama Hasan tergelincir. Kemudian Beliau turun dari atas mimbar dan mengangkat Hasan, lalu Beliau membaca firman Allah dalam surah al-Tanghābūn, 64: 15, yang ertinya: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu).”
Diriwayatkan bahawa suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. mengutus Anas bin Mālik untuk suatu keperluan. Namun Anas tidak langsung melakukan apa yang telah diperintahkan kepadanya, Nabi mencarinya dan menemukan ia berada di antara sekelompok anak muda yang sedang bermain. Kemudian Beliau berkata kepadanya: “Wahai Unais, bergegaslah pergi untuk keperluan yang telah aku katakan kepadamu.”[20]
Begitulah, bagaimana baginda Rasulullah s.a.w. memiliki rasa kasih sayang yang tinggi bahkan terhadap para hamba sahaya dan pembantu. Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau mengutus Wasifah untuk melakukan suatu pekerjaan, namun ia tidak segera melakukannya, kemudian beliau berkata: “Seandainya aku tidak takut balasan qisas, maka aku akan menghukummu dengan kayu siwak ini.”
Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau adalah rahmat yang dihadiahkan kepada umat manusia. Apakah hanya dengan kayu siwak anda ingin menghukum, dan apakah benar anda tidak berani melakuka kerana engkau takut hukuman balasan? Salawat dan salam semoga selalu tercurahkan kepadamu wahai Rasulullah s.a.w..
Diriwayatkan oleh Abū Dhar al-Ghifārī r.a.:
سَابَبْتُ رَجُلًا فَعَيَّرْتُهُ بِأُمِّهِ فَقَالَ لِي
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ
أَعَيَّرْتَهُ بِأُمِّهِ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ إِخْوَانُكُمْ
خَوَلُكُمْ جَعَلَهُمْ اللَّهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ فَمَنْ كَانَ أَخُوهُ
تَحْتَ يَدِهِ فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا يَأْكُلُ وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا
يَلْبَسُ وَلَا تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ
فَأَعِينُوهُمْ
Maksudnya: “Suatu ketika, aku mencela dan mencaci seseorang, aku
mengejek dan mencemoohnya dengan menyebut kejelekan ibunya, kemudian
baginda Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku: ‘Wahai Abū Dhar, apakah kamu
mengejek dan mencemoohnya? Sungguh, di dalam diri kamu masih terdapat
ciri-ciri Jahiliah. Mereka, saudara-saudarmu adalah pembantumu dan
mereka merupakan sebuah pemberian dari Allah s.w.t. yang Dia jadikan
berada di bawah kekuasaanmu. Maka sesiapa yang memiliki saudara yang
berada dibawah kekuasaannya, maka hendaklah ia memberinya makan seperti
apa yang ia makan dan memberinya pakaian seperti yang ia pakai.
Janganlah kalian membebani mereka dengan hal-hal yang diluar kemampuan
mereka. Dan jika kalian memberikan beban suatu pekerjaan kepada mereka,
maka bantulah mereka di dalam menunaikan pekerjaan tersebut.” Terdapat riwayat lain yang berbunyi:
خَرَجَ أَبَو ذَرٍّ الْغِفَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ وَعَلَى غُلَامِهِ حُلَّةٌ مثل حُلَّتِهِ فَسُئِلَ عَنْ
ذَلِكَ فَقَالَ, سَمِعْتُ رسولَ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُوْلُ, هُمْ إِخْوَانُكُمْ وَخَوَلُكُمْ جَعَلَهُمْ اللَّهُ تَحْتَ
أَيْدِيكُمْ فَمَنْ كَانَ أَخُوهُ تَحْتَ يَدِهِ فَلْيُطْعِمْهُ مِمَّا
يَأْكُلُ وَلْيُلْبِسْهُ مِمَّا يَلْبَسُ وَلَا تُكَلِّفُوهُمْ مِنَ
الْعَمَلِ مَا يَغْلِبُهُمْ فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ
Maksudnya: “Suatu ketika Abū Dhar pergi keluar bersama dengan
hamba sahayanya, waktu itu hamba sahaya tersebut mengenakan pakaian yang
sama dengan pakaian yang dikenakan oleh Abū Dhar, kemudian ia ditanya
tentang hal tersebut. ia berkata: ‘Suatu ketika aku mencela dan mencaci
seseorang, kemudian ia mengadukan hal tersebut kepada Rasulullah s.a.w.
dan beliau berkata kepadaku: Wahai Abū Dhar, apakah kamu mengejek dan
mencemoohnya? Sungguh, di dalam diri kamu masih terdapat ciri-ciri
Jahiliah. Mereka, saudara-saudarmu adalah pembantumu dan mereka
merupakan sebuah pemberian dari Allah s.w.t. yang Dia jadikan berada di
bawah kekuasaanmu. Maka sesiapa yang memiliki saudara yang berada
dibawah kekuasaannya, maka hendaklah ia memberinya makan seperti apa
yang ia makan dan memberinya pakaian seperti yang ia pakai. Janganlah
kalian membebani mereka dengan hal-hal yang diluar kemampuan mereka. Dan
jika kalian memberikan beban suatu pekerjaan kepada mereka, maka
bantulah mereka di dalam menunaikan pekerjaan tersebut.” Pada khutbah terkahir baginda Rasulullah s.a.w., Beliau memberikan sebuah wasiat tentang para pembantu dan para hamba sahaya:
فَمَا أَحْبَبْتُمْ فَأَمْسِكُوْا وَمَا كَرِهْتُمْ فَبِيعُوا
وَلَا تُعَذِّبُوا خَلْقَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَإِنَّ اللهَ
مَلَّكَكُمْ إِيَّاهُمْ وَلَوْ شَاءَ لَمَلَّكَهُمْ إِيَّاكُمْ
Maksudnya: “Di antara para hamba sahaya ada yang kalian senangi,
maka peganglah mereka, adapun di antara mereka yang tidak kalian
senangi, maka juallah. Janganlah kalian menyiksa makhluk Allah s.w.t.
kerana sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan mereka sebagai milik
kalian. Seandainya Allah s.w.t. berkehendak, maka Dia akan menjadikan
keadaan berbalik, iaitu kalian menjadi milik mereka.”[21] Bahkan rahmat dan kasih sayang baginda Rasulullah s.a.w. tidak hanya terbatas pada manusia sahaja, akan tetapi mencakup pada haiwan. Sering sekali beliau memberikan wasiat kepada para sahabat agar berlaku halus dan lembut terhadap haiwan. Seperti sabda beliau:
لَعَنَ اللَّهُ مَنْ مَثَّلَ بِالْحَيَوَانِ
Maksudnya: “Allah s.w.t. melaknat orang yang menyiksa dan mengudung haiwan.”[22]
أَمَا بَلَغَكُمْ أَنِّي قَدْ لَعَنْتُ مَنْ وَسَمَ الْبَهِيمَةَ فِي وَجْهِهَا أَوْ ضَرَبَهَا فِي وَجْهِهَا
Maksudnya: “Tidakkah telah sampai kepada kalian bahwasannya aku
melaknat orang yang memberi tanda dengan besi panas atau memukul pada
muka haiwan.”[23] Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
إِذَا رَكِبْتُمْ هَذِهِ الدَّوَابَّ فَأَعْطُوْهَا حَقَّهَا فِي الْمَنَازِلِ وَلَا تَكُوْنُوْا عَلَيْهَا شَيَاطِيْنَ
Maksudnya: “Jika kalian menaiki haiwan-haiwan ini, maka
berikanlah haknya pada tempat-tempat istirahat, janganlah kalian seperti
syaitan atas haiwan-haiwan tersebut.”[24]Rasulullah s.a.w. juga melarang untuk mengebiri unta dan haiwan-haiwan yang lain serta melarang mengadu haiwan.[25]
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً
Maksudnya: “Takutlah kalian kepada Allah s.w.t. dalam hal
haiwan-haiwan yang tidak mampu berbicara ini, naikilah tatkala dalam
keadaan baik dan sihat, makanlah dagingnya tatkala dalam keadaan sihat
dan gemuk.”Rasulullah s.a.w. bersabda:
دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
Maksudnya: “Seorang perempuan masuk neraka kerana seekor kucing,
ia mengikat kucing tersebut, lalu ia tidak memberi makan dan tidak pula
membiarkannya memakan serangga dan haiwan yang merugikan.” [26]Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَا مِنْ إِنْسَانٍ قَتَلَ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا
بِغَيْرِ حَقِّهَا إِلَّا سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا قِيلَ
يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا حَقُّهَا قَالَ يَذْبَحُهَا فَيَأْكُلُهَا وَلَا
يَقْطَعُ رَأْسَهَا يَرْمِي بِهَا
Maksudnya: “Tiada seorang pun yang membunuh seekor burung atau
seekor haiwan yang nilainya lebih tinggi daripada burung, tanpa
memperhatikan hak-haknya kecuali Allah s.w.t. akan meminta peertanggung
jawabannya atas hal tersebut. lalu dikatakan kepada beiau, “Apakah
hak-haknya tersebut wahai Rasulullah?” Beliau berkata, “Hak-haknya
adalah menyembelihnya lalu memakannya, tidak boleh memotong kepalanya
digunakan untuk melempar.”[27] Rahmat dan kasih sayang Beliau terhadap haiwan tidak hanya sebatas pada ucapan sahaja, akan tetapi memang sudah menjadi akhlak mulia yang selalu Beliau jaga. Bagaimana tidak, kerana Beliau (semoga salawat dan salam selalu tercurahkan kepadanya) adalah panutan dan teladan bagi sekalian alam.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Beliau sedang memakan kurma basah dengan menggunakan tangan kanan dan Beliau gunakan tangan kiri untuk menyimpan biji-biji kurma. Kemudian ada seekor kambing yang lewat, dan Beliau memberikan isyarat kepada kambing tersebut untuk memakan biji-bijian yang berada di dalam genggaman tangan kirinya tersebut. Nampaklah sebuah pemandangan, Beliau makan menggunakan tangan kanan dan seekor kambing memakan biji-bijian kurma yang terdapat pada telapak tangan kirinya, sehingga beliau selesai makan dan kambing pun pergi.
Baginda Rasulullah s.a.w. memakan daging burung yang berhasil ditangkap, namun Beliau tidak ingin memburu dan menangkap burung sendiri. Akan tetapi Beliau senang jika ada seseorang yang berburu burung untuk beliau. Jika ada burung buruan yang dihadiahkan kepadanya, maka akan Beliau makan. Namun jika tidak, maka Beliau tidak ingin berburu dan menangkap burung.
Diriwayatkan bahawa pada suatu waktu Rasulullah s.a.w. keluar, kemudian Beliau bertemu dengan Abū Bakar r.a dan ‘Umar r.a.. Beliau bertanya kepada mereka berdua: “Apa yang membuat kalian berdua keluar pada waktu ini?” mereka berdua menjawab: “Yang membuat kami berdua keluar adalah rasa lapar.” Beliau berkata: “Demi Zat Yang jiwaku berada di dalam genggamannya, aku juga keluar kerana sesuatu yang membuat kalian berdua keluar (maksudnya rasa lapar).”
Kemudian Beliau mengajak mereka berdua pergi ke rumah salah seorang sahabat Ansar. Namun ternyata orang yang dituju sedang tiada di rumah. Ketika isteri pemilik rumah melihat Rasulullah s.a.w. datang, ia berkata kepada beliau: “Selamat datang.” Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Di mana si Fulan?” si isteri menjawab: “Pergi mengambil air minum untuk kami.’
Tidak lama kemudian, orang yang dimaksudkan datang dan ia memandang kepada Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabat beliau seraya berkata: “Alhamdulillah, hari ini tiada seseorang yang kedatangan tamu yang mulia kecuali saya.” Kemudian ia mengajak Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabatnya menuju ke ladang miliknya. dan ia datang membawa setangkai buah kurma, ada yang belum matang dan ada yang sudah matang. Ia berkata: “Makanlah.” Kemudian ia mengambil sebuah pisau, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Janganlah kamu menyembelih haiwan yang mempunyai banyak susu.” Setekah itu ia menyembelih seekor kambing dan mereka pun memakan kambing tersebut dan juga setangkai buah kurma yang telah diambil.[28] Rasulullah s.a.w. melarangnya menyembelih kambing yang sedang banyak susu, kerana anak-anak kambing tersebut sangat memerlukan air susu induknya.
Dalam kitab al-Maghāzī, al Waqidī berkata bahawa ketika Rasulullah s.a.w. sedang dalam perjalanan dari Madinah menuju ke Makkah pada ‘Am al-Fath (tahun penguasaan Makkah oleh kaum Muslimin), di jalan Beliau melihat seekor anjing yang sedang menggonggong, sedangkan anak-anaknya meminum susunya. Kemudian Beliau memerintahkan salah seorang sahabat agar berdiri di dekat anjing tersebut dengan tujuan agar para tentera tidak mengganggu anjing itu dan juga mereka terhindar dari ancaman gigitan anjing.[29] Seandainya beliau tidak memiliki rasa belas kasihan terhadap haiwan, maka beliau tidak akan sampai memiliki perhatian seperti itu.
Pada suatu ketika Beliau sedang pergi bersama sebahagian sahabat, mereka melihat seekor burung kecil yang memiliki dua anak. Mereka mengambil kedua anak burung tersebut, induk anak burung tersebut pun datang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya. Ketika Rasulullah s.a.w. melihat hal tersebut maka Beliau berkata: “Siapa yang telah mengambil anak burung ini sehingga ia menjadi terganggu? Kembalikan anak burung itu kepada induknya.”[30]
Ini adalah di antara rasa belas kasihan Rasulullah s.a.w.. Ia yang telah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukakan kelembutan di dalam segala urusan.”[31]
[1] H. R. al-Bukhārī.
[2] Al-Qain adalah sama ertinya dengan al-Haddād (Tukang besi). Nama aslinya adalah al-Barrā’ bin Aus al-Ansarī.
[3] H. R. al-Bukhārī.
[4] H. R. al-Bukhārī.
[5] H. R. al-Bukhārī.
[6] Lihat Fath al-Mubdī, (1/255).
[7] Zād al-Ma‘ād, (1/26).
[8] Sīrah Ibn Hisyām, (2/281).
[9] Al-Sīrah li Ibn Hisyām, (4/43).
[10] Al-Sīrah li Ibn Hisyām, (4/130).
[11] Tārīkh al-Tabarī, (2/289).
[12] Ibid,
[13] H. R. Ahmad, (1/247).
[14] Sīrah Ibn Hisyām, (4/100).
[15] Lihat al-Ihyā’, (2/321).
[16] Al-Sīrah al-Halabiyyah, (3/377).
[17] Al-Sīrah al-Halabiyyah, (3/377).
[18] Fath al-Mubdī, (2/322).
[19] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/173).
[20] Sahīh Muslim, (15/71).
[21] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (2/195).
[22] Kanz al-Ummāl, (5/15).
[23] Ibid,
[24] Kanz al-Ummāl, (5/15).
[25] Ibid,
[26] Taisīr al-Wusūl, (2/52).
[27] Ibn Hazm dalam kitab al Muhallā, (7/295).
[28] Kanz al-Ummāl, (4/30).
[29] Al-Maghāzī karya al-Waqidī.
[30] Taisīr al-Wusūl, (2/52).
[31] Fath al-Mubdī, (3/305).
Bekerja
Bekerja merupakan perilaku Islami yang sangat dianjurkan oleh
Rasulullah s.a.w.. Bahkan pekerjaan yang baik termasuk salah satu bentuk
pengabdian kepada Allah s.w.t. (Ibadah). Selain itu, Islam memberi
penghargaan yang tinggi kepada orang yang mau bekerja dan juga
memberinya pahala yang agung. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ajaran Islam mencakup akidah, syariah dan amal perbuatan (kerja). Kerananya ajaran Islam juga mengatur ranah amaliyah. Yang dimaksud dengan ranah amaliyah adalah segala bentuk ibadah dan ketaatan, termasuk semua kegiatan untuk mencari rezeki dan usaha untuk meningkatkan pengeluaran.
Atas dasar ini, Allah s.w.t. menempatkan kerja sebagai aktiviti ekonomi yang terpuji setelah aktiviti yang hanya bersifat ibadah sahaja. Dalam surah al-Jumu‘ah Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk menjalankan salat Jum‘at, dan setelah selesai Dia memerintahkan hamba-Nya untuk bekerja mencari rezeki dan fadal (karunia) dari Allah di atas bumi ini. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Jumu‘ah, 62: 9-10, yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan salat pada hari Jum‘at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (9) Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (10).”
Islam menganjurkan umatnya untuk bekerja. Pekerjaan apapun memerlukan kesabaran dan kegigihan. Dengan kata lain, apabila seseorang mau bekerja, maka dia dengan secara langsung telah melatih kesabaran, kegigihan, keterampilan, kepercayaan dan kepatuhannya kepada aturan. Melaui kerja juga, seseorang akan mengasah otaknya dan melatih kekuatan raganya. Menekuni suatu pekerjaan, apalagi jika dijalankan secara bersama akan membantu terbentuknya keperibadian yang positif pada jiwa manusia. Semangat kebersamaan, saling membantu dan tekad untuk mencapai tujuan maksimal akan tertanam dan tumbuh pada jiwa mereka. Kemajuan ilmu dan teknologi tidak akan pernah kita saksikan apabila semangat-semangat positif di atas tidak berfungsi secar optimal.
Di sisi lain, Islam sangat membenci sikap peemalas dan pengangguran. Islam menyedari bahawa dua hal ini sedikit demi sedikit akan mematikan kemampuan besar yang dimiliki manusia, bahkan dapat menimbulkan kerosakan dan kekacauan dalam kehidupan, termasuk dalam kehidupan bereagama.
Orang yang malas, menganggap pekerjaan sebagai aktiviti yang berat, sulit dan menyusahkan. Mereka tidak mau mengetahui bahawa di sebalik pekerjaan terdapat kebahagiaan dan kenikmatan. Bekerja adalah kewajiban manusia dalam hidup ini, dengan bekerja maka proses kehidupan akan berjalan dengan normal; ada yang memberi dan ada yang menerima.
Sejak masih budak kecil, Rasulullah s.a.w. sudah menekuni pekerjaan. Sehingga pada umur baligh, Beliau mempunyai pekerjaan menggembala kambing. Pada waktu diasuh oleh Halimah al-Sa‘diyyah, Beliau bersama saudara sesusuannya menggembalakan kambing di Banī Sa‘d. Begitu juga ketika di Makkah, Beliau menggembalakan kambing milik keluarganya dengan gaji dan upah tertentu. Pada masa-masa itu Beliau banyak menghabiskan waktu untuk menggembalakan kambing di luar bandar Makkah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Setiap Nabi pasti pernah menggembalakan kambing.” Para sahabat bertanya: “Apakah kamu juga menggembala kambing, wahai Rasul?” Rasul menjawab: “Ya. Saya juga menggembalakan kambing.”[1]
Pekerjaan lain yang pernah ditekuni oleh Rasulullah s.a.w. adalah berniaga. Beliau memulakan perniagaan ini sebelum Beliau menerima wahyu. Diriwayatkan bahawa Khadījah adalah seorang peniaga kaya yang terkenal. Untuk melangsungkan perniagaannya, Khadijah mengangkat seorang pekerja dengan upah tertentu. Pada suatu hari Khadījah mendengar ada seorang yang bernama Muhammad yang terkenal jujur dan berakhlak mulia. Dia tertarik untuk mempercayakan perniagaannya itu kepada Muhammad dan mengutus Beliau untuk berniaga ke negeri Syam.
Pada waktu itu, Muhammad masih di bawah asuhan pamannya yang bernama Abū Tālib yang hidup dalam keadaan miskin dan menanggung banyak keluarga. Abū Tālib sangat berharap agar kemenakannya mempunyai pekerjaan yang dapat menghasilkan pendapatan yang lebih banyak daripada penghasilan menggembalakan kambing. Penghasilan ini tentunya untuk menyara keluarga yang ramai itu.
Suatu hari Abū Tāalib mendengar Khadījah sedang mencari seorang pekerja dari kaum Quraisy untuk menjalankan perniagaannya. Sebagaimana telah disebutkan di atas, Khadījah adalah seorang peniaga kaya dan terhormat. Untuk menjalankan perniagaannya, ia mengangkat seseorang sebagai pekerja dengan imbalan upah yang diambilkan dari hasil keuntungan niaga. Kekayaan Khadījah sangat banyak sekali. Dia telah dua kali berkahwin dengan orang kaya daripada Banī Makhzum, namun keduanya meninggal. Hal inilah yang menyebabkan dia termasuk orang terkaya di Makkah. Dia mengembangkan hartanya tersebut dengan bantuan ayahnya yang bernama Khuwailid dan juga saudara maranya. Khadījah sudah sering dilamar oleh pemuka Quraisy, namun dia menolak lamaran itu, kerana motifasi lamaran pemuka Quraisy tersebut adalah untuk menguasai harta. Akhirnya dia memutuskan untuk memfokuskan pengembangan hartanya dengan berniaga.
Ketika Aūu Tālib mengetahui bahawa Khadījah sedang mempersiapkan barang perniagaan untuk dibawa ke negeri Syam, dia memanggil kemenakannya yang pada waktu itu masih berumur dua puluh lima tahun dan berkata kepadanya: “Wahai putera saudaraku. Saya adalah orang yang tidak mempunyai harta. Kamu mengetahui bagaimana keadaan zaman yang menghimpit kita saat ini. Saya dengar Khadījah sedang mencari pekerja dengan imbalan dua anak unta. Namun saya kurang bersetuju apabila kamu hanya mendapat imbalan dua anak unta sahaja. Apakah kamu berkenan apabila saya mengutarakan hal ini kepadanya?”
Muhammad menjawab: “Terserah paman sahaja.” Kemudian Abū Tālib bertemu Khadījah dan bertanya kepadanya: “Wahai Khadījah, apakah kamu mau menggunakan Muhammad? Saya dengar kamu sedang mencari pekerja dengan imbalan dua ekor anak unta. Namun saya tidak bersetuju apabila Muhammad hanya diberi imbalan dua ekor anak unta. Mestinya dia mendapatkan imbalan empat ekor anak unta.”
Khadījah menjawab: “Kalau kamu meminta hal itu untuk kepentingan orang jauh (yang tidak saya kenal) dan tidak menyenangkan, saya akan melakukannya. Apalagi sekarang ini kamu meminta hal itu untuk orang tercinta dan sangat dekat (yang sudah saya kenal)?”
Kemudian Abū Tālib kembali menemui Muhammad dan menceritakan perbincangannya itu kepada Muhammad, dan ia berkata: “Ini adalah rezeki dari Allah yang dianugerahkan kepadamu.”
Kemudian Muhammad pergi ke negeri Syam membawa barang perniagaan bersama hamba sahaya Khadījah yang bernama Maisarah.
Dalam perjalanan itu, Muhammad merasakan susah dan berat. Setelah sampai di negeri Syam, Beliau langsung bekerja siang dan malam supaya mendapatkan keuntungan yang halal dan besar, baik untuk Khadījah dan juga untuk dirinya sendiri.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah merasa jijik dan risih melakukan pekerjaan yang nampaknya rendah. Pada waktu pasukan kafir Quraisy dan kaum Yahudi hendak menyerang Madinah, Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat untuk membuat parit di pinggiran bandar Madinah. Beliau juga ikut langsung bersama-sama kaum Muslimin yang lain dalam membuat parit ini. Dengan menggunakan cangkul, Beliau mengeruk tanah dan memindahkan ke tempat lain, sehingga kelihatan perut mulianya yang bersih dan putih. Kaum Muslimin mengerjakan pekerjaan ini dengan penuh suka cita dan dengan mendendangkan bait-bait sya‘ir.
Di antara mereka ada yang bernama Ju‘ail, kemudian Rasulullah merubah namanya menjadi ‘Amr. Kejadian ini memberi ilham kepada para sahabat untuk membuat satu bait sya‘ir yang berbunyi:
Jika kaum Muslimin melewati ‘Amr, Rasulullah dengan bersemangat berkata: ‘Amr. Dan apabila kaum Muslimin mengucapkan: “(Musuh akan) tersungkur.” Nabi membalas dengan semangat: “(Mereka akan) tersungkur.”
Waktu itu, Rasulullah juga sering malantunkan bait-bait sya‘ir yang digubah para sahabatnya, erti sya‘ir tersebut adalah:
“Tidak akan ada tekad kuat jika Engkau (Allah) tidak memberi petunjuk kepada kami, (Tanpa petunjukmu) Kami juga tidak akan bersedekah tidak pula menjalankan salat.
Kerananya kami memohon: turunkanlah ketenangan pada jiwa kami, dan kokohkanlah telapak kaki kami di saat musuh menemui kami.
Kelompok mereka menentang kami, di saat mereka ingin menyebarkan fitnah (kemusyrikan) kami menolaknya.”[2]
Rasulullah s.a.w. sangat tekun dengan pekerjaannya. Beliau melakukan kerja rumah secara persendirian. Kerja tersebut seperti memberi makan unta, menata rumah, memerah susu kambing, memperbaiki selipar, menjahit baju dan menolong pembantunya menumbuk biji-bijian.
Beliau juga tidak enggan membantu pekerjaan hamba sahaya yang ingin merdeka. Telah diceritakan bahawa dahulu Salmān al-Fārisī adalah seorang hamba sahaya milik salah seorang Yahudi di Madinah. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Buatlah perjanjian dengan tuanmu bahawa kamu akan merdeka apabila kamu menyetorkan sejumlah harta yang kalian sepakati!” Kemudian Salmān berjanji kepada tuannya untuk menanam tiga ratus pokok kurma dan akan menyetorkan uang sebanyak empat puluh ‘uqiyah[3] dengan balasan akan dimerdekakan.
Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: “Bantulah (Salmān) saudarmu!” Kemudian para sahabat membantu Salmān mengumpulkan tiga ratus pokok kurma. Setelah terkumpul, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Salmān, “Wahai Salmān, buatlah lubang-lubang di tanah untuk menanam benih kurma itu!” Setelah Salmān menyelesaikan pekerjaannya, dia melapor kepada Rasul. Kemudian Rasul bersama-sama dengan Salmān memulakan menanam bibit-bibit kurma tersebut satu persatu ke dalam lubang yang telah dipersiapkan oleh Salamān sehingga selesai.
Setelah selesai tugas menanam tiga ratus pokok kurma, Salmān masih mempunyai tugas membayar uang sebanyak empat puluh ‘uqiyah. Tidak lama kemudian Rasul datang kepadaku dengan membawa emas yang banyaknya sebesar telur ayam. Rasul berkata: “Apa yang sedang dilakukan oleh orang Persia yang hendak memerdekakan dirinya?” Kemudian Salmān dipanggil dan Beliau berkata kepadanya: “Wahai Salmān. Ambillah emas ini dan bayarlah tanggunganmu (hutangmu)!” Salmān menerima pemberian Rasul itu dengan senang hati dan mengambil seberat empat puluh ‘uqiyah untuk membayar tebusannya. Setelah ia menyerahkan tebusan itu kepada tuannya, dia terlepas dari perbudakan dan kemudian ikut perang Khandaq bersama Rasulullah s.a.w.. Setelah itu dia tidak pernah absen dari pertempuran melawan kaum kafir.[4]
Pada lain kesempatan datang seorang Ansar yang fakir kepada Rasul, dan meminta bantuan kepadanya. Kemudian Rasul bertanya kepadanya: “Apakah kamu mempunyai harta di rumah?” Orang itu menjawab: “Saya mempunyai kain, sebahagian saya gunakan untuk pakaian dan sebahagian lagi untuk alas. Saya juga mempunyai gelas untuk minum.” Rasul meminta untuk membawa kedua barang miliknya itu. Setelah kembali, Rasul berkata di hadapan banyak orang: “Siapa yang mau membeli dua barang ini?” Ada orang yang menawar dengan harga satu dirham. Rasul berkata lagi: “Siapa yang mau membeli dengan harga lebih dari satu dirham?” “Saya Rasul. Saya mau membeli dengan dua dirham” kata seseorang di antara mereka. Kemudian orang tersebut menyerahkan uang dua dirham itu kepada Nabi, setelah itu Nabi menyerahkannya kepada orang Ansar tersebut, sambil berkata: “Gunakan sebahagian uang ini untuk membeli makanan untuk keluargamu, dan sisanya belikan kampak, dan bawa kepadaku.” Setelah orang itu kembali dengan membawa kampak, Rasul mengikatkan dahan-dahan kayu untuknya dan berkata: “Pergi, carilah kayu bakar kemudian juallah. (Untuk sementara) saya tidak mau melihatmu selama lima belas hari ke hadapan.”
Orang Ansar tersebut melaksanakan petunjuk Rasul dengan sunguh-sungguh. Selama lima belas hari bekerja, dia mendapatkan uang sebanyak sepuluh dirham, sebahagian ia gunakan untuk membeli pakaian dan sebahagian yang lain untuk membeli makanan. Kemudian dia menghadap Rasul, dan Rasul berkata kepadanya: “(Apa yang kamu lakukan) ini lebih baik daripada kamu meminta-meminta, yang dapat menyebabkan timbulnya noktah-noktah hitam di wajahmu besok di hari kiamat. Meminta-minta hanya boleh dilakukan oleh orang yang sangat fakir dan tidak dapat apa-apa lagi atau orang yang terlilit hutang atau orang yang kebingungan kerana harus membayar tebusan (setelah ia dimaafkan oleh mangsa atau keluarga mangsa).[5]
Pada waktu lain, datang dua orang meminta sedekah kepada Rasul s.a.w.. Jika diperhatikan, kedua orang tersebut adalah orang yang gagah dan kuat. Melihat hal ini Rasulullah s.a.w. berkata: “Jika kalian mau saya akan memberi kalian. Namun (kalian harus tahu), orang kaya dan orang kuat yang masih sanggup bekerja tidak berhak mendapatkan sedekah.”
Dalam hadith ini Rasul menegaskan bahawa Beliau akan memberikan sedekah kepada merka berdua, apabila mereka menginginkannya dan Rasul tidak bertanggung jawab atas keadaan fisik dan ekonomi kedua orang itu yang sebenar. Jika mereka mengambil sedekah, padahal mereka adalah orang mampu, mereka harus menerima padahnya sendiri, dan Rasul sudah memberi tahu bahawa orang kaya dan orang kuat yang masih sanggup bekerja tidak berhak mendapatkan sedekah.
Selain keterangan di atas, masih banyak lagi hadith-hadith Nabi yang menyinggung masalah keutamaan bekerja, di antaranya adalah:
2. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dari semua keterangan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa bekerja adalah aktiviti yang sangat mulia. Dengan bekerja, kita menjaga kehormatan dan kemuliaan diri. Dengan bekerja kita dapat memenuhi keperluan kita sehari-hari tanpa harus mengorbankan harga diri dengan meminta-minta kepada orang lain.
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ
Maksudnya: “Setiap Muslim yang menanam benih atau tanaman kemudian dimakan oleh burung atau manusia, maka usahanya itu termasuk sedekah.” (H. R. Muslim dan Ahmad).Ajaran Islam mencakup akidah, syariah dan amal perbuatan (kerja). Kerananya ajaran Islam juga mengatur ranah amaliyah. Yang dimaksud dengan ranah amaliyah adalah segala bentuk ibadah dan ketaatan, termasuk semua kegiatan untuk mencari rezeki dan usaha untuk meningkatkan pengeluaran.
Atas dasar ini, Allah s.w.t. menempatkan kerja sebagai aktiviti ekonomi yang terpuji setelah aktiviti yang hanya bersifat ibadah sahaja. Dalam surah al-Jumu‘ah Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk menjalankan salat Jum‘at, dan setelah selesai Dia memerintahkan hamba-Nya untuk bekerja mencari rezeki dan fadal (karunia) dari Allah di atas bumi ini. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Jumu‘ah, 62: 9-10, yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan salat pada hari Jum‘at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (9) Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (10).”
Islam menganjurkan umatnya untuk bekerja. Pekerjaan apapun memerlukan kesabaran dan kegigihan. Dengan kata lain, apabila seseorang mau bekerja, maka dia dengan secara langsung telah melatih kesabaran, kegigihan, keterampilan, kepercayaan dan kepatuhannya kepada aturan. Melaui kerja juga, seseorang akan mengasah otaknya dan melatih kekuatan raganya. Menekuni suatu pekerjaan, apalagi jika dijalankan secara bersama akan membantu terbentuknya keperibadian yang positif pada jiwa manusia. Semangat kebersamaan, saling membantu dan tekad untuk mencapai tujuan maksimal akan tertanam dan tumbuh pada jiwa mereka. Kemajuan ilmu dan teknologi tidak akan pernah kita saksikan apabila semangat-semangat positif di atas tidak berfungsi secar optimal.
Di sisi lain, Islam sangat membenci sikap peemalas dan pengangguran. Islam menyedari bahawa dua hal ini sedikit demi sedikit akan mematikan kemampuan besar yang dimiliki manusia, bahkan dapat menimbulkan kerosakan dan kekacauan dalam kehidupan, termasuk dalam kehidupan bereagama.
Orang yang malas, menganggap pekerjaan sebagai aktiviti yang berat, sulit dan menyusahkan. Mereka tidak mau mengetahui bahawa di sebalik pekerjaan terdapat kebahagiaan dan kenikmatan. Bekerja adalah kewajiban manusia dalam hidup ini, dengan bekerja maka proses kehidupan akan berjalan dengan normal; ada yang memberi dan ada yang menerima.
Sikap Cinta Rasul terhadap Pekerjaan
Rasulullah s.a.w. sangat senang dengan aktiviti kerja. Hal ini tidak hanya dinyatakan sengan sabda dan anjurannya sahaja, namun lebih dari itu, Beliau juga secara langsung menekuni suatu pekerjaan. Ucapan, anjuran dan nasihat Beliau selalu disertai dengan tindakan nyata, sehingga Beliau menjadi teladan utama, baik dalam ucapan maupun perilakunya.Sejak masih budak kecil, Rasulullah s.a.w. sudah menekuni pekerjaan. Sehingga pada umur baligh, Beliau mempunyai pekerjaan menggembala kambing. Pada waktu diasuh oleh Halimah al-Sa‘diyyah, Beliau bersama saudara sesusuannya menggembalakan kambing di Banī Sa‘d. Begitu juga ketika di Makkah, Beliau menggembalakan kambing milik keluarganya dengan gaji dan upah tertentu. Pada masa-masa itu Beliau banyak menghabiskan waktu untuk menggembalakan kambing di luar bandar Makkah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Setiap Nabi pasti pernah menggembalakan kambing.” Para sahabat bertanya: “Apakah kamu juga menggembala kambing, wahai Rasul?” Rasul menjawab: “Ya. Saya juga menggembalakan kambing.”[1]
Pekerjaan lain yang pernah ditekuni oleh Rasulullah s.a.w. adalah berniaga. Beliau memulakan perniagaan ini sebelum Beliau menerima wahyu. Diriwayatkan bahawa Khadījah adalah seorang peniaga kaya yang terkenal. Untuk melangsungkan perniagaannya, Khadijah mengangkat seorang pekerja dengan upah tertentu. Pada suatu hari Khadījah mendengar ada seorang yang bernama Muhammad yang terkenal jujur dan berakhlak mulia. Dia tertarik untuk mempercayakan perniagaannya itu kepada Muhammad dan mengutus Beliau untuk berniaga ke negeri Syam.
Pada waktu itu, Muhammad masih di bawah asuhan pamannya yang bernama Abū Tālib yang hidup dalam keadaan miskin dan menanggung banyak keluarga. Abū Tālib sangat berharap agar kemenakannya mempunyai pekerjaan yang dapat menghasilkan pendapatan yang lebih banyak daripada penghasilan menggembalakan kambing. Penghasilan ini tentunya untuk menyara keluarga yang ramai itu.
Suatu hari Abū Tāalib mendengar Khadījah sedang mencari seorang pekerja dari kaum Quraisy untuk menjalankan perniagaannya. Sebagaimana telah disebutkan di atas, Khadījah adalah seorang peniaga kaya dan terhormat. Untuk menjalankan perniagaannya, ia mengangkat seseorang sebagai pekerja dengan imbalan upah yang diambilkan dari hasil keuntungan niaga. Kekayaan Khadījah sangat banyak sekali. Dia telah dua kali berkahwin dengan orang kaya daripada Banī Makhzum, namun keduanya meninggal. Hal inilah yang menyebabkan dia termasuk orang terkaya di Makkah. Dia mengembangkan hartanya tersebut dengan bantuan ayahnya yang bernama Khuwailid dan juga saudara maranya. Khadījah sudah sering dilamar oleh pemuka Quraisy, namun dia menolak lamaran itu, kerana motifasi lamaran pemuka Quraisy tersebut adalah untuk menguasai harta. Akhirnya dia memutuskan untuk memfokuskan pengembangan hartanya dengan berniaga.
Ketika Aūu Tālib mengetahui bahawa Khadījah sedang mempersiapkan barang perniagaan untuk dibawa ke negeri Syam, dia memanggil kemenakannya yang pada waktu itu masih berumur dua puluh lima tahun dan berkata kepadanya: “Wahai putera saudaraku. Saya adalah orang yang tidak mempunyai harta. Kamu mengetahui bagaimana keadaan zaman yang menghimpit kita saat ini. Saya dengar Khadījah sedang mencari pekerja dengan imbalan dua anak unta. Namun saya kurang bersetuju apabila kamu hanya mendapat imbalan dua anak unta sahaja. Apakah kamu berkenan apabila saya mengutarakan hal ini kepadanya?”
Muhammad menjawab: “Terserah paman sahaja.” Kemudian Abū Tālib bertemu Khadījah dan bertanya kepadanya: “Wahai Khadījah, apakah kamu mau menggunakan Muhammad? Saya dengar kamu sedang mencari pekerja dengan imbalan dua ekor anak unta. Namun saya tidak bersetuju apabila Muhammad hanya diberi imbalan dua ekor anak unta. Mestinya dia mendapatkan imbalan empat ekor anak unta.”
Khadījah menjawab: “Kalau kamu meminta hal itu untuk kepentingan orang jauh (yang tidak saya kenal) dan tidak menyenangkan, saya akan melakukannya. Apalagi sekarang ini kamu meminta hal itu untuk orang tercinta dan sangat dekat (yang sudah saya kenal)?”
Kemudian Abū Tālib kembali menemui Muhammad dan menceritakan perbincangannya itu kepada Muhammad, dan ia berkata: “Ini adalah rezeki dari Allah yang dianugerahkan kepadamu.”
Kemudian Muhammad pergi ke negeri Syam membawa barang perniagaan bersama hamba sahaya Khadījah yang bernama Maisarah.
Dalam perjalanan itu, Muhammad merasakan susah dan berat. Setelah sampai di negeri Syam, Beliau langsung bekerja siang dan malam supaya mendapatkan keuntungan yang halal dan besar, baik untuk Khadījah dan juga untuk dirinya sendiri.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah merasa jijik dan risih melakukan pekerjaan yang nampaknya rendah. Pada waktu pasukan kafir Quraisy dan kaum Yahudi hendak menyerang Madinah, Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat untuk membuat parit di pinggiran bandar Madinah. Beliau juga ikut langsung bersama-sama kaum Muslimin yang lain dalam membuat parit ini. Dengan menggunakan cangkul, Beliau mengeruk tanah dan memindahkan ke tempat lain, sehingga kelihatan perut mulianya yang bersih dan putih. Kaum Muslimin mengerjakan pekerjaan ini dengan penuh suka cita dan dengan mendendangkan bait-bait sya‘ir.
Di antara mereka ada yang bernama Ju‘ail, kemudian Rasulullah merubah namanya menjadi ‘Amr. Kejadian ini memberi ilham kepada para sahabat untuk membuat satu bait sya‘ir yang berbunyi:
سَمَّاهُ بَعْدَ جُعَيْل عَمْرو # وَكَانَ لِلْبَائِسِ يَوْمًا ظَهرًا
“Nabi merubah namanya dari Ju‘ail menjadi ‘Amr, pada suatu hari nanti, orang-orang celaka itu akan tersungkur.”Jika kaum Muslimin melewati ‘Amr, Rasulullah dengan bersemangat berkata: ‘Amr. Dan apabila kaum Muslimin mengucapkan: “(Musuh akan) tersungkur.” Nabi membalas dengan semangat: “(Mereka akan) tersungkur.”
Waktu itu, Rasulullah juga sering malantunkan bait-bait sya‘ir yang digubah para sahabatnya, erti sya‘ir tersebut adalah:
“Tidak akan ada tekad kuat jika Engkau (Allah) tidak memberi petunjuk kepada kami, (Tanpa petunjukmu) Kami juga tidak akan bersedekah tidak pula menjalankan salat.
Kerananya kami memohon: turunkanlah ketenangan pada jiwa kami, dan kokohkanlah telapak kaki kami di saat musuh menemui kami.
Kelompok mereka menentang kami, di saat mereka ingin menyebarkan fitnah (kemusyrikan) kami menolaknya.”[2]
Rasulullah s.a.w. sangat tekun dengan pekerjaannya. Beliau melakukan kerja rumah secara persendirian. Kerja tersebut seperti memberi makan unta, menata rumah, memerah susu kambing, memperbaiki selipar, menjahit baju dan menolong pembantunya menumbuk biji-bijian.
Beliau juga tidak enggan membantu pekerjaan hamba sahaya yang ingin merdeka. Telah diceritakan bahawa dahulu Salmān al-Fārisī adalah seorang hamba sahaya milik salah seorang Yahudi di Madinah. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Buatlah perjanjian dengan tuanmu bahawa kamu akan merdeka apabila kamu menyetorkan sejumlah harta yang kalian sepakati!” Kemudian Salmān berjanji kepada tuannya untuk menanam tiga ratus pokok kurma dan akan menyetorkan uang sebanyak empat puluh ‘uqiyah[3] dengan balasan akan dimerdekakan.
Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: “Bantulah (Salmān) saudarmu!” Kemudian para sahabat membantu Salmān mengumpulkan tiga ratus pokok kurma. Setelah terkumpul, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Salmān, “Wahai Salmān, buatlah lubang-lubang di tanah untuk menanam benih kurma itu!” Setelah Salmān menyelesaikan pekerjaannya, dia melapor kepada Rasul. Kemudian Rasul bersama-sama dengan Salmān memulakan menanam bibit-bibit kurma tersebut satu persatu ke dalam lubang yang telah dipersiapkan oleh Salamān sehingga selesai.
Setelah selesai tugas menanam tiga ratus pokok kurma, Salmān masih mempunyai tugas membayar uang sebanyak empat puluh ‘uqiyah. Tidak lama kemudian Rasul datang kepadaku dengan membawa emas yang banyaknya sebesar telur ayam. Rasul berkata: “Apa yang sedang dilakukan oleh orang Persia yang hendak memerdekakan dirinya?” Kemudian Salmān dipanggil dan Beliau berkata kepadanya: “Wahai Salmān. Ambillah emas ini dan bayarlah tanggunganmu (hutangmu)!” Salmān menerima pemberian Rasul itu dengan senang hati dan mengambil seberat empat puluh ‘uqiyah untuk membayar tebusannya. Setelah ia menyerahkan tebusan itu kepada tuannya, dia terlepas dari perbudakan dan kemudian ikut perang Khandaq bersama Rasulullah s.a.w.. Setelah itu dia tidak pernah absen dari pertempuran melawan kaum kafir.[4]
Pada lain kesempatan datang seorang Ansar yang fakir kepada Rasul, dan meminta bantuan kepadanya. Kemudian Rasul bertanya kepadanya: “Apakah kamu mempunyai harta di rumah?” Orang itu menjawab: “Saya mempunyai kain, sebahagian saya gunakan untuk pakaian dan sebahagian lagi untuk alas. Saya juga mempunyai gelas untuk minum.” Rasul meminta untuk membawa kedua barang miliknya itu. Setelah kembali, Rasul berkata di hadapan banyak orang: “Siapa yang mau membeli dua barang ini?” Ada orang yang menawar dengan harga satu dirham. Rasul berkata lagi: “Siapa yang mau membeli dengan harga lebih dari satu dirham?” “Saya Rasul. Saya mau membeli dengan dua dirham” kata seseorang di antara mereka. Kemudian orang tersebut menyerahkan uang dua dirham itu kepada Nabi, setelah itu Nabi menyerahkannya kepada orang Ansar tersebut, sambil berkata: “Gunakan sebahagian uang ini untuk membeli makanan untuk keluargamu, dan sisanya belikan kampak, dan bawa kepadaku.” Setelah orang itu kembali dengan membawa kampak, Rasul mengikatkan dahan-dahan kayu untuknya dan berkata: “Pergi, carilah kayu bakar kemudian juallah. (Untuk sementara) saya tidak mau melihatmu selama lima belas hari ke hadapan.”
Orang Ansar tersebut melaksanakan petunjuk Rasul dengan sunguh-sungguh. Selama lima belas hari bekerja, dia mendapatkan uang sebanyak sepuluh dirham, sebahagian ia gunakan untuk membeli pakaian dan sebahagian yang lain untuk membeli makanan. Kemudian dia menghadap Rasul, dan Rasul berkata kepadanya: “(Apa yang kamu lakukan) ini lebih baik daripada kamu meminta-meminta, yang dapat menyebabkan timbulnya noktah-noktah hitam di wajahmu besok di hari kiamat. Meminta-minta hanya boleh dilakukan oleh orang yang sangat fakir dan tidak dapat apa-apa lagi atau orang yang terlilit hutang atau orang yang kebingungan kerana harus membayar tebusan (setelah ia dimaafkan oleh mangsa atau keluarga mangsa).[5]
Pada waktu lain, datang dua orang meminta sedekah kepada Rasul s.a.w.. Jika diperhatikan, kedua orang tersebut adalah orang yang gagah dan kuat. Melihat hal ini Rasulullah s.a.w. berkata: “Jika kalian mau saya akan memberi kalian. Namun (kalian harus tahu), orang kaya dan orang kuat yang masih sanggup bekerja tidak berhak mendapatkan sedekah.”
Dalam hadith ini Rasul menegaskan bahawa Beliau akan memberikan sedekah kepada merka berdua, apabila mereka menginginkannya dan Rasul tidak bertanggung jawab atas keadaan fisik dan ekonomi kedua orang itu yang sebenar. Jika mereka mengambil sedekah, padahal mereka adalah orang mampu, mereka harus menerima padahnya sendiri, dan Rasul sudah memberi tahu bahawa orang kaya dan orang kuat yang masih sanggup bekerja tidak berhak mendapatkan sedekah.
Selain keterangan di atas, masih banyak lagi hadith-hadith Nabi yang menyinggung masalah keutamaan bekerja, di antaranya adalah:
- إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ
2. Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ حَبْلَهُ فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةِ
الْحَطَبِ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَبِيعَهَا فَيَكُفَّ اللَّهُ بِهَا وَجْهَهُ
خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ أَعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوهُ
Maksudnya: “Kalau kalian mau mengambil seutas tali kemudian
menggunakannya untuk mengikat kayu bakar, menggendongya di atas pungung
kemudian menjualnya dan kamu jatuh tersungkur adalah lebih baik daripada
kalian meminta-minta kepada orang lain, yang ada kalanya dia memberi
atau tidak.”Dari semua keterangan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa bekerja adalah aktiviti yang sangat mulia. Dengan bekerja, kita menjaga kehormatan dan kemuliaan diri. Dengan bekerja kita dapat memenuhi keperluan kita sehari-hari tanpa harus mengorbankan harga diri dengan meminta-minta kepada orang lain.
Dipublikasi di Bekerja
Tag bekerja, bekerja dari rumah, bekerja di australia, bekerja online
Meninggalkan komentar
Menjaga Kehormatan Diri
Rasulullah s.a.w. memerintahkan umatnya untuk selalu menjaga kehormatan diri (‘Iffah). Dalam sebuah sabdanya, Beliau berkata:
Berkata sahabat Hakīm bin Hizām r.a.: “Saya pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., dan Beliau memberikannya kepadaku. Kemudian saya meminta kembali yang kedua kali, dan Beliau juga mengabulkan permintaanku itu. Setelah itu Beliau berkata kepadaku:
Yang dimaksud dengan hadith di atas adalah setiap harta yang didapat dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama tidak akan mendapat keberkahan. Hal itu seperti harta yang diambil dari seseorang, sedangkan orang tersebut merasa berat untuk memberikan harta tersebut.
Lebih khusus lagi, yang dimaksud dengan al-‘Iffah adalah sikap yang dapat menjaga seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa, baik yang dapat dilakukan oleh tangan, lisan atau kemasyhurannya. Lebih dari itu, dengan sikap al-‘Iffah ini seseorang akan berusaha meninggalkan hal-hal yang sebenarnya dibolehkan untuknya, namun kerana untuk melindungi diri dari hal-hal yang tidak pantas, maka ia rela untuk meninggalkannya.
Baginda Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan sikap al-‘Iffah kerana dengan sikap ini seorang Muslim dapat menjaga kehormatan dan kemuliaan dirinya.
Sikap al-‘Iffah ini sangat penting bagi keperibadian seseorang, sehingga Allah s.w.t menyebutkan kata “al-‘Iffah” dan kata yang berasal dari kata asasnya berulang-ulang di berbagai tempat dalam al-Qur’an. menyebutkan kata ini lebih dari satu kali dalam al-Qur’an, bukan hanya sekedar sebagai pengulangan, namun menyebutkannya dalam berbagai tempat juga disertai dengan kandungan bentuk sikap al-‘Iffah dalam kehidupan manusia. Bentuk macam sikap al-‘Iffah tersebut antara lain sebagai berikut:
Pertama: Berkahwin dan Menjaga Faraj dari Melakukan Hal-hal yang Haram
Hal ini telah disinggung oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nūr, 24: 33, yang ertinya: “Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)-nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya.”
Terdapat empat hal yang menjadi perhatian al-Qurtubī[2] ketika menafsirkan ayat ini:
Dalam ayat yang kita bahas ini terdapat perintah untuk bersungguh-sungguh dalam menjaga kehormatan dan kemuliaan diri bagi orang yang tidak dapat melaksanakan perkahwinan kerana terdapat masalah seperti tidak mempunyai biaya.
Dalam al-Qur’an, ayat ini berada setelah rangakian susunan ayat yang menerangkan tentang perintah untuk melindungi diri dari fitnah dan maksiat, iaitu ayat yang menerangkan tentang ghad al-basar (menahan pandangan). Selain itu ayat sebelumnya juga menjelaskan tentang perintah untuk berkahwin supaya kehormatan dan hati seseorang terlindungi, dan juga perintah untuk menahan diri dari dorongan hawa nafsu, bersabar sehingga sampai waktunya untuk berkahwin.[5]
Permasalahan lain yang mempunyai hubung kait dengan masalah melindungi faraj dari berzinah adalah permasalahan perempuan yang sukakan menghias diri, dan memperlihatkan bagian tubuh yang dapat menimbulkan syahwat. Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk selalu melindungi diri dan selalu taat kepada-Nya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nūr, 24: 60, yang ertinya: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Adapun wanita tua yang tiada gairah lagi untuk kahwin, dibolehkan membuka bagian-bagian tubuh tertentu yang tidak termasuk aurat bagi orang seumur dia. Adapun bagian-bagian tubuh lainnya yang termasuk aurat tidak boleh diperlihatkan.[6]
Penjelasan di atas berusaha membahas dengan singkat masalah perintah untuk berkahwin dan menjaga faraj dari perbuatan-perbuatan nista. Al-Qur’an menganjurkan dalam hal ini dengan anjuran yang sangat menarik, begitu juga dengan sabda-sabda Rasulullah s.a.w.. Di antara sabda Rasul yang sangat masyhur dalam masalah ini adalah anjuran Beliau kepada para pemuda untuk menghias diri dengan tingkah laku yang baik dan menjaga diri dari perbuatan-perbuatan dosa.
Kedua: Amanah dan Hati Bersih
Sifat amanah atau dapat dipercaya merupakan di antara sifat al-‘Iffah, begitu juga bersihnya hati dari rasa hasad terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Dengan mengembangkan dua sifat ini dalam diri maka kehormatan dan kemuliaan seseorang akan terus meningkat.
Dalam al-Qur’an, Allah s.w.t. melarang hamba-Nya yang beriman menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama. Allah s.w.t. berfirman dalam al-Nisā’, 4: 6, yang ertinya: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”
Ayat ini diturunkan berkaitan dengan masalah yang menimpa Thābit bin Rifā‘ah dan pamannya. Di saat Rifā‘ah meninggal, anaknya yang bernama Thābit masih kecil. Kemudian Thābit diasuh oleh pamannya. Pada suatu hari paman Thābit menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasul. Anak saudaraku ditinggal mati ayahnya dan dia masih kecil (yatim). Sekarang ia menjadi tanggung jawabku. Bagian hartanya yang manakah yang halal bagiku, dan kapankah saya menyerahkan harta itu kepadanya?” Kemudian Allah menurunkan ayat di atas.[7]
Untuk menguji kepandaian anak yatim, sebahagian ulama menganjurkan kepada wali yang bertanggung jawab atasnya untuk memperhatikan perilakunya dan memperhatikan keinginan-keinginannya, sehingga si wali merasa bahawa anak tersebut memang sudah pandai dan dapat mengambil keputusan secara persendirian dalam mengatur diri dan mengelola hartanya dengan baik.
Jika ada tanda-tanda bahawa anak tersebut sudah mampu mengurus hartanya sendiri, maka wali yang bertanggung jawab mengasuhnya boleh memberikan sebahagian harta milik anak tersebut untuk dibelanjakan sendiri. Jika dalam mengelola harta, anak tersebut terlihat sudah pandai, maka wali sudah semestinya menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut. Sikap seperti ini merupakan di antara sikap al-‘Iffah, menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.
Namun apabila dalam masa uji coba, anak tersebut masih belum mampu mengelola sebahagian harta yang diberikan, maka wali harus menjaga hartanya tersebut.[8]
Erti kata “nikāh” dalam firman Allah s.w.t., “hattā idhā balaghū al-nikāh” (حَتَى إذَا بَلَغُوا النِّكَاحِ) adalah masa baligh. Kesimpulan ini didasarkan pada firman Allah yang lain: “wa idhā balagha al-atfāl minkum al-huluma” (حَتَى إذَا بَلَغَ الأطْفَالُ مِنْكُمْ الْحُلُمَ). Erti kata al-hulum di sini adalah masa baligh dan saat untuk berkahwin.
Terdapat tiga tanda seseorang telah mencapai umur baligh, baik tanda-tanda itu untuk lelaki maupun perempuan: [1] Mimpi basah; [2] Tumbuhnya rambut di sekitar faraj; [3] Sudah mencapai umur tertentu. Selain itu terdapat dua tanda yang khusus dimiliki oleh kaum wanita, iaitu haid dan hamil. Ulama bersepakat bahawa apabila seorang wanita telah mengalami salah satu dari dua hal itu, maka dia telah mencapai umur baligh, sehingga dia sudah berkewajiban menjalankan kewajiban-kewajiban agama.
Batas umur baligh bagi kaum lelaki adalah ketika ia sudah mencapai umur lima belas tahun. Ketika ‘Abdullāh ibn ‘Umar ingin ikut serta dalam perang Khandāq, Rasul memberi izin kepadanya kerana dia sudah berumur lima belas tahun. Sedangkan ketika dia hendak ikut perang Uhud, Rasul tidak mengizinkannya, kerana dia masih berumur empat belas tahun.[9]
Sifat amanah dan hati bersih merupakan dua sifat mulia yang termasuk salah satu bentuk al-‘Iffah. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah s.w.t.: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”
Maksud dari ayat di atas adalah masa uji kemampuan minda anak yatim untuk membelanjakan hartanya dapat dicoba sebelum datang masa baligh, dan apabila anak tersebut terlihat mempunyai kemampuan mengatur harta dengan baik, maka wali harus menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut, meskipun dia belum sampai umur baligh.
Wali yang mengasuh anak yatim, boleh mengambil harta anak yatim tersebut sekedar untuk keperluan yang wajar. Dia tidak boleh berlebih-lebihan mengambil harta anak yatim dan juga tidak boleh mempunyai niat menghabiskan harta anak yatim dengan segera sebelum anak yatim tersebut sampai cukup umur baligh.
Dilihat dari sudut ekonomi, wali anak yatim ada dua macam; kaya dan fakir. Wali yang kaya harus menahan diri agar tidak mengambil harta anak yatim yang ia asuh. Cukup baginya harta yang sudah dianugerahkan Allah kepadanya. Dia harus mendahulukan rasa kasih sayang terhadap anak yatim dan menjaga hartanya dengan penuh tanggung jawab, dan apabila telah sampai waktu penyerahan harta, maka dia harus menyerahkan semua harta tersebut.
Adapun wali yang fakir, dia diperbolehkan mengambil sebagian harta anak yatim tersebut sebagai imbalan jasa secukupnya dan harus secara wajar.[10]
Ketiga: Tetap Menjaga Kehormatan Diri ketika Mencari Harta, Meskipun Sedang Dalam Keadaan Memerlukan
Keadaan ekonomi yang menghimpit, kadang-kadang mendorong seseorang untuk mencari makan dan harta dengan cara meminta kepada orang lain. Namun di antara mereka, terdapat orang yang tetap menjaga kehormatan dirinya dengan tidak meminta-minta. Orang yang seperti ini mendapatkan reda dan pahala dari Allah. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, 2: 273, yang ertinya: “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak.”
Yang dimaksudkan dengan al-Fuqarā’ dalam ayat ini adalah orang-orang fakir dari kaum Muhajirin baik yang berasal dari suku Quraisy atau yang lain. Namun secara umum ayat tersebut menerangkan tentang orang-orang fakir sepanjang masa. Orang-orang fakir Muhajirin dalam ayat ini disebut secara khusus kerana pada masa itu tiada orang fakir selain mereka. Mereka ini adalah yang dikenal dengan nama ahl al-Suffah, yang berjumlah empat ratus orang. Mereka berkumpul di masjid Nabawī dan meminta bantuan kepada Nabi s.a.w.. Mereka tidak mempunyai harta dan keluarga. Oleh karena iru Rasulullah menyediakan bilik khusus (suffah) di dalam masjid untuk mereka, sehingga mereka terkenal dengan sebutan ahl al-suffah.
Abū Dharr r.a. berkata: “Saya termasuk salah satu ahl al-Suffah. Jika sampai waktu petang, kami datang ke pintu rumah Rasulullah s.a.w.. Beliau menyuruh beberapa orang daripada kami (untuk melakukan sesuatu) dan orang tersebut pergi bersama satu orang lainnya. Akhirnya yang tersisa daripada kami tidak lebih dari sepuluh orang. Kemudian Rasul menyiapkan makan malam untuk kami, dan kami pun akhirnya makan malam bersama Beliau. Setelah kami selesai makan, Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Tidurlah kalian di masjidku’.”
Sahabat al-Barrā’ bin ‘Āzib r.a. menerangkan bahawa ayat: “walā tayammamu al-khabītha minhu tunfiqūn” (وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيْثَ مِنْهُ تُنْفِقُوْنَ) (al-Baqarah, 2: 267), diturunkan berkaitan dengan kaum Ansar yang penghasilannya berasal dari ladang kurma. Pada kebiasaannya mereka memberikan hadiah satu atau dua tangkai kurma dan menggantungkan di dinding masjid. Sementara itu Ahl al-Suffah adalah orang-orang yang tidak mempunyai makanan, jika perut mereka merasa lapar, mereka mendekati tangkai kurma tersebut dan memukul dengan tongkat sehingga kurma-kurma itu berjatuhan baik yang sudah masak atau yang belum. Setelah itu kemudian mereka memakannya. Pada suatu waktu ada orang yang tidak senang dengan kebiasaan baik ini, menggantungkan setangkai kurma yang jelek-jelek dan setangkai kurma lagi yang sudah retak-retak di dinding masjid. Kemudian Allah s.w.t menurunkan ayat: “Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (al-Baqarah, 2: 267).
Setelah ayat ini diturunkan, kami selalu memberikan kurma-kurma terbaik yang kami hasilkan. (H. R. al-Tirmidhī).
Sikap terpaksa lah yang mendorong ahl al-Suffah duduk dan berdiam di masjid dan makan dari pemberian orang lain. Namun setelah Allah s.w.t. memberikan anugerah kepada kaum Muslimin dengan banyaknya kemenangan yang dicapai, mereka tidak lagi bersikap seperti itu, bahkan di antara mereka ada yang menjadi amīr (menteri besar). Yang perlu diperhatikan di sini adalah, hal yang mendorong orang-orang fakir Muhajirin melakukan hal tersebut adalah kerana keadaan yang sudah sememangnya memaksa mereka untuk melakukan itu semua, sebagaimana diterangkan oleh Allah s.w.t.: “Alladhīna uhshirū fī sabīlillah” (الذِّيْنَ احْصِرُوْا فِي سَبِيْلِ اللهِ).
Ahl al-Suffah tidak mau meminta-minta kepada orang lain, mereka menggantungkan nasibnya kepada ketentuan Allah s.w.t.. Sikap mereka yang demikian ini menyebabkan banyak orang menyangka bahawa mereka adalah orang kaya. Kemiskinan tidak dapat diukur dengan pakaian yang dipakai seseorang. Oleh kerana itu, orang yang terbiasa memakai pakaian cantik boleh diberikan bahagian zakat padanya apabila ia termasuk kelompok orang miskin. Dalam al-Qur’an Allah s.w.t. memerintahkan para sahabat untuk memberi bantuan kepada kaum Muhajirin yang tidak sakit dan tidak buta ketika mereka ikut perang bersama Rasulullah s.a.w..
Kerana mereka sibuk berjuang fi sabīlillah, maka tiada waktu baginya untuk bekerja mencari nafkah. Ada sebahagian ulama yang menegaskan bahawa orang-orang fakir yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah para ahl al-Suffah. Sehingga para sahabat lain yang mempunyai kelebihan makanan, memberikannya kepada mereka pada waktu petang.
Orang yang tidak mengetahui, menyangka bahawa Ahl al-Suffah tersebut adalah orang-orang kaya, kerana mereka tidak mau meminta-minta kepada orang lain. Namun orang yang memperhatikan mereka dengan teliti, akan melihat wajah mereka pucat dan mata mereka sayu. Meskipun keadaan mereka seperti itu, namun majoriti mereka tetap tidak mau meminta bantuan kepada orang lain, dan sebahagian lagi meminta bantuan orang lain namun dengan cara yang sopan dan tidak memaksa.
Sifat ‘Iffah yang dimiliki Rasulullah sangat lengkap dan sempurna. Beliau selalu menghindarkan diri daripada perbuatan-perbuatan tercela kerana Allah s.w.t. telah melindunginya dari perbutan tersebut sejak Beliau masih kecil lagi. Beliau tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan tercela, sehingga selama hidupnya tangan Beliau tidak pernah menyentuh seorang wanita selain isteri, mahram atau hamba sahaya Beliau.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan-tindakan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah kecuali dua kali, dan semua itu tidak jadi saya lakukan, kerana Allah menghalangiku dari melakukan keinginan tersebut. Setelah itu saya sama sekali tidak pernah mempunyai keinginan jahat sehingga dianugerahkan kepada saya sebuah risalah oleh Allah s.w.t.. (Dua kejadian itu adalah) pada suatu malam saya berkata kepada seorang Quraisy yang bersama menggembalakan kambing denganku di (bukit-bukit) Makkah, ‘Saya harap kamu mau memperhatikan kambingku, sehingga saya masuk kota Makkah, sampai saya mengikat kambing-kambing itu seperti yang biasa dilakukan oleh para pemuda?’ Orang tersebut menyetujuhi permintaanku. Kemudian saya melangkahkan kaki dan sesampainya saya di rumah pertama penduduk Makkah saya mendengar ada suara jamuan perkahwinan (yang dimeriahkan) dengan gendang dan seruling. Saya bertanya kepada penduduk: ‘Ada apakah ini?’ Mereka menjawab: ‘Fulan bin Fulan berkahwin dengan Fulanah binti Fulan.’ Kemudian saya duduk dan melihat mereka, namun Allah s.w.t. menghilangkan fungsi telingaku, sehingga akhirnya saya tertidur. Ketika saya bangun, matahari sudah mulai nampak. Kemudian saya datang kepada kawanku dan dia bertanya kepadaku: ‘Apa yang kamu lakukan semalam?’ saya menjawab: ‘Saya tidak melakukan apa-apa’, kemudian saya menceritakan semua yang terjadi kepadanya.
Pada waktu malam yang lain, saya mengatakan hal yang sama kepada kawanku itu, dan dia juga menyetujuhinya. Ketika saya memasuki kota Makkah saya mendengar suara seperti apa yang pernah saya dengar dahulu. Lalu saya duduk, namun Allah menghilangkan fungsi telingaku sehingga akhirnya saya tertidur, dan ketika bangun matahari sudah nampak. Saya kembali menemui kawanku dan menceritakan kejadian tersebut kepadanya. Setelah kejadian itu saya tidak pernah mempunyai keinginan jahat sehingga Allah memuliakanku dengan risalah-Nya.”[11]
Untuk menegaskan pentingnya sikap ‘Iffah ini, Rasulullah s.a.w. menyeru kepada umatnya untuk selalu menahan pandangan (ghadd al-Basar) dan melarang mereka berlepak di tepi jalan, kerana boleh jadi ada wanita yang enggan melalui jalan tersebut kerana malu dilihat oleh lelaki atau takut aurat dan perhiasan peribadinya terlihat secara tidak sengaja oleh orang-orang yang sedang berlepak di tepi jalan. Namun apabila berrehat di tepi jalan tidak dapat ditinggalkan, mereka harus menjaga akhlak dan menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak terpuji, di antaranya adalah dengan menahan pandangan (ghadd al-Basar). Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian duduk berlepak di tepi jalan. Namun apabila kalian tetap duduk di tepi jalan hendaknya kalian menahan pandangan, menjawab salam, memberi petunjuk kepada orang yang tersesat dan menolong orang yang lemah.”[12]
Petunjuk Rasulullah dalam hal menahan pandangan mata sebagaimana disebutkan di atas merupakan kelanjutan daripada aturan Allah s.w.t. dalam hal larangan melihat hal-hal yang diharamkan, sebagaimana tertulis dalam al-Qur’an: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara farajnya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara faraj mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (31) (al-Nūr, 24: 30-31).
Yang dimaksud dengan kata al-Zīnah dalam ayat di atas adalah segala sesuatu yang digunakan oleh wanita untuk berhias. Perhiasan lahiriyah seperti pakaian, tidak dilarang memperlihatkannya kepada orang lain apabila masih dalam batas-batas yang diperbolehkan syariah. Adapun perhiasan seperti gelang tangan dan kaki, selempang dan anting-anting tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain.
Jika kita teliti dan perhatikan, yang disebutkan dalam ayat di atas adalah perhiasan, bukan tempat di mana perhiasan itu berada. Hal ini dimaksudkan untuk memberi penekanan akan pentingnya menutup aurat secara rapat. Sebagaimana diketahui bersama, perhiasan-perhiasan tersebut adalah dimaksudkan untuk menghias bahagian-bahagian tubuh tertentu wanita yang tidak boleh dilihat oleh selain mahramnya, iaitu tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga.
Di sisi lain terdapat juga bahagian-bahagian tubuh wanita yang boleh diperlihatkan kepada orang lain, iaitu bahagian-bahagian tubuh luar yang apabila dipaksa untuk ditutupi maka kaum wanita akan mengalami kesulitan, iaitu telapak tangan, wajah dan telapak kaki. Telapak tangan adalah bahagian tubuh yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan sehari-hari, seperti mengambil atau membuang sesuatu. Begitu juga dengan muka, apabila ditutup maka wanita akan mengalami kesulitan ketika berjalan, menjadi saksi atau dalam persidangan. Begitu juga halnya dengan telapak kaki.
Ayat di atas juga menerangkan bahawa bahagian tubuh sekitar dada wanita adalah aurat, Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan kaum wanita untuk menutupnya.
Setelah ayat di atas melarang wanita memperlihatkan al-Zīnah, kemudian ayat tersebut menerangkan orang-orang yang boleh melihat al-Zīnah tersebut. Di antaranya adalah wanita-wanita yang merupakan kawan, pembantu atau hamba sahaya, pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Ayat di atas juga menerangkan larangan menghentakkan kaki ke tanah dengan tujuan supaya orang di sekitarnya mendengar suara gelang kaki (keroncong) yang dipakainya, sehingga ia menjadi objek perhatian.[13]
Rasulullah s.a.w. selalu menjaga kata-kata yang keluar dari lisannya. Meskipun sedang dalam keadaan marah atau terhadap musuh, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengeluarkan kata-kata kotor, umpatan atau cercaan.
Suatu ketika setelah Fath al-Makkah (pembebasan Makkah), Rasulullah bersama dengan Abū Bakar dan dua putera Sa‘īd bin al-‘Ās pergi ke bandar Tā’if. Di tengah perjalanan, Abū Bakar melewati sebuah kubur, kemudian dia bertanya: “Kubur siapakah ini?” Orang-orang menjawab: “Kubur Sa‘īd bin al-‘Ās”. Kemudian dengan nada marah Abū Bakar berkata: “Semoga Allah melaknat penghuni kubur ini. Dia telah memerangi Allah dan Rasul-Nya.”
Mendengar ucapan Abū Bakar ini, putera Sa‘īd yang bernama ‘Amr marah, dan mengadu kepada Rasulullah: “Wahai Rasul, ini adalah kubur orang yang lebih banyak memberi makan dan banyak menolong orang yang kesusahan daripada Abū Quhāfah (ayah Abū Bakar).” Abū Bakar juga mengadu kepada Rasul: “Wahai Rasul, dia tadi mengatakan hal serupa kepadaku.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada ‘Amr: “Cukup wahai ‘Amr.” ‘Amr pun menyingkir, sedangkan Rasulullah s.a.w. mendekati Abū Bakar dan berkata kepadanya: “Wahai Abū Bakar apabila kamu berbicara tentang orang kafir maka buatlah kalimat yang masih umum. Jika kamu menyebut seseorang secara khusus, maka anak-anaknya tentu akan marahkan kamu.” Setelah kejadian ini, umat Islam tidak pernah menjelekkan seorang kafir secara khusus.
Rasulullah s.a.w. juga melarang para sahabat mengumpat korban perang Badar daripada kalangan kaum musyrikin. Beliau berkata: “Janganlah kalian mengumpat mereka. Apa yang kamu katakan tidak akan berpengaruh bagi mereka, bahkan kalian akan menyakiti hati orang-orang yang masih hidup. Ketahuilah kekejian adalah sesuatu yang hina.”
Di saat Rasulullah s.a.w. melewati kaum Thāqif, salah seorang sahabat berkata kepadanya: “Wahai Rasul. Doakanlah mereka agar mendapatkan laknat.” Kemudian Rasul berdoa: “Ya Allah berikanlah hidayah kepada kaum Thāqif dan datangkanlah hidayah itu kepada mereka.” [14]
Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan doa serupa ketika Beliau diminta untuk melaknat kaum Dus.
Suatu hari ada seorang dari kampung yang diberi nasihat oleh Rasul. Isi nasihat tersebut adalah: “Bertakwalah kamu kepada Allah. Jika ada seseorang membuka aibmu yang memang dia mengetahuinya, janganlah kamu membalas membuka aibnya yang kamu mengetahuinya itu. Dosanya akan ditanggung sendiri dan kamu akan mendapatkan pahala. Dan janganlah sekali-kali kamu mengumpat.”
Setelah perang Uhud selesai, sebahagian sahabat meminta Nabi untuk melaknat orang-orang Quraisy, namun Rasul menjawab: “Sesungguhnya saya diutus dengan membawa kasih sayang, saya tidak diutus sebagai tukang melaknat. Ya Allah ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Beliau tidak pernah melaknat mereka, padahal mereka adalah musuhnya. Setiap diminta untuk mendoakan jelek pada seseorang, baik orang Muslim maupun kafir, Beliau selalu mendoakan orang tersebut agar mendapatkan kebaikan.
Di saat Beliau harus berdoa untuk kejelekan musuhnya, sebagaimana yang terjadi ketika perang Ahzāb, Beliau mengucapkan: “Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab, yang sangat cepat pembalasan-Nya. Hancurkanlah musuh-musuh kami, hancurkanlah mereka dan porak-porandakanlah (barisan) mereka.”[15]
Seandainya bukan kerana pasukan musuh hendak menyerbu Madinah dan mengancam keberadaan masyarakat Muslim, maka Nabi tidak akan berdoa seperti itu.
Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam masalah menjaga kemuliaan diri, amanah, menjaga lisan, zuhud, adil dan lebih mengutamakan kepentingan orang lain. Hal ini nampak jelas pada setiap saat umat Islam memperoleh kemenangan dalam perang. Harta pampasan perang berada di tangan Beliau, namun Beliau tidak mengambil kecuali sebahagian kecil yang hanya cukup untuk memenuhi keperluannya dan keluarga. Pada suatu kesempatan Beliau pernah melihat unta cantik hasil daripada pampasan perang, namun Beliau berkata: “Harta pampasan perang ini tidak halal bagiku kecuali seperlima sahaja. Sedangkan sisanya dibahagikan kepada kalian.”
Beliau pernah diberi uang dinar, kemudian Beliau membagikan kepada masyarakat. Uang tersebut tidak dapat habis dibagi dalam satu hari, kerananya masih ada tersisa enam dinar, dan sisa itu ia titipkan kepada salah seorang isterinya. Pada malam hari, Beliau tidak dapat tidur sehingga datang waktu pagi dan Beliau membagikan uang yang masih tersisa. Setelah itu, Beliau berkata: “Sekarang saya merasa tenang.”
Hati Rasul s.a.w. sangat bersih, tangannya tidak pernah digunakan untuk melakukan perbuatan dosa. Beliau tidak pernah merasa bangga memiliki sesuatu yang tidak di miliki orang lain. Beliau bersabda: “Seandaiya saya mempunyai emas sebesar gunung Uhud, dan ada satu dinar yang berada di rumahku, saya tidak merasa senang dengan itu kecuali apabila satu dinar itu disisihkan untuk keperluan agama.”
Rasulullah selalu menganjurkan umatnya untuk menjaga kehormatan diri, supaya mereka dapat merasakan kebahagiaan baik di dunia maupun di akherat. Di antara sabda-sabda Beliau yang berkaitan dengan masalah ini adalah:
Maksudnya: “Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih utama daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta-minta)”.[16]
2. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Seandainya salah seorang di antara kalian mencari kayu bakar dan menggendongnya di atas punggung maka hal itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada seseorang, yang ada kalanya di beri ada kalanya ditolak.”[17]
3. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kaya bukanlah kerana banyaknya harta yang dimiliki, namun kaya (yang sebenar) adalah berlapang jiwa (menerima ketetapan Allah s.w.t.).”[18]
4. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa meminta-minta, sedangkan dia tidak dalam keadaan fakir, maka seakan dia memakan bara api.”[19]
5. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaknya kalian menanamkan sifat qana‘ah pada diri kalian. Kerana sesungguhnya qana‘ah adalah harta yang tidak akan pernah habis.”[20]
6. Ada beberapa orang dari kaum Ansar yang meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w.. Beliau memberikan kepada mereka apa yang mereka inginkan. Pada lain waktu orang-orang tersebut meminta kembali kepada Rasul, dan Rasul memberikan apa yang mereka inginkan, sehingga akhirnya Rasul kehabisan barang yang dapat diberikan kepada mereka. Kemudian Rasul berkata: “Saya tidak akan pernah menyembunyikan harta milikku dari kalian. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersikap ‘Iffah, maka Allah akan menolongnya untuk itu. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin mendapatkan perasaan cukup, Allah akan memberinya rasa cukup (dalam hatinya). Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersabar, Allah akan menolongnya untuk menjadi orang yang sabar. Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.”[21]
7. Rasulullah s.a.w. bersabda:
8. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukakan orang pemalu, penuh kasih sayang dan menjaga kehormatan diri. Allah membenci orang cabul, suka meminta-minta dan memaksa (ketika meminta-minta).”
9. Seorang dari kampung datang menghadap Rasul dan meminta nasihat kepadanya, “Wahai Rasul, berilah saya mauizah yang singkat!” Rasul bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ الْفَقِيرَ الْمُتَعَفِّفَ أَبَا الْعِيَالِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. senang dengan hamba-Nya
yang Mukmin dan fakir namun tetap menjaga kehormatan dirinya serta
menanggung nafkah keluarganya.”[1]Berkata sahabat Hakīm bin Hizām r.a.: “Saya pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w., dan Beliau memberikannya kepadaku. Kemudian saya meminta kembali yang kedua kali, dan Beliau juga mengabulkan permintaanku itu. Setelah itu Beliau berkata kepadaku:
يا حكيم إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ فَمَنْ
أَخَذَهُ بِسَخَاوَةِ نَفْسٍ بُورِكَ لَهُ فِيهِ وَمَنْ أَخَذَهُ
بِإِشْرَافِ نَفْسٍ لَمْ يُبَارَكْ لَهُ فِيهِ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا
يَشْبَعُ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Wahai Hakīm, sesungguhnya harta benda itu memang
indah dan nikmat (digambarkan oleh Rasul dengan hijau dan manis).
Sesiapa mengambilnya dengan hati yang lapang (tidak terlalu berobsesi
untuk menguaasainya) maka dia akan mendapatkan keberkahan harta
tersebut. Dan sesiapa mengambilnya dengan penuh berat hati (sangat
berobsesi mendapatkannya sehingga hatinya terasa sempit) maka dia tidak
akan mendapatkan keberkahan dengan harta itu, bahkan dia akan menjadi
seperti orang sedang makan yang tidak pernah kenyang. Tangan yang di
atas (orang yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah
(orang yang meminta). (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).Yang dimaksud dengan hadith di atas adalah setiap harta yang didapat dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama tidak akan mendapat keberkahan. Hal itu seperti harta yang diambil dari seseorang, sedangkan orang tersebut merasa berat untuk memberikan harta tersebut.
Apa itu al-‘Iffah?
Al-‘Iffah 9menjaga kehormatan diri) adalah salah satu akhlak yang mulia. Jika seorang hamba menghias dirinya dengan akhlak ini maka dia akan dicintakan oleh Allah s.w.t. dan juga disayangi oleh ramai orang.Lebih khusus lagi, yang dimaksud dengan al-‘Iffah adalah sikap yang dapat menjaga seseorang dari melakukan perbuatan-perbuatan dosa, baik yang dapat dilakukan oleh tangan, lisan atau kemasyhurannya. Lebih dari itu, dengan sikap al-‘Iffah ini seseorang akan berusaha meninggalkan hal-hal yang sebenarnya dibolehkan untuknya, namun kerana untuk melindungi diri dari hal-hal yang tidak pantas, maka ia rela untuk meninggalkannya.
Baginda Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan sikap al-‘Iffah kerana dengan sikap ini seorang Muslim dapat menjaga kehormatan dan kemuliaan dirinya.
Sikap al-‘Iffah ini sangat penting bagi keperibadian seseorang, sehingga Allah s.w.t menyebutkan kata “al-‘Iffah” dan kata yang berasal dari kata asasnya berulang-ulang di berbagai tempat dalam al-Qur’an. menyebutkan kata ini lebih dari satu kali dalam al-Qur’an, bukan hanya sekedar sebagai pengulangan, namun menyebutkannya dalam berbagai tempat juga disertai dengan kandungan bentuk sikap al-‘Iffah dalam kehidupan manusia. Bentuk macam sikap al-‘Iffah tersebut antara lain sebagai berikut:
Pertama: Berkahwin dan Menjaga Faraj dari Melakukan Hal-hal yang Haram
Hal ini telah disinggung oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nūr, 24: 33, yang ertinya: “Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)-nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya.”
Terdapat empat hal yang menjadi perhatian al-Qurtubī[2] ketika menafsirkan ayat ini:
- Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mempunyai kekuasaan penuh terhadap dirinya sendiri, bukan orang yang berada dalam kekuasaan orang lain, yang perbuatannya mesti disesuaikan dengan kehendak orang yang menguasainya, seperti al-Mahjūr dan (menurut salah satu pendapat) hamba sahaya.
- Yang dimaksudkan dengan kata walyasta‘fif (وَلْيَسْتَعْفِفْ) pada ayat di atas adalah berusaha supaya menjadi orang yang terhormat dan mulia. Dengan ayat ini Allah s.w.t. memerintahkan orang yang tidak dapat bekahwin kerana adanya halangan, supaya menjaga diri dan kehormatannya (al-‘Iffah). Kerana masalah yang seringa dihadapi oleh seseorang untuk melaksanakan perkahwinan adalah masalah biaya oleh sebab itu Allah s.w.t. berjanji akan memberikan kecukupan kepada orang yang mau menjaga kehormatan dirinya (dengan tidak melakukan perbuatan maksiat) dengan menganugerahkannya rezeki yang dapat digunakan untuk melaksanakan perkahwinan atau dengan mendapatkan isteri yang tidak menuntut mahar yang tinggi atau dengan kesenangannya terhadap wanita berkurang. Sahabat Abū Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga orang yang mendapat hak pertolongan dari Allah s.w.t.: [1] Orang yang berjihad fi sabīlillah, [2] Orang berkahwin dengan niat menjaga kehormatan diri [3] Hamba sahaya mukatab[3] yang ingin membayar (tanggungannya). (H. R. al-Nasā’ī).
- Yang dimaksudkan dengan kata al-nikāh dalam ayat lā yajidūna nikāhan (لا يَجِدُوْنَ نِكَاحًا), adalah keadaan seseorang yang tidak memiliki kekayaan untuk berkahwin, seperti untuk biaya mahar dan nafkah. Penafsiran seperti ini atas dasar pertimbangan susunan ayat yang terdapat setelahnya yang menyebutkan: “Hattā yugniyahumullāhu min fadlih (حَتَى يُغْنِيَهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ) (sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya)”. Ada sebahagian kalangan yang salah faham dengan ayat ini dan menyangka bahawa perintah untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan diri (al-Isti‘fāf) hanya ditujukan kepada orang yang tidak mempunyai biaya untuk menikah sahaja. Pendapat seperti ini adalah pendapat yang tidak tepat, kerana pada asasnya perintah al-Isti‘fāf ditujukan kepada semua orang yang mempunyai masalah untuk melaksanakan perkahwinan, apapun jenis masalah itu.
- Orang yang sanggup mengendalikan nafsu untuk tidak melakukan maksiat, dan mempunyai biaya untuk berkahwin. Orang seperti ini disunnahkan untuk segera melaksanakan perkahwinan. Namun apabila dia tidak mempunyai biaya maka dia harus berusaha sekuat tenaga untuk menjaga kehormatan diri, walaupun dengan cara berpuasa. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya puasa baginya (pemuda) adalah obat penawar”.[4] Adapun orang yang sering tergoda dengan ajakan hawa nafsunya, maka ia hendaknya berusaha sekuat tenaga untuk menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang terbaik di antara kalian adalah orang yang cergas dan mampu menjaga diri (dari melakukan dosa), di saat tidak mempunyai keluarga dan anak”.
Dalam ayat yang kita bahas ini terdapat perintah untuk bersungguh-sungguh dalam menjaga kehormatan dan kemuliaan diri bagi orang yang tidak dapat melaksanakan perkahwinan kerana terdapat masalah seperti tidak mempunyai biaya.
Dalam al-Qur’an, ayat ini berada setelah rangakian susunan ayat yang menerangkan tentang perintah untuk melindungi diri dari fitnah dan maksiat, iaitu ayat yang menerangkan tentang ghad al-basar (menahan pandangan). Selain itu ayat sebelumnya juga menjelaskan tentang perintah untuk berkahwin supaya kehormatan dan hati seseorang terlindungi, dan juga perintah untuk menahan diri dari dorongan hawa nafsu, bersabar sehingga sampai waktunya untuk berkahwin.[5]
Permasalahan lain yang mempunyai hubung kait dengan masalah melindungi faraj dari berzinah adalah permasalahan perempuan yang sukakan menghias diri, dan memperlihatkan bagian tubuh yang dapat menimbulkan syahwat. Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya untuk selalu melindungi diri dan selalu taat kepada-Nya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Nūr, 24: 60, yang ertinya: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Adapun wanita tua yang tiada gairah lagi untuk kahwin, dibolehkan membuka bagian-bagian tubuh tertentu yang tidak termasuk aurat bagi orang seumur dia. Adapun bagian-bagian tubuh lainnya yang termasuk aurat tidak boleh diperlihatkan.[6]
Penjelasan di atas berusaha membahas dengan singkat masalah perintah untuk berkahwin dan menjaga faraj dari perbuatan-perbuatan nista. Al-Qur’an menganjurkan dalam hal ini dengan anjuran yang sangat menarik, begitu juga dengan sabda-sabda Rasulullah s.a.w.. Di antara sabda Rasul yang sangat masyhur dalam masalah ini adalah anjuran Beliau kepada para pemuda untuk menghias diri dengan tingkah laku yang baik dan menjaga diri dari perbuatan-perbuatan dosa.
Kedua: Amanah dan Hati Bersih
Sifat amanah atau dapat dipercaya merupakan di antara sifat al-‘Iffah, begitu juga bersihnya hati dari rasa hasad terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Dengan mengembangkan dua sifat ini dalam diri maka kehormatan dan kemuliaan seseorang akan terus meningkat.
Dalam al-Qur’an, Allah s.w.t. melarang hamba-Nya yang beriman menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama. Allah s.w.t. berfirman dalam al-Nisā’, 4: 6, yang ertinya: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”
Ayat ini diturunkan berkaitan dengan masalah yang menimpa Thābit bin Rifā‘ah dan pamannya. Di saat Rifā‘ah meninggal, anaknya yang bernama Thābit masih kecil. Kemudian Thābit diasuh oleh pamannya. Pada suatu hari paman Thābit menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasul. Anak saudaraku ditinggal mati ayahnya dan dia masih kecil (yatim). Sekarang ia menjadi tanggung jawabku. Bagian hartanya yang manakah yang halal bagiku, dan kapankah saya menyerahkan harta itu kepadanya?” Kemudian Allah menurunkan ayat di atas.[7]
Untuk menguji kepandaian anak yatim, sebahagian ulama menganjurkan kepada wali yang bertanggung jawab atasnya untuk memperhatikan perilakunya dan memperhatikan keinginan-keinginannya, sehingga si wali merasa bahawa anak tersebut memang sudah pandai dan dapat mengambil keputusan secara persendirian dalam mengatur diri dan mengelola hartanya dengan baik.
Jika ada tanda-tanda bahawa anak tersebut sudah mampu mengurus hartanya sendiri, maka wali yang bertanggung jawab mengasuhnya boleh memberikan sebahagian harta milik anak tersebut untuk dibelanjakan sendiri. Jika dalam mengelola harta, anak tersebut terlihat sudah pandai, maka wali sudah semestinya menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut. Sikap seperti ini merupakan di antara sikap al-‘Iffah, menjaga kehormatan dan kemuliaan diri.
Namun apabila dalam masa uji coba, anak tersebut masih belum mampu mengelola sebahagian harta yang diberikan, maka wali harus menjaga hartanya tersebut.[8]
Erti kata “nikāh” dalam firman Allah s.w.t., “hattā idhā balaghū al-nikāh” (حَتَى إذَا بَلَغُوا النِّكَاحِ) adalah masa baligh. Kesimpulan ini didasarkan pada firman Allah yang lain: “wa idhā balagha al-atfāl minkum al-huluma” (حَتَى إذَا بَلَغَ الأطْفَالُ مِنْكُمْ الْحُلُمَ). Erti kata al-hulum di sini adalah masa baligh dan saat untuk berkahwin.
Terdapat tiga tanda seseorang telah mencapai umur baligh, baik tanda-tanda itu untuk lelaki maupun perempuan: [1] Mimpi basah; [2] Tumbuhnya rambut di sekitar faraj; [3] Sudah mencapai umur tertentu. Selain itu terdapat dua tanda yang khusus dimiliki oleh kaum wanita, iaitu haid dan hamil. Ulama bersepakat bahawa apabila seorang wanita telah mengalami salah satu dari dua hal itu, maka dia telah mencapai umur baligh, sehingga dia sudah berkewajiban menjalankan kewajiban-kewajiban agama.
Batas umur baligh bagi kaum lelaki adalah ketika ia sudah mencapai umur lima belas tahun. Ketika ‘Abdullāh ibn ‘Umar ingin ikut serta dalam perang Khandāq, Rasul memberi izin kepadanya kerana dia sudah berumur lima belas tahun. Sedangkan ketika dia hendak ikut perang Uhud, Rasul tidak mengizinkannya, kerana dia masih berumur empat belas tahun.[9]
Sifat amanah dan hati bersih merupakan dua sifat mulia yang termasuk salah satu bentuk al-‘Iffah. Hal itu sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah s.w.t.: “Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu memakan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan sesiapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.”
Maksud dari ayat di atas adalah masa uji kemampuan minda anak yatim untuk membelanjakan hartanya dapat dicoba sebelum datang masa baligh, dan apabila anak tersebut terlihat mempunyai kemampuan mengatur harta dengan baik, maka wali harus menyerahkan semua harta milik anak yatim tersebut, meskipun dia belum sampai umur baligh.
Wali yang mengasuh anak yatim, boleh mengambil harta anak yatim tersebut sekedar untuk keperluan yang wajar. Dia tidak boleh berlebih-lebihan mengambil harta anak yatim dan juga tidak boleh mempunyai niat menghabiskan harta anak yatim dengan segera sebelum anak yatim tersebut sampai cukup umur baligh.
Dilihat dari sudut ekonomi, wali anak yatim ada dua macam; kaya dan fakir. Wali yang kaya harus menahan diri agar tidak mengambil harta anak yatim yang ia asuh. Cukup baginya harta yang sudah dianugerahkan Allah kepadanya. Dia harus mendahulukan rasa kasih sayang terhadap anak yatim dan menjaga hartanya dengan penuh tanggung jawab, dan apabila telah sampai waktu penyerahan harta, maka dia harus menyerahkan semua harta tersebut.
Adapun wali yang fakir, dia diperbolehkan mengambil sebagian harta anak yatim tersebut sebagai imbalan jasa secukupnya dan harus secara wajar.[10]
Ketiga: Tetap Menjaga Kehormatan Diri ketika Mencari Harta, Meskipun Sedang Dalam Keadaan Memerlukan
Keadaan ekonomi yang menghimpit, kadang-kadang mendorong seseorang untuk mencari makan dan harta dengan cara meminta kepada orang lain. Namun di antara mereka, terdapat orang yang tetap menjaga kehormatan dirinya dengan tidak meminta-minta. Orang yang seperti ini mendapatkan reda dan pahala dari Allah. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, 2: 273, yang ertinya: “(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak.”
Yang dimaksudkan dengan al-Fuqarā’ dalam ayat ini adalah orang-orang fakir dari kaum Muhajirin baik yang berasal dari suku Quraisy atau yang lain. Namun secara umum ayat tersebut menerangkan tentang orang-orang fakir sepanjang masa. Orang-orang fakir Muhajirin dalam ayat ini disebut secara khusus kerana pada masa itu tiada orang fakir selain mereka. Mereka ini adalah yang dikenal dengan nama ahl al-Suffah, yang berjumlah empat ratus orang. Mereka berkumpul di masjid Nabawī dan meminta bantuan kepada Nabi s.a.w.. Mereka tidak mempunyai harta dan keluarga. Oleh karena iru Rasulullah menyediakan bilik khusus (suffah) di dalam masjid untuk mereka, sehingga mereka terkenal dengan sebutan ahl al-suffah.
Abū Dharr r.a. berkata: “Saya termasuk salah satu ahl al-Suffah. Jika sampai waktu petang, kami datang ke pintu rumah Rasulullah s.a.w.. Beliau menyuruh beberapa orang daripada kami (untuk melakukan sesuatu) dan orang tersebut pergi bersama satu orang lainnya. Akhirnya yang tersisa daripada kami tidak lebih dari sepuluh orang. Kemudian Rasul menyiapkan makan malam untuk kami, dan kami pun akhirnya makan malam bersama Beliau. Setelah kami selesai makan, Rasulullah s.a.w. berkata: ‘Tidurlah kalian di masjidku’.”
Sahabat al-Barrā’ bin ‘Āzib r.a. menerangkan bahawa ayat: “walā tayammamu al-khabītha minhu tunfiqūn” (وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيْثَ مِنْهُ تُنْفِقُوْنَ) (al-Baqarah, 2: 267), diturunkan berkaitan dengan kaum Ansar yang penghasilannya berasal dari ladang kurma. Pada kebiasaannya mereka memberikan hadiah satu atau dua tangkai kurma dan menggantungkan di dinding masjid. Sementara itu Ahl al-Suffah adalah orang-orang yang tidak mempunyai makanan, jika perut mereka merasa lapar, mereka mendekati tangkai kurma tersebut dan memukul dengan tongkat sehingga kurma-kurma itu berjatuhan baik yang sudah masak atau yang belum. Setelah itu kemudian mereka memakannya. Pada suatu waktu ada orang yang tidak senang dengan kebiasaan baik ini, menggantungkan setangkai kurma yang jelek-jelek dan setangkai kurma lagi yang sudah retak-retak di dinding masjid. Kemudian Allah s.w.t menurunkan ayat: “Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (al-Baqarah, 2: 267).
Setelah ayat ini diturunkan, kami selalu memberikan kurma-kurma terbaik yang kami hasilkan. (H. R. al-Tirmidhī).
Sikap terpaksa lah yang mendorong ahl al-Suffah duduk dan berdiam di masjid dan makan dari pemberian orang lain. Namun setelah Allah s.w.t. memberikan anugerah kepada kaum Muslimin dengan banyaknya kemenangan yang dicapai, mereka tidak lagi bersikap seperti itu, bahkan di antara mereka ada yang menjadi amīr (menteri besar). Yang perlu diperhatikan di sini adalah, hal yang mendorong orang-orang fakir Muhajirin melakukan hal tersebut adalah kerana keadaan yang sudah sememangnya memaksa mereka untuk melakukan itu semua, sebagaimana diterangkan oleh Allah s.w.t.: “Alladhīna uhshirū fī sabīlillah” (الذِّيْنَ احْصِرُوْا فِي سَبِيْلِ اللهِ).
Ahl al-Suffah tidak mau meminta-minta kepada orang lain, mereka menggantungkan nasibnya kepada ketentuan Allah s.w.t.. Sikap mereka yang demikian ini menyebabkan banyak orang menyangka bahawa mereka adalah orang kaya. Kemiskinan tidak dapat diukur dengan pakaian yang dipakai seseorang. Oleh kerana itu, orang yang terbiasa memakai pakaian cantik boleh diberikan bahagian zakat padanya apabila ia termasuk kelompok orang miskin. Dalam al-Qur’an Allah s.w.t. memerintahkan para sahabat untuk memberi bantuan kepada kaum Muhajirin yang tidak sakit dan tidak buta ketika mereka ikut perang bersama Rasulullah s.a.w..
Kerana mereka sibuk berjuang fi sabīlillah, maka tiada waktu baginya untuk bekerja mencari nafkah. Ada sebahagian ulama yang menegaskan bahawa orang-orang fakir yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah para ahl al-Suffah. Sehingga para sahabat lain yang mempunyai kelebihan makanan, memberikannya kepada mereka pada waktu petang.
Orang yang tidak mengetahui, menyangka bahawa Ahl al-Suffah tersebut adalah orang-orang kaya, kerana mereka tidak mau meminta-minta kepada orang lain. Namun orang yang memperhatikan mereka dengan teliti, akan melihat wajah mereka pucat dan mata mereka sayu. Meskipun keadaan mereka seperti itu, namun majoriti mereka tetap tidak mau meminta bantuan kepada orang lain, dan sebahagian lagi meminta bantuan orang lain namun dengan cara yang sopan dan tidak memaksa.
Rasulullah SAW dan Sifat Al-‘Iffah
Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam melaksanakan sifat al-‘Iffah. Beliau selalu menjaga diri, menjaga tangan dan lisannya dari perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai. Dalam masalah menjaga kehormatan dan kemuliaan diri, Beliau berada pada tingkat tertinggi di antara semua manusia. Kerananya Beliau menjadi panutan utama dalam masalah perilaku dan akhlak mulia seperti adil, amanah, menerima ketetapan Allah, berani dan sifat lainnya.Sifat ‘Iffah yang dimiliki Rasulullah sangat lengkap dan sempurna. Beliau selalu menghindarkan diri daripada perbuatan-perbuatan tercela kerana Allah s.w.t. telah melindunginya dari perbutan tersebut sejak Beliau masih kecil lagi. Beliau tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan tercela, sehingga selama hidupnya tangan Beliau tidak pernah menyentuh seorang wanita selain isteri, mahram atau hamba sahaya Beliau.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya tidak pernah mempunyai keinginan untuk melakukan tindakan-tindakan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah kecuali dua kali, dan semua itu tidak jadi saya lakukan, kerana Allah menghalangiku dari melakukan keinginan tersebut. Setelah itu saya sama sekali tidak pernah mempunyai keinginan jahat sehingga dianugerahkan kepada saya sebuah risalah oleh Allah s.w.t.. (Dua kejadian itu adalah) pada suatu malam saya berkata kepada seorang Quraisy yang bersama menggembalakan kambing denganku di (bukit-bukit) Makkah, ‘Saya harap kamu mau memperhatikan kambingku, sehingga saya masuk kota Makkah, sampai saya mengikat kambing-kambing itu seperti yang biasa dilakukan oleh para pemuda?’ Orang tersebut menyetujuhi permintaanku. Kemudian saya melangkahkan kaki dan sesampainya saya di rumah pertama penduduk Makkah saya mendengar ada suara jamuan perkahwinan (yang dimeriahkan) dengan gendang dan seruling. Saya bertanya kepada penduduk: ‘Ada apakah ini?’ Mereka menjawab: ‘Fulan bin Fulan berkahwin dengan Fulanah binti Fulan.’ Kemudian saya duduk dan melihat mereka, namun Allah s.w.t. menghilangkan fungsi telingaku, sehingga akhirnya saya tertidur. Ketika saya bangun, matahari sudah mulai nampak. Kemudian saya datang kepada kawanku dan dia bertanya kepadaku: ‘Apa yang kamu lakukan semalam?’ saya menjawab: ‘Saya tidak melakukan apa-apa’, kemudian saya menceritakan semua yang terjadi kepadanya.
Pada waktu malam yang lain, saya mengatakan hal yang sama kepada kawanku itu, dan dia juga menyetujuhinya. Ketika saya memasuki kota Makkah saya mendengar suara seperti apa yang pernah saya dengar dahulu. Lalu saya duduk, namun Allah menghilangkan fungsi telingaku sehingga akhirnya saya tertidur, dan ketika bangun matahari sudah nampak. Saya kembali menemui kawanku dan menceritakan kejadian tersebut kepadanya. Setelah kejadian itu saya tidak pernah mempunyai keinginan jahat sehingga Allah memuliakanku dengan risalah-Nya.”[11]
Untuk menegaskan pentingnya sikap ‘Iffah ini, Rasulullah s.a.w. menyeru kepada umatnya untuk selalu menahan pandangan (ghadd al-Basar) dan melarang mereka berlepak di tepi jalan, kerana boleh jadi ada wanita yang enggan melalui jalan tersebut kerana malu dilihat oleh lelaki atau takut aurat dan perhiasan peribadinya terlihat secara tidak sengaja oleh orang-orang yang sedang berlepak di tepi jalan. Namun apabila berrehat di tepi jalan tidak dapat ditinggalkan, mereka harus menjaga akhlak dan menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak terpuji, di antaranya adalah dengan menahan pandangan (ghadd al-Basar). Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian duduk berlepak di tepi jalan. Namun apabila kalian tetap duduk di tepi jalan hendaknya kalian menahan pandangan, menjawab salam, memberi petunjuk kepada orang yang tersesat dan menolong orang yang lemah.”[12]
Petunjuk Rasulullah dalam hal menahan pandangan mata sebagaimana disebutkan di atas merupakan kelanjutan daripada aturan Allah s.w.t. dalam hal larangan melihat hal-hal yang diharamkan, sebagaimana tertulis dalam al-Qur’an: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara farajnya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (30) Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara faraj mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (31) (al-Nūr, 24: 30-31).
Yang dimaksud dengan kata al-Zīnah dalam ayat di atas adalah segala sesuatu yang digunakan oleh wanita untuk berhias. Perhiasan lahiriyah seperti pakaian, tidak dilarang memperlihatkannya kepada orang lain apabila masih dalam batas-batas yang diperbolehkan syariah. Adapun perhiasan seperti gelang tangan dan kaki, selempang dan anting-anting tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain.
Jika kita teliti dan perhatikan, yang disebutkan dalam ayat di atas adalah perhiasan, bukan tempat di mana perhiasan itu berada. Hal ini dimaksudkan untuk memberi penekanan akan pentingnya menutup aurat secara rapat. Sebagaimana diketahui bersama, perhiasan-perhiasan tersebut adalah dimaksudkan untuk menghias bahagian-bahagian tubuh tertentu wanita yang tidak boleh dilihat oleh selain mahramnya, iaitu tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga.
Di sisi lain terdapat juga bahagian-bahagian tubuh wanita yang boleh diperlihatkan kepada orang lain, iaitu bahagian-bahagian tubuh luar yang apabila dipaksa untuk ditutupi maka kaum wanita akan mengalami kesulitan, iaitu telapak tangan, wajah dan telapak kaki. Telapak tangan adalah bahagian tubuh yang mempunyai peranan penting dalam kehidupan sehari-hari, seperti mengambil atau membuang sesuatu. Begitu juga dengan muka, apabila ditutup maka wanita akan mengalami kesulitan ketika berjalan, menjadi saksi atau dalam persidangan. Begitu juga halnya dengan telapak kaki.
Ayat di atas juga menerangkan bahawa bahagian tubuh sekitar dada wanita adalah aurat, Oleh kerana itu Allah s.w.t. memerintahkan kaum wanita untuk menutupnya.
Setelah ayat di atas melarang wanita memperlihatkan al-Zīnah, kemudian ayat tersebut menerangkan orang-orang yang boleh melihat al-Zīnah tersebut. Di antaranya adalah wanita-wanita yang merupakan kawan, pembantu atau hamba sahaya, pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Ayat di atas juga menerangkan larangan menghentakkan kaki ke tanah dengan tujuan supaya orang di sekitarnya mendengar suara gelang kaki (keroncong) yang dipakainya, sehingga ia menjadi objek perhatian.[13]
Rasulullah s.a.w. selalu menjaga kata-kata yang keluar dari lisannya. Meskipun sedang dalam keadaan marah atau terhadap musuh, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengeluarkan kata-kata kotor, umpatan atau cercaan.
Suatu ketika setelah Fath al-Makkah (pembebasan Makkah), Rasulullah bersama dengan Abū Bakar dan dua putera Sa‘īd bin al-‘Ās pergi ke bandar Tā’if. Di tengah perjalanan, Abū Bakar melewati sebuah kubur, kemudian dia bertanya: “Kubur siapakah ini?” Orang-orang menjawab: “Kubur Sa‘īd bin al-‘Ās”. Kemudian dengan nada marah Abū Bakar berkata: “Semoga Allah melaknat penghuni kubur ini. Dia telah memerangi Allah dan Rasul-Nya.”
Mendengar ucapan Abū Bakar ini, putera Sa‘īd yang bernama ‘Amr marah, dan mengadu kepada Rasulullah: “Wahai Rasul, ini adalah kubur orang yang lebih banyak memberi makan dan banyak menolong orang yang kesusahan daripada Abū Quhāfah (ayah Abū Bakar).” Abū Bakar juga mengadu kepada Rasul: “Wahai Rasul, dia tadi mengatakan hal serupa kepadaku.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada ‘Amr: “Cukup wahai ‘Amr.” ‘Amr pun menyingkir, sedangkan Rasulullah s.a.w. mendekati Abū Bakar dan berkata kepadanya: “Wahai Abū Bakar apabila kamu berbicara tentang orang kafir maka buatlah kalimat yang masih umum. Jika kamu menyebut seseorang secara khusus, maka anak-anaknya tentu akan marahkan kamu.” Setelah kejadian ini, umat Islam tidak pernah menjelekkan seorang kafir secara khusus.
Rasulullah s.a.w. juga melarang para sahabat mengumpat korban perang Badar daripada kalangan kaum musyrikin. Beliau berkata: “Janganlah kalian mengumpat mereka. Apa yang kamu katakan tidak akan berpengaruh bagi mereka, bahkan kalian akan menyakiti hati orang-orang yang masih hidup. Ketahuilah kekejian adalah sesuatu yang hina.”
Di saat Rasulullah s.a.w. melewati kaum Thāqif, salah seorang sahabat berkata kepadanya: “Wahai Rasul. Doakanlah mereka agar mendapatkan laknat.” Kemudian Rasul berdoa: “Ya Allah berikanlah hidayah kepada kaum Thāqif dan datangkanlah hidayah itu kepada mereka.” [14]
Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan doa serupa ketika Beliau diminta untuk melaknat kaum Dus.
Suatu hari ada seorang dari kampung yang diberi nasihat oleh Rasul. Isi nasihat tersebut adalah: “Bertakwalah kamu kepada Allah. Jika ada seseorang membuka aibmu yang memang dia mengetahuinya, janganlah kamu membalas membuka aibnya yang kamu mengetahuinya itu. Dosanya akan ditanggung sendiri dan kamu akan mendapatkan pahala. Dan janganlah sekali-kali kamu mengumpat.”
Setelah perang Uhud selesai, sebahagian sahabat meminta Nabi untuk melaknat orang-orang Quraisy, namun Rasul menjawab: “Sesungguhnya saya diutus dengan membawa kasih sayang, saya tidak diutus sebagai tukang melaknat. Ya Allah ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Beliau tidak pernah melaknat mereka, padahal mereka adalah musuhnya. Setiap diminta untuk mendoakan jelek pada seseorang, baik orang Muslim maupun kafir, Beliau selalu mendoakan orang tersebut agar mendapatkan kebaikan.
Di saat Beliau harus berdoa untuk kejelekan musuhnya, sebagaimana yang terjadi ketika perang Ahzāb, Beliau mengucapkan: “Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab, yang sangat cepat pembalasan-Nya. Hancurkanlah musuh-musuh kami, hancurkanlah mereka dan porak-porandakanlah (barisan) mereka.”[15]
Seandainya bukan kerana pasukan musuh hendak menyerbu Madinah dan mengancam keberadaan masyarakat Muslim, maka Nabi tidak akan berdoa seperti itu.
Rasulullah s.a.w. adalah teladan utama dalam masalah menjaga kemuliaan diri, amanah, menjaga lisan, zuhud, adil dan lebih mengutamakan kepentingan orang lain. Hal ini nampak jelas pada setiap saat umat Islam memperoleh kemenangan dalam perang. Harta pampasan perang berada di tangan Beliau, namun Beliau tidak mengambil kecuali sebahagian kecil yang hanya cukup untuk memenuhi keperluannya dan keluarga. Pada suatu kesempatan Beliau pernah melihat unta cantik hasil daripada pampasan perang, namun Beliau berkata: “Harta pampasan perang ini tidak halal bagiku kecuali seperlima sahaja. Sedangkan sisanya dibahagikan kepada kalian.”
Beliau pernah diberi uang dinar, kemudian Beliau membagikan kepada masyarakat. Uang tersebut tidak dapat habis dibagi dalam satu hari, kerananya masih ada tersisa enam dinar, dan sisa itu ia titipkan kepada salah seorang isterinya. Pada malam hari, Beliau tidak dapat tidur sehingga datang waktu pagi dan Beliau membagikan uang yang masih tersisa. Setelah itu, Beliau berkata: “Sekarang saya merasa tenang.”
Hati Rasul s.a.w. sangat bersih, tangannya tidak pernah digunakan untuk melakukan perbuatan dosa. Beliau tidak pernah merasa bangga memiliki sesuatu yang tidak di miliki orang lain. Beliau bersabda: “Seandaiya saya mempunyai emas sebesar gunung Uhud, dan ada satu dinar yang berada di rumahku, saya tidak merasa senang dengan itu kecuali apabila satu dinar itu disisihkan untuk keperluan agama.”
Rasulullah selalu menganjurkan umatnya untuk menjaga kehormatan diri, supaya mereka dapat merasakan kebahagiaan baik di dunia maupun di akherat. Di antara sabda-sabda Beliau yang berkaitan dengan masalah ini adalah:
- Rasulullah s.a.w. bersabda:
الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih utama daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta-minta)”.[16]
2. Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَأَنْ يَحْتَطِبَ أَحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا فَيُعْطِيَهُ أَوْ يَمْنَعَهُ
Maksudnya: “Seandainya salah seorang di antara kalian mencari kayu bakar dan menggendongnya di atas punggung maka hal itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada seseorang, yang ada kalanya di beri ada kalanya ditolak.”[17]
3. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kaya bukanlah kerana banyaknya harta yang dimiliki, namun kaya (yang sebenar) adalah berlapang jiwa (menerima ketetapan Allah s.w.t.).”[18]
4. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa meminta-minta, sedangkan dia tidak dalam keadaan fakir, maka seakan dia memakan bara api.”[19]
5. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaknya kalian menanamkan sifat qana‘ah pada diri kalian. Kerana sesungguhnya qana‘ah adalah harta yang tidak akan pernah habis.”[20]
6. Ada beberapa orang dari kaum Ansar yang meminta sesuatu kepada Rasulullah s.a.w.. Beliau memberikan kepada mereka apa yang mereka inginkan. Pada lain waktu orang-orang tersebut meminta kembali kepada Rasul, dan Rasul memberikan apa yang mereka inginkan, sehingga akhirnya Rasul kehabisan barang yang dapat diberikan kepada mereka. Kemudian Rasul berkata: “Saya tidak akan pernah menyembunyikan harta milikku dari kalian. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersikap ‘Iffah, maka Allah akan menolongnya untuk itu. Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin mendapatkan perasaan cukup, Allah akan memberinya rasa cukup (dalam hatinya). Sesiapa (bersungguh-sungguh) ingin bersabar, Allah akan menolongnya untuk menjadi orang yang sabar. Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.”[21]
7. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ عَبْدَهُ الْمُؤْمِنَ الْفَقِيرَ الْمُتَعَفِّفَ أَبَا الْعِيَالِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukakan orang miskin yang tetap menjaga kehormatan dirinya dan menanggung nafkah keluarganya.”[22]8. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menyukakan orang pemalu, penuh kasih sayang dan menjaga kehormatan diri. Allah membenci orang cabul, suka meminta-minta dan memaksa (ketika meminta-minta).”
9. Seorang dari kampung datang menghadap Rasul dan meminta nasihat kepadanya, “Wahai Rasul, berilah saya mauizah yang singkat!” Rasul bersabda:
إِذَا قُمْتَ فِي صَلَاتِكَ فَصَلِّ صَلَاةَ مُوَدِّعٍ وَلَا
تَكَلَّمْ بِكَلَامٍ تَعْتَذِرُ مِنْهُ وَأَجْمِعْ الْيَأْسَ عَمَّا فِي
أَيْدِي النَّاسِ
Maksudnya: “Jika kamu menjalankan salat, maka lakukanlah dengan
tenang dan sempurna. Janganlah kamu mengatakan sesuatu yang dapat
membuatmu menyesal esok hari. Tumbuhkan keputusasaan (hilangkan obsesi
di hati kamu) untuk mendapatkan apa
[1] Kanz al-Ummāl, (1/80).
[2] Tafsīr al-Qurtubī, (12/161).
[3]
Hamba sahaya mukatab adalah, hamba sahaya yang membuat perjanjian
dengan tuan punya, apabila dia berhasil membayarkan uang sebanyak yang
disepakati maka ia akan menjadi orang merdeka (bebas).
[4] H. R. al-Bukhārī dan Muslim.
[5] Tafsīr al-Kasysyāf, (2/93).
[6] Al-Kasysyāf, (2/99)
[7] Al-Qurtubī, (5/24).
[8] Ibid,
[9] Hadith Ibn ‘Umar dalam Sahīh Muslim.
[10] Lihat Tafsīr al-Kasysyāf, (1/190).
[11] Tārīkh al-Tabarī, (1/196).
[12] Taisīr al-Wusūl, (2/263).
[13] Lihat Tafsīr al-Qurtubī, al-Kasysyāf dan Tafsīr Surah al-Nūr karya al-Maududī.
[14] Al-Sīrah karya Ibn Hisyam.
[15] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (2/264).
[16] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/246).
[17] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/250).
[18] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/251).
[19] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/373).
[20] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/94).
[21] Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/255).
[22] Kanz al-Ummāl, (2/80).
Zuhud
Dalam kitab Sahīh al-Bukhārī dan Sahīh Muslim
terdapat banyak hadith yang menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w merupakan
teladan utama dalam mempraktikan sifat zuhud dalam kehidupan ini.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah
r.a. disebutkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. memanjatkan
sebuah doa:
اَللّهُمَّ ارْزُقْ آلَ مُحَمَّد قُوْتًا
Maksudnya: “Ya Allah anugerahkan lah kecukupan (rezeki) kepada keluarga Muhammad.” (H. R. al-Bukhārī).
Imam al-Qurtubī menjelaskan bahawa dalam hadith ini Rasulullah s.a.w meminta kecukupan (rezeki) kepada Allah s.w.t.. Kata al-Qūt yang
terdapat pada akhir hadith tersebut mempunyai erti “bahan makanan yang
dapat mencukupi keperluan tubuh dan hal-hal lain yang dapat mencukupi
keperluan-keperluan asas yang lain”. Dengan doa seperti ini, secara
tidak langsung orang yang membacanya memohon untuk dilindungi daripada
godaan harta benda (kekayaan) dan cobaan kemiskinan.
Di antara keterangan yang menjelaskan sikap zuhud
keluarga Rasulullah s.a.w. adalah hadith yang diriwayatkan oleh sayidah
‘Ā’isyah r.a.. Hadith itu merupakan kesaksian ‘Ā’isyah sebagai salah
satu anggota keluarga terdekat yang sering mendampingi Rasulullah
s.a.w.. berkata ‘Ā’isyah: “Jika dalam satu hari keluarga Muhammad makan dua kali maka salah satunya hanya makan dengan kurma.” (H. R. al-Bukhārī).
Pada suatu hari ‘Ā’isyah pernah berbual dengan ‘Urwah bin Zubair, anak saudara perempuannya. Dia berkata kepada ‘Urwah: “Wahai
putera bibiku. Jika kita memperhatikan bulan demi bulan, maka dalam dua
bulan ini kita tidak pernah melihat ada api untuk memasak di rumah
Rasulullah s.a.w..”
‘Urwah pun terperanjat dan bertanya: “Wahai bibi. Kamu semua hidup dengan apa (makan apa)?” ‘Ā’isyah menjawab: “Dua
hal yang warnanya hitam: kurma dan air. Tetapi ada tetangga dari kaum
Ansar yang sukakan menghantar pemberian kepada kami. Mereka memberi
susu kepada Rasul dan kami pun minum susu tersebut.”[1]
Dalam sunan Ibn Majah terdapat hadith yang mengandungi dua
wasiat Rasulullah s.a.w yang sangat penting sekali dan sangat berhubung
kait dengan masalah zuhud yang sedang kita bahas ini.
Abū al-‘Abbās Sahl bin Sa‘d al-Sa‘idī r.a. menceritakan
bahawa pada suatu kesempatan terdapat seorang yang datang menghadap
Rasul untuk meminta nasihat: “Wahai Rasul. Beritahukan kepadaku
suatu perbuatan yang apabila aku melakukannya maka Allah akan
mencintakanku dan orang-orang juga mencintakanku.” Rasulullah s.a.w. menjawab:
ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّوكَ
Maksudnya: “Bersikap zuhudlah kamu (jauhkan hati dari
kesibukan memikirkan) terhadap dunia, Allah akan mencintakanmu. Dan
bersikap zuhudlah kamu (jauhkan hati dari kesibukan memikirkan) terhadap
hal-hal yang dimiliki orang lain maka orang-orang akan mencintakanmu.” (H. R. Ibn Mājah).
Hadith di atas mengandungi dua wasiat Rasulullah s.a.w. yang sangat berharga, iaitu:
Pertama, zuhud terhadap dunia. Dengan bersikap seperti ini maka seorang hamba akan dicintakan Allah s.w.t.
Kedua, zuhud terhadap hal-hal yang dimiliki orang lain.
Dengan bersikap seperti ini maka seseorang akan dicintakan oleh sesama
manusia.
Sebelum membahas lebih detail permasalahan ini, kita perlu
membahas erti zuhud terlebih dahulu. Kita dapat menemukan banyak
pendapat yang diajukan oleh ulama berkaitan dengan erti zuhud. Namun
daripada sekian banyak pendapat, terdapat beberapa pendapat yang sesuai
untuk dipaparkan di sini. Di antaranya adalah pendapat Abū Idīis
al-Khulanī yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal. Abū Idrīs
menegaskan bahawa zuhud terhadap dunia bukanlah dengan cara mengharamkan
yang halal atau dengan cara menyia-nyiakan harta. Maksud zuhud yang
sebenar adalah: ‘Jika dalam dirimu terdapat perasaan lebih percaya
terhadap apa yang dimiliki Allah daripada kemampuan yang terdapat pada
dirimu sendiri’. (penjelasannya adalah) Apabila kamu terkena
musibah maka muncul perasaan penuh harap terhadap pahala musibah
tersebut dalam dirimu dan tiada perasaan menyesal; andai kata musibah
itu tidak terjadi.
Keterangan di atas menekankan bahawa zuhud adalah pekerjaan
hati bukan pekerjaan lahiriyah. Oleh sebab itu, Abū Sulaimān al-Daranī
berkata: “Janganlah kalian mengatakan bahawa seseorang mempunyai sifat zuhud. Hal ini kerana zuhud hanya terdapat dalam hati.”
Ada tiga unsur asas pekerjaan hati yang dapat membentuk sifat zuhud ini, iaitu:
- Hendaknya kita memperbanyak untuk mengharap dan lebih percaya terhadap kekuasaan dan anugerah yang dimiliki Allah daripada kemampuan yang kita miliki sendiri. Sikap seperti ini dapat terbina apabila seseorang berkeyakinan dan berkeimanan bahawa hanya Allah lah yang akan menanggung semua rezeki hamba-hamba-Nya. Allah s.w.t berfirman dalam surah Hūd, 11: 6, yang ertinya: “Dan tiada suatu binatang melatapun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya.” Dan dalam surah al-Dhāriyāt, 51: 22, Allah juga berfirman yang ertinya: “Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.”
- jika seseorang mendapatkan musibah di dunia ini, seperti kehilangan harta atau anaknya meninggal dunia, hendaknya dia menjadikan musibah ini sebagai sarana (cara) untuk mendapatkan pahala daripada Allah s.w.t dan tidak menyesalkan atas mesibah yang menimpa tersebut. Sikap seperti ini hanya dapat dilakukan oleh seseorang yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang sangat kuat. Di sisi lain sikap seperti ini menunjukkan bahawa orang tersebut sudah memiliki sifat zuhud terhadap dunia.
Sahabat Ibn ‘Umar menceritakan bahawa salah satu doa yang sering dibacakan oleh Rasulullah s.a.w adalah:
اَللّهُمَّ أقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُوْلُ
بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيْكَ, وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِه
جَنَّتَكَ, وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَا تُهَوِّنْ بِه عَلَيْنَا مَصَائِبَ
الدُّنْيَا
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah kepada kami rasa takut
kepada-Mu yang dapat mencegah kami melakukan kemaksiatan kepada-Mu, dan
anugerahkanlah kepada kami ketaatan yang dapat menghantarkan kami menuju
surga-Mu, dan keyakinan yang dapat meringankan musibah-musibah dunia
(yang menimpa atas kami).”
- Hendaknya hati kita tetap tulus ketika menerima pujian atau hinaan di saat langkah kita berada di jalan yang benar. Sikap seperti ini merupakan indikator berkembangnya sifat zuhud di hati seseorang, dia tidak menganggap agung hal-hal yang bersifat duniawi. Ibn Mas‘ūd pernah berkata: “Keyakinan (yang sebenar) tidak dapat tumbuh apabila kamu mencoba untuk menyenangkan orang lain tetapi pada saat bersamaan membuat Allah murka.”
Imam al-Hasan al-Basrī menegaskan bahawa tanda-tanda orang
yang zuhud adalah jika dia melihat orang lain, maka dia akan berkata: “Dia lebih baik dariku.”[2]
Wāhib bin al-Ward berkata: “Zuhud terhadap dunia adalah
di saat kamu tidak merasa putus asa apabila terdapat dunia yang
terlepas darimu dan juga tidak merasa senang apabila terdapat dunia yang
datang kepadamu.”[3]
Imam al-Zuhrī pernah ditanya tentang siapakah orang yang zuhud? dan dia menjawab: “Iaitu
orang yang mempunyai kesabaran yang tidak dapat dikalahkan oleh hal
yang haram, dan rasa bersyukurnya tidak akan terganggu oleh hal-hal yang
halal.”
Imam Sufyān bin ‘Uyainah berkata: “Orang yang zuhud terhadap dunia adalah orang yang bersyukur apabila mendapat kenikmatan dan bersabar apabila tertimpa musibah.”
Al-Rabī’ah al-Ra’yu berkata: “Punca kezuhudan adalah mengumpulkan segala sesuatu dengan cara yang benar dan melepaskannya dengan cara yang benar pula.”
Imam Sufyān al-Thaurī berkata: “Zuhud terhadap dunia
dapat tercapai dengan cara memperpendek angan-angan. Ia tidak dapat
diperoleh dengan cara memakan makanan yang berlebihan dan memakai
pakaian yang berlebihhan.”
Sedangkan Imam Ahmad berkata: “Zuhud terhadap dunia adalah dengan cara memperpendek angan-angan dan tidak mengharapkan apa yang dimiliki orang lain.”
Ulama salaf membezakan zuhud menjadi tiga tingkatan:
- Zuhud terhadap kemusyrikan dan semua hal yang disembah selain Allah s.w.t..
- Zuhud terhadap hal-hal yang diharamkan oleh agama.
- Zuhud terhadap hal-hal yang dihalalkan oleh agama.
Tingkatan pertama dan kedua merupakan kewajiban bagi setiap Muslim, adapun tingkatan ketiga ia bukan merupakan kewajiban.[4]
Sebagaimana diceritakan oleh ‘Abdullāh bin al-Mubārak bahawa Ma‘lā bin Abī Mutī‘ berkata: “Zuhud
ada tiga macam: [1] berkata dan beramal dengan ikhlas hanya kerana
Allah s.w.t. bukan kerana motifasi-motifasi yang bersifat duniawi; [2]
Meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyibukkan diri dengan
hal-hal yang bermanfaat. [3] Meninggalkan hal-hal yang sebenarnya
dihalalkan. Yang terakhir ini hanyalah kesunahan.”
Ibrāhīm bin ‘Adam berkata: “Zuhud ada tiga macam: [1]
Zuhud wajib; [2] Zuhud keutamaan; [3] Zuhud keselamatan. Yang dimaksud
dengan zuhud wajib adalah zuhud terhadap keharaman. Zuhud keutamaan
adalah zuhud terhadap hal-hal yang sebenarnya dihalalkan dan zuhud
keselamatan adalah zuhud terhadap hal-hal yang syubhat.”
Imam Ahmad juga mempunyai pendapat yang sama. Menurutnya
zuhud ada tiga macam: [1] Meninggalkan keharaman. Ini merupakan
tingkatan zuhud orang awam; [2] Meninggalkan hal-hal halal yang melebihi
keperluan asas. Ini adalah tingkatan zuhud orang-orang istimewa (khawās);
[3] Meninggalkan semua hal yang dapat mengganggu untuk mengingat kepada
Allah. Ini adalah tingkatan zuhud orang yang sangat istimewa (al-‘Ārifīn).
Beberapa Motivasi Untuk Berlaku Zuhud
Ada banyak hal yang dapat menbina sifat zuhud dalam hati seseorang, di antaranya adalah:
- Memikirkan kehidupan akherat. Iaitu dengan merenungkan nasib di saat seseorang harus mempertanggungjawabkan amal perbuatannya di hari pembalasan di hadapan Allah s.w.t.. Jika seseorang mau memikirkan hal ini maka bujukan syaitan dan hawa nafsu akan reda, sehingga ia tidak akan tertarik lagi dengan kenikmatan-kenikmatan dunia yang sementara dan rosak ini. Pada sutau hari sahabat Harithah berkata di hadapan Rasul: “Pada esok ini saya benar-benar beriman.” Rasulullah berkata kepadanya: “Setiap orang yang beriman mempunyai bukti, apa bukti keimananmu?” Harithah menjawab: “Saya telah memalingkan diri daripada dunia. Batu dan mutiara, bagiku sama sahaja (tiada beza). Arasy Tuhan Yang Mengurusku seakan-akan terlihat olehku, penghuni surga yang sedang menikmati berbagai kenikmatan seakan-akan terlihat olehku, begitu juga dengan penghuni neraka yang sedang disiksa.” Rasulullah s.a.w berkata: “Wahai Harithah, kamu sudah mengetahui dengan benar, teruslah seperti itu!”
- Di antara hal yang dapat membina sifat zuhud di hati adalah menumbuhkan kesedaran bahawa kenikmatan dunia dapat memalingkan hati daripada mengingat Allah s.w.t., merendahkan derajat kita di hadapan-Nya dan juga dapat membuat lama kita berdiri menunggu di hari kiamat dalam mempertanggungjawabkan amal perbuatan kita. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Takāthur, 102: 8, yang ertinya: “Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
- Faktor yang lain adalah menumbuhkan kesedaran bahawa mencari dunia sangatlah melelahkan. Dunia banyak kekurangan dan cacatnya, lekas rosak dan cepat berpindah milik. Untuk mencarinya harus bertungkus lumus dengan kekejian dan kehinaan sehingga derajat kita di hadapan Allah s.w.t semakin rendah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau sahaja dunia ini menurut Allah mempunyai harga seperti sayap lalat, maka orang kafir tidak akan diberi minuman seteguk airpun.”[5]
- Menyedari bahawa dunia ini terlaknat (jauh dari rahmat Allah s.w.t.), sebagaimana keterangan dalam hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Abū Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Dunia ini terlaknat, dan yang ada di dalamnya juga terlaknat kecuali zikir kepada Allah s.w.t dan yang sejenisnya atau mengajar atau belajar.” Dalam riwayat yang lain disebutkan: “Kecuali pekerjaan yang ditujukan hanya untuk Allah s.w.t sahaja.” Hadith ini dapat diertikan bahawa semua yang terdapat di dunia ini jauh daripada Allah s.w.t kecuali ilmu yang bermanfaat yang dapat mendekatakan seseorang kepada Allah dan dapat memberi petunjuk kepada seseorang untuk lebih mengenal Allah s.w.t.. Pengecualian yang lain adalah zikir kepada Allah s.w.t. dan hal-hal lain yang dapat membuat seseorang menjadi lebih dekat kepada Allah s.w.t.
- Faktor pendorong lainnya adalah merasa bahawa dunia adalah hina dan godaan dunia dapat memimbulkan marabahaya pada kehidupan manusia di dunia dan di akherat. Kesadaran seperti ini sesuai dengan kandungan firman Allah s.w.t. dalam surah al-A‘lā, 87: 16-17, yang ertinya: “Tetapi kamu (orang-orang) kafir memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akherat adalah lebih baik dan lebih kekal.” Allah s.w.t. juga berfirman yang ertinya: “Katakanlah: “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akherat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa. (al-Nisā’, 4: 77). Dan firman-Nya juga: “Mereka bergembira dengan kehidupan didunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akherat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” (al-Ra‘d, 13: 26).
Sahabat Jābir bin ‘Abdullāh r.a. meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w pernah berjalan di pasar dan orang-orang berkeliling
disekitarnya. Kemudian Beliau melihat ada bangkai anak kambing yang
terputus telinganya. Beliau mengambilnya dan juga mengambil telinga yang
terputus itu, kemudian Beliau berkata: “Siapakah di antara kalian yang lebih sukakan ini daripada dirham?” Para sahabat menjawab: “Kami tidak sukakan bangkai itu, apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai seperti itu?” Rasul kemudian mengajukan pertanyaan lagi: “Apakah kalian mau memilikinya”. Mereka menjawab: “Demi
Allah, andai kata anak kambing itu hidup kami tidak ingin memilikinya
kerana telinganya telah terputus, apalagi kalau anak kambing itu sudah
menjadi bangkai?” Rasul kemudian bersabda: “Demi Allah.
Sesungguhnya menurut Allah, dunia ini lebih rendah nilainya daripada
bangkai anak kambing yang telinganya terputus ini.”[6]
Dari keterangan di atas maka jelas bahawa zuhud adalah
sikap seseorang yang pada hakekatnya mempunyai kemampuan dan berada
dalam keadaan normal untuk menjauhkan diri daripada hal-hal yang
sebenarnya mubah (harus) baginya dengan maksud untuk membersihkan diri dan mengutamakan orang lain. Jika seseorang meninggalkan hal-hal mubah
(harus) kerana ia tidak mampu untuk melakukan hal tersebut, maka
keadaan seperti ini bukan dinamakan zuhud. Begitu juga apabila maksudnya
adalah untuk menyiksa atau memberatkan diri dan dalam waktu yang sama
tiada maksud untuk mengutamakan orang lain, maka sikap seperti ini juga
bukan dinamakan zuhud, melainkan perbuatan tersebut merupakan usaha
untuk menjadi rahib (kerahiban) yang telah diharamkan oleh ajaran Islam.
Allah s.w.t brfirman dalam surah al-A‘rāf, 7: 31-32, yang ertinya: “Wahai
anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid,
makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah: ‘Siapakah
yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah di keluarkan-Nya untuk
hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang
baik’. Katakanlah: ‘Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang
beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka sahaja) di hari
kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang
mengetahui’.”
Dengan demikian zuhud berhubung kait dengan akhlak-akhlak
mulia yang lain, seperti qana‘ah, menjaga kemuliaan diri, sabar, rendah
hati dan mengutamakan orang lain.
Dengan kata lain zuhud adalah kemampuan untuk mengekang
diri daripada hal-hal yang dapat kita kuasai, menguatkan niatan untuk
menjauhkan diri daripada keinginan-keinginan dan keperluan-keperluan
yang tidak asasi. Membiarkan diri untuk selalu merasakan kenikmatan dan
kelezatan dunia akan membina rasa keinginan untuk meminta yang lebih,
sedikit sahaja ia terhalang untuk mendapatkan hal tersebut maka ia akan
merasa tersiksa dan sakit hati.
Tidak dapat diragukan lagi bahawa orang yang mulia akan
menjauhkan diri daripada kenikmatan-kenikmatan yang selalu dicari oleh
majoriti orang awam. Dia tidak akan tergoda untuk merasakan kenikmatan
yang tidak pantas untuk dinikmati, bahkan dia benci apabila terbuai
dengan kelezatan dunia. Tidak sekalipun dia merasa tersiksa apabila
tidak dapat merasakan kenikmatan seperti itu, kerana dia sedar bahawa
hal tersebut hanya mempunyai manfaat di akhirat sangat sedikit. Dia
hanya sukakan terhadap hal-hal yang tidak menimbulkan mara bahaya pada
kehidupannya selama masih sesuai dengan keinginannya, dan lebih senang
mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.
Jika kita ingin mendapatkan cinta dan kasih sayang Allah
s.w.t maka caranya adalah kita mesti bersikap zuhud di dunia ini.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Cinta terhadap dunia adalah punca
kesalahan. Allah s.w.t tidak menyukakan kesalahan dan juga tidak
menyukakan orang-orang yang melakukan, kerana kesalahan-kesalahan itu
adalah perbuatan lalai dan merupakan permainan. Allah juga tidak
menyukakan kedua hal itu. Sesungguhnya hati adalah “rumah Tuhan” yang
tiada sekutu bagi-Nya. Dia tidak senang apabila dalam rumahnya ada
sekutu berupa kecintaan terhadap dunia atau yang lain. Cinta terhadap
dunia yang terlarang adalah apabila muncul sikap mengutamakan syahwat,
kelezatan duniawi dan semua hal yang dapat membuat lupa terhadap Allah
s.w.t..”
Adapun mencintai dunia dengan maksud menjadikan dunia
sebagai sarana untuk berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah
s.w.t, bukanlah termasuk cinta yang terlarang, bahkan sikap seperti ini
termasuk sikap yang terpuji, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Harta
yang paling nikmat adalah harta halal yang dimilki oleh orang saleh,
dengan harta ini ia menjalin silaturrahim dan berbuat kebajikan.”[7]
Di sisi lain manusia juga ingin disenangi oleh sesamanya.
Cara untuk mendapatkan hal tersebut adalah dengan bersikap zuhud
terhadap hal-hal yang dimilki oleh mereka. Hal ini dapat kita maklumkan
kerana apabila kita membiarkan mereka menikmati apa yang mereka cintakan
maka mereka akan sukakan kita. Tidak dapat diingkari bahawa hati
seseorang sangat cintakan dunia (harta benda), apabila ada orang yang
mencoba menyingkirkan kecintaaan orang lain maka sudah pasti ia akan
dibenci, namun apabila dia tidak mengganggu orang lain maka dia akan
dicintai dan disenangi oleh banyak orang.
Berkata imam al-Hasan al-Basrī: “Seseorang akan terus
terhormat selama ia tidak tamak terhadap hal-hal yang dimiliki oleh
orang lain. Namun apabila sifat tamak ini mula muncul di hati seseorang
maka ia akan terhina dan ucapannya akan dibenci oleh orang lain.”
Terdapat orang yang berasal dari kampung bertanya kepada penduduk Basrah, “Siapa orang yang paling mulia di antara kalian?” Penduduk Basrah menjawab: “al-Hasan.” Orang kampung itu kembali bertanya: “Mengapa ia dapat menjadi orang yang paling mulia di antara kalian?” Penduduk Basrah menjawab: “Orang-orang memerlukan ilmu pengetahuannya sedangkan ia tidak memerlukan harta benda yang dimiliki oleh orang-orang.” Orang kampung itu pun terperanjat dengan jawaban ini.
Sebenarnya orang yang paling pantas untuk mendapatkan
kecintaan yang lebih dari masyarakat adalah para pemimpin dan ulama.
Oleh kerana itu mereka hendaknya menjaga sikap zuhud ini. Jika mereka
bersikap zuhud maka orang-orang akan mencintainya, mengambil teladan
dari sikap zuhudnya, mengikuti nasihat, mengamalkan ilmu-ilmu yang
diajarkan dan mentaati petunjuk-petunjuknya.
Sikap Zuhud Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad adalah teladan utama dalam segala hal,
termasuk juga dalam hal zuhud yang sedang kita bahas ini. Beliau adalah
orang yang mempunyai kemampuan lebih, dan mempunyi keyakinan bahawa
menikmati hal-hal mubah (harus) adalah diperbolehkan, namun demikian
Beliau tetap bersikap zuhud dan lebih mementingkan kemaslahatan umat
Islam terutama orang-orang fakir, mengalahkan kepentingan dan keperluan
peribadinya. Beliau sama sekali tidak pernah mendahulukan kepentingan
dan keperluan dirinya sendiri.
Dengan sikap zuhud yang telah tertanam dalam dirinya,
Beliau mengasuh banyak orang di lingkungannya. Didikan Rasulullah s.a.w
sangat berhasil. Para sahabat mampu mengambil teladan dari
akhlak-akhaknya, mereka tidak tergoda dengan kelezatan duniawi dan
ajakan hawa nafsu dan mereka lebih mengutamakan orang lain daripada diri
mereka sendiri. Sifat-sifat mulia seperti ini dapat kita lihat pada
sosok seperti Abū Bakar, ‘Umar, Uthmān, ‘Alī, sahabat-sahabat yang lain
dan juga para pemimpin kaum yang sudah masuk Islam.
Sikap zuhud secara bersama yang terdapat pada masa Rasul
merupakan dasar utama dalam kesuksesan tarbiyah dan pembangunan yang
dijalankan. Dengan didukung sikap zuhud ini, maka proses tarbiyah dapat
membentuk peribadi-peribadi yang baik dan pembangunan dapat mencapai
tujuannya yang sebenar, iaitu mensejahterkan masyarakat dan memperkuat
kemampuan pertahanan umat.
Sikap zuhud juga telah tertanam dalam diri keluarga
Rasulullah s.a.w.. Hal ini nampak sekali dalam dialog yang dilakukan
oleh isteri Rasul, Hafsah binti ‘Umar dan ayahnya, ‘Umar bin
al-Khattab r.a..
Pada masa pemerintahan ‘Umar, umat Islam telah menguasai
banyak kawasan di sekitarnya, Hafsah memberi saran kepada ayahnya,
‘Umar bin al-Khatttab r.a.: “Hendaknya kamu memakai pakaian yang
bagus di saat utusan-utusan dari daerah menghadapmu, dan buatlah jamuan
makan untuk dirimu dan juga tetamumu.”
‘Umar menjawab saran puterinya itu dengan sebuah pertanyaan: “Wahai Hafsah, bukankah kamu mengetahui bahawa anggota rumah tangga lebih faham tentang keadaan dalam rumah tangganya?” Hafshah menjawab: “Benar.”
Umar melanjutkan perkataannya: “Saya menjadikan Allah
sebagai saksi atasmu. Apakah kamu pernah melihat Rasulullah s.a.w.
ketika menjadi Nabi, pada tahun sekian mengalami keadaan; apabila di
pagi hari Beliau dan keluarganya kenyang, maka di malam hari Beliau dan
keluarganya merasa lapar. Dan apabila di malam hari Beliau dan
keluarganya kenyang, maka di pagi harinya Beliau dan keluarganya merasa
lapar?
Saya menjadikan Allah sebagai saksi atasmu. Tidakkah
kamu mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. dan keluarganya pada tahun
sekian tidak pernah makan kurma sehingga kenyang, sampai pada akhirnya
Allah memberikan anugerah ladang Khaibar (yang menghasilkan kurma
melimpah)?
Saya menjadikan Allah sebagai saksi atasmu. Bukankah
kamu mengetahui, di saat kalian menyediakan makanan untuk Rasulullah dan
makanan itu banyak sekali, maka Rasulullah tidak sukakan sehingga
berubah warna mukanya, kemudian Beliau meminta nampan, mengambil
sebahagian makanan itu dan menaruhnya di nampan tersebut?
Saya menjadikan Allah sebagai saksi atasmu. Bukankah
kamu menyaksikan perkataan Rasulullah s.a.w. setelah bangun daripada
tidur malam di atas mantel yang ditumpuk empat lapis. Beliau berkata:
“Kalian menyebabkan aku tidak dapat salat malam kerana mantel ini.
Cukuplah dua tumpuk sebagaimana yang biasa kalian pakai.”
Umar terus mengucapkan kalimat demi kalimat yang serupa sehingga Hafsah menangis dan ‘Umar pun juga menangis.[8]
a. Sikap Zuhud Nabi terhadap Harta
Sebelum kita membahas sikap zuhud Nabi terhadap harta,
terlebih dahulu kita membahas sumber harta kekayaan yang didapatkan oleh
Rasulullah s.a.w..
- Rasulullah s.a.w mempunyai bagian seperlima dari harta pampasan perang (ghanīmah) yang diperoleh oleh pasukan tentera Muslimin. Pada waktu itu peperangan sering terjadi, sehingga harta ghanīmah sangat melimpah. Setelah perang Badar, umat Islam banyak mendapatkan harta ghanīmah dan begitu juga pada peperangan-peperangan setelahnya sehingga daerah Hijāz, Yamān dan Jazirah Arab berhasil dikuasai oleh umat Islam. Singkatnya ghanīmah pada waktu itu sangat banyak sekali. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Anfāl, 8: 41, yang ertinya: “Ketahuilah, sesungguhnya apa sahaja yang dapat kamu peroleh sebagai pampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan Ibnu sabil.” Atas dasar ayat ini maka tentera perang mendapatkan bagian empat perlima harta ghanīmah, dan seperlima darinya adalah untuk Rasulullah s.a.w. bersama para kerabat, anak-anak yatim, fakir miskin dan ibn sabil.
- Rasulullah s.a.w. juga mempunyai bagian dari harta al-fai’ iaitu harta orang musyrik yang diperoleh oleh umat dengan tidak melalui peperangan, seperti harta jizyah,[9] harta yang mereka tinggalkan begitu sahaja kerana takut dengan kaum Muslimin atau harta yang mereka berikan kepada umat Islam kerana mereka ingin berdamai. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hasr, 59: 6-7, yang ertinya: “Dan apa sahaja harta pampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kudapun dan (tidak pula) seekor untapun, tetapi Allah yang memberikan kekuasaan kepada Rasul-Nya terhadap siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Apa sahaja harta pampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.”
Rasulullah s.a.w mengambil sedikit bagian dari harta fai’
ini untuk keperluan keluarganya, dan sisanya digunakan untuk memperkuat
pertahanan kaum Muslimin seperti untuk membuat senjata, membeli dan
memelihara kuda untuk perang dan untuk kemaslahatan umat Islam secara
umum.[10]
Namun Imam Syāfi‘ī mempunyai pendapat lain. Menurut ia harta fai’ dibagi menjadi lima bahagian sesuai dengan keterangan ayat ghanīmah di
atas; satu bahagian merupakan hak Rasulullah, dan sisanya digunakan
untuk memmbeli dan merawat alat perang dan juga untuk kemaslahatan umat
Islam secara umum.
Setelah Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, maka bahagian harta fai’ yang
menjadi hak Rasulullah s.a.w. dibagi menjadi lima bagian. Satu bagian
digunakan untuk kemaslahatan umat Islam seperti untuk memperkuat
pertahanan daerah sempadan, membangun dinding benteng, bendungan dan
digunakan untuk membayar gaji para hakim. Bahagian kedua diberikan
kepada kerabat Rasulullah s.a.w. dari keturunan Banī Hāsyim dan Banī
‘Abd al-Muttalib. Bahagian ketiga digunakan untuk membiayai anak yatim
dan orang-orang fakir. Bahagian keempat diberikan kepada orang-orang
miskin dan bagian kelima diberikan kepada ibnu sabil (orang yang dalam
perjalanan).
Adapun empat perlima bahagian yang tersisa diberikan kepada
pasukan yang ikut berperang dengan mengikut ketentuan-ketentuan yang
telah ditetapkan oleh pemimpin.[11]
Di antara harta fai’ yang berhasil diperoleh umat
Islam adalah tanah pertanian, ladang, pokok-pokok kurma dan sumber mata
air yang terdapat di kawasan Fidāk.
- Sumber harta kekayaan Rasulullah yang lain adalah hadiah-hadiah yang diberikan oleh para raja dan pemimpin-pemimpin suku atau daerah.
Dari sumber-sumber inilah Rasulullah s.a.w. mendapatkan harta kekayaan, iaitu satu perlima ghanīmah dan fai’
serta hadiah. Apakah Rasulullah s.a.w. sangat senang dengan harta yang
dimilikinya ini ataukah Beliau bersikap zuhud terhadapnya?
Teladan Sikap Zuhud Nabi s.a.w terhadap Harta
Banyak contoh yang dapat dijadikan bukti
bahawa sifat zuhud merupakan bahagian dalam jiwa Rasulullah s.a.w yang
tidak dapat dipisahkan. Rasulullah s.a.w tidak pernah tertipu untuk
menguasai harta ghanīmah, fai’, jizyah, sedekah ataupun hadiah
secara persendirian. Beliau hanya mengambil bagian seperlima dan itupun
digunakan untuk memberi nafkah, membantu umat Islam dan membahagiakan
orang lain. Tiada sedikitpun harta yang disimpan untuk dirinya sendiri.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya tidak merasa senang meskipun saya
mempunyai emas sebesar gunung uhud, dan ada satu dinar yang ada di
rumahku, kecuali satu dinar yang digunakan untuk keperluan agamaku.”
Di antara contoh sikap zuhud Nabi s.a.w adalah:
- Beliau pernah diberi uang beberapa dinar, kemudian Beliau membagikan uang tersebut kepada orang-orang yang memerlukan dan hanya masih tersisa enam dinar sahaja. Beliau menitipkan sisa uang itu kepada salah satu isteri Beliau, namun pada malam harinya Beliau tidak dapat tidur dan akhirnya Beliau bangun dan membagi sisa uang tersebut. Setelah itu Beliau berkata: “Sekarang saya merasa tenang.”
- Dalam masalah keperluan sehari-hari, pakaian dan tempat tinggal, Rasulullah s.a.w. tidak pernah berlebih-lebihan. Beliau hanya mengusahakan secukupnya sesuai dengan keperluan yang ada. Adapun keperluan yang bukan asasi, tidak menjadi perhatian Beliau.
- Di saat Beliau meninggal dunia, pakaian perangnya sedang digadai untuk membiayai keperluan keluarganya.
- Sahabat Abū Rāfi‘ berkata: “Sutau hari ada seorang tetamu menghadap Rasulullah s.a.w.. Namun waktu itu Rasul tidak mempunyai apa-apa yang pantas untuk dibuat jamuan tamunya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutusku untuk pergi bertemu dengan seorang Yahudi dan supaya saya berkata kepadanya: ‘Muhammad mengutusku supaya kamu meminjamkan atau menjual gandum kepadanya. Pada bulan Rajab nanti ia akan mengantinya.’ Setelah saya sampaikan hal itu kepada orang Yahudi tersebut, dia memberi syarat supaya Muhammad memberikan jaminan. Kemudian saya melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah s.a.w., dan Rasul pun berkata: “Demi Allah, saya adalah orang terpercaya di kalangan penduduk langit maupun penduduk bumi. Kalau dia menjual atau meminjamkan sesuatu kepadaku, niscaya saya akan menggantinya. Bawalah baju perangku ini dan jadikanlah ini sebagai jaminan.”[12]
- Suatu hari Rasulullah s.a.w diberi harta dari kawasan Bahrain. Harta tersebut sangat banyak. Kemudian Rasul melaksanakan salat dan Beliau tidak memperhatikan harta itu sedikitpun. Stelah selesai salat, Beliau duduk di samping harta tersebut dan membaginkan kepada setiap orang yang dilihatnya.
Berkaitan dengan harta dari Bahrain ini, ada sebuah hadith
yang perlu dikaji ulang. Hadith ini diriwayatkan oleh ‘Amr bin ‘Auf
al-Ansārī yang merupakan anggota dari Banī ‘Āmir bin Luay dan pernah
ikut perang Badar. ‘Amr berkata: “Rasulullah s.a.w mengutus Abū Ubaidah
bin al-Jarrāh ke Bahrain untuk mengambil harta jizyah dari penduduk di
sana. Pada waktu itu penduduk Bahrain sudah mengadakan perjanjian damai
dengan Rasulullah s.a.w., dan Rasul mengangkat al-‘Alā’ bin al-Hadramī
sebagai pemimpin mereka. Beberapa waktu kemudian Abū Ubaidah datang (ke
Madinah) dari Bahrain. Orang-orang Ansar mendengar kedatangan Abū
Ubaidah ini, dan mereka pun mengerumuninya. Melihat kejadian ini,
Rasulullah s.a.w. tersenyum dan berkata: “Apakah kalian menyangka bahawa Abū Ubaidah telah datang dengan membawa harta?” Para sahabat menjawab: “Betul wahai Rasulullah.” Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:
“Berbahagialah kalian dan berharaplah terhadap hal yang membuat kalian
senang. Demi Allah, saya tidak khawatir apabila kefakiran menimpa
kalian. Namun yang saya khawatirkan adalah di saat dunia ini melimpah di
hadapanmu sebagaimana yang terjadi pada umat-umat terdahulu, kemudian
kalian saling besaing untuk memperebutkannya seperti mereka, dan
kemudian harta itu menghacurkan kalian sebagaimana ia menghancurkan
umat-umat terdahulu.”[13]
- Sahabat ‘Amr bin al-Hārith, saudara Juwairiyah binti al-Hārith, isteri Rasulullah s.a.w. pernah berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, Beliau tidak meninggalkan harta apapun, baik itu satu dirham, satu dinar, seorang hamba sahaya lelaki ataupun perempuan. Harta yang ditinggalkan hanyalah seekor bighal (kuda kecil) putih, senjata dan sebidang tanah yang sudah disedekahkan.”
Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Fatimah (puteri Rasul)
dan al-‘Abbās menemui Abū Bakar r.a. untuk meminta bagian warisan yang
ada di ladang kawasan Fidāk (yang merupakan harta fai’ milik Rasulullah s.a.w.). Namun Abū Bakar r.a. berkata kepada mereka berdua: “Sungguh
saya mendengar Rasulullah s.a.w. berabda: ‘Sesungguhnya kami para Nabi
tidak memberi warisan, apa yang kami tinggalkan menjadi harta sedekah’.”
Ungkapan yang sama juga disampaikan oleh ‘Umar bin al-Khattab di hadapan ‘Alī, Uthmān, al-‘Abbās dan yang lainnya.[14]
Hadith ini sama sekali tidak bertentangan dengan firman Allah s.w.t. yang menerangkan bahawa nabi Zakaria berkata: “Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebagian keluarga Ya‘qub.”[15] atau firman Allah s.w.t.: “Dan Sulaimān telah mewarisi Dawud.”[16], kerana yang dimaksud dalam kedua ayat ini adalah mewarisi ilmu, kenabian dan hikmah.
1] H. R. al-Bukhārī.
[2] Lihat Asr al-Tābi‘īn, ‘Abd al-Mun‘īm al-Hāsyimī, Damaskus: Dār Ibn Kathīr.
[3] Ibid,
[4] Al-Wāfī fi Syarh al-Arba‘īn.
[5] H. R. al-Tirmidhī.
[6] H. R. Muslim.
[7] H. R. Ahmad.
[8] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (4/192).
[9] Harta dengan jumlah tertentu yang diambil dari Ahl al-Kitab sebagai warga negara yang tunduk kepada pemerintahan Islam.
[10] Ini adalah pendapat majoriti ulama Fiqh.
[11] Fath al-Mubdī, (2/334).
[12] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (4/169).
[13] H. R. al-Bukhārī.
[14] H. R. Muslim.
[15] Q. S. Maryam, 19: 6.
[16] Q. S. Al-Naml, 27: 16.
Sikap Malu
Rasa malu adalah fitrah manusia yang dapat bertambah
apabila dilatih dan dapat berkurang apabila seseorang sering mengabaikan
perintah-perintah agama dan norma-norma syariah.[1]
Dalam kitab Sahīh al-Bukhārī dan Muslim, terdapat banyak
hadith yang menerangkan masalah sifat malu ini. Di antaranya adalah
hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah r.a. yang menceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda:
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً أَفْضَلُهَا لَا
إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَوْضَعُهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ
وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Iman mempunyai cabang lebih dari tujuh
puluh. Yang paling utama adalah bacaan: Lā ilāha ‘illa Allah (tiada
Tuhan melainkan Allah). Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan
hal-hal yang membahayakan di tengah jalan. Dan rasa malu adalah bahagian
dari keimanan.” (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).
Selain itu ada juga hadith yang
diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar r.a. yang menceritakan bahawa pada suatu
kesempatan Rasulullah s.a.w. melalui seorang lelaki daripada kaum Ansar
yang sedang mengingatkan saudaranya supaya meninggalkan sifat malu.
Melihat hal ini Rasulullah s.a.w. berkata: “Biarkan dia, kerana malu adalah sebahagian daripada keimanan.” (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).
Orang Ansar tersebut memberi nasihat kepada saudaranya
supaya meninggalkan sifat malu serta menjelaskan sisi negatif daripada
sifat malu tersebut. Dia melakukan hal ini kerana ia merasa bahawa
saudaranya mempunyai sifat malu yang berlebihan. Namun Rasulullah s.a.w.
tidak setuju dengan sikap orang Ansar ini.
Malu adalah sifat yang berada dalam diri seseorang yang
dapat mencegah daripada melakukan hal-hal yang tidak terpuji. Malu
merupakan sebahagian dari keimanan dan juga salah satu daripada
ciri-ciri keimanan seseorang.
Pada dasarnya sifat malu itu tumbuh apabila timbul sikap
hati-hati yang diikuti dengan sikap menjauhkan ucapan atau tindakan yang
kurang baik meskipun sebenarnya perbuatan itu dibolehkan dan tiada
orang yang mencelanya.
Malu mempunyai hubung kait dengan akhlak-akhlak mulia yang lain seperti menjaga kemuliaan diri (al-‘Iffah), mengutamakan orang lain (al-Īthār), sabar, lemah lembut, pemaaf dan menggauli keluarga dengan baik.
Tingkatan tertinggi dari rasa malu ini adalah di saat
seseorang sudah merasa bahawa dirinya selalu diawasi oleh Allah s.w.t..
Pada suatu hari Rasululllah s.a.w. memberi nasihat kepada para sahabat: “Malulah kalian kepada Allah dengan malu yang sebenar.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasul, al-Hamdulillah, kami sudah mempunyai rasa malu.” Rasul kembali berkata:
لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ
الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى
وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ
زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ
حَقَّ الْحَيَاءِ
Maksudnya: “Bukan seperti itu yang saya maksudkan. Rasa
malu yang sebenar terhadap Allah adalah jika kamu dapat menjaga kepala
dan isinya, perut beserta isinya, dan mau mengingat kematian serta
musibah. Sesiapa yang ingin (merasakan kenikmatan di) akherat
(hendaknya) meninggalkan perhiasan dunia. Sesiapa dapat melakukan hal
itu maka dia benar-benar malu kepada Allah s.w.t..”
Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang pemalu bahkan Beliau
sangat pemalu. Sehingga para sahabat mengatakan bahawa rasa malu yang
dimiliki Rasulullah s.a.w. melebihi rasa malu yang dimiliki para gadis.[2]
Hal ini tidak menghairankan kerana Rasulullah s.a.w. selalu
menjaga pandangan mata dari hal-hal yang diharamkan, yang keluar dari
lisannya selalu kata-kata yang baik, lebih mementingkan orang lain,
seorang yang pemaaf, sangat baik dengan keluarga, penyabar, lemah lembut
dan sangat menyayangi orang-orang yang beriman.
Meskipun Rasulullah s.a.w. mempunyai sifat malu, namun
Beliau tidak pernah sedikitpun merasa malu melakukan aktiviti dakwah,
menyampaikan risalah, membela kebenaran dan menegakkan keadilan. Beliau
juga tidak pernah malu melaksanakan ketakwaan kepada Allah s.w.t..
Di saat menghadapi kezaliman, Rasul tidak segan-segan untuk
marah, namun kemarahan Beliau bukan kerana dorongan nafsu. Kemarahan
Beliau adalah untuk membela agama Allah s.w.t.. Lebih dari itu Rasul
juga tidak jarang mengangkat senjata menghadapi orang-orang musyrik yang
menentang agama Allah dan menghalangi dakwahnya. Hal ini Beliau lakukan
demi tersebarnya ajaran Islam dan demi kemuliaan agama Allah s.w.t..
Tiada teladan utama yang tepat dalam masalah ini selain
Rasulullah s.a.w.. Juga tiada nasihat-nasihat yang lebih indah melebihi
nasihat yang keluar dari lisan mulia Beliau. Di antara nasihat Beliau
berkaitan dengan masalah ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Abū
Hurairah r.a. sebagai berikut:
الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ
Maksudnya: “Rasa malu adalah sebahagian dari iman, dan
keimanan berada di surga. Sedangkan tindakan atau ucapan kotor adalah
sebahagian dari perangai yang kasar, dan perangai kasar bertempat di
neraka.” (H. R. al-Tirmidhī, Ahmad, Ibn Hibbān dan al-Hākim).
Sahabat Anas bin Mālik r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ
Maksudnya: “Setiap sesuatu yang dihinggapi kekejian,
maka akan menjadi tercela. Dan setiap sesuatu yang dibarengi rasa malu,
maka akan terhias (dan menjadi indah).” (H. R. al-Tirmidhī dan Ibn Mājah).
Rasulullah s.a.w. sangat menganjurkan umatnya untuk
menghias diri dengan sifat malu, kerana sifat ini adalah bentuk
lahiriyah dari kesempurnaan iman seseorang. Dengan adanya rasa malu,
seseorang akan terdorong untuk selalu melakukan amal kebajikan dan
menjauhi kemaksiatan.
Sifat malu muncul dari fitrah manusia. Ia merupakan tanda
kesempurnaan iman seseorang. Rasa malu dapat bertambah apabila seseorang
melatih dirinya untuk selalu menghias diri dengan sifat itu, dan sifat
ini juga dapat berkurang bahkan hilang sama sekali apabila seseorang
mulai mengabaikan perintah-perintah agama dan norma-norma syariah.
Dengan sifat malu, maka kehidupan setiap individu akan selamat dan
keadaan masyarakat akan teratur dan terjaga dari penyakit sosial. Di
samping itu dengan adanya rasa malu maka mereka akan bersemangat
melakukan amal kebajikan dan membantras kemungkaran.
Banyak hadith yang menceritakan tentang sifat malu yang
dipraktikkan Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan sehari-hari, di antaranya
adalah:
- Sebahagian sahabat sukakan dengan makanan yang biasa dihidangkan Rasulullah di rumah. Mereka sering berlepak dan berbual di rumah Rasulullah, sambil menunggu makanan yang sedang dimasak. Sebenarnya Rasul s.a.w. merasa terganggu dengan kebiasaan mereka yang lama berbual-bual. Namun Rasulullah s.a.w. malu meminta mereka untuk keluar dan pergi dari rumah, kerana Nabi merasa sikapnya itu akan membuat para sahabat merasa bersalah. Kemudian Allah s.w.t. menurunkan ayat yang berisikan nasihat kepada para sahabat dalam masalah ini. Dengan turunnya ayat ini, sayidah ‘Ā’isyah r.a. berkata kepada Rasul: “Cukuplah kamu menahan diri sehingga hatimu merasa berat. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak sukakan dengan perbuatan mereka.”
Ayat yang dimaksud adalah: “Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali apabila kamu
diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak
(makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan apabila kamu
selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan.
Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu
kepadamu (untuk menyuruh kamu ke luar), dan Allah tidak malu
(menerangkan) yang benar.” (al-Ahzāb, 33: 53).
- Sebagaimana diriwayatkan oleh sayidah ‘Ā’isyah, Rasulullah tidak sukakan mengungkapkan hal-hal tertentu dengan ungkapan yang tidak sopan kerana Beliau merasa malu mengungkapkan hal itu.
Sayidah ‘Ā’isyah menyatakan bahawa pada suatu hari ada
seorang wanita bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana cara mandi
setelah darah haid berhenti. Rasul menjelaskan kepada wanita itu, dan
berkata: “Ambillah minyak misik dan gunakanlah untuk membersihkannya!” Namun wanita itu terus bertanya: “Bagaimana cara membersihkan dengan menggunakan minyak misik itu?” Rasulullah terhairan-hairan dengan pertanyaan wanita itu, dan Beliau berkata: “Subhāna Allah (Maha Suci Allah) bersihkanlah!” Kemudian ‘Ā’isyah berkata: “Kemudian
saya menarik wanita itu supaya dekat denganku dan aku berkata
kepadanya: ‘Bersihkan bekas-bekas darah dengan manggunakan minyak misik
tersebut.”
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada wanita itu: “Ambillah minyak misik dan gunakanlah untuk membersihkannya!” dan mengulanginya sebanyak tiga kali, kemudian Beliau merasa malu dan memalingkan mukanya.[3]
Diriwayatkan bahawa Rifā‘ah menceraikan isterinya dengan talak ba‘in
(talak tiga). Kemudian Isteri Rifā‘ah menikah dengan lelaki lain. Namun
tidak lama kemudian ia ingin kembali kepada Rifā‘ah. Dia datang kepada
Rasul untuk menanyakan bagaimana cara kembali kepada suaminya yang
pertama. Rasul menjawab: “Kamu tidak dapat kembali kepadanya, kecuali setelah kamu merasakan madunya dan dia merasakan madumu.” Maksudnya
kamu tidak dapat kembali menikah dengan Rifā‘ah kecuali setelah kamu
berubungan badan (berjimak) dengan suami kamu yang baru.
Dari penjelasan di atas nampak jelas bahawa Rasulullah
s.a.w. sangat pemalu, namun untuk menerangkan masalah-masalah keagamaan
atau permasalahan fiqh, Beliau tidak pernah malu, meskipun harus
menggunakan kata-kata kiasan.
Anjuran untuk Menanamkan Sifat Malu
Malu adalah sifat mulia dan juga sebahagian daripada
keimanan seseorang, oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. sangat
menganjurkan umatnya untuk menanamkan sifat ini pada diri mereka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Maksudnya: “Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja sesukamu.”
Maksudnya adalah apabila kamu tidak mempunyai rasa malu
yang dapat mencegahmu melakukan dosa, maka lakukanlah apa yang
dibisikkan oleh nafsumu. Ini merupakan ancaman dan peringatan dari
Rasulullah s.a.w.
Namun hadith ini juga dapat difahamkan sebagai perintah,
maksudnya apabila kamu ingin melakukan hal yang tidak memalukan menurut
ajaran agama, namun dianggap aib (tercela) menurut adat, maka
lakukanlah.[4]
Contoh lain dari sifat malu yang dipraktikkan Rasul adalah
Beliau tidak pernah menatap dengan tajam wajah seseorang. Beliau
memalingkan wajahnya apabila ada orang yang mengucapkan perkataan yang
tidak baik, dan apabila ada ucapan yang kurang berkenan di hati, Beliau
pura-pura tidak faham kerana tidak ingin membicarakan hal itu.[5]
Sayidah ‘Ā’isyah menerangkan bahawa di saat Rasulullah
s.a.w. mendengar khabar ada seseorang mengatakan atau melakukan hal-hal
yang tidak baik, Beliau tidak berkata: “Mengapa Fulan mengatakan hal tersebut.” Melainkan Beliau berkata: “Mengapa kaum tersebut melakukan hal itu atau mengatakan hal itu.”
Rasul megucapkan hal ini dengan maksud melarang orang tersebut
melakukannya, namun Beliau tidak pernah menyebut nama orang yang
melakukan hal itu.
Jika menginginkan sesuatu, kadang-kadang Rasulullah
menggunakan kata-kata kiasan, kerana apabila diungkapkan dengan jelas
merupakan ucapan yang kurang sopan.
Setelah menjelaskan sifat malu pada diri Rasulullah, selanjutnya kita akan menerangkan sifat malu pada diri para sahabat Rasul.
Uthmān bin ‘Affān r.a. terkenal sebagai sahabat yang sangat
pemalu sehingga malaikat pun malu kepadanya. ‘Ā’isyah mengisahkan
bahawa pada suatu hari dirinya sedang bersama Rasulullah s.a.w..
Kemudian datanglah Abū Bakar dan meminta izin untuk masuk, Rasul
mempersilahkan ia untuk masuk, dan Rasulullah tetap dalam keadaan
semula. Tidak lama kemudian ‘Umar bin al-Khttab datang dan minta izin
untuk masuk. Rasul mempersilahkan ia untuk masuk dan Beliau tetap dalam
keadaan semula. Setelah itu datanglah Uthmān dan minta izin kepada Rasul
untuk masuk. Pada kesempatan ini Rasulullah s.a.w. membetulkan baju
terlebih dahulu sebelum keluar dan mempersilahkan Uthmān untuk masuk
rumah.
‘Ā’isyah bertanya kepada Rasul: “Wahai Rasul. Ketika
Abū Bakar datang kepadamu dan mengutarakan keinginannya, kamu tidak
berbenah diri. Begitu juga ketika ‘Umar datang dan meyampaikan
keperluannya, kamu juga tetap dalam keadaan semula. Namun ketika ‘Uthmān
yang datang, kamu duduk dengan rapi dan membetulkan pakaian yang kamu
pakai? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wahai ‘Ā’isyah, Uthmān
adalah orang yang sangat pemalu. Jika aku mempersilahkan ia untuk masuk
sedangkan aku masih dalam keadaan semula, aku khawatir dia tidak akan
masuk dan tidak akan menyampaikan keinginannya.”[6]
Rasulullah s.a.w. mengistimewakan Uthmān kerana malaikat sahaja malu dengan Uthmān. Sayidah ‘Ā’isyah berkata: “Suatu
hari Rasulullah s.a.w. tidur dalam keadaan miring di dalam rumah dan
kedua betisnya terbuka. Saat itu Abū Bakar r.a. datang dan meminta izin
untuk masuk. Rasulullah s.a.w. mempersilahkannya untuk masuk. Abū Bakar
pun masuk, dan Rasulullah s.a.w. masih dalam keadaan semula. Kemudian
Rasulullah s.a.w. berbincang-bincang dengannya.
Tidak lama kemudian, ‘Umar r.a. datang. Rasulullah
s.a.w. mempersilahkannya untuk masuk. Saat itu, Beliau juga masih dalam
keadaan yang semula. Kemudian Uthmān datang, dan saat itulah Rasulullah
s.a.w. dengan serta merta duduk dan membetulkan pakaian yang dipakainya.
‘Ā’isyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai
Rasul. Ketika Abū Bakar datang, engkau tidak begitu mempedulikannya,
begitu juga ketika ‘Umar datang. Namun ketika Uthmān yang datang, engkau
duduk dan membetulkan pakaian yang engkau pakai?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidakkah aku seharusnya malu terhadap orang yang malaikat sahaja malu kepadanya.”[7]
Rasulullah s.a.w. dalam sabda-sabdanya sering sekali
menganjurkan umatnya untuk menghiasa diri dengan sifat malu ini. Di
antara hadith-hadith yang menerangkan hal ini adalah:
- Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ
عَبْدًا نَزَعَ مِنْهُ الْحَيَاءَ فَإِذَا نَزَعَ مِنْهُ الْحَيَاءَ لَمْ
تَلْقَهُ إِلَّا مَقِيتًا مُمَقَّتًا فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا
مَقِيتًا مُمَقَّتًا نُزِعَتْ مِنْهُ الْأَمَانَةُ فَإِذَا نُزِعَتْ مِنْهُ
الْأَمَانَةُ لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا خَائِنًا مُخَوَّنًا فَإِذَا لَمْ
تَلْقَهُ إِلَّا خَائِنًا مُخَوَّنًا نُزِعَتْ مِنْهُ الرَّحْمَةُ فَإِذَا
نُزِعَتْ مِنْهُ الرَّحْمَةُ لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا رَجِيمًا مُلَعَّنًا
فَإِذَا لَمْ تَلْقَهُ إِلَّا رَجِيمًا مُلَعَّنًا نُزِعَتْ مِنْهُ
رِبْقَةُ الْإِسْلَامِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. apabila ingin
menghancurkan seorang hamba, Dia akan menghilangkan rasa malu pada
dirinya, dan apabila rasa malu sudah hilang dari dirinya, maka dia akan
selalu bertemu dengan orang yang memuakkan dan suka menebar kebencian.
Jika dia sudah sering bertemu dengan orang-orang seperti itu, maka sifat
amanah pada dirinya akan dihilangkan. Dan apabila sifat amanah sudah
hilang maka dia akan selalu bertemu dengan orang yang suka berkhianat
dan dikhianati. Dan jika dia sudah sering bertemu dengan orang seperti
itu maka rasa kasih sayang hilang dari dirinya. Jika rasa kasih sayang
sudah hilang maka dia akan selalu ketemu dengan orang yang terlaknat,
dan apabila dia sudah sering bertemu orang seperti itu maka ikatan Islam
akan terlepas darinya.”[8]
2. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya rasa malu
dan keimanan diciptakan berpasangan. Jika salah satu daripada sifat
etrsebut hilang maka akan diikuti dengan hilangnya yang lain.[9]
3. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Malu adalah baik, apapun bentuknya.”[10]
4. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa tidak mempunyai rasa malu terhadap manusia, maka dia tidak mempunyai rasa malu terhadap Allah s.w.t..”[11]
5. Rasulullah juga bersabda: “Rasa malu adalah sebahagian daripada keimanan.”[12]
Suatu hari Rasulullah s.a.w. melalui seorang daripada kaum
Ansar yang sedang mengingatkan saudaranya untuk tidak merasa malu.
Rasul berkata kepada orang itu: “Biarkan dia, sesungguhnya rasa malu adalah sebahagian dari keimanan.”[13]
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menanggalkan ‘pakaian malunya’, maka membincangkannya bukan termasuk ghibah.”[14]
Rasulullah s.a.w. bersabda:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ
الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ
يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ
الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ
يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
Maksudnya: “Setiap umatku akan diampuni kecuali orang
yang tidak mempunyai rasa malu, sehingga tega membeberkan rahasianya
secara terang-terangan. Termasuk sikap seperti ini adalah apabila
seorang lelaki melakukan sesuatu pada malam hari, kemudian di pagi
harinya dia berkata kepada seseorang: ‘Wahai Fulan semalam saya
melakukan sesuatu (tindakan aib atau dosa)’. Padahal Allah telah
menutupi aibnya itu, dan dia malah membeberkan aibnya sendiri yang
ditutupi oleh Allah s.w.t..” [15]
Keterangan di atas merupakan gambaran sifat malu yang
dimiliki oleh Rasulullah s.a.w., Nabi pembawa kedamaian. Dan sifat ini
merupakan ajaran Islam yang utama dan merupakan akhlak yang harus
dimiliki oleh setiap Muslim.
[1] Lihat Tahdhīb al-Targhīb wa al-Tarhīb min al-Ahādith al-Sihhah li al-Mundhirī, editor: Muhyiddin Mastu dkk., Dār Ibn Kathīr.
[2] Fath al-Mubdī, (3/61).
[3] Fath al-Mubdī, (1/170) dan al-Ihyā’, (2/324).
[4] Fath al-Mubdī, (3/311).
[5] Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (2/324).
[6] H. R. Ahmad. Imam Muslim juga meriwayatkan hadith ini dengan susunan kata yang hampis sama.
[7] H. R. Muslim dan Ahmad.
[8] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (1/197).
[9] Kanz al-Ummāl dan Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (1/197).
[10] Ibid,
[11] Ibid,
[12] Ibid,
[13] Fath al-Mubdī, (1/58).
[14] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/358).
[15] Al-Jāmi‘ al-Saghīr, (2/164) dan Fath al-Mubdī, (3/308).
Dipublikasi di Sikap Malu
Tag malu malu mau, maluku, maluku utara, malut post, sikap malu
Meninggalkan komentar
Persaudaran dan Hak Sesama Muslim
Hadith berikut ini menjelaskan tentang masalah
persaudaraan dan hak sesama Muslim. Hadith yang diriwayatkan oleh
sahabat Abū Hurairah r.a. ini dicatat oleh Imam Muslim dalam kitab
al-Sahīh, Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا
تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا
عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ
وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى
صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ
أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ
وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Maksudnya: “Jangalah kalian saling hasad, janganlah
kalian menawar barang dengan maksud supaya ada orang lain yang menawar
dengan harga lebih tinggi, janganlah kalian saling memarahi, janganlah
kalian saling memalingkan muka, janganlah kalian membeli barang yang
sedang ditawar oleh orang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang
bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, ia
tidak boleh menganiaya saudaranya, tidak boleh berbohong kepadanya,
tidak boleh merendahkannya, Ketakwaan berada di sini (Rasul menunjuk ke
arah dadanya tiga kali). Cukuplah kejelekan seseorang apabila ia
menganggap rendah saudaranya yang Muslim. Harta, darah dan kehormatan
seorang Muslim haram (tidak boleh dilanggar) oleh seorang Muslim
lainnya.”[1]
Hadith ini menerangkan secara menyeluruh aturan untuk
berhubungan antara sesama muslim dan juga hak-hak yang harus dipenuhi
seorang Muslim kepada sesama. Rasulullah s.a.w. tidak hanya menekankan
erti penting persaudaraan dalam Islam, Beliau juga secara langsung
menjelaskan hal-hal yang harus dilakukan dan hal-hal yang harus
ditinggalkan oleh seorang Muslim, sehingga ajaran Beliau menjadi ajaran
nyata yang dapat dipraktikkan dan dirasakan dalam kehidupan sehari-hari.
Dengan kata lain hadith ini menerangkan beberapa aspek hukum Islam yang
mempunyai banyak faedah dan kemanfaatan. Tidak berlebihan apabila
dikatakan bahawa aspek-aspek yang disinggung dalam hadith ini jika
dijalankan secara sempurna oleh seorang Muslim, bererti dia telah
menghias dirinya dengan sebahagian besar akhlak mulia yang diajarkan
oleh Islam. Imam Ibn Hajar al-‘Asqalānī menegaskan bahawa hadith ini
mengandung banyak pengajaran berharga dan menerangkan target serta
tujuan-tujuan mulia. Hampir-hampir semua aspek hukum Islam dan
akhlak-akhlak yang harus dipraktikkan oleh seorang Muslim disinggung dan
dipaparkan dengan jelas dalam hadith ini.
Jika kita perhatikan, hadith ini menerangkan akhlak yang
bermacam-macam, dari mulai larangan hasad terhadap orang lain, larangan
menawar barang perniagaan dengan maksud mengelabuhi orang lain sehingga
mau menawar dengan harga yang lebih tinggi, larangan marah dan berpaling
muka terhadap sesama Muslim hingga larangan membeli barang yang sudah
ditawar oleh orang lain. Lebih dari itu, hadith ini juga mengajak kita
untuk meningkatkan persaudaraan sesama Muslim. Akhlak-akhlak tersebut
akan dibahas secara singkat dalam lembaran-lembaran berikut ini:
Pertama: Larangan Hasad
Hasad (dengki) adalah suatu keinginan supaya
kenikmatan yang diperoleh oleh orang lain hilang dan berpindah pada
dirinya atau orang lainnya.
Perasaan tidak suka apabila ada orang lain yang
mengunggulinya dalam satu hal tertentu adalah sifat yang manusiawi.
Walaupun sifat seperti ini merupakan tabiat semula jadi setiap manusia,
namun ia tetap merupakan sikap yang tercela.
Hasad dan dengki hukumnya adalah haram. Allah s.w.t. sangat
mencela perbuatan ini, sebagaimana nampak dalam beberapa firman-Nya
yang berisikan kritikan terhadap sikap Banī Isrā’īl: “Sebagian besar
ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada
kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri
mereka sendiri.” (al-Baqarah, 2: 109).
“Ataukah mereka dengki kepada
manusia (Muhammad) kerana karunia yang Allah telah berikan kepadanya.
Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga
Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (al-Nisā’, 4: 54).
Imam Ahmad dan al-Tirmidhī mencatat hadith yang diriwayatkan oleh al-Zubair bin al-‘Awwām bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Penyakit
para umat sebelummu akan merambah kepadamu: hasad, dengki dan
permusuhan. Permusuhan bagaikan gunting. Bukan rambut yang digunting,
tetapi agama lah yang tergunting. Demi Zat yang menguasai Muhammad,
kalian ini belum beriman (dengan keimanan yang sempurna) sehingga kalian
dapat saling mengasihi. Inginkah kalian saya beritahu hal yang apabila
kalian melakukannya maka kalian akan saling mengasihi? Saling
mengucapkan salam di antara kalian.”
Imam Abū Dāwud meriwayatkan sebuah hadith yang diceritakan oleh sahabat Abū Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kalian hasad. Kerana sesungguhnya hasad akan memberanggus kebajikan sebagaimana api membakar kayu bakar.”
Imam al-Hākim juga mencatat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah r.a.: “Rasul
bersabda, Umatku akan terkena penyakit umat-umat terdahulu, Para
sahabat bertanya, Wahai Nabi Allah. Apa itu penyakit umat-umat
terdahulu? Nabi menjawab: “Senang bersuka ria, tidak mau mensyukuri
nikmat dan bersikap sombong, memperbanyak harta dan berlomba-lomba dalam
masalah keduniaan, saling bermusuhan dan saling dengki, sehingga
akhirnya banyak terjadi perzinaan dan pembunuhan.”
Hikmah Peng-haram-an Hasad
Jika kita kaji lebih teliti, rasa hasad sebenarnya merupakan penolakan terhadap ketetapan (taqdir) Allah
s.w.t.. Kenikmatan yang diperoleh orang lain adalah anugerah Allah
s.w.t.. Jika kita berusaha untuk menjauhkan atau menghilangkan
kenikmatan tersebut dari orang itu, bererti kita tidak menerima terhadap
ketetapan Allah s.w.t..
Secara psikologis, sikap iri hati (dengki) ini akan
mengganggu kejiwaan orang yang melakukannya. Kesedihan dan kekhawatiran
akan selalu menghantuinya dan membuat jiwanya resah.
Pembagian Hasad (Dengki)
Kedengkian banyak ragam dan bentuknya. Berikut ini akan diterangkan beberapa macam kedengkian:
- Rasa dengki yang mendorong seseorang berkeinginan supaya anugerah yang diperoleh orang lain hilang. Untuk merealisasikan keinginannya itu dia melakukan tindakan-tindakan dan ucapan-ucapan yang dilarang agama. Di antara mereka ada yang berusaha memindahkan anugerah itu kepada dirinya, ada juga yang tujuan utamanya hanya menghilangkan anugerah itu dari orang yang dimaksudkan, dia tidak peduli anugerah itu nantinya akan didapat oleh siapa. Yang terakhir ini adalah jenis dengki yang paling jelek.
- Ada juga orang yang muncul rasa dengki di hatinya namun dia tidak melakukan tindakan apa-apa terhadap orang yang ia merasa hasad kepadanya. Diriwayatkan bahawa Imam al-Hasan al-Basrī mengatakan bahawa sikap seperti ini tidak termasuk dosa. Orang yang mendapat cobaan dengan rasa iri seperti ini ada dua macam:
- Orang tersebut tidak mampu menghilangkan rasa iri tersebut dari hatinya, kerana rasa itu sering muncul dengan sendirinya, namun dia tetap tidak melakukan tindakan apapun terhadap kawannya itu. Orang yang seperti ini tidak berdosa.
- Orang tersebut dapat mengendalikan kemunculan rasa iri di hatinya. Sehingga kadang-kadang dia memunculkan rasa itu dengan disertai keinginan kuat atas hilangnya anugerah yang diperoleh kawannya. Sikap seperti ini sama dengan sebuah niat atau tekad untuk melakukan maksiat. Ulama berbeza pandangan dalam menyikapi masalah ini. Namun orang seperti ini biasanya tidak mengimplementasikan niatnya tersebut pada kenyataan dengan melakukan tindakan atau ucapan yang merugikan kawannya. Yang ia lakukan hanyalah usaha untuk mendapatkan anugerah serupa untuk dirinya. Sikap seperti ini sama dengan sikap sekelompok orang yang disinggung dalam Al-Qur’an surah al-Qasas, 28: 79, yang ertinya: “Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: ‘Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar.”
Perlu ditegaskan juga di sini, bahawa terdapat sikap iri
yang berdampak positif, iaitu apabila seseorang iri terhadap
keutamaan-keutamaan yang menyangkut masalah keagamaan yang dimiliki
kawannya, maka sikap iri tersebut akan berdampak positif dan termasuk
kebajikan. Rasul s.a.w. sendiri mempunyai keinginan untuk mati syahid di
medan perang. Dan Rasul juga bersabda:
لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ
مَالًا فَهُوَ يُنْفِقُهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَرَجُلٌ آتَاهُ
اللَّهُ الْقُرْآنَ فَهُوَ يَقُومُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
Maksudnya: “Tiada sikap iri hati (hasad yang
diperbolehkan) kecuali dalam dua hal: (Iri terhadap) orang yang
dianugerahkan harta oleh Allah dan dia menginfakkannya siang dan malam,
dan orang yang diberi anugerah (keahlian membaca dan memahami)
Al-Qur’an, kemudian dia mengamalkannya siang dan malam.”[2]
Sikap seperti ini dalam bahasa Arab disebut “Ghabtah” (keinginan untuk menyerupai orang lain). Jika sikap seperti ini sering disebut dengan “Hasad”, maka maksudnya hanya sebagai kiasan sahaja, kerana memang terdapat beberapa kesamaan di antara keduanya.
- Yang ketiga adalah orang yang mampu mengendalikan rasa iri hati yang muncul di hatinya, dan berusaha untuk menghilangkannya. Tidak hanya sampai di situ sahaja, dia juga berusaha berbuat baik kepada kawan yang menjadi objek kedengkiannya itu, mendoakannya dan menceritakan kebaikan-kebaikannya kepada orang lain. Dia berusaha mengganti rasa dengki dengan rasa cinta. Ini adalah tingkat keimanan yang tinggi. Orang yang mampu melakukannya adalah orang yang sempurna imannya, sehingga mampu mencintakan kawan sebagaimana dia mencintakan diri sendiri.
Kedua: Larangan Menawar Barang dengan Maksud supaya Ditawar Orang Lain Dengan Harga yang Lebih Tinggi (al-Najasy)
Al-Najasy adalah praktik tawar-menawar
barangan perniagaan yang dilakukan oleh seseorang dengan harga yang
tinggi, namun sebenarnya dia tiada keinginan untuk membeli barang
tersebut. Maksud dan tujuannya hanya supaya ada orang lain yang
memperhatikan barang itu dan mau membeli dengan harga yang lebih tinggi
lagi.
Menurut agama, al-Najasy adalah praktik perniagaan yang ulama sepakat untuk mengharamkannya. Baik orang yang melakukan al-Najasy melakukan kesepakatan dengan penjual barang ataupun tidak. Praktik niaga seperti ini dilarang agama kerana mengandung unsur gharar (penipuan)
dan pengelabuhan. Di sisi lain, praktik transaksi seperti ini juga jauh
dari prinsip nasihat menasihati yang sangat ditekankan oleh agama.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا –وَفِى رِوَايَةٍ: مَنْ غَشَّ-
Maksudnya: “Sesiapa menipu kita, maka dia bukan termasuk golongan kita”, (menurut sebuah riwayat menggunakan kata: Sesiapa menipu …).
Jika orang yang melakukan al-Najasy mendapat upah dari penjual, maka uang yang didapatkan termasuk riba. Ulama bersepakat mengatakan bahawa orang yang melakukan praktik ini termasuk orang yang melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., jika memang dia tidak mengetahui bahawa praktik seperti ini dilarang.
Hukum Transaksi Yang Diikuti Praktik al-Najasy
Sebahagian ulama berpendapat bahawa transaksi perniagaan yang diikuti dengan prektik al-Najasy adalah fāsid (rosak atau tidak sah).[3]
Sebahagian ulama yang lain mengatakan: Jika yang melakukan praktik al-Najasy adalah
termasuk dari orang-orang yang menjual barangan tersebut, atau orang
yang sudah bekerjasama dengan penjual, maka transaksi perniagaan
tersebut fāsid (rosak atau tidak sah), kerana ada unsur kesengajaan dari pelaku transaksi. Namun apabila yang melakukan praktik al-Najasy
adalah orang luar yang tiada kesepakatan apapun dengan pedagang, maka
akad yang terjadi mengambil hukum sah. Imam al-Syāfi‘ī termasuk yang
menyokong pendapat ini, dan memberikan dalil bahawa orang yang menjual
bukanlah orang yang malakukan al-Najasy, sehingga transaksi mengambil hukum sah.
Selain dari pendapat di atas, sebahagian besar ulama
berpendapat bahawa transaksi jual-beli tersebut tetap sah, dan mereka
tidak mempedulikan siapa orang yang melakukan praktik al-Najasy itu.
Makna Yang Menyeluruh Kata al-Najasy
Secara bahasa, al-Najasy bererti membuat sesuatu menjadi menarik namun dengan cara menipu dan mengelabuhi (gharar). Atas dasar erti secara bahasa ini, maka larangan praktik al-Najasy
dapat diertikan sebagai larangan menipu atau mengelabuhi ketika
bertransaksi dengan pihak lain sehingga pihak lain tersebut terzalimi.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Fātir, 35: 43, yang ertinya: “Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.”
Dalam sebuah hadith disebutkan:
اَلْمِكْرُ وَالْخِدَاعُ فِى النَّارِ
Maksudnya: “(Orang yang melakukan) rekayasa dan tipuan akan berada di neraka.”
Dalam kitab sunan al-Tirmidhī disebutkan:
مَلْعُوْنٌ مَنْ ضَارَّ مًسْلِمًا أَوْ مَكَرَ بِهِ
Maksudnya: “Orang yang melakukan tindakan yang
membahayakan seorang muslim atau merencanakan (tindakan-tindakan jelek)
terhadapnya, adalah orang yang terlaknat.”
Sehingga dapat disimpulkan bahawa semua transaksi yang mengandung unsur penipuan (gharar),
apapun nama dan bentuk macamnya; menyembunyikan aib barang perniagaan,
mencampur barang yang baik dengan yang jelek atau yang lainnya adalah
merupakan praktik niaga yang dilarang agama, sebagaimana praktik al-Najasy.
Penipuan hanya boleh dilakukan apabila kita bertransaksi dengan orang-orang kafir yang sedang memerangi kita (al-kāfir al-harbī), kerana Rasul s.a.w. bersabda:
اَلْحَرْبُ خِدْعَةٌ
Maksudnya: “Perang adalah tipu daya.”
Ketiga: Larangan Saling Membenci
Kebencian adalah perasaan tidak suka yang muncul dalam hati
seseorang. Jika kita meneliti sabda-sabda Rasul s.a.w., maka kita akan
menemukan bahawa sikap benci terhadap sesama Muslim adalah salah satu
hal yang sangat dilarang oleh Rasulullah s.a.w., jika kebencian itu
muncul kerana dorongan hawa nafsu. Apabila kebencian itu didasarkan atas
alasan-alasan keagamaan yang dibenarkan maka kebencian itu dibolehkan.
Hal ini dapat difahami, kerana persaudaraan sesama muslim merupakan
prinsip utama dalam agama Islam. Allah s.w.t. berfirman dalam surah
al-Hujurāt, 49: 10, yang ertinya: “Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara.”
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: “Demi Zat Yang diriku
berada dalam kekuasaan-Nya. Kalian tidak akan masuk surga sehingga
kalian beriman. Dan kalian belum dianggap beriman (dengan keimanan yang
sempurna) sehingga kalian saling mengasihi (di antara sesama).”
Jika kita mengkaji sejarah, maka kita dapat menyimpulkan
bahawa rasa kasih sayang dan persaudaraan mempunyai peranan yang sangat
penting pada awal-awal sejarah umat Islam. Allah s.w.t. berfirman dalam
surah Āli Imrān, 3: 103, yang ertinya: “Dan ingatlah akan nikmat
Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka
Allah mempersatukan hatimu, kemudian menjadilah kamu (kerana nikmat
Allah) orang yang bersaudara.” Di lain ayat, iaitu dalam surah al-Anfāl, 8: 62-63, Allah s.w.t. berfirman yang ertinya: “Dialah
yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para Mukmin. (62)
Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun
kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak
dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan
hati mereka.”
Keempat: Larangan Saling Memalingkan Wajah (al-Tadābur)
Yang dimaksud dengan al-Tadābur adalah sikap
saling menjauhkan diri dan saling memusuhi sehingga mereka tidak ingin
saling berpandangan. Erti ini sesuai dengan makna teks kata al-Tadābur
itu sendiri, iaitu membelakangi kawan dengan disertai memalingkan muka.
Sikap seperti ini dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. dan hukumnya
haram apabila pokok permasalahan yang menjadi objek perselisihan mereka
adalah masalah duniawi (yang tidak berhubung kait dengan
masalah-maslaah keagamaan yang asasl). Sikap seperti inilah yang
dilarang oleh Rasulullah dalam sabdanya:
لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ
يَلْتَقِيَانِ فَيَصُدُّ هَذَا وَيَصُدُّ هَذَا وَخَيْرُهُمَا الَّذِي
يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ
Maksudnya: “Seorang Muslim tidak boleh menjauhi
saudaranya lebih daripada tiga hari. Mereka bertemu, tetapi saling
mencibirkan bibirnya. Yang terbaik di antara mereka adalah yang mau
mulai melontarkan ucapan salam.”
Adapun menjauhi saudara kerana alasan keagamaan, maka hal
tersebut dibolehkan walaupun sampai melewati tiga hari, sebagaimana
keterangan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad; Sewaktu perang
Tabuk ada tiga sahabat Nabi yang melarikan diri dari medan perang.
Ketika Rasul mengetahui tentang hal itu, Beliau memerintahkan para
sahabat untuk menjauhi ketiga sahabat tersebut selama lima puluh hari.
Hal ini Beliau lakukan dengan tujuan supaya menjadi pengajaran bagi
ketiga sahabat yang telah lari dari medan perang dan juga menjadi ibrah bagi para sahabat yang lain agar mereka tidak melakukan tindakan-tindakan munafik.
Memutus komunikasi dengan seseorang juga dibolehkan,
apabila orang tersebut termasuk ahli Bid‘ah, penyeru terhadap perbuatan
maksiat dan hawa nafsu. Imam al-Khattābī membolehkan seseorang
menjauhi anak atau isterinya dengan maksud memberi pelajaran, meskipun
lama waktunya melewati tiga hari. Sikap seperti ini pernah dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w. terhadap isterinya selama satu bulan, dan inilah
yang dijadikan dalil oleh Imam al-Khattābī.
Kelima: Larangan Membeli Barang Yang Sudah Ditawar Oleh Orang Lain
Larangan membeli barang yang sudah ditawar oleh orang lain
banyak kita temukan dalam hadith-hadish Nabi s.a.w.. Di antaranya adalah
yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhārī dan Muslim dari sahabat Abū
Hurairah r.a. yang menceritakan bahawa Rasul s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin tidak boleh membeli barang yang sudah ditawar oleh saudaranya.”
Di antara contoh praktik pembelian seperti ini adalah,
ketika ada seseorang yang hendak membeli barang, kemudian ada seorang
penjual lain yang berkata kepadanya: “Urungkan pembelianmu. Belilah dari saya. Saya mempunyai barang yang lebih bagus atau barang yang lebih murah.”
Contoh lainnya adalah, di saat ada orang yang membeli barang dari
seorang penjual kemudian ada orang lain yang berkata kepada penjual: “Batalakan transaksi jual belimu dengannya. Saya akan membeli barang itu dengan harga yang lebih tinggi.” Ulama bersepakat bahawa dua praktik transaksi di atas adalah hukumnya haram.
Imam al-Nawāwī berkata: “Bentuk transaksi seperti ini
di saat jual beli adalah dosa dan dilarang oleh agama. Namun (praktik
berikut ini, iaitu) apabila ada orang ketiga yang datang kemudian
membeli atau menjual (barang yang masih dalam masa transaksi antara
penjual dan pembeli pertama (barang itu belum dibeli atau dijual)) maka
transaksinya tetap sah. Pendapat ini adalah pendapat yang disokong oleh
ulama Syāfi‘iyyah, Abū Hanīfah dan ahli-ahli fiqh yang lain.[4]
Keharaman transaksi seperti ini juga
berlaku dalam akad pesanan. Contohnya adalah, jika ada pemilik barang
dan seorang pemesan sedang melakukan transaksi, kemudian ada orang
ketiga berkata kepada pemilik barang, “Saya akan membeli barang kamu itu dengan harga yang lebih mahal”, atau orang ketiga itu berkata kepada pemesan, “Batalkan
transaksi Anda dengan dia, saya akan jual barang yang lebih bagus
kepadamu atau barang saya lebih murah dari pada barang dia”, maka orang ketiga ini telah melakukan dosa.
Yang perlu ditekankan juga adalah, keharaman transaksi ini
berlaku secara umum baik terhadap sesama Muslim maupun terhadap orang
kafir, kerana masalah ini berhubungan kait dengan komitmen terhadap
janji untuk memperlakukan kafir Dhimmī dengan baik.
Hikmah dari larangan transaksi ini adalah untuk menghindarkan adanya pihak yang dirugikan dan disakiti hatinya.
Adapun transaksi lelong barangan (muzāyadah), hukumnya
boleh dilakukan, dan bukan termasuk kategori tindakan terlarang. Ini
kerana, pada akad ini intervensi orang ketiga terjadi sebelum akad
diputuskan oleh penjual dan pembeli. Rasulullah s.a.w. pernah menawarkan
barang perniagaannya, dan Beliau berkata: “Siapakah yang berani menawar lebih mahal?”
Keenam: Menebarkan Semangat Persaudaraan
Dalam hadith yang kita bahas ini, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.” Potongan
hadith ini dapat diertikan, berusahalah kalian untuk memupuk rasa
persaudaraan terhadap sesama, dengan menjauhkan rasa dengki (hasad), al-Najasy,
saling benci, saling berpaling muka atau membeli barang yang sudah
ditawar oleh saudara yang lain. Hendaknya kalian membangun rasa cinta,
saling mengasihi, saling membantu melakukan kebajikan di antara sesama
dengan di dasarkan dengan hati yang tulus dan ikhlas. Janganlah kalian
lupa bahawa kalian adalah hamba Allah s.w.t. yang harus taat terhadap
perintah-perintah-Nya, dan di antara perintahnya adalah hendaknya kalian
bagaikan saudara, saling membantu dalam memperjuangkan ajaran-ajaran
Islam dan menegakkannya. Perjuangan dalam berdakwah tidak akan berhasil
apabila tidak disokong dengan semangat persaudaraan dan barisan
pejuang-pejuang yang kuat. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Anfāl,
8: 62: 63, yang ertinya: “Dialah yang memperkuatmu dengan
pertolongan-Nya dan dengan para Mukmin. (62) Dan Yang mempersatukan hati
mereka (orang-orang yang beriman).”
Persaudaraan antar sesama tidak akan kuat apabila hak-hak
asasi kemanusiaan dalam kehidupan sehari-hari belum dilaksanakan.
Hak-hak asasi itu adalah seperti mengucapkan salam, mendoakan ketika ada
kawan yang bersin, menjenguknya apabila sakit, mengantarkan jenazah
sehingga ke kubur, memenuhi undangan dan memberinya nasihat.
Ketujuh: Kewajiban Seorang Muslim Terhadap Sesama
Allah s.w.t. memerintahkan umat Islam untuk membiasakan
diri melakukan hal-hal yang dapat menumbuhkan rasa persaudaraan di
antara mereka. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hujurāt, 49: 10,
yang ertinya: “Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu.”
Di sisi lain, Allah s.w.t. juga melarang umat Islam
melakukan hal-hal yang dapat menimbulkan perpecahan di antara mereka. Di
antara tindakan yang mempunyai peranan besar dalam menimbulkan
pertelingkahab dan perpecahan adalah empat hal berikut; menzalimi
seseorang, menerlantarkan, berkata bohong dan mendustakan orang lain dan
yang keempat: menghinanya. Keimanan dan keislaman seseorang belum
dianggap sempurna apabila dia belum dapat mencintai kawan Muslim
sebagaimana dia mencintakan dirinya sendiri. Kecintaan itu dapat
dinyatakan dalam bentuk menahan diri dari melakukan tindakan-tindakan
yang merugikan dan membahayakan kawannya itu.
Hal-hal negatif yang saya sebut di atas tentunya masuk
kategori tindakan yang harus diprioritaskan untuk dijauhi oleh seorang
Muslim apabila memang dia ingin termasuk orang yang mempunyai iman
sempurna.
Tindakan-tindakan positif dan akhlak-akhlak mulia seorang
Muslim tidak hanya dipraktikkan apabila ia berhubungan dengan sesama
Muslim sahaja, namun sikap-sikap terpuji itu juga harus dilakukan
apabila dia berinteraksi dengan sesama manusia yang lain. Oleh kerana
itu empat tindakan negatif di atas tidak boleh dilakukan oleh siapapun
di saat dia sedang berhubungan dengan manusia manapun. Jika terpaksa
dilakukan terhadap orang kafir, itu pun kerana kekafirannya bukan atas
dasar sifat kemanusiannya.
a. Larangan Menganiaya
Melakukan hal-hal yang dapat membahayakan jiwa, harta,
agama, kehormatan atau harta seseorang adalah tindakan yang dilarang
agama, kecuali apabila ada dalil-dalil agama yang membolehkan hal
tersebut. Tindakan-tindakan ini termasuk kategori tindakan penganiayaan,
kezaliman, melanggar kehormatan manusia dan bertentangan dengan prinsip
persaudaraan. Selain itu, tindakan ini juga bertentangan dengan sabda
Rasul s.a.w. yang menekankan prinsip keadilan dan larangan menganiaya
dalam berhubungan dengan sesama. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman:
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا
تَظَالَمُوا
yang ertinya:
“Wahai hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan diriku melakukan
kezaliman. Aku juga menjadikan kezaliman sebagai hal terlarang bagi
kalian, karenanya janganlah kalian saling menzalimi.”
b. Larangan Menelantarkan Orang Lain
Merendahkan harga diri seorang Muslim adalah larangan keras
dalam agama. Terlebih lagi apabila orang tersebut berada dalam kondisi
sangat memerlukan pertolongan. Alah s.w.t. berfirman dalam surah
al-Anfāl, 8: 72, yang ertinya: “Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan.”
Imam Ahmad juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ أُذِلَّ عِنْدَهُ مُؤْمِنٌ فَلَمْ يَنْصُرْهُ وَهُوَ
قَادِرٌ عَلَى أَنْ يَنْصُرَهُ أَذَلَّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى
رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Jika ada seorang Mukmin direndahkan
dihadapan seseorang, dan orang itu tidak mau menolongnya, padahal dia
mampu menolongnya, maka Allah akan merendahkannya di hadapan semua
makhluk besok di hari kiamat.”
Menolong seseorang harus dilakukan baik dalam masalah duniawi ataupun masalah ukhrawi.
Contoh permaslaahan duniawi adalah apabila ada orang yang dianiaya maka
kita harus menolongnya dan menahan orang yang akan menganiaya agar
tidak melakukan hal tersebut. Sedangkan contoh masalah ukhrawi adalah
apabila kita melihat ada orang yang perbuatannya melenceng, maka kita
harus meluruskan dengan memberinya nasihat. Kita tidak boleh membiarkan
atau menerlantarkannya.
c. Larangan Berbohong atau Berdusta
Di antara kewajiban seorang Muslim terhadap yang lain
adalah kewajiban berbicara jujur dan kewajiban mempercayai ucapan
kawannya. Dalam Musnad Imam Ahmad disebutkan bahawa sahabat al-Nuwās bin
Sam‘ān r.a. meriwayatkan sebuah hadith dari Nabi s.a.w.: “Adalah
bentuk pengkhianatan yang sangat besar, apabila ada kawanmu berbicara
denganmu dengan jujur, namun kamu mengatakan hal-hal bohong kepadanya.”
d. Larangan Menghina Sesama Muslim
Seorang Muslim juga tidak boleh menghina atau merendahkan
harga diri saudaranya sesama muslim. Jika kita perhatikan, Allah s.w.t.
menciptakan manusia dengan memuliakan dan memberinya tanggung jawab.
Semasa menciptakan, Allah tidak pernah merendahkan harga diri manusia
atau menghinanya. Kerananya sikap merendahkan diri orang lain, termasuk
kategori kesombongan yang sudah melewati batas kewajaran, dan termasuk
dosa besar.
Berkenaan dengan hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Cukuplah seseorang itu melakukan kejelekan apabila dia menghina saudaranya Muslim.”
Menghina orang lain juga termasuk jenis kesombongan, sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.:
بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Maksudnya: “Sombong adalah tidak dapat menerima kebenaran dan menganggap rendah terhadap orang lain.”
Dalam kitab Musnad, Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadith yang ertinya: “Sombong adalah tidak peduli tentang kebenaran dan menganggap rendah orang lain.” Dalam sebuah riwayat disebutkan: “Mencela orang lain dan tidak menganggapnya.”
Sikap negatif seperti ini dapat terjadi kerana orang yang
sombong selalu melihat dirinya merupakan orang yang sempurna, sedangkan
orang lain adalah orang yang banyak kekurangan sehingga pantas dihina
dan direndahkan.
Kesombongan termasuk perbuatan dosa yang mempunyai ancaman
sangat berat. Orang yang melakukan kesombongan akan dimasukkan ke neraka
dan dijauhkan daripada surga. Dalam kitab Sahīhī Muslim disebutkan
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang di dalam hatinya terdapat rasa sombong meskipun sekecil dharrah, tidak akan masuk surga.”
Dalam kitab Sahīh al-Bukhārī dan Sahīh Muslim
terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Hārithah bin Wahb
r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Inginkah kalian aku
beritahu siapakah penduduk surga? (penduduk surga adalah) orang yang
lemah dan teraniaya. Jika mereka bersumpah atas nama Allah maka mereka
akan menjalankannya. Inginkah kalian aku beritahu siapakah penduduk
neraka? (penduduk neraka adalah) setiap orang yang angkuh, kasar dan
sombong.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar